Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

lagi blog penghinaan ke ats islam

sakit hati aku bila buka blog makcik ni
nape ye dia ni jadi camni
tadi dok bincang2 dgn hubby
rasanya dia ni kecelaruan identiti kot
dr apa yg dia ckp
maaaaaaaaaacam educated
tapi....





aku rasa ramai yg dah tau pasal blog dia
dulu dia ada fb
dah puas org maki serapah dia
tp tetap tak mendatangkan kesan
to makcik
bertaubatlah... apa yg makcik marah sgt
sapa yg dah merosakkan minda makcik ni
aku harap sgt semoga tuhan buka kan pintu hati dia
utk kembali ke jalan yg benar

Monday, May 23, 2011

haiyoh

rasanya semua org tau AA wat promotion
sapa yg dah berjaya mengempiskan poket di sini
cer bagi tau





dah berkali2 cuba masuk AA
tapi gambar lebah ni juga yg keluar
tension

Sunday, May 22, 2011

bila nak kene ajar org dewasa

::: cerita 1 minggu lepas :::


ada parent datang ke rumah, nak minta tolong aku, ajar anaknya math. pendek kata tuesyen kan ank dia la. bila org dah datang... mesti la nak jamu air ke hapa kan... kebetulan... aku ada bt kek... so aku hidang je la kek kat derang....


PARENT : cikgu...sedapnya cake ni, apa namanya
AKU : ala cake biasa je tu...cake choc


bagi aku takde mende la kan... beysa la... kalu aku pun, dah org hidang makanan mesti kita puji..amik hati... :) bukan bodek taw. pastu maknya sempat minta resepi kek tu. so aku pun amik resepi yg sedia ada fotostat kat printer ...


::: selepas 1 minggu :::


ada org ketuk pintu umah... buka2 pintu maknya lagi... tp tak bawa ank kali ni... dia minta dia yg di tuesyen kan aku...

PARENT : pas buka cuti nanti saya nak minta tolong cikgu ajarkan saya buat cake boley
AKU : hah ?! saya ni bukan pandai sgt...utk mkn sendiri boley la
PARENT : tak cikgu..ank2 saya suka kek aritu... dan satu lagi, nak minta cikgu buatkan cake utk  minggu dpn... befday anak saya...saya tak kisah berapa ringgit cikgu nak caj


skang ni aku dalam dilema...aku ni jenis susah sgt nak tolak pertolongan org.serius aku bukan pandai pun wat cake. mmg buat utk mkn sendiri je... skang ni jawapan belum lagi aku beri...tp makcik tu betul2 berharap... sian pulak kan. dia kata bahan sume dia beli...cuma cikgu tolong buatkan je....adeh...dilema !!! buatnya tetiba tak jadi ke keknya...risau risau



horor gile muka ni = muka aku, igt !!! pertama dan terakhir ko dok dlm blog aku


Wednesday, May 4, 2011

bila nak bertiga


itu soalan yg sering ditanya
sejak dah di ambang senja = senior la katakan
sbb dah setahun lebih kawen kan


ya...setelah 1tahun 5 bulan menjadi istri org


soalan ini sering berkumandang di corong telinga
naknya bila upload gambar secara duet dgn en somi
lagi la byk suara yg bertanya
bila nak bertiga ni??? sedih la
aku tau, aku tak patut rasa macam tu
derang amik berat kat aku, tu sebab derang tnya perkembangan terkini
tp tu la... hati ni cpt sgt tersentuh kalu bab anak
pastu, bila dapat tau org yg baru kawen dari aku dah start pregnant
adoyai...sebelum ni aku lom penah rasa camni
sbb antara kawan2 aku yg bff la
aku je la yg baru melangkah ke alam rumahtangga
tp bila my bff yg kawen last year bln 9 dah start preggy
bagi tau yg dia dah pregnant, tetiba aku jadi sedih
aku tak sepatutnya sedih...nop...aku tak sedih bila dia preggy
aku tumpang happy actually
tapi.......
pada masa yg sama, aku tertanya2 napa aku tak preggy2 lg
dan tiap kali tu juga en somi cuba pujuk
pasti ada hikmah di sebalik kejadian yg kita tak tau
kalu ada baby, sapa nak jg baby, nak nya nak cari baby sitter yg muslim
paham2 la surrounding kat sini camne
ye ada benarnya kata dia
tp... bila aku dok sensorang aku mula pikir bukan2
skang dah 26... anak lom ada
nanti tua sapa nak jaga aku???
oh aku benci dgn perasaan ini

