Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Tuesday, February 17, 2015

Padang Besaq lagiiiiii

Assalamualaikum..

Holla..pekabo deme demes?
Well..dah macam jadi rutin tahunan (wujud ke?) plak untuk family kami untuk ke Padang Besar..
Rasanya sepanjang berkahwin, memula pergi masa umur Qisya dalam 3bulan, pi dengan my parents..then masa umur dia dalam 7bulan,awal bulan 10, kenkonon celebrate my besday la,awai kebeno.hiks!..pastu last year, around Sept, pergi follow up Jannah kat Hosp.alor Star, lajak Perlis terus 😜.. n da latest ni la yang 3minggu lepas..pi kenduri kawen adik kepada staf Usm kat Kedah terus stay Changlun..esoknya Ahad  25.01.2015 terus jenjalan ke Padang Besar..awat entah asek ke sana..hahaha..shopping tahap keje kuli cenggini laa..ngeh ngeh ngeh

But..Alhamdulillah..ini namanya rezeki..tak kisahla bercuti ke mana pun..harus bersyukur..atas apa jua pemberian nikmat dariNya..tq Allah

Managed to get some dress to all my nieces..n tshirt to few fmly members.
Me n family also dapat matching tshirt kaler hitam gambar vespa tulih hatyai..walhalnye ke Padang Besar je..muahaha.pastu ada beli bedsheet..murah giler kot..set sekali comforter hanya rm45 untuk katil saiz king.kain cotton..mana nak dapat woii..hihi

Then what else?ok..kami stay kat hotel GM..kat changlun..dekat je ngan simpang nak ke bukit kayu hitam, uum, kangar..sangat strategik la..dekat ngan pasaraya cmart jugak..dah kali kedua duk situ..dulu bawak mak ayah masa Qisya 3bulan..murah dan comfy for me..tapi kecikla..comel je..tapi kami memang bertujuan nak tumpang tido je..bukan nak lepak hotel pun..hiks.rm85 including breakfast yang kami melepassss, tempah kat Agoda..berbaloi-baloi..will choose u gaian later GM dearest!

Ok la..lets enjoy the pics!


Masa otw ke rumah kenduri..gerak dari rumah dah pukul12tgh..pastu singgah makan mi kari dulu buat lapik perut..pastu sampai kenduri pun dah pukul 3ptg..mujur kenduri kedah sampai lewat petabg konsepnya..kalo kat perak sekian jela..tolong orang basuh pinggan jela..hahah
Posing kat hotel masa check in..check in pun dh pukul9 malam macam tu..nampak sangat point nak singgah tidur je..hahah
Hotel ni 1tingkat je..so kena panjat tangga jela..biar husband angkut barang..iols dakap anak kecik je..hihi

Part ni suka..insyaAllah pemilik hotel adalah muslim..wallahualam
Posing depan hotel..mana yang sempat jela..hiks

Singgah makan kedai ni..kat Changlun..best gakla walo konsep tepi jalan..



Kat padang besaq memang panaihhh..ni Jannah baru pas berber..so pi basuh n mandikan terus..lega dia kalau tak asyik merengek..orang tua pun duk asyik beli air sbb panas 😅
Kesian encik suami tittew..2kali berulang hantar barang..bulky size plak tu..parking jauh..perghh..hai encik suami! Lebiu laaaahhh..syukran dapat pasangan yang memahami..tq Allah

Alhamdulillah..anak-anak pun sporting..pi tempat cenggini kena ada geng berhati waja n sporting..kalo anak cranky time tu harus awal lagi kami blah..haha

Stroller ke mana orang ke mana...haha
Nak balik singgah dulu makan kedai sederet depan tu..kami order nasi goreng ikan masin n pataya je..ini saje snap kuih yang baru tau kewujudannya..yang dalam bungkusan daun pisang tu..nampak macam lepat or tepung bungkus je kekdahnye..tapi bukan ye kawan-kawan..husband yang try

Bersemangat mencuba walo perut dah kenyang..haha

Bila di zoom in makanan tu..sejenis pulut berbungkus dengan pisang dan macam kacang gajus..
Husband kata biasa je rasa dia

Dresses untuk anak-anak dara..heheh..anak-anak saya pakai baju ni je masa aqiqah nurin ahad lepas





Ok la..itu jelakot yang dapat dishare..
Bahagia rasa nak up entry sebab gambar semua tak payah susah-susah transfer dan kena bukak laptop bagai..syukurrrr


Alhamdulillah

Thursday, September 4, 2014

Dobi Express

Alkisahnya.. masa kat Kota Kinabalu hari tu baju-baju kami semua lembab basah nak sidai pun payah sebab tak cukup masa.

