Followers

Showing posts with label Honeymoon. Show all posts
Showing posts with label Honeymoon. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Percutian ke Krabi Island - Part 5 (Krabi Town Night Market)

 Sambungan dari entry ini Percutian ke Krabi Island - Part 4 ( Hot Stream Waterfall) -klik-

Walaupon dah masuk part ke 5 entry pasal Krabi ni, tapi percayalah kami masih di hari pertama, kan aku dah cakap, aktiviti kami sepanjang hari adalah sangat2 padat.Waktu tidur pon hanya beberapa jam je itupon curi2 tidur dalam van , tapi momantaii, we all is enjoyy angat2 taw..Lepas balik dari Hot Stream Waterfall tu, kitorang terus naik bilik untuk bersiap sebab kitorang ada perut yang sangat lapar untuk diisi, kitorang plan nak makan kat Krabi Town, sebab lepas makan boleh terus "buang duit" kat "Krabi Night Market".




Kitorang ke Krabi Town dengan menaiki Tuk Tuk service, senang je nak dapat tuk-tuk ni, duduk je tepi jalan, then tahan je tuk tuk yang lalu lalang, kadang-kadang takyah tahan pon, dia sendiri yang akan berhenti.Itulah rupa tuk tuk yang kami naik, kecik comel je, tapi boleh memuatkan kami bersepuluh, masa ni adik Yaya tak ikut, sebab dia tertido kat bilik, Yaya tak sampai hati nak kejut, sebab dia nampak penat sangat.Kesian adik.






Kitorang sembilan orang duduk kat belakang, Mcdee (suami Mila) duduk kat depan dengan driver Tuk Tuk nama dia Collick (aku main bedal je eja nama dia camni).Bayaran untuk seorang tak mahal, THB40 je ke Krabi Town, maknanya untuk sepasang suami isteri, we all bayar THB80 je untuk pergi dan balik ke Krabi Town,tapi sebab Collick ni baik sangat bawak kami and tunggu kami, kitorang bagi extra tips THB20 bersamaan RM2.00..So, total kitorang bayar untuk tuktuk dari hotel ke krabi town, dari krabi town ke pekan Aonang dan balik semua ke hotel adalah THB100 (RM10) untuk 2 orang..Dari Hotel kami kat Aonang tu nak ke Krabi Town jauh jugak taw, lebih kurang setengah jam jugaklah kot, ke lebih tak ingat dah.Tapi Krabi town ni biasa2 je, macam pekan biasa je, tak happening sangat, nak happening sila lah ke Aonang Town, perghhh situ giler happening, tu nanti aku cerita kat entry lain.Entry ni citer pasal Krabi town dulu okay.,yang menarik kat Krabi Town ni adalah pasar malam (night market) dia setiap sabtu malam minggu aje.Shoooppppping taimmm..





Dalam perjalanan ke Krabi Town tu, driver tuk-tuk kami yang sangat2 memahami ni sempat berhentikan kami kat tepi jalan untuk bergambar kenangan dekat tempat yang ada tulis "Krabi Romantic Road" ni.Dia berhenti tanpa disuruh okay, baik betul hati si Collick (kholid) ni kan, betul2 memahami, tanpa kenakan sebarang caj tambahan pun.







Dan kat sini jugak terjadiknya tragedi dimana aku tertinggal beg masa tengah sakan berposing kat situ.Dahlah masa aku sedar yang beg aku tu tertinggal masa kat atas tuk-tuk, dan masa tu jarak nak ke tempat tu semula pon amik masa 10 minit.Aku dah start buat drama air mata dah, gilerr weyyy..Purse aku semua kat dalam tu, buatnya orang amik beg aku tu, camne aku nak balik malaysia wey...IC aku semua kat dalam beg tu, cuma duit THB je semua Abi yang pegang.Dan nasib baik jugak passport aku tinggal kat bilik.Sebab aku mmg risau bawak barang2 penting dalam satu beg.sebab aku taw yang aku memang seorang yang sangat2 careless.Kalau nak taw IC aku dah hilang 3 kali..huhuuhu..Carelesss kan??

