Memaparkan catatan dengan label kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih. Papar semua catatan

Khamis, Julai 25, 2013

Iftar 15 - Kuih Lesung Batu

Assalamualaikum salam besiaran...


Gara2 tegok majalah 3 isnin kemarin..terus teruja ingin tahu rasa kuih tradisi pahang ni mcm mane..mmg 1st degar dan tegok...suka cuba sesuatu yg baru...kalau x menyusahkan bhn2 dan membuatnya boleh le cubakan...:-)..bila negok kak yg dlm majalah 3 tu buat dari bhn2 nya senang je..hanya bhn utama tepung pulut, santan dan gula saja, pastu di kukus..nak mkn cedok je masuk piring...cari2 punya cari jumpa lah resepi ni....sama lebih kurang dgn kuih periga buta dari Kek Besah di MyR..x nak tunggu lama2 kira di bulan ramadhan ni petama kali buat kuih yg ala2 manis gitu..hem alhandullilah x menghampakan rasa sdp lemak2 manis dgn kenyal2 tepung pulut..cantik kejadian lepas di kukus gula pun cantik teletak dlm lubang kuih tu...sdp di mkn suam2..x payah nak masuk dlm peti ais, biarkan kuih sejuk sendiri...rasanya masih ramai lg yg x kenal pd kuih ni...nak cuba apa salahnya bhn2 pun mudah...:-)


Kuih Lesung Batu

Bahan-bahan
1/2 bungkus tepung pulut(250g)
1 mangkuk santan pekat
secubit garam
gula pasir secukup rasa
daun pisang - jika ada

Cara-cara
-Bancuh tepung pulut bersama air yg tlh dicampur dgn sedikit garam hingga sebati. sprti doh kuih buah melaka @ kuih koci.
lapik daun pisang dlm bekas/loyang, kalau x ada daun pisang sapu sedikit minyak masak pada loyang
ambil secubit doh, bulat2kan dan lubangkan di tengah.
-Susun kuih ke dlm bekas dgn menjarakkannya sedikit. lps tu isikan 1 sudu teh gula pasir kedalam lubang td ikut suka nk isi banyak @ skit, lg banyak lg sedap
-Campurkan secubit garam ke dalam santan pekat, lalu curahkan perlahan ke dalam bekas layang, berhati2 curah dlm bekas, jgn masuk dlm lubang perigi yg berisi gula, curah santan betul2 atas daun pisang
-Kukus hingga masak lbh kurang 10-20 mnt

Bila siap di kukus keadaan gula akan cair betakung dgn cantiknya ditegah2 lubang, kuih ni x payah di simpan dlm esbok, biarkan sejuk sendirinya, sdp dimkn suam2



Sabtu, Julai 20, 2013

Iftar 10 - Cucur Udang Ragup2

Assalamualaikum Salam Ramadhan Semua


Masih lg dgn kuih bebuka yg pedas2...sampai buntu di buatnya...mencari resepi yg sdp2...nak ikutekan dah lama juga cari resepi cucur udg yg ragup sebegini..di tunjukan Mas buat kemarin hemmm pucuk di cita ulam mendatang apa lg smlm kita pun bual le..alhamdullilah bebaloi menjadi ..Mr. N kata mcm ni lah cucur yg dia suka nipis2 ragup...time nak mkn kita guntingkan cucur tu hemm sdp mkn sama kuah sos cili atau kuah kacang..tq pd D5 share resepi.. :-)