Ok, intro adalah 0 markah..

Camni, saya 1 family ada pergi bercuti ke Sabah last week. dari 22hb sampaila 27hb Ogos 2014.
So, bermacam aktiviti lah dilakukan.. sebagai seorang berjiwa mak-mak, kain baju anak yang kotor asyikla rasa nak dibasuh. masa duduk sewa kondo Marina kat KK tu adalah nampak kondo tu ada washer machine. So, terus la kami guna. tapi nak jadi cerita rupanye mesin tu agak dah nak rosak kot.. duk godek-godek nak basuh..dia tak sampai ke tahap spin. sampai servis bertukar tangan la..orang ni, orang tu buat semua pun tak jalan..

lastly fade up.. try jemur pun mana nak kering elok. nama lagi duk kondo. pastu plak on trip kan..takkan nak hadap baju je walhal nak melawat tanah negeri orang.

makanya the best solution is----> hantar dobi.
so malam before nak ke Kundasang tu kami meronda cari dobi. dengan harapan sebaik balik dari Kundasang sempatla ambil dari dobi tu.

tapi nan-ado!
terjumpa yang lagi best.
Allah sebaik-baik perancang.
elok dah percaturan dia bagi.
Jumpa dobi express tu (ekceli tak ingat nama dobi tu..hihi)

alaaa..yang jenis self services tu..
buh coins then pepandai setting dari washer hinggalah dryer..
semua di hujung jari..ecewaaahh!!

cilok gambar kawan upload kat fb..hihi

idakle teman ingat akan namanye..
mungkin jugak sama je "CleanPro"

best mesin ni kan?
sampai ke ummi (my sister) begitu taksub nak repeat guna..
hihi

bestla..sebab tak payah tunggu berhari-hari untuk datang pick up.
konsep pun mudah..
takde syiling pun tak payah risau sebab ada mesin tukar coins.
boleh buh bulk quantity terus.
reasonable price.
rasanya masa 1st session tu (mereka repeat pergi a day before we depart from KK) cecah rm11 je kot untuk cuci dan dryer.
baju selambak k.
untuk cuti-cuti, basuh baju cenggitu sangatla memudahkan..
paling penting, baju-baju yang dah dibasuh tapi tak boleh spin tu ada penyudahannya..
Alhamdulillah.

terus semua rasa macam nak berangan ada mesin dryer kat rumah.
ohh encik suami..silalah memahami permintaan getik isterimu ini..
wakaka


so, i 100% recommend all of you to use this quick+efficient service!
dobi express kata nyeee..hihi

Thursday, August 21, 2014

Bila anak tak sihat

Assalamualaikum wbt..

hari ni 21/8/2014 kames, saya kerja macam biasa. *ewaahhh..mukadimah dah macam tulis diari sendiri baca*
tapi jap, memang blog ni pun tahap sendiri baca jekot..muahahaha

jap lagi 5.15pm sharp saya akan pecut balik..
mandi-mandi..buat final touch untuk persiapan percutian ni, baru boleh pergi jemput anak-anak kat rumah baby sitter..
sebab kalau ambik dorang dulu baru balik rumah alamatnya matlamat kami laki bini untuk segera bergerak/bertolak dari rumah tu tak tercapai la..
penpaham jela..anak-anak kecik kan susah sket..plan nak keluar pukul10pagi, pukul8 dah kena ready segla benda dah..hihi

Qisya adalah tidak sihat..
memula Isnin hari tu dia dah start bersin-bersin selsema.
ingatkan sekejapan jela..rupanya drag until malam tadi (Rabu) siap pakej batuk-batuk lagi..haishhh
dugaan betul sebab esok dah nak ke Sabah..

nak tambah dramatik semalam petang dia terkepit kaki ke pintu plak..
nak sangat main tutup-tutup pintu walaupun dah dilarang..
belah bawah pintu kan ada gap sikit..so terkepitla kaki kecik dia tu sebab duk main tolaktolak pintu acah nak tutup sebab ibu duk luar duk angkut segala pempes yang dibeli dari kereta masuk rumah..
hai la anak..
menangis terus la dia..
ibu dah letak barang pun terus la check tengok keadaan..aiyooo..berdarah keh kaki dia
keliling kuku jari manis berdarah..
tsk. tsk.

