Salam besiaran di petang rabu harap semua kekawan sihat yeee...rojak buah sdppp ni gara2 godaan dari DayangJack semalam heheheh...sampai pipi pun naik kecur di buatnya...nak pulak pantang gan rojak...pantang jumpa...:-)...try resepi sos dari Dayang pehhh mmg sdp lah..cuma kita ter buat pedas sikit...tp bila dah di gaul sama buah2 x rasa sangat....si bujang sampai menjilat2 sos nya....next time boleh le buat banyak...sesuai buat utk mkn kenduri2 kan?....apa pun jom mkn dulu rojak buah ....:-) terima kasih DayangJack
buah2 ikut je pilihan sendiri...ni buah yg saya suka, nenas, sengkuang, timun, manga, dan belimbing besi
Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-bahan :
- 1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
- 300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
- gula pasir secukupnya jika perlu
- 1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
- 1/2 botol kecil sos cili
- 3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood
- bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
- 125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)
sos atas dapur tunggu pekat kan lg.....
Cara-cara :- Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
- Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
- Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
- Tutupkan api. Biar ia sejuk.
- Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba!