Borang Penyertaan kelas Memasak

Name:
FB
Phone No
Tarikh kelas

Click here to put a form like this on your site.
Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Sunday, 3 March 2013

Thursday, 28 February 2013

Tempahan kek kawin





Ini antara kek2 yg pernah di tempah. sy pun dah tak ingat penempah nya. terima kasih pada yg sudi menggunakan khidmat saya. 
Saya mendeco menggunakan bunga berbeza. 
banyak gambar lain di FB Page " Naiz Kelas Coklat n Kek'
https://www.facebook.com/pages/Naiz-kelas-Coklat-n-kek/195772350468570


Monday, 3 December 2012

Kek Anika Image

Tempahan cekgu siti.
kek anika image untuk anak2 didik.
cekgu tak nak berebut2, dapat sorang satu image.
kek coklat moist wit fresh cream simpal roses.

Friday, 26 October 2012

Thursday, 5 April 2012

Tempahan Cuppies RV n Pavlova jg kek Russian Black n White


Cupcake REdvelvet rm65 16pcs each box.


Pavlova rm38 each set


Rm95 - kek Russian Black n white with frest fruit

tempahan kek russian black n white, Pavlova dan cuppies red velvet dalam masa sehari.
cream puff sy tak sempat nak snap.

jika nak tempah or nak blajar buat semua ni kontek me ya. lokasi TAiping perak.

Tuesday, 28 February 2012

Tempahan kek birthday



Birthday kek kali ni tempahan Ernie untuk little princes.
teman merah biru, bersama edible image upin ipin dan boboiboy.
kek berukuran 110.5x10.5 harga rm68.
Perasa strawbery, bersama cream buttercream yg di lepa bersama strawbery filling.


tempahan di terima.
lokasi taiping
019-9988 331

Saturday, 12 November 2011

Update blog mengenai Kek


Kek ButterCream


Kek coklat Indulgence bersama edible image



Buttercream kek


Just nak update dengan gambar2 tempahan kek yg telah di buat.

kalau ingin menempah sila... area Taiping, Kamunting dan seangkatan dengannya..




Wednesday, 2 November 2011

Kek lagi..








Kek BoboiBoy tema PUtih Merah, Tempahan Idayu utk birthday.

Terima kasih Ayu.



Thursday, 20 October 2011

Cerita kek lagi ......


Buttercream kek


Kek Coklat Ganache


Buttercream kek with Edible image.



Sekarang musim ujan jer kan. Tak kire time siang, malam, pagi n petang.
Apa pun syukur rahmat Allah.
Suasana jadi cool n Mood bermalas2an. hihihiii....

Tak de lah nak crita bab ujan. just nak masukkan gambar2 kek yg telah di tempah orang. Selain menjahit, ku sulami aktiviti harian mem'Bakor' kek n menghias ler pulak.
layan je lah kan! ;)


Yang ni bukan order from kastemer. tapi untuk makan2. Yang benor kalo nak makan suka yg simple n sesedap rase jer.. ni cheese kek butterscoth. rasanya... sodaappp!! btoi..!! hihihiiii...

Tuesday, 27 September 2011

Red velvet cup cake.




Terjebak jauh pulak dalam bab memasak. Apapun kalau buat sesuatu dengan terbuka dan enjoy, insyallahh... rasa senang hati.
Namun bab menjahit tidak di tinggalkan. cuma aktiviti bertambah. dah Tools pun bertambah. dah lama juga tak rajin nak update blog nie. bukan ape... memang tak sempatt! ;)

Bagi kawasan sekitar taiping, kamunting perak dan seangkatannya... boleh ler menempah kalau berminat. Delivery di terima bg kawasan yg sewaktu dengannya....

Wednesday, 21 September 2011

Fondant cupcake




Orang sibuk beropen house now kan.
masa ni jugak lah ramai yang adakan kenduri kawen n bertunang.
so maka kerja org2 seperti saya menjahit dan membuat kek pun ade ler kan.
sy namakan diri saya sebagai suri rumah bekerja. hihihiii....
cuma masa kerja pelik skit ler dari org berkerja. di saat org cuti saya berkerja.

Sebab biasa kelas jahitan dan baking saya on weeked. Dan pada hari2 biasa menjalani urusan menjahit dan membaking. itupun jika ada tempahan.

So di pendekkan cerita diatas adalah hasil cuppies pertunangn Fini. fini pilih temanya. dan nak cuppies jenis Fondant. so ni lah hasilnya.

pada yg ingin menempah di alu2kan. lokasi saya kamunting, perak.
saya juga menganjurkan kelas kek dan coklat. Dan for sure tak di tinggalkan kelas jahitan langsir. ;)

terima kasih atas sokongan korang semua ya. walau sy tak reti nak betulkan blog ni. sudi juga singgah.

Friday, 22 July 2011

Gila Coklat....Kek Coklat Ganache


Sory sbb kek ni pun dah ala2 kulit gelap, tak dapek ler teman nak mencerahkan gambar nie.. hihihihi.....


siapkan 3 kuntum bunga rose, dan kek yg putih tu.. lom di make up.

Oleh sebab now semua pun Coklat.
Taram ler bunga rose pun with coklat.