Hopefully all going well this trip..
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami..

Wednesday, September 19, 2012

muncits!

last few weeks saya ada gi hantar kereta untuk servis..
rasanya on 8/9/2012
so kami bawak dua kereta la..
tinggal kereta saya kat service centre tu, then gi jenjalan ngan kereta hubby [kejap hubby kejap suami..haha..bedal!]

bertiga di Proton service centre!


memula gi makan brunch.
sembang-sembang ngan one of customer kedai makan tu..
adala sorang pakcik ni..baik sungguh..duk bagi nasihat untuk kami on how to manage a baby.
ala..dia kasi tau petua orang tua-tua..
macam kena kasi tutup kepala tu stiap kali keluar rumah [yang ni memang kami praktikkan..selalu je kasi Qisya pakai topi bila keluar] reason? sebab ubun-ubun baby ni lembut..so kena angin ke ape ke senang la penyakit nak masuk.
then nak bagi mandi kena basahkan atau jiruskan air kat kaki baby dulu..jangan main hantam basah kepala dulu..tak boleh! [yang ni pun memang kami praktikkan]
ape lagi eh??ehmmm...tak ingat le plak..takpela..dapat share dua point tu pun dah kira ok la kot..hihi

oh..kejadian adalah pada hari yang sama Qisya makan Kaki FC

cilok dari fb mama ;)




lepas makan tu kami ke Tesco baru kat Tanjung Pinang..sesat-sesat la gak sikit nak sampai situ..hehe
dalam Tesco tu tiap kali ada orang nak pegang/main/tegur Qisya mesti dorang sagka Qisya adalah boy tau..kesian anak mak..huhu

seperti boboy kah beliau?

anak kami gegirl tahu tak?



ok dah..jom layan gambar lain..


berkemasan sebelum keluar kereta..almaklum anak kecik..standby pampers semua..hihi

dua orang kecintaan hati saya! ;)



ok la..


dah ready nak diterkejutkan?





















alamak..saya plak macam nebes!






























nak kasi tengok ke tak eh?







































aiyo!

















































malu



















































camne ni?





























































korang kena redho je tau



























































jangan sampai menanah bijik mata tu plak..






























































isk!! nebes!














































okla..



















































tengoklaa























































 
MUNCITS!!
disebabkan saya sendiri pun tak sanggup tengok keMUNCITan itu..so saya terpaksa letak bintang disitu..
kahkah
sereyes..saya sendiri pun terkejut masa tengok gambar ni..
ada hati nak pakai dress?kahkah
macam peknen 4bulan je gayanya..hihi

dari lepas bersalin haritu memang langsung tak pakai bengkung or corset or ape-ape yang sewaktu dengannya..huhu..mungkin sebab tula MUNCIT tak hilang [terpaksa sedapkan hati sendiri sebab takut luka czer tu bertambah sakit ]


ok..pergi start diet sekarang!

Thursday, July 12, 2012

Padang BESAR ~ part 2

Assalamualaikum.…


Ok, balik2 dari Kuala Perlis malam tu, kami memang terus balik hotel.
Nak citer Qisya mengamuk tak boleh tidor. Bukan sebab bilik hotel buruk ke kecik ke hape. Tapi sebab lain..

Bilik hotel tu ok la walopun comel jek. Lengkap semua ada (exc fridge). Best jek bagi orang yang tak banyak songeh macam kami. Kata nak murah kannnn..ehem  +___________________+

Eh, nak citer pasal Qisya. Betul, malam tu dia menangis-nangis takmoh tido..ke takboleh tido entah.tapi dia bukan jenis macam tu kalo takde sebab musabab yang munasabah.
Jenuh pujuk itu ini. Dah salinkan pakaian n letakkan minyak yuyi kat perut n tapak kaki..pun takmoh.dah rasuah nenen itu ini pun taklayan.selalu ok jek kalo kasi, on sokmo.. Sedikit stress di situ. Almaklum, dengan penat dengan anak takboleh tido. Terus bergegas ke bilik opah n atuk. Bilik kami nun berjauhan.. satu hujung sini..satu hujung sana..pheww!