Cucur Udang Rangup2
Resepi : Delima Zamrud


Bahan :
*1/2 kg udang kertas yg kecik halus2 tu - bersihkan buang kepala n janggut nyer
*2 biji bawang besar - mayang
*1 genggam taugeh - kalau nk letak byk pun boleh
*1 cekak daun kucai - di potong panjang2
*1 biji putih telur
*1 sudu besar minyak masak
*1 sudu kecil cuka
*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
*3 - 4 senduk tepung gandum - mengikut keperluan - Sheila letak dlm 2 cwn
*Secubit serbuk kunyit - untuk warna
*Garam secukup rasa
Air secukupnya - Sheila letak 1 1/2 cwn
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam bekas dan gaul sebati sampai tepung menyaluti semua bahan2 .
Bila semua bahan dah bersalut dengan tepung masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sampai adunan menjadi likat je seperti dalam gambar DISINI, jangan terlalu cair kalau cair tambah tepung tau. Rasa garam kalau xcukup tambah dan baru lah digoreng.
Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja tau), Guna senduk dan letak adunan ditepi kuali dan lenyek2 kan supaya dia nipis seperti dalam gambar.
Bila adunan dah agak garing dia akan senang nk dipisahkan dari kuali seperti dalam gambar biarkan betul2 garing baru korang terbalikkan k. Ini untuk mendapatkan cucur udang yg garing dan rangup.
Bila dah garing baru korang terbalikkan dan masak sampai sebelah tu garing juga seperti dalam gambar, bila dah cukup garing angkat dan toskan siap tuk dihidangkan.

Kalau korang rajin gunting kecil2 cucur udang nie pastu korang potong ler timun sikit, sengkuang sikit pastu korang goreng tauhu potong gak siram ngan kuah kacang wahhhhhhhhh mau berkilo naik lemak aku ekkekekke...


Jumaat, Julai 12, 2013

Iftar 2 - Popia Sira Sambal & Popia Biasa

Assalamualaikum


Seperti sedia maklum kuih2 utk bebuak di meja saya meti nak ada kuih yg pedas2...manu semalam buatkan popia biasa dan popia besira sambal...alang2 nak habiskan kulit popia yg buat murtabak mini kemarin...simpan lama x elok nnt kulit keras dah x cun heeeee... sengaja buat dua versi yg x besira sambal tu utk si kecik, hem setakat ni nak negok sampai bila x turun pasar ramadahan heee hee...dua hari dah buat kuih sendiri...masuk hari ketiga ni masih pikir lg apelah manu tambahan...ok layan dulu popia kita ni ye...mana yg rajin buat le.x rajin paham2 le agung dah menunggu dlm poket tu..


Popia Sira Sambal

Bahan inti
1 batang carrot - di sagat
1 biji sengkuang - di sagat
5 tangkai kacang panjang potong halus
1 biji bawang besar - mayang
1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan dan blend
garam/gula

Bahan Sambal
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah dan putih kisar
2 sudu besar sos cili
1sk air asam jawa
1sm gula melaka racik halus@gula putih
Garam
Bijan


Cara-cara
Cara penyediaan inti popia - Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan udang kering kisar. kacau rata. Masukkan pula lobak merah, sengkuang, kacang panjang perasakan dengan garam dan juga gula gaul sebati,  tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi kemudian gulung kemas dan goreng hingga kekuningan.

Cara penyediaan sambal - Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih, kemudian masukkan cili kisar .Masukkan sedikit air asam jawa dan juga sos. Kacau. Masukkan gula dan sedikit garam. Suaikan rasa pedas dan manis. Masak hingga sambal agak pekat dan kering. Masukkan popia yg sudah digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan.Gaul.
Hidangkan.

NOTA : untuk menghasilkan popia yang sentiasa rangup selepas disira, pastikan sambal ditumis agak kering dan tidak terlampau basah, baru masukkan popia. begitu juga inti... toskan air sayur jika ada yg boleh membuatkan popia jd lembik selepas disira.


Rabu, Mei 15, 2013

Lepat Labu Lemak Manis


Utk juadah minum ptg ni saya buatkan lepat labu..wahh minggu ni saja dah dua kali beturut buat lepat labu ..sabtu lepas buat lepat labu juga kebetulan sebelah mlm tu adik ipar & family dtg besantai2...ank buah siap puji kata sdp lah Mak.long.... 'kita x pernah lg makan lepat labu tau hee :-)' kembang sekejap..tu pun tuan rmh x sempat nak mkn lebih ..dpt merasa se bungkus je...x pelah kita dulukan pada tetamu yg dtg...kebetulan ada lg setengah biji labu..tu yg buat lg...mmg sdp bila di letak inti kelapa di tengah2 labu..baru terasa lemak2 manis...masih mengunakan resepi sama yg pernah saya buat sebelum ni...jom layan..:-)