psttt... rasanya dah lama aku tak post entry bab ni kan
sbb aku dah start redha...tp disebabkan statement beberapa pihak
aku mula risau + runsing + sedih



Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik, amin


Tuesday, April 19, 2011

habis madu sepah dibuang

perkenalkan...ini awek saya.daisy!!!


cute kan, saya sangat sayang dia
jiwa dan raga saya serahkan padanya
saya selalu utamakan dia lebih dari segalanya
dalam macam2 hal
saya sanggup berikan apa saja pada dia
walaupun terpaksa mengikat perut sendiri
saya sanggup tidak makan semata2
ingin menunaikan apa saja keinginan dia
hubungan kami sgt rapat, dan dia pun syg pada saya
sehingga la kejadian baru2 ini yg mengubah segalanya
saya eksiden, teruk sgt. abes muka saya
mulut saya patah
dan terlantar di hospital keseorangan
daisy....mana daisy??? mungkin dia dah lupakan saya
kini separuh jiwa saya pergi
pergi bersama daisy yg hilang entah ke mana



daisy meninggalkan saya sendirian



hari2 yang saya lalui tidak bererti lagi
begitulah kata pepatah orang melayu
habis madu sepah dibuang


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


hah itu lah karangan autobiografi
AKU SEORANG SEEKOR DONALD DUCK
yang direka khas oleh aku
heheh
actually aku beli benda ni masa gi disneyland last year
skali jangka hayatnya tak lama
terjatuh dari gengaman sendiri
pastu pecah
selama ni dok pakai cenggini



aku semat kat tudung.abaikan muka yg bersepah tu


pst...tanpa disedari...cerita di atas tu ada kaitan dgn perjalanan hidup aku...
bezanya...dalam kes ni dia yg jadi mangsa...aku tau aku sgt kejam...
tetiba nak nyanyi lagu.... apa khabar kau di sana...opsss !!!

Friday, April 15, 2011

eiiii....bongox !!!

geram la....buka2 je email dapat benda bongok ni
dah la sender dari aku lak tu
tp sumpah kawan2
aku tak penah buat keje tak senonoh camni




bila buka je benda tu, ha hambik ko
link jual viagra
 apa kebendanya ni. aku tak penah pakai viagra
dan kalu tak silap aku lelaki je kan pakai viagra
tak kisah la apa2pun yg penting
aku tak berminat nak amik tau dan nak beli benda ni
tp kenapa selalu dapat email ni
yg tak bestnya
siap cc kat org lain lagi...nama aku gak yg naik
canne ae...
mesti org igt aku ni gila seks
camne nak hentikan semua ini
tolong !!!!!!!
aku insan yg tak bersalah


Tuesday, February 15, 2011

sentap weh

tadi, sebelum en somi turun main bola
sempat ngadu


tuan blog : abang, bekalan ferrero rocher syg dah nak abes
en somi : o ye ke... hm...bukan susah pun kan...syg merajuk jap gi dapat la


 gambar tak de kaitan


diam terus aku. terkesima...nampak sangat asal merajuk mesti nak habuan...kuang kuang kuang...ok ye puan2, ini adalah pengajaran yang tidak baik dicontohi...actually bukan merajuk sgt pun...kadang2 merajuk gatal je lebih...nak minta perhatian...