Pastu opah n atuk jampi apa pun taktaula..elok sket pastu..bagi dia kenyang terus lena kepenatan. Atuk suh amal ayat “ALAM AQ’HAD…” yang dalam surah Yaasin tu.

Pastu esok paginya ada kejadian comel. Biasa hotel ka nada bagi breakfast free kan? Opah n atuk biasala, mesti siap awal punya. Dah complete baju cantik macam nak checkout dah. Yang kami ni selebet jek. Dorang datang bilik kami, tapi kami belum siap, so dorang cakap nak turun dulu. So, ok laaa..
Elok kami turun, tengok takde pun kat lobi, nak kata gi makan, coupon ada kat kami..peliks. terus call tanya dorang kat mana..rupa-rupanya…

Kahkah..comel kan mak ayah ai?? Bosan sangat (or mungkin lapor sangat?) dorang dah gi makan dulu kat makcik tepi jalan tu.hiks!
Then, tunggu dorang abis makan dulu, kita masuk cari makanan free plak. Em, restoran dia sangat kecil. Sempit. Tapi mujur tak ramai orang. Takpe, kita nak duk kejap je pun. Janji kenyang! Hehe

Pastu kitorang gi UUM. Yeay!!!!
her outfit during the holiday. last day kite kasik dia pakai the 3rd one.

I is seronok hokeh!! Lama dah kempunan nak pi.

Saje pusing-pusing. Banyak dah perubahan. Fakulti dah bertambah. Pastu macam kompius, FPK (yeke panggil Fak. Perakaunan tu FPK??) lupa sudahhh.. lokasi nya dah berubah kot.

Then pusing kolej kediaman. Pusing ngan kete jek. Masuk YAB dulu. Sambil story kat dorang yang dulu Maiey (one of my bff masa blaja dulu) duk kolej tu. Pastu masa intersesi pertama dulu kami duk sebilik..lokasi bilik pun masih ingat. Pastu citer yang kitorang pernah tempik budak PLKN berdating kat situ. Tempik dari dalam bilik. Takut punya pasal. Kihkih

Pastu ke kolej encik suami. Dia kolej EON dulu. Pusing tunjuk bilik dia dari jarak dekat. Em, bilik kat kolej dalam induk ni comella..lawa..ok..tapi tang toilet I mencik! Beza dengan Kachi tauww  (^____^)vv

Pastu kami gi mall. 


Lengang jek UUM masa ni. Budak semua terperuk kat blik ke?ke memasing balik kampong? Or dah abes semester? Tapi Maiey kata dorang final exam..em, biarkan.

Plan nak gi Masjid, library, tempat2 lain nak camwhore.tapi malas kot, ngan anak n mak ayah.kesian dorang tau!
Sudahnya gi menadah terik mentari ber-posing di pintu masuk UUM.kahkah


 ada citer klakar.
masa tengok balik gambar atas ni dalam kete, saye cakap (gurauan) "Qisya, atuk n opah pun dulu stadi UUM gak..hiks!"
pastu atuk tambah "ha'a..opah kamu junior"
berdekah kami gelak..haha
*dialog diolah untuk pemahaman anda*

glory-glory man united!



Pastu pusing-pusing Kachi (eh, sekarang dah nama lain) pastu gi rumah Maiey. Dia duk kat perumahan staf tu. So I dah roger dia siap-siap.hehe. dia jamu lunch treat. Sembang-sembang sat pastu blah. tapi sedikit ralat sebab langsung tak snap gambar?podahhh!!

Pastu gi Bukit Kayu Hitam. Sepanjang duk UUM saye tak pernah kot gi BKH tersebut.last pergi masa masih di secondary school dulu. Ikut family maksu time tu. Best masa tu..tapi sekarang?? Nan-ado! Takpayah dating pun takpe kot. Kecik je tempat dia. Maiey cakap lepas peristiwa tempat tu terbakar dulu terus tak banyak kedai dah jual situ. Mujurlah dekat jek.


opah dengan kacangssss


Then balik.

Singgah pekena cendul pulut dulu.

hehe.. dorang ni buat servis stroller for a baby kot..terus je bawakkan stroller dorang bila nampak Qisya..walhalnya kami malas nak keluarkan Qisya punya dari kereta..hiks!

Makan-makan, solat then back to reality. Bye.

Tuesday, July 10, 2012

padang besaq 16/06/2012

seperti yang tertera di title..kejadian adalah pada 16 jun. so if ada yang saya tak berapa hingat tu..im coriii!!

kami plan nak ke nun utara tu adalah lebih kurang 2minggu sebelumnya..tapi macam jadi tak jadi jek..
last minute hotel booking! luckily we have AGODA! it's really helpful. u shud try them if u gonna plan a cheaper vacation (macam kami!) hehe.
saya dah try AGODA ni masa nak honeymoon moon dulu..murahla compared to kita walk-in kan.
some more..risiko kalo bilik yang ada lebih dari bajet kita..huhu

kami check-in hotel GM, kat Changlun. saya yang booked hotel ni sebab saya taktau pun boleh pergi Perlis direct dari exit tol Alor Star (utara ke selatan entah) terus ke Perlis. sereyes saya taktau..yang saya tau kena lalu Changlun. yela..ex-uum katakan..ptuih!

tapi takpe..keesokan kami plan ke UUM! ahkak kempunan hokey..dari Qisya dalam perut lagi ahkak nak ke UUM.. dia dah 2mnth ++ baru dapat gi?? okheylaaaa..
pic curik dari Agoda site..lupa snap :p
kami keluar dari Penang island ini menggunakan feri. saje-saje. jimat minyak kate si suami :p

ada org kate muka Qisya sama muka atuknya..ye ke?


euuwww..gemuk!

mari berposing-posing dalam kete yang di dalam feri..hiks!
pastu kitorang singgah di R&R Gurun.
makan-makan bekalan yang dimasak emak (deyyy..lu makan saja tau!)




gambar makanan adalah takde!
mak masak bihun goreng, pastu bawak nasik lebih masak semalamnya ngan lauk sambal tumis ikan bilis jeee

then kami terus check-in hotel.
solat, bagi mandi budak kesik tu dan terus ke Padang Besaq.

the journey
kami lalu kot Kangar..tak berani lalu kot Chuping since dah lama xpergi..situ dulu takde banyak signboard nak refer..pastu lalu kot ladang tebu..dahla bawak budak kecik kann..risau sketla kalo sesat..dululaa..skang taktau

dalam 45minit..sampaila ke tempat dituju.
takbeli banyak pun..saje nak jalan-jalan jek.
lagipun barang sama mahal jek ngan kat luar.
cuma kena pandai tawar menawar.
pastu plak kena pandai compare-compare..
jangan main beli jek sebab berkemungkinan kedai sini jual mahal..kedai sebelah dia plak murah..begitu..

kalau nak beli kacang-kacang (macam yang mak saye borong) better beli di deretan kedai yang dekat ngan kedai makan tu..dia macam laluan jek..eh, susahlah i nak explain.
selain itu ada gak jual tikar-tikar..periuk-periuk..toto comforter tu..limau bali..patung-patung mainan budak tu..pakaian toksah cerita la ^______^

tengok jela gambar k.

tengok mak saya..dia memang duk pulun beli kacang-kacang jek..haha

kesian Qisya..berpanasan..dari comey-comey ada skirt trus tinggal pampers.hiks!

beli terus pasang je kipas tu
then untuk saguhati saya beli patung ultraman jek kat dua budak kesayanganss..along n ilham!
orang lain takpayah..saya takde bajet..kihkih..lagipun xtau nak beli apepun..dengan waktu yang dah suntuk.
ohye..dalam jam 7malam kedai semua dah tutup okhey..sila datang awal..
kami sampai dah lewat..dalam 4.30ptg macam tu..pastu nak carik parking gila punya susah..
pastu plak mek Qisya ni ber-ber plak...haduyaiii..itula susahnya kalo datang dengan anak kecik..tapi takpe, saya rela demi jantung hati pengarang jantung itu ;)

pastu kitorang straight away gi Kuala Perlis..sesaje gi makan-makan kat sana..
mengimbau kenangan masa study..heheh

muka penat

the foods
kitorang order nasik putih + siakap 3rasa (tapi dapat masak pedas, macam masak sambal belacan jek..tapi takpe..sedap..hehe) + kailan ikan masin + sotong goreng tepung + tomyam daging + air masing-masing..jumlah rm80++..air rm 12.30 (kot)
ayah order sate daging ngan sate perut (memang tak laku..ayah makan sorang jek) 20 cucuk..rm22 (kot)

pastu balik hotel..tidooooooo

to be continued...
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...