Showing posts with label BEG. Show all posts
Showing posts with label BEG. Show all posts

Friday, November 6, 2009

SELESAI BEGKU

sorry..gambar gegar...hihi


Alhamdulillah....setelah sekian lama....siap dah begku. Sebenarnya dah siap sebelum bersalin lagi. Malas nak update....yer la tengah2 sakit time tu.

Dah test pakai dah masa bawak Abdurrahman ke klinik. Macam2 boleh isi barang budak2 dua orang ni. (hehe...anakku sudah 2 org!!)


Cantik x? Ukurannya :

16 inci (panjang) x 10.5 inci (tinggi)



Ada yang berkenan nak order? email kita e? :)



Friday, October 2, 2009

BEG 2 GAYA

Satu-satunya...dan tiada duanya...(ewah) beg kaitan ku...
satu2 nya sebab coraknya mmg rekaan sendiri, takde dalam buku / majalah.
Asalnya beg ni nak dibuat untuk Maryam. Sekali dah syok kait, rupanya dah besar sikit. So, akan jadi beg umminya untuk letak baju2 Maryam & baby yang akan keluar tak lama lagi ni. Hehe.
Ada yg berkenan ke? Cantik x? Hehe...puji sendiri. Kui kui.


Ni corak 'love'


Ha...yang ni gambar sebelah...coraknya love.



yang ni corak yang sebelah lagi.




Actually, beg ni masih dalam proses penyiapan...dah 70% siap...insya Allah sehari dua lagi siap sepenuhnya. (kalo ikutkan pulun mengadap ni je...sehari siap dah. Tapi x larat la...dok sakit2 dah ni. Doakan selamat bersalin la ye?) Dah siap nanti, saya update lagi.








Wednesday, January 7, 2009

LAGI BEG

Lagi beg hasil kaitan ku....cik abg ku pernah gunakan beg ni untuk gi kuliah agama dan saya pun pernah gunakan untuk letak barang maryam masa gi shopping.
Ish...cam nak buat lagi je. Guna untuk isi barang masa gi beli barang dapur..dapat kurangkan penggunaan beg plastik. Yer x? Ada yg saya pernah jumpa, plastik dikait jadi bentuk beg yg digunakan untuk gi pasar.Menarik....nanti nak cuba la. (ntah bila ntah...hehe)
gambar hadapan

ni corak bunganya....x tau la pulak apa namanya...tapi bentuknye macam nenas (ada org kata nanas? dua2 betoi kot)




Ha..ni kawan saya possing ngan beg ku...amik gambar jap e naimah...hehe (naimah ni isteri kepada hidayat, kawan cik abg saya - dia la yang tempah handmade saperah sulam benang 1 meter n 1 1/2 meter...jgn risau naimah...dlm proses...x lama lagi siap...hehehe)
dlm tu macam2 boleh letak. lagi besar, lagi banyak barangnya.
Kalo ada kawan2 yg nak tempah, sila la email saya....heheh..

Thursday, December 25, 2008

BEG

Dalam menjalani kehidupan seharian, banyak yg kita lalui...suka duka...marah gembira...sakit sihat...semuanya kita perlu lalui tanpa sebarang 'skip' dari halangan, sebagai proses kita menjalani hidup sebagai manusia yang Allah ciptakan mempunyai takdir masing-masing.
hm...manusia...banyak yang dia nak...x pernah puas....walaubagaimanapun, tetapkanlah hatimu di jalan yang benar...jalan sunnah nya Nabi dan jalan wahyunya Quran. insya Allah, selamat!
ok..kembali pd hasil kerjaku.....ni antara hasil kerja terdahulu yg ingin saya kongsikan. Pernah pakai beg ni sekali je masa Maryam baby..masa tu nak pegi check kesihatannya kat klinik. Sayang je rasanya...
gambar hadapan
ni adalah coraknya. Asasnya, buat tali air, pastu naikkan satu tingkat, kait rapat2. Tingkat kedua di selang satu bunganya. Ulang proses ni sampai habis. Saya buat bentuk memanjang, bukan lebar.


Maryam bergaya ngan beg. Mmg saje x nak tunjuk gambar anakku...hehhe. Talinya memang nampak panjang sebab diukur di badan saya.




Ni gambar dekat.


ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.