Saturday, January 22, 2011

.................

fuhhhh...bersawang dah blog ni
tak tau kenapa hilang semangat nak berblogging
padahal banyak lagi citer yg belom dicanang kat sini
specially masa musim cuti sekolah itu hari
suka duka ketika tirai 2011 pun tak byk di catat dalam ni
sangat sibuk
plus....emosi yang tak stabil sejak akhir2 ni
banyak sgt beban dalam kepala
rasa down sgt2 + sedih
errr macam2 la...
byk perkara yg perlu difikirkan
seb baik ada laling di sisi



tq en suami susah senang bersama isteri mu ini


tq jugak wat DIA yang maha esa
walopun diuji dgn pelbagai dugaan
rezeki tak putus2 diberi kpd kami
psttt rezeki yang dimaksudkan tu bukan 'baby' ye
kalu yang itu belum lagi
tolong doakan aku utk dapat rezki yg 1 ni


Monday, January 17, 2011

emosi (*__*)

YA ALLAH YA TUHAN KU...
MURAHKAN LAH REZEKI KU 
DAN 
TUNJUKKAN LAH JALAN JALANNYA
BUKAKANLAH PINTU REZEKI 
SELUAS ANTARA LANGIT DAN BUMI
SESUNGGUHNYA ENGKAU SAHAJALAH YANG BERHAK KEATASNYA
AMIN..................






tika ini aku sedang mengupdate data anak murid kelas aku
pastu aku tertarik dgn gaji parent derang
mostly less than 1k
dan ada yg salary dia 400 per month
wife tak keja
anak berderet2
dari sekolah rendah sampai menengah
cer korang bayangkan
bape sen derang bawa bekal ke sekolah tiap2 ari
kadang2 aku selalu tanya derang 
"dah makan ke belum pagi ni"
"dah cikgu"
 " makan apa ? "
" air putih "
mean plain water
terharu tak ko nak nanges rasa
aku selalu terpikir
apa je yang boleh dibuat dgn 400
rasanya nilai 400 tu
kalau dapat kat aku dalam masa 1 hari je boleh dihabiskan
bila jadi macam ni
baru aku rasa 
beruntungnya aku sbb apa yang aku nak semua dapat
bersyukurlah...
drp aku dok berjimba baik dermakan pada derang..kan !
muhasabah diri kejap
sob sob




err...nape sejak 2 menjak ni aku hati aku cepat tersentuh ae

Sunday, January 16, 2011

bantulah mereka yg memerlukan

salam uols, wat pe petang2 ni
aku dok umah je
jarang taw, aku ada kat umah di petang ahad gini
tp disebabkan kat luar sana hujan 
oh tiap2 ptg hujan la sejak 2 menjak ni
ampai baju pun tak kering2 lagi
jadi rumah lah tempat aku melepak
disebabkan tak de apa2 nak buat
petang2 gini aku blogwalking je la
masa blogwalking tadi
aku ada jumpa satu blog ni
tertarik dgn entry yang di iklankan
tersentuh hati aku
bila melihat gambar ini


nasib si hairuman


berdasarkan bacaan aku
beliau boleh dikategorikan sbg orang susah
selama hayatnya
beliau menyara 2 org kakak yang kurang upaya
mereka juga merupakan anak yatim piatu
ketika sedang memungut kelapa sawit
tiang elektrik berkuasa tinggi telah jatuh menimpa dirinya 
dan 
membuatkannya terkena kejutan elektrik
50% badannya melecur teruk 
utk detail baca sini

...........................................................

walaupun aku bukan dermawan atau hartawan
tapi dengan terbitnya entry ni
aku harap sedikit sebanyak dapat membantu beliau
kepada yang berkemampuan,
sama-samalah kita meringankan beban Hairuman 
semoga  Hairuman cepat sembuh... amin...
aku sertakan sekali
no acount kakak hairuman = Maryuni Bt Miskon


162030632448 = Maybank 
(aku try masuk kat sini, tp tak dapat, kenapa ae?
dia ckp"Unsuccessful - Account is not authorised" )

 12570000529 = CIMB


pst : hari ni mungkin hari dia, hari kita ???
jadi sementara kita berkemampuan,
hulurkan sedikit bantuan kpd yg lebih memerlukan