Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

waiting for miracle...


hi all...tadi aku dapat 1 comment dari sorang blogger ni
baru je kenal
then, bila org dah comment mesti la nak balas kunjungan juga kan
bila buka blog dia... aku tertarik
dan nak sgt share 1 entry dgn korang
specially pada ttc
sumpah bila aku baca entry ni
rasa cam dapat semangat baru
terima kasih mommy agharr
pada kawan2 yg seangkatan jgn give up taw
ye aku taw kata2 ni bukan utk korang je
utk memperingati diri sendiri juga



 

Bila Allah cepat makbulkan doamu, 
maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, 
maka Dia sedang mengujimu
Bila Dia tak makbulkan doamu, 
maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan
kerana
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.



Wednesday, May 4, 2011

bila nak bertiga


itu soalan yg sering ditanya
sejak dah di ambang senja = senior la katakan
sbb dah setahun lebih kawen kan


ya...setelah 1tahun 5 bulan menjadi istri org


soalan ini sering berkumandang di corong telinga
naknya bila upload gambar secara duet dgn en somi
lagi la byk suara yg bertanya
bila nak bertiga ni??? sedih la
aku tau, aku tak patut rasa macam tu
derang amik berat kat aku, tu sebab derang tnya perkembangan terkini
tp tu la... hati ni cpt sgt tersentuh kalu bab anak
pastu, bila dapat tau org yg baru kawen dari aku dah start pregnant
adoyai...sebelum ni aku lom penah rasa camni
sbb antara kawan2 aku yg bff la
aku je la yg baru melangkah ke alam rumahtangga
tp bila my bff yg kawen last year bln 9 dah start preggy
bagi tau yg dia dah pregnant, tetiba aku jadi sedih
aku tak sepatutnya sedih...nop...aku tak sedih bila dia preggy
aku tumpang happy actually
tapi.......
pada masa yg sama, aku tertanya2 napa aku tak preggy2 lg
dan tiap kali tu juga en somi cuba pujuk
pasti ada hikmah di sebalik kejadian yg kita tak tau
kalu ada baby, sapa nak jg baby, nak nya nak cari baby sitter yg muslim
paham2 la surrounding kat sini camne
ye ada benarnya kata dia
tp... bila aku dok sensorang aku mula pikir bukan2
skang dah 26... anak lom ada
nanti tua sapa nak jaga aku???
oh aku benci dgn perasaan ini

psttt... rasanya dah lama aku tak post entry bab ni kan
sbb aku dah start redha...tp disebabkan statement beberapa pihak
aku mula risau + runsing + sedih



Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik, amin


Monday, February 14, 2011

buah zuriat

dah lama aku tak stori mori pasal 'baby'...bukan aku dah give up, tapi aku masih berharap utk dapatkan rezeki yang satu ni...aku teringin juga nak lalui kehidupan seperti ibu2 lain...dan selama setahun berkahwin, aku dah boley terima takdir ataupun ujian yang diberikanNya kepada kami...mungkin ada hikmah disebalik kejadian*ayat pujuk diri sendirik* kali ni aku nak kogsi tentang buah zuriat. dah lama aku tau kehebatan buah ni, tp dok tertunggu tunggu. sapa la nak pegi mekah, sbb setahu aku buah ni mmg tak de kat mesia.sampai la satu haritu, su bagi link utk dapatkan buah tersebut...tq su...sbb sudi berkongsi...n now nak kongsi dgn uols pulak.mana tau ada antara kamu yg senasib dgn aku. sama2 kita usahakan.okeyh


DEFINISI


* buah zuriat = buah adam hawa / buah zuriattin / buah koka.
* asal dari pokok koka yang orang guna utk wat tasbih 
*sejarah ~ Pokok koka ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu. 
*keberkesananya~menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan 
*Ia didapati di jabal uhud dan jabal rahmah dan gua Hirak


CARA PENGGUNAANNYA
banyak versi,aku sendiri pun tak tau mana 1 nak guna




CARA 1
buah ni mempunyai sabut
dan tempurung di dalamnya
Apabila tempurung dipecahkan
jumpa la isinya.. 
isi itu sendiri mempunyai satu lapisan keras seperti tempurung 
dalam tempurung kedua ini barulah ada isi putih seperti isirung kelapa tetapi tidak ada air..
rebus setiap hari sambil di tambah air.. lebih kurang setengah jam.. 
buat sehingga hilang zat buah.. mungkin rasa akan semakin tawar kot. 
Suami isteri minum sekali setiap hari dengan baca bismillahirrahmanirrahim dan ayat 38 surah Al Imran (3x)