Nak dijadikan cerita, ending drama tamil aku tu berakhir dengan "happy ending".Driver tuk tuk macam biasa tak pernah mengecewakan, dia dengan baik hatinya sudi patah balik ke tempat tertinggal beg tu tanpa kenakan caj jugak.Jauhh kott..Dan sampai2 je, alhamdulillahhhhh, beg aku still ada kat situ lagi, elok je tersandar kat batu tepi jalan..Ya Allah, nasib baik lah takde sape yang ambik..Syukurrrr...Kalau tak, taktaw lah apa nasib aku..huhuhu..Abi?? Tak marah pon, cool aje, tapiii aku taw dia kecewa jugak dengan aku sebab selalu sangat cuaii..Sorry Abi,pasni sayang janji tak careless lagi.huhuhu.(janji kali yang ke 119,haha)..



Ok, dah tamat cerita sedih, now dah sampai kat pekan Krabi @ Krabi Town.Collick berhenti kan kami kat satu tempat , dan kitorang memang dah siap-siap deal dengan dia, yang kitorang nak booked dia terus untuk  balik nanti,dia okay aje, dan dia suruh kitorang berkumpul kat tempat situ balik lepas dah puas berjalan nanti..Setelll satu masalah..Now, masalah perut yang kelaparan, haruslah tuju tempat mengisi perut dulu, kitorang makan kat gerai nasi ayam tepi jalan je, yang penting tempat tu bersih, halal sebab orang islam yang berniaga, dan lagi satu, nasi ayam dia sedapp mungkin sebab time tu perut tgh lapar kot,kau hidang nasi putih semata-mata pon aku kata sedapp..hehe.Dorang siap makan 2 pinggan lagi..Landmark gerai ni terletak berdekatan dengan traffic light Krabi Town dan betul2 depan pintu farmasi..Yang bestnya kat Thailand ni apa yang aku perasan, setiap gerai mesti sediakan air mineral free untuk pelanggan.No,no air manis, tapi kalau restoran lain tu ada lar air manis.So, kat situ je kitorang dah berjimat.Nasi ayam sepinggan THB40 , dua pinggan untuk aku n Abi cuma bayar THB80 bersamaan RM 8.00 je, air kosong diberi percuma siap dengan ais sekali,comel plak tu cawan2 dia kalerfull..heee


Selesaii isi perut, memasing pon dah kenyang, now time untuk terjah Pasar Malam Pekan Krabi (Krabi Town Night Market)..Tujuan utama kitorang pergi sini nak beli t-shirt sedondon untuk pakai keesokan harinya kat pantai.Itukan trademark kitorang, pergi mana-mana, baju mesti nak sama, tak pon beg sama, takpon seluar sama..Boleh kata semua nak sama je..hehe..Suami-suami kitorang ikutkan aje, we all beruntung sebab dapat suami yang tak banyak bunyi.hehe..Dan tujuan yang lainnya adalah nak merasa Banana Pancake yang orang sibuk dok kata sedap sangat tu.Kitorang pon nak jugak merasa tahap kesedapan dia tu camne kan.Yang paling bestnya, Eida belanja kitorang semua sorang satu banana pancake, mmmhmuaahh2 tenkiuuu Eida..Berkat duit CF eida kan...aminnn..




Aku sangat menrekemen kan Banana Pancake kat pasar malam ni, sepanjang 3 hari kitorang merasa tiga tempat berlainan, tapi semua takleh lawan tahap kesedapan Banana Pancake kat pasar malam ni..Kat sini paaaaling sedapp okay..Ingat taw kalau korang pergi Krabi Town Night market, cari gerai Banana Pancake yang ni..Sumpahh sedappp..!!Sambil tunggu Banana Pancake kitorang siap, aku sempat jugak beli air kelapa kat sebelah gerai tu,  beli dua biji baru THB30 bersamaan RM3.00..Sedaaappp jugak,walaupon aku kureng sikit minum air kelapa ni, tapi teringin jugak nak cuba kan..Selain Banana Pancake, Fruit Shake pon terkenal kat sini.Tapi tak sempat cuba pon, dah banyak sangat nak makan, pening pulak cacing dalam perut aku ni kang..hehehe..

