Lama rasanya tak menyibuk nak publish post kat blog puan MJ ni. maklum le, saya ni bukannya pandai menceritakan perkara yang ingin saya sampaikan. dibawah ni saya nak kongsi sedikit gambar gambar yang saya tangkap menggunakan D90. tidak lupa untuk saya mengucapakan ribuan terima kasih kepada Denaihati kerana sudi menaja kamera canggih ini. Saya sebenarnya masih belajar dalam bidang fotografi ni. banyak lagi yang perlu saya belajar dan perbaiki untuk membolehkan saya tidak jauh ketinggalan berbanding orang lama yang mahir dalam dunia fotografi ini.
Bila mula mengetahui serba sedikit pasal fotografi ini, barulah saya tahu bahawa rupa- rupanya banyak teknik dan shot yang boleh dipelajari dan digunapakai untuk mendapatkan gambar yang terbaik. dan bagi mereka yang pakar, ditangan mereka shot2 yang diambil bagaikan karya lukisan diatas kanvas.
Diantara teknik2 fotografi yang sering digunapakai oleh jurufoto ialah high speed fotografi, tilt shift fotografi, black and white fotografi,motion blur fotografi, macro fotografi, panning, bokeh dan macam macam lagi. kesemua teknik teknik ini memerlukan kemahiran yang tertentu dan lens atau aksesori bagi membantu mencapai teknik2 tersebu.
Insyaallah, jika ada peluang saya akan cuba mempelajari kesemua teknik2 yang saya sebutkan tadi.
Sekarang ni baru cuba membuat teknik Bokeh dan Panning. Dibawah ni ada 2 sample foto yang saya tangkap menggunakan teknik tersebut. Taktaulah betul ke tak shot yang saya buat tu, saya pun tak tahu. maaf la kalau gambar tidak cantik atau shot tidak menjadi.
Maaf tuan motor, gambar anda dirakam adalah untuk men'glemer'kan anda di alam maya :)