CARA 2
buah itu dibelah 2,rebus..dah mendidih, tutup api..jgn lama2 sgt..
tiap2 hari rebus dgn air segelas sampai dah xde warna..
minum antara maghrib dan isyak (ade doc bgth apa2 ubat subur pun kena minum waktu yg sama setiap hari)..
nak minum mula dgn bismillah hirrahmanirahhim(3X)..selawat(3X)..doa nabi ibrahim(3x)..niat nak baby..
suami dan isteri kena minum sekali.. 


CARA 3
rebus selama 1/2 jam - 1 jam sehingga airnye bertukar menjadi coklat
Suami isteri minum selama 40 hari berturut 


CARA 4 (dari penduduk tempatan, orang arab)
tidak perlu membelah, just menggunakan sudu utk di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat 
sagat/kikis buah ini menjadi serbuk
di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.  


CARA 5 
Buah di belah kepada dua, 
Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. 
Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. 
Diminum suami isteri dan
baca Surah Al-Imran ayat 38 DAN  Selawat ke atas Nabi S.A.W


CARA 6
Sabutnya diparut atau ditumbuk. 
serbuk dimasukkan ke dalam minuman panas.  tapis dulu. maaf kalau salah maklumat
Atau ...... 
rebus serbuk tu dengan segelas air sehingga airnya sejat menjadi separuh gelas, 
tapi rasanya agak tak sedap la kalau guna cara ni. 


CARA 7 
pecahkan buah tu sampai dpt isinya..mesti direbus 2BIJI 





pstt : ilmu2 di atas di cedok dari en gugel, teman2 blog, wiyah, iza, su  tq pada kamu semua


 

Sunday, October 24, 2010

Petua untuk dapatkan baby lagi

tengok...betapa bersungguh sungguhnya aku berusaha untuk dapatkan baby...sana sini mengoogle cari petua2 yang berkaitan...ada yang dari puan farah gak.thanx sbb sudi berkongsi


nampak tak apa baju cakap, saja aku fokus kat situ


Petua 1
Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan

Petua 2
makan taugeh mentah refer sini setiap hari dan seminggu sekali rojak nanas. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

Petua 3
Bacakan Al-Fatihah 41 kali di antara sembahyang sunat dan fardunya selama 40 hari berturut-turut dengan tiada lebih atau kurang.

Petua 4
1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
- Baca Bismillah 1x
- Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
- Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
- Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan.
(Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang
Engkau berkati di dunia dan akhirat.")
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x
* Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih
belum berhasil..

Petua 5
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan)
sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.
2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333x setiap hari.
3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x, kemudian tiup di
dalam air dan minum air tersebut.
4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.


Petua 6
1. Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir"
semasa 'bersama'. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir.
2. Semasa 'pancutan', niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau
isteri atau kedua-duanya amalkan.


Petua 7
1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam) setiap awal pagi
(utk si suami).
2. Buat senaman batin tiap2 kali bgn tidur waktu pagi (utk si suami). <--camne senaman tu ye
3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid. Insya-Allah jika diamalkan berhasil.
4. Doa Nabi Zakaria.
5. Surah Al-Waqiah selepas subuh.
6. Lepas maghrib amalkan Al-Mulk (kekuasaan Allah SWT).
7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.


Petua 8
1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari.
2. Buah Delima.
3. Buah Zaitun.
4. Buah Kurma.
5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang
berasid.
6. Lepas tu amik seafood, amik supplements, salah satunya Spirulina amik secara tetap kira2 30
tablet setiap hari, makan sayur & buah. Suami banyakkan makan makanan jenis berasid spt
daging, ayam dll.
7. Jangan minum ais dan minum air kelapa.


Petua Mendapat Anak Lelaki
Untuk mendapatkan cahayamata lelaki, bolehlah puan cuba petua ini. Jika ingin anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah dengan mengiringkan badan puan ke sebelah kiri (untuk seberapa lama yang boleh). Insyaallah, ia akan berhasil. Selamat mencuba.


Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih
Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih. <-- ini yg masalahnya ni.aku tak mkn soya.camne nak dapat ank kaler putih berseri.minum air kelapak je la



 kami mau anak !!!



err..banyak petua aku kongsi kat blog...tapi byk juga yg belum dibuat...hehehe...diserang penyakit M...cthnya seperti buat togey tu, dah lama share kat sini.tp, lom lagi beli kacang hijau nya...yg diamal skang hanyalah yg berkaitan dgn bacaan ayat2 yg berkaitan itu aja.korang cuba la petua2 di atas mana tau berjaya. dan yang paling penting adalah berdoa pada NYA. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa
dan jgn lupa doakan utk aku sekali ye !!!
( *______*)





Monday, October 18, 2010

~di sebalik togey~



maklumat diambil dari sini. terima kasih ye...kerana mengizinkan saya mengambil info ini. wat kawan2 yang masih berusaha utk mendapatkan baby, jom kita makan togey ramai2... dari segi scientifiknya...

"togey yang sedang bercambah mengandungi hormone estrogen, progesterone dan agen antioksida. agen2 ini yang menggalakkan seseorang itu bunting mengandung" err...siap la en suami malam ni, nak suh dia cari togey kat bandar.sampai jumpa  



cara-cara menyediakannya


1. Ambil segenggam kacang hijau (eh napa kacang hijau, kata togey.ala korang...togey kan diperbuat drp kacang hijau)  
2.rendam dalam air selama 2 jam
2. Biarkan ia menjadi togey yang tak panjang (anak togey je,mak togey tak boleh tau) ianya ambil masa kira-kira 3 hari sahaja.
3. Rebus togey tersebut (air sebanyak 2 gelas) selama kira-kira 10 minit sahaja.
4. Minum air tersebut pada setiap pagi sebelum sarapan selama waktu datang period.



sapa yg penah cuba
share sket apa rasa air togey tu

 

togey juga baik utk penyakit kanser.





Thursday, October 7, 2010

ten...

hah hambik ko


salam takde, mukadimah apa pun takde
tetiba dah tempek gambar
motif tempek gambar ni???
hehehe...dah 10 bulan kami menikah
HAPPY 10 MONTHSARY
pendek kata kalau bunting pelamin
dah kelua anak pertama
tse tse tse :)
tak de...saya tak stress pong 
kejap betul masa berlalu kan
berbalik pada gambar di atas.korang nampak tak keabnormalan aku
kudung kah kaki aku.
mana pegi sebatang lagi
pelikzzzzz...


nak share pada yang masih mengharap'cahaya mata'
just nak kongsi hokey




1. Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
2. Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 kali setiap hari.
3. Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
4. Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripadaNya.





Wednesday, July 7, 2010

gynae

ha jangan igt aku dah pregnant tau...aku g jumpa gynea tuk check my reproduction system.kot2la ada poblemo...actually citer ni dah basi pun...disebabkan intenet cam siput terus hilang mood tuk menghapdet segala citer...neway...last week...2 laki bini ni g jumpa gynaecology... 2 kali g clinic ni hokey...mula2 g, pakarnya takde, then misi kat situ ckp, nak jumpa pakar kene bt appoinment dulu...dlm hati, lega tak terkira sbb tayah jumpa doktor. aku ni penakut ya amat, specially kalu bab2 doktor ni...jejak je kaki dlm spital pun aku dah trauma tau...mmg penyakit keterunan warisan mama aku...sejuk2 tgn kalu nak jumpa doktor. tp disebabkan en suami yg bersungguh2 aku gagahi jua...redha jerk...dtg balik ari rabunya tuk jumpa dgn dok

sebab musabab nak jompa gynea ??

:::: kalu org yg ikut blog aku, dorang akan tau bahawasanya aiseyman... aku sangat2 terlalu mahukan baby~so nak check la...sumting wrong sum where ke kat 'mine'.