tudiaaa banana pancake coklat menjejes-jejes...ahhhh dah start ngidamm dahni..mana nak cekauuu??
Lepas dah makan-makan, kitorang jalan satu pasar malam tu, macam-macam ada jual kat sini, tapi sayangnya baju yang kitorang nak banyak yang kehabisan size, aku cuma rembat baju untuk anak-anak buah aku and adik aku je kat sini, pastu beli sikit FM and serveniour, masa ni tak servey lagi, main beli je, so harga agak mahal sikit lah.Sebab time ni Abi belum kuarkan taring dia lagi, hari kedua baru dia tunjuk taring dan kehebatan tawar-menawar dia tu..Memang murah2 dapat masa shopping hari kedua n ketiga kat pekan Aonang..So, malam pertama ni redha jela bayar lebih sikit.Tapi still dalam lingkungan harga murah jugaklah..Sehelai baju dapat THB150 untuk baju adik aku, baju anak buah aku dapat THB100 sehelai.Pastu serveniour & FM dalam THB450 jugaklah berhabis..huhuhu

Dalam duk kalut-kalut bershopping tu, aku boleh plak tersesat dalam orang yang ramai-ramai tu, padahal rasa macam sekejap je baru lepas tangan Abi, sekali pusing belakang tengok Abi dah takde dah, yang lain pon sorang aku tak nampak, ahh sudahh...Jalan punya jalan, tak sempat nak nangis pon, terjumpa Sheila n Hadi, dorang pon terpisah dengan yang lain2..Pastu aku follow je dorang, then terjumpa Abi..Yeayyy!!! Nasib baik laki aku tak hilang..Lagi rela hilang beg dari hilang laki taw..huhuhu..

Lepas dah puas shopping and dah rembat apa yang patut sempat lagi singgah 7E beli jajan untuk bekalan dunia akhirat, kitorang pon berkumpul semula kat tempat kitorang turun dari tuk tuk tadi, terus naik tuk-tuk and mintak dia bawakkan kitorang ke Travel Agent sebab kitorang nak beli pakej untuk Phi Phi Island keesokan harinya.Collick bawak kitorang ke Pekan Aonang, kat situ kitorang dapat harga pakej untuk Phi Phi Island untuk seorang THB1100 seorang, so untuk sepasang suami isteri kitorang kena bayar THB2200 bersamaan dengan RM220 termasuk lunch dan transport.(aku kira ikut normal rate jeni, sebab rate matawang kan berubah2)

sedondonn tak we all??? bersama "rumah sukan" masing-masing..dari kiri rumah merah (Andi & Eida) ,rumah hitam (Mila & Mcdee) ,rumah kuning (Syafiq & Yaya), rumah biru (Hadi & Sheila), rumah pink (Nory & Zul)

Lepas dah setel beli pakej untuk esok, kira-kira duit, ehh ada lebih lagi ni, boleh sambung shopping, kitorang ke kedai berdekatan, kedai tu jual pakaian dan segala peralatan untuk kemudahan ke pantai.Kat sini baru lah kitorang jumpa baju yang ada size..Abi pon dah start dapat kawan baru kat sini, time balik siap peluk2 lagi..Huhuh sedihh plak..Kalau nak taw, tiga malam kitorang merambu kat Pekan Aonang, mesti singgah kedai ni..Walaupon perempuan tu kerekkk giler taknak bagi harga murah..Tapii kawan abi kan adaaa..hehehe..Kitorang dah beli baju samaa..Walau kaler lain2, tapi tulisan sama..hehehe..Kitorang kan suka kalerfull, ceriaaa macam kitorang jugakkk..hehe..Kat kedai ni aku berjaya rembat 2 helai t-shirt kaler pink untuk aku and Abi, Abi okay je bila disuruh pakai pink, hade dia kesahhh...hehehe..Selain tu Abi sempat jugak rembat mafla ala-ala Jack Sparrow punya, and dapat jugak rembat Beg Waterproof 5 liter .Murah beg waterproof kat sini, THB300 je bersamaan RM30..T-shirt plak dapat harga sehelai THB130 dua helai THB260..Penat Abi kawtim harga, lecehh betul perempuan kerekk tu ada..kalau tak boleh mintak diskaun utk semua sekali..Mafla plak THB150 bersamaan RM15.00..Yang ni tak dapat diskaun rasanya..huhu..

Inilah rupe beg kalis air tu, aku beli yang 5liter je, boleh sumbat tuala, kamera gedabak, duit , spek mata and sunblock.., muattt je...


---------------------------------------------------------
Total perbelanjaan :
Tuk tuk dari hotel ke Krabi town -Aonang-Hotel  : THB100/ RM10 (per couple)-return
Shopping serveniour & tshirt anak buah : THB900 / RM90
Makan nasi ayam : THB80/RM8.00 (per couple)
Air Kelapa : THB30/RM3.00 (2 biji)
Beli jajan di 7E : THB90 / RM9.00
Waterproof Beg (5ltr) : THB300 /RM30.00
Mafla Abi : THB150/RM15.00
Beli pakej Phi Phi Island : THB2200 / RM220 (per couple)
------------------------------------------------------------
TOTAL : THB3850 / RM385



**Next entry "Phi Phi Island" , tunggguuuuuuuu!!!!!!


Friday, July 5, 2013

Percutian ke Krabi Island - Part 4 (Hot Stream Waterfall)


*sambungan dari entri sebelum ni Percutian ke Krabi Island - Part 3 (Emerald Pool)


Destinasi terakhir untuk pakej aktiviti, kami dibawa ke Hot Stream Waterfall.Lebih kurang macam Hot Spring Sungai Klah tu..Kalau nak ikutkan jarak antara rumah mertua dengan Hot Spring Sg Klah tu takdelah jauh mana, tapi tak pernah jejak pon, last2 sampai ke Hot Spring kat Krabi plak..hehehe..Bak kata orang , jauh perjalanan banyak pengalaman luas pemandangan kan..

Untuk aktiviti ketiga ni, masing-masing dah tak larat dah, Sheila, Yaya n Mila takat main rendam2 kaki je, Nasib baik Eida still bertenaga lagi, ada geng nak explore Hot Stream Waterfall tu.Gigih we all mengensot turun ke tepi air terjun tu, slow-slow je, takut tergelincir.Aku ngan Eida dah teruja nak baring dengan air jatuh dari atas kepala, wahhh heavennya, tercapai jugak hajat turun ke lereng air terjun tu,sambil bersantai goyang-goyang kaki.Air kat situ suam-suam kuku je, takdelah panas sangat.Sedaplah berendamm..Rasa nak tertido pon ada..huhuhu..

Ekceli kan, kitorang gigih mencari mana tempat yang Eida cerita pasal air yang ada aura kalau tepuk2 tangan tu, tapi tak jumpa, rupanya kitorang salah tempat..Alaaa macam rugi je tak dapat pergi situ, nak juga rasa pengalaman tepuk2 tangan kat air tu...huhuh...

Yang Abi plak dengan Andi kemain seronok lagi main terjun-terjun, teringat zaman kecik-kecik lettew, dah lah kat kawasan tu semua budak2 je, saja lettew nak tunjuk terror kan..huhuhu..Kitorang bersantai kat tepi lereng air terjun tu sambil tengok gelagat laki masing-masing..

Nampak tak aku berdua dengan Eida dah berjaya mengensot ke bawah, tinggal nak baringgg je,,hehe..Yaya, Mila and Sheila tinggal kat atas, maybe dorang dah fenat time tu, so kitorang berdua jela ngensot ke bawah dan baring atas air, wahhh syiookkknya air turun atas kepala, hilang penatt sikit.