Lepat Labu Lemak Manis
Sumber: Nshafeareen

Bahan
1 biji labu (sy guna yg sedang)
1/2 cawan gula - boleh kurangkan
2 cawan tepung gandum
1/2 biji isi putih kelapa parut
Sedikit garam
Daun pisang yg di layukan

Caranya
Kupas labu, potong dadu rebus bila dah empuk toskan airnya sejukan dan lecek hingga halus
Masukan tepung dan gula kacau sebati (tepung begantung pada byknya isi labu jgn telebih nnt kuih keras pulak)
Satukan kelapa dgn garam
letakan isi labu di tegah daun pisang dlm 1 1/2 sudu dan letak kelapa ditegak kemudian tutup semula dgn 1 sudu isi labu tadi lipat daun pisang dgn kemas
Kukus selama 15 -20 minit dan sejukan


Sabtu, Mei 04, 2013

Risoles


Assalamualaikum..apa khabar sihat ke rakan2 saya di sini, hrp semua baik2 belaka :-)..wah npknya ramai juga rakan2 masakan yg sudah balik ke kg masing2, utk menjalankan kewajipan penting pada esok hari...saya menjalankan tugas penting tu di KL saja...:-) cadangnya lepas pangkah memangkah ingat nak g jln2 maklum le dua hari cuti...baru cadang je ni heeeee...
baik le pernah mkn tak kuih Risoles, x silap kuih dari negara jiran sebelah tu Indonesia..katanya lah saya pun x pasti asal usul kuih ni.... yg pasti sy pernah beli kuih ni di pasar PJ lama dulu.... kuih ni mmg sdp..lama sy dok cari2 resepinya..akhirnya ketemu juga...nak ikutkan ada pesamaan dgn kuih Negeri Terenganu iaitu kuih Lipat@Kuih Ropa...cuma Risoles ni di salutkan dgn breadcrumb ...kulit luar pula mcm buat kuih ketayap..dan inti dlm letak kentang mcm nak buat karipap...nak lg sdp letak aym atau daging...proses nak buat kena lah sabar ye..buat kulit, sambil tu masak inti, kemudian di gulung, baru le di celelup dgn telur dan salut sama breadcrumb ... akhir sekali barulah di goreng..kena sabar tau...satu lg kulit tu jgn tebal sangat..kalau tebal masa mengulung nnt takut tekoyak atau pecah....senang cerita nipis mcm kuih ketayap lah ye...kuih ni sy buat mlm tadi masa hujan tengah lebat..lepas buat saya frozenkan..jd pagi ni sy goreng utk sarapan pg sekeluarga...sdp juga di cicah sama sos cili dan mayonis....resepi kuih Risoles ambik dari dapur Chik Mimi ...tq...

Risoles
Sumber: Chik Mimi
Sumber : Mamasya

Untuk Kulit /Dadar
2 cwn tepung gandum
3cwn ~ air boleh gantikan dgn santan @ susu cair- sheila guna air
secubit garam
sebiji telur
minyak utk mengoreng

Untuk salutan
1 biji telur
breadcrumb secukupnya

Inti
Ubi kentang ~di dadu dan direbus
Daging cincang
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serbuk kari~ jadikan pes
Daun sup & bawang
garam secukup rasa


Cara buat kulit
Masukkan semua bahan ke dalam blender,blend sehingga sebati.adunan jangan terlalu cair @ pekat.
Panaskan nonstik pan masukkan 1 senduk adunan buat dadar sehingga nipis,ulang sehingga habis ketepikan.

Cara buat inti
Tumiskan bwg merah, bwg putih serta halia sehingga naik bau, masukkan pes serbuk kari ,tumis sehingga garing masukkan daging cincang masak sehingga dagingnya bertukar warna,masukkan ubi kentang masak sehingga sebati,masukkan daun sup & bawang perasakan dengan garam tutup api.
Ambil sehelai kulit @ dadarnya,masukkan inti gulung macam ketayap buat sehingga habis.
Telur di pukul sebati,celupkan dadar yg telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb.
Panaskan minyak goreng sehingga keemasan.