:::: dah 6 bulan kawen...kununnya nak bt pap spear...sbb aku penah baca dlm artikel mana tah...setiap 6 bln skali elok g check...so aku pegi la

:::: desakan en suami yg teramat sangat...dia takut aku ada sakit apa2 ke...sbb selalu sakit bila nak teeeeettttttttt... sila isi tempat kosong :)


................('___________')...............
senyum lebih sket, sebab tayah jumpa dr


pada hari yang ditetapkan kitorang pun pegi la...mak ai...ramai giler patient, sume pakat nak jompa pakar...dalam ramai2 tu kami dua je ala kanak2 ribena sket...yg lain ala2 veteren gitu.wat pengetahuan korang kat sini mmg limited sket...specialist non ado ye...so ramai yg berpusu2 ke klinik ni...dan sbelum ke sini aku dah servey jantina doktor yg bakal mengecek aku...seb baik pompuan...lega sgt2 !!!

masuk je bilik dia timbang berat, check blood presure segala bagai...baru dia tanya apa masalah...aku ckp la aku dah kawen 6 bln lebih, tp masih 'lom ada hasil'...i want to check my reproduction system in good condition or not. then dia suh aku baring...cuak giler.dia taruk gel. n bt ultrasound. agak tak selesa di situ...takut assistant nya buka seluar aku...


hasilnya ???

my reproduction system sgt2 baik...tak de cyst pun...cuma lom ada rezeki lg...dok ckp utk thn pertama perkahwinan risiko to get pregnant  50 percent.but it depends on individual...dia suh kitorang enjoy dulu...sbb muda lg.muda??? tua dah la dok masalahnya 2 laki bini ni dah tak sabar nak ada baby sendiri. en suami tak sabar nak ajar ank nya mancing. adeh...then aku timbulkan isu sakit kat situ...dia ckp, mmg la sbb tight lg.tp bila dah beranak tak de la sakit stiap kali ehem2.betul ke kawan2...dan yang paling penting katanya tlg dont ever let ur self  depress igt ye kawan2 semua




ha..nampak tak aku circle kaler pink pic yg belah kanan tu...tu la telor aku...apa korang igt ayam je bertelur...manusia pun ada telur gak...telur tu dok kat ovari dan ready tuk menetas...tp kene tunggu saiz matangnya dalam 1.9 cm...dlm pic ni baru 1.6 cm...en suami bt hipotesis sendiri...esoknya telor tu akan tambah 0.1 cm equal to 1.7cm,ari seterusnya 1.8...masa tu kene berusaha bersungguh2.betul ke tuan doktor???


neway sgt berpuas hati dgn bayaran yg dikenakan...mcm2 aku tanya kat dok tu...mmg tak de sembunyi2 lg.tp tak leh la nak stori kat sini.segala kekonfiusan terjawab sudah...br ku sedar, betapa jahilnya aku bab2 ni...nampak sgt la general knowledge aku d tahap yg membimbangkan. hai...nak bt baby pun susah kan...hmmmmmmmmmm



Tuesday, June 15, 2010

jom main mak2 ~ utk mommy to be sajork

sume org rakan terdekat aku tau yg aku tersangat impikan kedatangan si kecil... jewel of my heart...serius nak sgt...dah 6 bulan kawen ni...tgk org pegang baby tingin je rasa...baru2ni my frend dah preggy...dina...tahniah tau.tompang happy sgt...tp aku ni...bila nak ikut jejak langkahnya...setiap bulan merupakan hari yang ditunggu2...nak tgk usaha last month berjaya atau tidak..(tp setiap kali tu jugak nangis kekecewaan) disebabkan itu aku masih study selok belok in love baby making.


focus on the text cloth...dua budak di atas tu really mean it


actually aku dapat info ni dari sorang blogger yg baik hati...very membantu info hokey...since aku sendiri pun tatau keliru hal2 subur la bagai...masa bujang mmg aku tak amik pusing langsung even ada blajar masa form3...just utk lulus peksa jerk... (masa tu budak lelaki kelas aku kemain score lg 1st topic tu...ada yg dpt 100) abes pmr semua memory full, nak tambah 'ram' tak mampu so terpaksa delete...hehehe... (lg satu...sbb tak practice.. tu yg lupa.wink...apa motif nak practise masa skolah) tp skang kene refresh balik la ilmu tu...aku harap pasni leh la cuba kaedah ni...aku minta tolong kat korang sume... doakan aku cepat2 dapat baby ye...neway...thanx kak shiemz kerana bekalkan ilmu yang berguna specially utk pengantin baru lama.


