Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Friday, November 28, 2014

Daging Sekilo Bawang Sekilo

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... kali ke2 masak Daging Sekilo Bawang Sekilo.. dan lebih berpuas hati berbanding percubaan kali pertama kat SINI dulu..kali ni tak guna magic pan pun,cuma masak dalam kuali tapi ditutup dengan penutup periuk je.. alhamdulillah, tetap sedap, bawangnya hancur  dan dagingnya sangat lembut..

Kali ni kami gandingkan DSBS dengan ketupat palas frozen hasil air tangan ma dan ayah dari kampung. Ma yang sediakan pulutnya dan ayah yang jadi tukang balutnya. Memandangkan si ali suka makan ketupat jadi minta dorang buatkan sebelum balik ke sini masa raya haji tu..

Seumur hidup belum pernah cuba buat ketupat sendiri.. cuma pernah beberapa kali belajar cara balut ketupat. Nak sediakan pulut, tanak dan kukus sebagainya tak tahu bila nak cuba.. lagipun ketupat bukanlah kuih kegemaran saya dan suami. kadang-kadang kalau musim raya tu, sebijik dua je jamah walaupun ketupat ialah juadah wajib setiap kali hari raya..

DAGING SEKILO BAWANG SEKILO Sumber : kak Amie Bahan-bahan: 1 kg daging (potong kecil-kecil) 500ml santan cair 250ml santan pekat 1 kg bawang besar (potong kasar-kasar) 15 biji lada merah (potong nipis-nipis) 7 biji bawang putih (tumbuk) 3cm halia (tumbuk) 5 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang garam & gula minyak Cara: 1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi. 2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu. 3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu. 4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur. 5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali. 6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula. Gunakan api perlahan. 7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah terbit minyak 8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Make Money at : http://bit.ly/copy_wi
DAGING SEKILO BAWANG SEKILO
Sumber : kak Amie

Bahan-bahan:
1 kg daging (potong kecil-kecil)
500ml  santan cair
250ml santan pekat
1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
15 biji lada merah (potong nipis-nipis)
7 biji bawang putih (tumbuk)
3cm halia (tumbuk)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & gula
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah terbit minyak
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit.

Tuesday, September 3, 2013

Daging Sekilo Bawang Sekilo dah jadi setengah kilo je

Assalamualaikum...

aduuh.. tak tahu dah nak cari di mana menghilangnya mood rajin untuk update belog ni.. hmmm... ni sebenarnya salah satu menu berbuka puasa Ramadhan yang lepas..bunyi macam pelik je nama resepi ni.. dah lama sebenarnya saya terpandangkan hidangan daging yang istimewa ni dari dapur kak Amie.. tapi memandangkan penggunaan bawang yang terlalu banyak tu, saya jadi berprasangka.. hihi biar betul nih,guna bawang sampai sekilo kan, sama banyak dengan daging tuuu...

lepas tu bila selalu pulak tengok rakan-rakan fb duk ulang tayang menu daging sekilo bawang sekilo ni, tentulah hasilnya memang sedap betul la tu... kalau tak takkan diorang selalu ulang2 masak kan? jadi masa bulan puasa hari tu barulah terbuka pintu hati nak mencuba hihi tapi saya buat separuh je, yela kami berdua je yang nak makan pun... walaupun bagi saya percubaan kali pertama ni kurang berjaya dari segi rupanya, nampak bawang tak berapa nak hancur je kan.. tapi alhamdulillah, dari sudut rasanya memang enak dan insyaAllah saya pasti akan membuatnya untuk kali kedua.. cuma tak tahu bila je hihi

DAGING SEKILO BAWANG SEKILO
Sumber : kak Amie

Bahan-bahan:
1 kg daging (potong kecil-kecil)
500ml  santan cair
250ml santan pekat
1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
15 biji lada merah (potong nipis-nipis)
7 biji bawang putih (tumbuk)
3cm halia (tumbuk)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & gula
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah terbit minyak
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit.