Kitorang kat sini dalam satu jam je, tak lama sangat.Lepas dah cukup time, kitorang pon berkumpul kat van semula, dan we all pon dihantar balik ke hotel.Dalam perjalanan balik, driver van tu sempat bawak kitorang singgah kat travel agency untuk beli pakej Phi Phi Island untuk keesokan harinya.Ekceli boleh je nak beli dekat kaunter hotel kitorang, cuma saja nak bandingkan harga.huhuhu..


Tomeyy tak gaya puteri Thailand dari kitorangg???hekhekhek...abaikan muka "duck face" aku tu...buruk bebenor, tapii hade aku kesahhh???hehehe


Macam biasa kalau tak bergambar dengan sign board memang tak sahh..hehhehe..Okay, now kitorang dah ready untuk dihantar balik ke hotel, macam biasa dalam van kitorang bantaiiii tidooo lagi, maklumlah semalaman tak tidur, sampai2 je terus buat aktiviti, nasib lah ada masa untuk curi2 tido dalam van..Sampai kat hotel terus siap-siap n Abi sempat beli rokok n jajan kat 7-Elevan, Abi boleh plak  tidor time aku duk berendam dalam bath tub sorang2..huhu..Kesudahannya, kitorang paling lambat siap..Abi punya pasal lah ni..Bababb dia...

Aktiviti kitorang untuk hari pertama tak tamat disitu je, sebab kitorang plan nak pergi makan and terus ke Night Market Krabi Town plak..Nak taw cerita, tungguuuu next entry yer....(aku rasa dalam banyak2 entry percutian, entry Krabi ni paling aku teruja nak menulis, weeeee)


---------------------------------------------------------
Total perbelanjaan :
Entrance ke Hot Stream Waterfall : Free (termasuk dalam pakej)
Beli jajan & rokok kat 7-Elevan : RM 13 (malas nak tulis dalam THB lah, dalam RM jela ek)
---------------------------------------------------------------------
TOTAL : RM13.00



Thursday, July 4, 2013

Percutian ke Krabi Island - Part 3 (Emerald Pool)



*sambungan dari entry sebelum ni Percutian ke Krabi - Part 2 (Elephant Trekking)

Time ni masing-masing tak larat nak melompat kecuali aku n eida je.Sebab tengahhh lapar weyy..Aku pon lapar teruk time tu...hukhukhukhuk
We all berlima Mila, Yaya, Sheila, Eida dan aku.

Lepas je sessi beramas mesra dengan gajah dalam entry sebelum ni, kitorang ( Aku, Mila, Eida, Yaya dan Sheila) gerak ke destinasi kedua plak, destinasi kali ni termasuk dalam pakej sekali.Ingatkan dekat je perjalanan dari Elephant Trekking ke Emerald Pool, rupanya jauhh giler, sempat jugak tido dalam van, tu pon tido2 ayam je.Pejam celik pejam celik, tak sampai-sampai jugak, tak lama pastu baru lah nampak Emerald Pool ni.Emerald Pool ni tempat mandi-mandi macam mandi kat kolam renang je, tapi air dia cantik kaler hijau.Tapi jangan terpedaya dengan kecantikan luaran je, time menyelam baru taw yang air dia tu kotor giler, berkeladak.Tapi tak taw plak kan, mungkin nasib kitorang yang tak baik kebetulan datang time air berkeladak.Tapi memang frust jugak lah, sebab mula2 teruja je tengok air kaler hijau, sekali masuk ,haishhh spoill terus, nak tangkap gambar pon tak nampak muka..heheheh..