....................chapter 1.....................
making baby


1stly yg paling penting kene tau Kitar Haid. apa tuh??? Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. (tp ada gak sampai 35 hari...depends on individu) Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. wajib faham tau spy senang tuk korang kira utk diri senirik
Hari 1-4
hari 1 bermaksud 1st day kita peod. ia dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) Hari ni penting untuk mengetahui di mana fasa kita bermula. kalu boley, pada yg plan to get pregnant, korang tanda la kat kalendar hari 1st peod sampai tamat selepas beberapa hari tu. so that boley kira kitaran period dalam sebulan.




before we go to the further topic u should know the female reproduction organ



Hari 5-13
Ini dipanggil  fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.



ha...nampak tak telur tu...igt ayam je ada telo



Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.




perjalanan jauh sperm



Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.


....................chapter 2.....................
making baby


as a conclusiaon...waktu terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku known as waktu subur. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.


jadinya...camne nak tahu waktu subur kita?


:::: Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula. Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya. Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

:::: Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

:::: Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang ( 1-2 hari sahaja ) maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula. Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan lama ( selama 3-5 hari ) . Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama. Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari ( dengan menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14 )


....................chapter 3.....................
making baby
godek punya godek kat internet...aku ada jumpa source ni...rasanya...ia amat berguna utk di praktikkan bg pasangan yg plan nak preggy...*credit to google



Perkara 1

Pengeluaran air mani selepas bersetubuh adalah perkara biasa. Namun jika pengeluarannya sangat banyak, maka itu luar biasa. Ia mungkin ada kaitan dengan tabiat kebiasaan isteri/wanita itu mengemut faraj selepas suaminya klimaks. Tabiat mengemut ini menyebabkan mani suami tidak dapat bergerak dengan lancar ke bahagian persenyawaan.



Perkara 2



Untuk wanita itu mendekatkan kedua-dua lutut ke dada untuk mengelakkan air mani daripada keluar sambil melegakan pembukaan faraj supaya air mani mendap dalam faraj.



Perkara 3



Posisi menyalurkan ereksi dari belakang dengan wanita menyujud juga sesuai untuk memastikan yang air mani dipancut ke dalam. Beberapa minit kemudian wanita itu boleh tidur mengiring.



Perkara 4



Waktu awal subur ialah tanda pengeluaran lendir yang semacam putih telur yang belum dimasak.



Perkara 5



Ini berlaku kerana telur dalam keadaan berkembang dan menunggu masa untuk menetas.







Perkara 6



48 jam kemudian wanita itu akan terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari yang menandakan ‘ovulasi’.



Perkara 7



Jadi, jika hubungan kelamin dilakukan dari mulanya lendir jernih keluar dan seterusnya sehingga 2-3 hari selepas tanda ovulasi (hubungan kelamin boleh dilakukan selang-seli atau dua hari sekali), kemungkinan hamil ialah 15% dalam sebulan.



Pekara 8



Sentiasa positifkan minda anda, tenangkan fikiran (jangan stress)




....................chapter 4.....................
making baby


this chapter i will let u know several facts bout dis matter yg sering menjadi persoalan di kalangan mommy to be

Should I stay lying down afterwards???


Some experts also believe that you can boost your chances of conceiving by staying in bed for up to half an hour after having sex, preferably on your back with your hips raised on a pillow. In theory, this gives the sperm a helping hand because they're not having to swim against gravity on their way up to your fallopian tubes. (This obviously isn't a good idea if you're prone to urinary tract infections and have been advised by your doctor to go to the loo immediately after sex.) Another trick that some women swear by is lying on your back and "bicycling" in the air with your legs for a few minutes after sex. If nothing else it should give you and your husband a good giggle - and what could be more conducive to successful baby-making than having fun in bed!



You're more likely to conceive a boy if...


• You have sex on the day of ovulation, as male sperm are thought to swim faster and reach the egg first
• you reach orgasm before your husband, as this releases an alkaline fluid, thought to be more male-sperm friendly than the vagina's natural acidity
• you have deep penetration during sex, such as from behind (doggie-style)
• your husband has a high sperm count. This is because male sperm are not as strong as female sperm, and so the higher the count, the more chance there is of a male sperm reaching the egg first
• you avoid sex for a week before ovulation and then only have sex once on ovulation day, to keep the sperm count high
• your husband suggested the love-making
• you make love at night
• you make love on odd days of the month
• your husband keeps his genitals cool by wearing boxer shorts and loose-fitting trousers
• you eat salty food, plenty of meat, fish, white flour, pasta, fresh fruit, certain vegetables, but avoid milk and dairy products, such as yoghurt and cheese, nuts, chocolate, shellfish and wholemeal bread.





You're more likely to conceive a girl if...


• you have sex earlier on in your cycle, a few days before your day of ovulation. This is because female sperm are thought to be stronger and therefore last longer than male sperm, who will die off before reaching the egg
• your husband reaches orgasm before you
• you have sex frequently to lower your husband's sperm count, and so increase the chances of the female sperm reaching the egg first
• you keep penetration shallow
• you stop having unprotected sex four to five days before ovulation, to minimise the chances of the male sperm reaching the egg first
• your husband keeps his genitals warm by wearing close-fitting underwear and tight trousers (although this isn't likely to do his general fertility any good!)
• you suggested the love-making
• you make love in the afternoon
• you make love on even days of the month
• you put a wooden spoon under your bed and a pink ribbon under your pillow
• you drink plenty of milk and eat dairy products such as cheese and yoghurt, unsalted foods, rice, pasta, certain vegetables, mineral water, limited amounts of meat and potatoes, but avoid salt and any salty foods, wine and beer, fresh fruit, spinach, tomatoes and mushrooms, chocolate, coffee and tea. Some of these techniques are recommended as part of the Shettles method of sex selection. Find out What the scientists say about this and other methods


......................the end.......................
wallahualam...selamat beramal...



Monday, April 26, 2010

air kelapa muda dan wanita

aku baru je dapat info ini
benarkah air kelapa muda tidak elok diamalkan
utk mommy to be
ada pulak setengah fatwa cakap elok
adush
confuse aku
mana satu betul ni
musykil
tu susahnya dok jauh dgn parent
apa2 kekeliruan sukar dikongsi
mmg la leh tanya dlm fon
tp cam susah je
(lg pun aku malu nak tanya mama aku bab2ni)
alangkah beshnya kalu aku ada kakak
leh sharing everything



folic acid

selepas kejadian itu jugak
aku dinasihatkan utk mengambil folic acid
apa pendapat korang ae
ok ke
bt pengetahuan korang
aku ni jenis penakut telan ubat
ok ke folic acid ni
ada kesan sampingan ke
aku try search internet
tp tak de pun nyatakan side effect dia



so far ubat ni mmg termasuk dalam bekas ubat aku la


apa yg doktor tu ckp
folic acid ni mmg elok diamalkan tuk mommy to be
3 month before to get pregnant
leh elakkan defect pada baby
dr tu cakap lg
better amalkan supplement dari awal
baik utk kesihatan
apa-apa pun kita hanya berusaha
DIA yang tentukan





Monday, April 19, 2010

doa pohon zuriat dari-NYA

aku just nak share dgn korang
yg tgh plan nak ada baby
ni doa yang selalu kita baca
doa ni utk dpt ank yg soleh dan solehah
surah ali imran ayat 38
korang cari la ae dalam tenet ni


dan satu lagi
ni aku dapat dari kawan
doa utk memohon dapat baby
sural al anbiya'ayat 89
salasilah surah ni
apabila nabi zakaria dah berumur
dah beruban masa tu
tp lom ada zuriat
so dia keep on doa kat tuhan
supaya dikurniakan zuriat
(harta yang tiada tandingannya)
ni ayatnya


وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

bermaksud

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.


wallahualam
kita hanya merancang
DIA yang menentukan
...........(o_o)............



Saturday, February 27, 2010

dah ada ke ?

buat masa ni, inilah soalan yg sering ku dengar.penat dah nak jawab.padahal baru 2 bln aku kawen. (adeh...en suami sila giatkan usaha anda) sebenarnya aku pun keliru...aku dah bersedia ke tuk jadi mama.aku+en suami pun cam kanak2 ribena lg.rasa cam nak enjoy dulu...

ikutkan aku,aku tak mau plan2ni...rezeki tuhan tak baik tolak...kalu ada aku terima je.lagipun mama aku slalu tnya 'dah ke'.lom lagi la bonda...nampaknya puan murshida pun dah tak sabar nak timang cucu.cmne ni...sabar la ye ada rezeki...ada la....


arap2 baby aku kaler ni nanti.cumeyll.. sangat