Ahad, Februari 17, 2013

Popia Inti Daging Sedap


Salam besiaran di pg minggu buat semua... jarang2 sekali nak ber n3 di pg minggu ...entah apa angin pepagi jari jemari rajin lak nak menari2 tekan sana sini....ok sarapan pg ni pekena dgn popia inti daging yg sdp...mlm td kita dah siapkan semua, siap gulung masuk peti....mkn pulak suam2 panas cicah dgn sos cili mayo mmg sdp...sos cili mayo tu campuran sos cili dan mayonis kasi gaul sebati...sdp tau cubalah....kita pun tegah ada byk lg kerja di dapur nak buat..... so mari layan dulu popia inti daging yg sdp ni....kalau ada bahan dan rajin buat ye :-)



Popia Inti Daging Sedap

Bahan:
kulit popia
250g daging kisar
1/4 kobis, sengkuang, lobak merah hiris nipis - nak senang di sagat
1 sudu makan lada hitam biji (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu cili kisar
Garam & gula

Cara:
Tumis bawang merah/putih sekejap, masukkan lada hitam, cilli kisar tumis hingga naik bau.
Masukkan daging kisar biar masak dggnya
Bila air dgg kering masukan sayur-sayuran gaul sebati dan keringkan airnya
Bila inti dah agak sejuk boleh letak 1 sudu makan inti pada kulit popia dan gulung, sedia utk di goreng

Cicah sama Sos cili + Mayonis yg di gaul sebati....


Selasa, Disember 11, 2012

Kuih Peria Inti Kacang Hijau


Assalamualaikum Selamat becuti pada warga Selangor...pg ni tayang kuih Peria...pernah negok tak?..hemmm rasanya ada yg pernah negok tp x pernah mkn, yg x pernah negok x pernah mkn pun tentu ramaikan...mana yg dah pernah rasa dan tahu tu x ada masalah punya...kuih org lama juga ni....ikutkan saya masa kecik2 pernah mkn tp dah lupa cam ne rasanya...cuma ingat2 gitu je..rasanya cam kuih koci tp lain sikit lah....nak puaskan hati buat juga le bg ank2 tahu mcm mana rupanya kuih peria ini..sdp kuih ni lembut je ada lebih kurang mcm kuih masyarakat cina kuih Angku beza cuma warna dan bentuk...:-) sy buat inti kacang hijau ...kalau nak letak inti kelapa pun boleh...kuih ni saya bentukan garisan mengunakan belakang pisau pengupas buah...kalau nak ikut cara mcm Kak Madihaa pun boleh ...resepi sy ambik dari dapur beliau...tq Kak kongsi besama....


KUIH BUAH PERIA
Sumber :- Kak Mardiha


Bahan2 Untuk Doh
300 gm tepung pulut
150 gm keledek (timbang setelah dikupas kulit) (sebaiknya guna keledek isi putih agar warna yang kita gunakan lebih menyerlah ~ kalau kita guna keledek purple ker.. sure warna lari..)
240 ml air + pewarna hijau
4 s/b gula kaster
40 ml minyak

Bahan2 Inti
250 gm kacang hijau tanpa kulit
10 s/b gula
1 s/k garam
2 cawan air (boleh tambah or kurangkan ikut kesesuaian)
Bahan2 tambahan
daun pisang atau plastik secukupnya
minyak masak

Cara-cara masak inti:
1. Kacang hijau dicuci bersih kemudian direndam 4 jam atau 1 malam.
2. Toskan kacang & jirus air paip. Masukkan dalam periuk bersama air dan masak seperti kita masak nasi.
3. Apabila ia menggelegak dan airnya hampir kering kecilkan api (seperti kita tanak nasi) lalu tutupkan tudung periuk.
4. Agak2 kacang dah empuk (hendak tahu masaknya cuba picit biji kacang itu) & bila dah lembut maka bolehlah dimasukkan gula & garam. Kacau2 hingga gula larut dan sebati & inti agak kering.
5. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan ke beberapa bahagian kecil.

Cara-cara buat kulit:
1. Rebus keledek hingga empuk. Bila dah empuk masukkan dalam blender & campurkan dengan air.
2. Dalam sebuah bekas, masukkan tepong pulut, gula & garam. Lalu tuangkan keledek yang telah diblender tadi ke dalam tepong.
3. Uli bahan2 tadi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan minyak dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Bahagikan doh ke beberapa bahagian (menyamai jumlah bebola inti tadi) lalu bulat2kan.
5. Untuk membentuk buah peria (sila rujuk gambar di bawah), sediakan plastik yang bersih. Masukkan inti ke dalam doh lalu tutupkan inti. Bentukkan doh menjadi bentuk lonjong sikit. Letakkan di atas plastik tadi lalu digulungkan seperti gulungan gula2. Kemaskan kiri & kanan lalu tarik kuat2 kedua2 hujung plastik agak terbentuk garis2 pada doh & seakan2 menyerupai buah peria (takde 100% macam buah peria.. hehe). Buka gulungan dan susun dulu dlm pinggan bersih. Buatlah doh selebihnya sehingga habis.




Cara saya lepas letak inti bentukan kuih jd lonjong letak atas tapak tangan dan buat garisan dgn lalukan cara lembut menguna belakang pisau kupas buah..nak buat mcm cara Kak Madihaa guna plastik pun boleh....


Rabu, Disember 05, 2012

Apam Berkuah


Salam Sejahtera buat semua....Salah satu resepi tradisi dari negeri pantai timur...Ganu kite...sapa2 perasa sy suka mencuba resepi dari bebagai negeri...kalau yg x berapa nak perasan tu x pelah ye heee..:-) maklum le nak menjelajah satu negara M'sia merasa makanan setiap negeri ni bukannya lepas pun kan......setidak2nya kita tahu juga ujutnya kuih2 tradisi...kalau rajin boleh buat...mcm sy nak sagat merasai mcm ne kuih apam cicah sama kuah lemak...alhamdullilah jumpa juga resepi dari dapur Kak MaDiHa...sebelum tu ada juga sembang2 tingkap ngan Kak Nor ganu...Kak Nor kata kalau dpt Apam Bakar lg sdp..wahhh teruja pulak sy dgr...insyaAllah Apam Bakar akan sy cuba pula di masa lain....ok apam ni buat dah hampir masuk senja tp sempatlah buat mkn mlm td... mmg terbaik rasa apam berkuah ni..jgan lupa mencubanya, kenyang tau x mkn nasi pun x apa...jom intai2 rupa apam berkuah...


APAM BERKUAHResepi Dari Dapur: Kak MaDiHa
RESEPI APAM GANDUM - Sheila buat 1/2 adunan
1 kg tepung gandum -Sy buat setengah aduna aje utk pecubaan
3 - 5 keping gula kerek nisang (gula merah)
1 peket mauripan
Air secukupnya (lebih kurang 5 - 6 cawan)