berjalan kaki dari pintu masuk ke Emerald Pool, jauhhh beb jauhhh...sob..sob...sob..
gambar atas kanan tu, air sungai tu jernih sangattt...terujaaaanya tengok...subhanALLAH.
Di Emerald Pool
Aktiviti kat sini, hanyalah berendam dan mandi manda saje, takde aktiviti apa pon selain tu, kalau datang berdua je, mesti bosan jugak, nasib baik datang bawak geng, tempat tak best pon jadik best..hikhikhikhik..
Amboiii kemain Eida dengan air kelapakkk nyer..
Jumpa kucing lagiii, rinduuu Laura...sobb...sob..sobb..
Masa baru sampai tu, turun je dari van, masing2 dah kelaparan.Driver van yang bawak kitorang tu bagi masa 2 jam kalau tak silap untuk habiskan masa kat Emerald Pool ni, dari pintu masuk nak ke kolam Emerald Pool tu ingatkan dekat, rupanya jauh ke dalam, heyy penat jugak jalan kaki dengan perut kosong nya.huhu..

Nampak tak kaler air dia, memang jernih dari permukaan, tapi cer selam tengok,, ayoyoyyo manyak keladakk okay..Tapi air yang kat tepi-tepi tu sumpah jernih , itu aku tak nafikan lah..Maybe kolam ni dah ramai sangat orang mandi tu yang dah keladak kot..



Buat aksi ala-ala Pandalela Rinong, yang terseksa Abi kat bawah nun, nasiblah dapat binik berat macam gajah kan...hahaha


Ada pon sekeping gambar dalam air, tenkiuuu Eida.Tanpa kamera dia , takdelah gambar we all berjimba dalam air ni..Kamera aku harap besarrr je boleh harap, tapi macam kambing, takleh kena air..Abiiii, nak kamera GO Proo satu!!! (kompom pengsan laki aku.hehe )


Lunch kami yang hurmmm..Ibarat gajah makan semut je, tak hilang lapar pon..huhuhu..Tapi okaylah dari takde kan...
Dah puas berendam, kitorang pon gerak ke van, sementara tunggu lunch, nasib baik ada gerai-gerai jual makanan kat luar pintu masuk tu, masing-masing beli makanan untuk alas perut, driver van kitorang tu tak faham cakap English, cakap melayu apatah lagi kan.hahaha..Tu yang leceh nak mintak lunch tu, last2 sebelum nak naik van , baru lah terhegeh-hegeh bagi makanan untuk kitorang.Lunch ni memang termasuk sekali dalam pakej, tapi yang siottt nya, dia punya bekas polisterin punyalah besar, masing2 dah dok bayang makanan yang banyak dan penuh satu polisterin tu, maklumlah masing-masing tengah lapar, sekali buka alahaiiii se"coit" je nasi nya..hahahah..lawakk betui lah..Dalam semua aktiviti yang beserta dengan lunch sekali, lunch untuk pakej ni lah yang paling tak berapa nak sedap sangat..Yang lain semua sedappp...Tapi tengah lapar kan, bedall aje..Jangan nak banyak bunyik plak kan..hohoho


Minah ni kalau tak jakun memang tak sah, tiap kali nampak sign board je nak bergambar.Jakun sangat tengok tulisan Thai tu, macamlah paham apa dia tulis..huhuh..


Abi pon sama jakun macam binik dia..hehe


Macam-macam ada kat Emerald Pool ni , tapi disebabkan kesuntukan masa and penat berjalan, kitorang hanya habiskan masa di Emerald Pool aje memandangkan perut pon dah berbunyi kruk krikkk krukk..huhuhu


Sempat jugak pose ala-ala manja, kata honeymooon kan...hikhikhik



Mentang-mentang baru lepas naik gajah, tahap kejakunan terhadap gajah tetap ada..Aummm...Eh acaner bunyi gajahh??Uikkkkksss...heheheehh



Video dirakam semasa berjalan kaki menuju ke Emerald Pool..Chillll babe!!


-----------------------------------------------------------------
Total perbelanjaan :
Beli air oren fanta : THB20 / RM2.00
Entrance Fee : Free (termasuk dalam pakej sekali)
----------------------------------------------------------------------------
TOTAL : THB20 / RM2.00