P/S: Daging tidak hancur, yang hancur lunyai ialah bawang dan hirisan lada merah.

masam, lemak manis...memang sedap..
tak rugi mencuba dan habiskan stok bawang kat dapur tu hihi
selamat mencuba ye :)

Tuesday, June 4, 2013

Asam Pedas Daging Bersantan

Assalamualaikum....

Rasa pantas je masa berlalu.. cuti sekolah pun dah nak abis. Kertas exam budak masih belum banyak lagi bertanda. Kita naik kereta balik kampung, sama jugak dengan paper exam... balik kampung jugak hihi Masa pun rasa agak terhad bila terpaksa berdamping manja je dengan budak kecik sorang tu.. kadang-kadang mata dia dah pejam pun, bila diletak je kat bawah terus sedar.. nak kita duk baring sama dengan dia..tanda paper pon sambil baring jugak lah jawabnya..

ok, menu asam pedas nih salah satu menu yang ada dalam AROMA JUN dan ni jugak lauk feveret saya dan encik suami.. memang berselera lah kalau kena lauk camnih. kalau jemu dengan daging, kadang-kadang tu ganti ayam.. kalau ikan pulak tak pernah pulak masuk santan dan kalau teringin nak masak asam pedas pasti ikan jenahak yang jadi pilihan utama kitorang.

ASAM PEDAS DAGING BERSANTAN
Resepi : Atie

Bahan-bahan :
500 gram daging - dipotong nipis
100 ml santan pekat
500 ml air
1 sudu besar gula
minyak untuk menumis
garam dan perasa secukupnya
2 batang serai - dititik
2 batang bunga kantan
daun kesum

Bahan kisar :
1 biji bawang besar holland
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 tangkai cili merah segar
4 tangkai cili kering
2 biji tomato
- kesemua bahan ini dikisar dengan sedikit air sehingga halus.

Cara memasak :
  1. Panaskan minyak. Masukkan serai yang dititik bersama bahan kisar dan gula, kacau sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan air.  Masak di atas api yang sederhana sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan dan bunga kantan. Perisakan dengan sedikit garam dan perasa, tunggu sehingga daging empuk. 
  3. Akhir sekali, masukkan daun kesum dan padamkan api.

Bila tengok asam pedas nih tiba-tiba teringatkan pokok kesum dalam pasu yang ditinggalkan kat rumah tu.. harap-harap tak mati kekeringan lah... sayang pulak kalau mati lagi.. kadang-kadang kat sana tu yang dijual di pasar adalah kesum jenis liar tu.. yang daunnya besar-besar, rasanya pun lain dari kesum kampung yang ditanam tu...

Tuesday, May 7, 2013

Meatballs kali ke2..teringin

assalamualaikum...

alhamdulillah lewat petang semalam kami selamat sampai ke negeri Jelapang Padi..
yang kini dah mendapat MB yang baru..
rupanya semalam sekolah cuti.. jadi selamat la cuti rehat sehari..
tp yang tak bestnya Sabtu ni nak kena ganti pulak hihi

menu makan malam sehari sebelum balik kampung untuk mengundi hari tu...
tiba-tiba teringin sangat-sangat nak makan benda ni..
ikut resepi macam 1st time buat kat SINI
banyak jugak lebih bebola daging.. maklumlah kami berdua je makan
yang lebih tu saya frozenkan je..

ergggh.. tiba-tiba tak tahu nak tulis apa lagi...
tak payah cakap banyak lah ye..
demam pilihanraya belum hilang lagii
GE-13 , moga Allah memelihara kita semua.. amiiin.

Sunday, November 4, 2012

Dendeng Daging.. membuka selera

assalamualaikum...

tentu freezer kawan2 masih penuh dengan stok daging korban kan...  saya punya tak banyak mana, ada lah sikit2 bawak dari kampung.. ingat nak masinkan sebahagian dan jemur kasi kering, tp ngn cuaca yang tak menentu nih takde lah saya rajin nak buat tu semua. pulak tu risau kot2 dimakan kucing.. kalau dulu duk kuaters saya jemur je dalam rumah hihi ..