Cara2 Mengadun Apam
1) Masak gula kerek/nisang dengan 2 cawan air sehingga cair.. kemudian tapis & biarkan sejuk
bila air gula dah sejuk bubuh mauripan dan kacau2 sikit biar hingga mauripan mengembang & nampak berbuih.
2) Ayak tepung gandum & tuangkan air gula tadi dan gaul rata.. Seeloknya gunakan tangan (yg bersih) saja yer.. kalau org Trengganu panggil kaedah ni 'kameer' atau maknanya gaul... adunan mestilah seperti adunan cekodok ataupun sedikit lembik dengan menambah air lagi kalau tak cukup yer...
3) Biarkan adunan naik dalam 1/2 jam... kacau (kaupbalik) dan biarkan dia naik lagi. Ulang proses ini sebanyak 3 kali iaitu dalam 1/2 jam sekali. Untuk kaup balik kali ke3 terus tuangkan ke dalam loyang. Untuk 1 kg tepung boleh dapat 2 loyang besar.
4) Panaskan kukusan dan kukus apam sehingga masak (dlm 40 minit).
RESEPI KUAH APAM
Bahan2
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia-Besor ibu jari
lengkuas-Besor ibu jari
kunyit-Besor ibu jari
Ikan selayang - 5 ekor (Kukus/rebus bersama garam & asam keping dan ambil isi)
santan - sebiji nyor (MaDiHa guna santan kotak)
Nyor gula (kerisik)-rm 1.00
Nisan (gula merah)-3@4 kerek
garam secukup rasa
ketumbar-2 sudu (rendam semalaman) (MaDiHa sangai & tumbuk halus)
Adam manis-2 sudu (rendam semalaman) (MaDiHa sangai & tumbuk halus)
lada hitam-sesudu teh
Nyor/kelapa parut -Segengam (tak bubuh.. takde stok kelapa parut kat rumah)
Air nyor (Optional) MaDiHa tak bubuh.. takde ler..
* Sheila tambah 1 sudu cili kisar.- kuah telebih kunyit pulak  

Cara Masak Kuah
1. Tumbuk/blend b. meroh, b. putih, halia, lengkuas, kunyit sampai lumat.
2. Tumbuk lada hitam & nyor sampai lumat (kalu blend takut x betul2 lumat)
3. Tumbuk ketumbar & adam manis (Hok ni pun kena tumbuk lama, biar betul2 lumat-kalau giling lagi kaw rasanya)
4. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan2 yg telah ditumbuk/blend tadi. masukkan nyor gula, nisan, isi ikan, garam dan air nyor/air kelapa.
5. Masak dalam 1/2 @ 1 jam hingga kuah betul-betul pekat dan naik minyak. Selalu kacau untuk mengelakkan kuah berkerak.
6. Sesuaikan rasanya ikut citarasa anda..

Nota: resepi kuah ni perlu dibuat double resepi jika buat 1 kg tepung (apam) sebab MaDiHa tak cukup kuah daaaaaaa.... oh ya.. lagi satu.. kuah sepatutnya warna kuning sket.. tp ku buat tu jd gelap sikit mungkin sebab rempah2 yg ku sangai tu... nak cepat punya pasal... malas nak rendam semalaman..


Rabu, Oktober 24, 2012

Kuih@Apam Puteri Ayu


Salam ceria semua...hemmm x tau mana satu kuih put3 ayu ke atau apam p3 ayu heee ....... sy panggil kuih apam pu3 ayu ,  sama jeeekan dlm ketogeri kuih juga...lama benar x mkn kuih p3 ayu...sekali2 mkn sedap pulak..beketul2 habis, makan suam2 lg sdp...sy kukus kuih ni mlm tadi... buat awal selepas solat magrib terus sy bancuh dan kukus....jadi sambil negok tv boleh lah ngap2...tinggalkan separuh utk buat sarapan pagi ....pukul 6.30 pg td saya kukuskan balik kuih ..hem npknya kuih masih lembut.....kuih apam p3 ayu merah sy ni rasa sirap rose....nak buat rasa panda pewarna hijau dah habis...nak pergi belakang ambik daun pandan malas pulak.... hemmm yg penting kuih  apam p3 ayu sy menjadi... Kak CT pun dah pernah buat..resepi ambik dari dapur Yatie...tq...


Kuih Apam Puteri Ayu
Resepi : YatieMemories

Bahan-bahan ( dpt 36 ketul )

  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil b. powder
  • 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
  • perisa pandan, atau perisa kegemaran - sheila letak perasa sirap rose
Inti Kelapa
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara Cara
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
  2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
INTI KELAPA - 
  1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
  3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
  4. Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.


Rabu, Oktober 17, 2012

Popia Goreng Inti Sedap



Besua kembali di pagi rabu.. nampkanya cuaca cantik..tika ni dah panas pun....elok lah tu jemur2 apa yg patut....masuk tghari ke petang ala2 mendung gitu.... x nak celoteh panjang sy pun ada kerja lg nak buat ni heeee mmg x habis2 kan kalau jd ketua dapur :-) sajeee bagi ider utk kawan2 buat sarapan pg, sarapan petang, atau jamuan....alahai kakak2 adik2 semua lg pandai buat popia kan kan kan senyum le sikit :-)).....buat utk hidangan sarapan pg tadi..lama x buat popia...kat rumah ni kalau buat sarapan yg  ada pedas2  mmg laku....nak konsikan gan kekawan...kali ni sy buat inti kira yg sdp jugak leee....puji utk diri sendiri yeee :-)..gabungan yg x banyak bahan...mmg jimat...ada rasa pedas dan manis2 sayur...setakat letak carrot, sengkuang,  isi ayam cincang dan telur budak2 mmg suka punya..sudah di masak lembut jeeee intinya...popia ni kalau x nak cicah sama sos cili pun x ape..mmg dah cukup dgn rasanya..tp tepulang leee pada yg suka cicah menyicah tu boleh lah buat sos popia
apa lg jom godek2...



Popia Goreng Inti Sedap

Bahannya :
Kulit popia
2 batang carrot - di mayang halus > sy sagat guna mata yg kasar
1 biji sengkuang sedehana besar - di mayang halus > sy sagat guna mata yg kasar
1 cawan isi ayam/isi udang - di cincang
2 biji telur di kocak
2-3 sudu besar cili kisar - nak pedas lg boleh letak lebih
3 ulas bawang putih tumbuk halus
Garam, gula,perasa
Minyak masak utk tumis dan goreng

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, cili kisar hingga garing
Masukan isi ayam..goreng hingga isi ayam masak
Masukan carrot, sengkuang, gaul sebati bila dah sebati curahkan telur yg dikocak
Masukan garam, gula, perasa...agak2  inti dah kering, rasa pun dah cukup sdp boleh tutup api dan biarkan inti sejuk seketika
Sediakan kulit popia, letak inti di sudut hujung kulit popia, gulung mcm biasa dan lekatkan hujung popia tadi dgn kuning telur atau satu sudu tepung gandum yg di bancuh dgn sedikit air....
Panaskan minyak goreng popia hingga kuning keemasan...sedia di hidankan



Sabtu, Oktober 06, 2012

Kuih Kole Kacang Hijau


Assalamualaikum...salam sejahtera, selamat behujung minggu buat semua rakan2....suka dgn kuih ni...hajat pun dah lama nak buat...sejak dua menjak ni terjangkit jangkit pulak nak buat kuih2 org lama...kira ada mencuba jugak le kan heee...walau x secantik mcm yg paka2 kuih di luar sana buat...npk je tepung kacang hijau terus sambar..barang yg lain pun semua dah siap beli...buat x nak kalah heee bancuh dua adunan sekali...mula2 negok mcm sikit jeee tu yg gandakan dua...hemmm sdg elok pun kat rumah mmg ramai yg tukang makan....alhamdullilah menjadi dgn elok..rasanya manis pun sedang2 elok...dan x lembik...suka..suka..suka kita heee :-) kira boleh buat lg lah kuih ni.... nampaknya ramai kawan2 masakan dah cuba resepi dari Che'Iza@MyR.... lain kali akan menyusul lg....tq resepi..


Kuih Kole Kacang
Resepi By : Che'Iza@MyR

Bahan-bahan:
1 cawan santan pekat #
1 cawan gula merah *
2 sudu besar gula pasir *
1 cawan air *
Beberapa helai daun pandan - simpul *
2 cawan santan
1 cawan kacang hijau
secubit garam

Cara-cara:
1. Masak bahan bertanda # sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ketepikan tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dalam kuali.
2. Masak bahan bertanda * sehingga gula larut, sejukkan dan ketepikan dulu.
3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas, kacau hingga sebati.
4. Masukkan adunan tadi dalam kuali yang berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dalam bekas atau loyang.
5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, tapi terlebih dulu taburkan dengan tahi minyak. Boleh dihidang sebagai minum petang atau sarapan pagi.