Sebenarnya kek ni biasa dinamakan Kek Coklat Ganache.
tapi kerana tuan dia request tak nak isi dalam dia coklat. Sebab personal komen, kalau betul2 ikut resepi kek ni. Keknya pun kek coklat, coat with coklat, ganache coklat dan bunga pun coklat. memang tak leh nak telan manis gilerrr...

Bila ubah guna sponge kek, filling with cream coklat, cover with cream vanila, siram dengan ganache, Solekkan dengan bunga Rose coklat. Rasa lebih sedappp...

So pada yang nak menempah di alu2kan.
kalau nak buat hantaran amatlah di galakkan, sebab kek ni sah2 tak cair.
Price utk kek seperti di atas adalah rm75. ;)

Terima kasih.

Monday, 18 July 2011

Kek Coklat Indulgance.


Taraaa... ni ler lapisan dalam.. komen... sodap..hehehehe....


siap... ready nak potong.. eemmm...


Tuang coklat... nampak jer dah nyummyy...

Kegilaan kek coklat nie menular bila adik2 ku kerap menyebut kek ni di secret resepi. So time lalu lalang di secret resepi ku beli ler 1 slice.. menikmatinya... eemm.. ok jer lah.
Rasa nak buat sendiri sbb digilai adik2ku....

Buatnya banyak peringkat. tak ler susah sangat kalau tau shortcut.
alhamdulillahh.. dapat di realisasikan coklat nie..
so dengan tak semena2 juga.. ada pulak yg minta tempahan kek ni.. kire xcident yg bagus bila saat kita geram org suka kek ni. di cuba... menjadi. ada pulak yg menempah. Alhamdulillahh...

nak resepi yek!

Chocolate Indulgence Cakes

Chocolate Chiffon
Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Filling : Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

Ehsan resepi dari ... tq ya kakwan. ;) *http://resipicitarasawan.blogspot.com

Monday, 21 March 2011

kek..kek..dan kek













Now kerja baking tidak sekadar hoby, melayan hoby dengan minat, insyallah dapat buat seperti yang di hajatkan. apa pun masih banyak yang perlu di pelajari.

masih bertema bunga rose merah n tidak lari warna decornya.. sebab lebih suka dengan rose merah. biasa yg menempah pun, tak kesah. insyallah lain kali cuba keluar dari kebiasaan utk adunan warna... :)

mencari pengalaman adalah cekgu terbaik.
so di atas adalah barisan pic yang telah ku selesaikan pembikinan keknya..

Sunday, 6 June 2010

Hoby baru lagi?






Ini bukan hoby baru, tapi Hoby yang baru ku kerjakan setelah konfident nak buat.
Dah lama nak buat, cukup aje semua tools, aku pun jalankan projek nie. kena pulak dengan musim orang kawin. bes..bess....
Ni stack kek pertama aku buat, berkerjasama dengan jiranku. stack kek ni untuk acara malam nikah. apa pun suka lah bermain aising. bila menjadi aje roses ku ituww... amatlah hepi nya...


Monday, 16 November 2009

Ubah Angin

Semalam aku buang tebiat, cari tebiat baru. agaknya letih nengok mesin jait, kain , jarum n benang. makcik naiz telah membuka kotak alat2 mendeco. tapi keknye tak ler grand sangat, agak leh makan sefamili. Dengan harapan barang2 keperluan mendeco kek dan seangkatanya tidak merajuk dek kerana tuan yang terlampau banyak hoby... he.he.he.....


Lepas sapu Cream, kaber rupa hodoh kek ituww...... buat lakar2 skit.


Taruk aising gebu2 skit. kasi sawang2 gituww.....


Siap sesi deko2 comot ku ituww....Bunga tu korang jangan tenung sangat, time tu buttercream aku agak lembik. maklum ler tak cukup sejuk keadaan sekelilingnya...he.he.hee... dapo tak dak aircond yaa....


Ni Snap pakai henpon, camera abis batery, dah dipotong. Siap di bahagi2kan. Kasi jiran sikit. Rasanya...emm...lepas ler tekak makcik naiz nie... anak2 suke ler cream2 nie..maknye.. buang aje cream tu. rugi kan!!


suh anak ambil gambar ini ler hasilnye...aisyah kat idung ajee....muahahaaa...maknye.. tak yah ler.. memang sihat walafiatt!! , tengok pakai pisau dapo je tu...org pakai pisau potong kek. wahahahahaaa.....


cuci mato dengan kek yang tinggal separuh aje lagi....

Saturday, 15 August 2009

kek Kukus









Asik pasal kutu hexagon yek. ni aku buat kek untuk anak aku.
sepuloh biji jer....last minute dia kata nak kek plak,
katanya umi...lama tak buat kek.
tak susah pun.
pasal aku kata tak susah, sbb aku
dah standby tepung segera, sbb tau aku ni kan rajinn....ekek..ekeke...
just tambah telur aje.
kek ni dalam kategori kek kukus.
pegukus aku dah beli dr bazarkelantan online,
main soping online aje yek!!

Lepas keje2 membuat kek selesai, aisyah makan gak sebiji.
dia temankan aku kat bilik menjahit.


Tertidor dia. he.he.. peneman setia kuu....

My Banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Popular Posts