sebelum ni saya pernah masak dendeng daging basah.. taruk cili api untuk rasa pedas.. tapi bila makan yg kawan bawak ke sekolah daging dendeng yang dimasak kering dan garing , terus jatuh cinta... balik keje , saya masak dendeng ni lagi sebab tak puas makan yang kawan bawak. Bila google resepi , macam2 cara buatnya.. ada yang masuk serai , halia bagai.. pastu ada yang tak guna jintan.. so, kat bawah ni saya masak ikut cara dan citarasa saya sendiri.. awalnya saya goreng kan 3 biji kentang kunun nak campur dengan daging tu.. tp bila anak2 tengok , dipunggahnya makan camtu je kentang yang dah masak tu.. tinggal beberapa keping je , bakinya saya bubuh jugak la dalam dendeng daging tu..

DENDENG DAGING
by : atie

Bahan-bahan :
500 gram daging lembu
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji cili merah besar
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 inci kunyit hidup
4 sudu besar jus asam jawa ( boleh kurangkan atau lebihkan )
serbuk perasa
garam secukupnya
minyak masak secukupnya

5 ulas bawang putih dan 5 ulas bawang merah dijadikan bawang goreng.

Cara membuatnya :
1. Rebus daging ( biarkan tanpa dihiris ).. jangan lama sangat..agak2 dah tak merah tu , toskan je. Stok daging tadi jangan buang, simpan untuk masak sup ke atau ape2 je kan...
2. Sementara tunggu daging masak , tumbuk ketumbar , kunyit dan jintan manis..
3. Daging yang disejukkan tadi dihiris nipis dan ditumbuk dengan lesung..jangan sampai hancur pulak daging tu.. agak2 je lah.
4. Kemudian perap sebentar daging yang ditumbuk tadi dengan sedikit garam dan bahan tumbuk seperti kunyit, ketumbar dan jintan manis
5. Goreng daging tadi sehingga kekuningan dalam minyak yang banyak.. Kaupkan sekali dengan serbuk2 rempah tumbuk tadi.. toskan supaya tak berminyak sangat. Ketepikan..
6. Selepas itu tumbuk bawang putih , bawang merah dan cili.. tak perlu terlalu hancur. sebelum tu saya gorengkan sekejap cili merah tu dalam minyak untuk memudahkan bila ditumbuk..
7. Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan tadi sehingga garing dan masukkan daging yang telah digoreng sebelum itu.. Kacau hingga sebati.
8. Masukkan jus asam jawa dan tambah sedikit garam dan serbuk perasa.
9. Kacau lagi sehingga garing , boleh diangkat dan ditaburkan dengan bawang goreng apabila dihidang.
10. Selamat mencuba!

Nikmatnya bila makan dendeng daging ni dengan nasi panas..
boleh bertambah-tambah sampai kenyang..
Best sangat..  agak2 nanti buat lauk makan dalam pantang, ok apa hihi

Saturday, October 20, 2012

Swedish Meatballs..

assalamualaikum...

selamat berhujung minggu semua. alhamdulillah masih ada peluang untuk kita berkongsi sesuatu di alam maya ni.. tak sangka saya akan berjaya mengapdate belog ni.sekarang mood makan cam membuak2 gitu.. apa saja yg terlintas, terus rasa nak masak.. tengok lah..klu rajin, tak letih dan takde gangguan semua jalan.. kalau tak berhari2 terbawak dalam mimpi je...

nih baru je masukkan adunan bingka labu dalam oven , dan cadang2 nak goreng mi untuk bekfes.. sambil2 tu, luang masa kejap ngadap lappy.. ok, khamis ritu masa kat skolah tetiba rasa nak makan meatballs.. selalu duk tengok je org duk uar2kan yang ikea meatballs sedap sangat2 kan.. nasib la kan, ikea nuuun jauh di mata.. kalau de pun dekat sini , takde pulak teringin nak pegi semata2 utk makan meatballs tu pun.. sbb saya nih jenis yang camana ntah.. lebih2 lagi bila tengok bahan resipinya kat www.ikeahackers.net

selepas google resipi kat internet, berkenan dengan resipi meatballs yang ada di blog mytravelmyfood.. dengan sedikit ubahsuai, malam tu kami semua dinner dengan swedish meatballs yang sedap.. terima kasih kepada pemilik blog dan sumber2 yang lain..