Jumaat, September 28, 2012

Ubi Getok


Salam sejahtera di pg jumaat...ubi getok buat utk minum petang semalam...ada lg beberapa biji yg togel x begoreng...togel belum salut tepung yeeee heeee....sesekali kena kuih goreng buat makan petang mmg best nak pulak panas2...salutan tepung pun ragup.....ubi getok ni saya saja letak kelapa lebih nak bg lemak2...gula pun letak lbh....tp x lah manis bebenoooo..agak2 sesedap rasa....dapat banyak jugak bila dah di bulat2 kan....resepi kita ambik dari dapur Hasue....suka kat salutan tepung/batter mix ragup seperti yg Sue ckp batter mix ni boleh juga di salut buat pisang goreng, roti goreng..ikan or udg goreng tepung pun sodap.... tq resepi yeeee


Getok Ubi Kayu 
Resepi : Joayee@myresipi.com
Sumber : HaSue  

Bahan-bahan ( 1 family )* 2 cup ubi kayu rebus tumbuk
* 1 cup kelapa parut
* 1/2 cup gula
* secubit garam
* batter mix: boleh guna batter mix kegemaran sendiri

Cara-cara
1. campurkan semua bahan hingga sebati.
2. kepal bulat-bulat.
3. celup dalam batter mix. goreng hingga kuning. jangan goreng terlalu lama, nanti pecah.

Untuk resepi batter mix
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning
  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4.  Celupkan ubi td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.   

Sabtu, September 15, 2012

Kuih Gendang Kasturi @ Kuih Rengas


Betemu sekali lg di pagi sabtu...esok Syawal akan melabuhkan tirainya...harini pun masih ramai lg yg buat opn house, kenduri kendara...saya pun x ketingalan hari ni ada 3 jemputan tp rasanya x sempat leee nak pergi ketiga2 tempat tu...mana yg tedekat je kot....ok pagi ni  tayang kuih tradisional pulak heee.. lama tau x mkn kuih ni...kita ada beli kacang hijau ingat kemarin nak buat bubur kacang hijau tup tup ank kata asyik buat bubur kacang je.. dah biasa mkn...cuba mama buat kuih lain yg jarang kita org mkn !!! tiong tong :-)...cari2 jumpalah resepi ni...ye betul lama juga x mkn kuih Rengas.. biasa beli je ...hem apa lg  terus rendam kacang dua jam dan rebus...siap buat bulat2 simpan dlm peti.. pagi ni tinggal bancuh tepung salutan dan terus goreng pehhh sdp mkn suam2...ragup salutan luarnya....senang je buat kuih ni cuma nak kena lama sikit le tunggu kacang hijau tu empok betul..tp jangan sampai hancur pulak...resepi ambik dari dapur x asing lg siapa yee hehehe  Kak Che Ct lah...kuih akk comel2 mcm tuanya......Terima kasih ye Kak...


Kuih Gendang Kasturi @ Kuih Rengas  
Resepi Original CT
Bahan utk Inti:
1 1/2 cawan kacang hijau (rendam beberapa jam sebelum direbus)
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1/2 biji kelapa parut muda (ambil yg putih saje)
Air secukupnya untuk merebus

Bahan utk Tepung Salutan:
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 sudu kecil air kapur
air secukupnya
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
 

 Cara-cara:
1. Untuk membuat intinya, rebus kacang hijau sehingga pecah/lembut dan kering airnya (jgn sampai hangus ya).
2. Campurkan kacang hijau tadi bersama kelapa parut, gula pasir dan gula merah. Gaul hingga rata dan sejukkan.
3. Ambil adunan inti tersebut sedikit dan bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sampai habis.
4. Bancuh adunan tepung utk disalut kepada adunan inti tersebut.
5. Panaskan minyak, celupkan adunan inti kedalam adunan tepung tadi dan goreng lah seperti biasa hingga keperangan. Angkat dan tos kan atas paper towel.
6. Hidang untuk minum petang atau pun sarapan pagi.




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More