pagi semalam pun sambung bekfes ngn meatballs nih.. walaupun semua dah siap grilled, tp isinya tetap berjus tak kering bila dipanaskan semula dalam microvave

SWEDISH MEATBALLS
by : atie
sumber : MytravelMyfood

Bahan-bahannya
400 gram daging kisar  Ramly 
3 ulas bawang putih dicincang halus
Sebiji bawang besar Holland – dicincang halus
1/3 cawan breadcrumb
1/3 cawan tepung gandum
1 biji telur 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
¼ cawan susu
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Sediakan periuk kukusan terlebih dahulu.
Mula-mula masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata dan sedia untuk membuat meatball.
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit. ( saya kukus sekejap je, tak sampai 5 minit )
utk bebola nih , betul2 dapt 30 bijik meatballs.

Bahan-bahan untuk kuah Meatball@gravy :

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
Sebiji bawang besar hijau dipotong dadu 
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging*
2 sudu besar sliced mushrooms

Cara-caranya:
1.Goreng bawang besar tanpa minyak  sehingga layu.
2. Cairkan butter dalam kuali bawang goreng td. lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.
3. Masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sebentar.
4. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. 
5. Masukkan kembali kuah  tadi ke dalam kuali, tambah cendawan dan didihkan sehingga pekat dan masak.

Grillkan meatball yang dikukus tadi seketika , goreng fries dan sedia dihidangkan bersama jem strawberry / blueberry. 
Kat rumah ni tak pernah ada stok jem..sbb kami semua tak suka.. jadi makan dengan sos tu je. Lbih menyelerakan bila dihidang bersama brokoli dan carrot yang dicelur sebentar:)

malam sebelum tu , dinner dengan pizza je.. buat beef pizza utk saya dan beef peperoni pizza utk en.suami.. biasanya utk adunan doh pizza saya buat sebijik je , jd leh dapat satu pizza yang basednya tebal lembut dan gebus. kali nih buat utk 2 bijik.. jadi lebih nipis.. best jugak kan...hihi

Friday, July 29, 2011

daging dendeng

assalamualaikum....

kali ke 2 saya memasak daging dendeng... since auni suka sgt makan nasi ngn sup, selalu sgt buat sup daging.. pastu sup ayam, pastu sup sayur.. hehe cemuh kata oghe klate klu makan benda yang sama selalu kan... pastu bila tengok kak ita buat daging dendeng yg simple, terus tak teragak2 nak cuba.. tapi saya buat separuh je....

kemudian saya tambah sedikit jintan manis.. pandai2 ikut selera lidah yang merasa.. hehe sebenarnya saya rindu ngn  rasa daging dendeng mabeles yang saya penah buat kat SINI.. hasil dr sedikit ubah suai yg tidak mengecewakan... cuma kemalasan sikit nak buat versi tersebut sbb daging lembu tuh saya garamkan dulu sikit, pastu hiris nipis2 dan jemur dulu... pastu tumbuk daging baru goreng dengan minyak.. bunyinya susah je kan...hehe ada masa, lenkali boleh lah buat yang nih..

DAGING DENDENG

by: Pak Engku
copy dr : kak ita

-1 kg daging lembu yg tiada lemak - ita guna batang pinang
-100 gm bawang goreng

Bahan Kisar
-15 tangkai cili kering - digoreng dan dikisar
-10 ulas bawang merah - digoreng dan dikisar
-2 inc halia - digoreng dan dikisar
-3 ulas bawang putih - digoreng dan dikisar

Bahan Tumis
-5 biji buah pelaga
-3 batang kulit kayu manis
-3 kuntum bunga lawang
-5 kuntum bunga cengkih

Daging dipotong nipis kemudian direbus
Apabila lembut, toskan dan kemudian digoreng
Tumis buah pelaga, kulit kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih
Masukkan bahan yg telah dikisar kasar tadi.
Biarkan hingga naik bau dan naik minyak
Barulah masukkan daging yg telah digoreng tadi.
Masukkan garam dan perasa kacau rata.
Kemudian taburkan bawang goreng.