Serius masa MJ tengok video ni, keras perut dok gelak tau, Adoilaa Boni oh Boni, memang lawak habis tau...heheee :) Firas pun kemain lagi gelak tak henti-henti, dok suruh ulang berkali-kali part Boni dok gelak tu..
Kalau korang nak tau Video ni dihasilkan sendiri oleh blogger MeLeToP-BONIJLL3 yang sanggup untuk menunaikan permintaan MJ nak dengar dia ketawa ala-ala manja gitu... :)
Apapun jom layan, rugi kalau tak tengok, seyes memang terbaik wokkk :) Thumbs up :)
Betul kata Boni, ketawa adalah penawar herba stress yang terbaik.. Thanks Bro..:)
Lambat hari ni MJ nak publish entry, bukan pe semalam tak sempat nak buat autopublish entry akibat demam secara tiba-tiba semalam, sambil berselimut tebal sambil layan Bini-biniku Gangster di you tube..ngeh ngeh ngeh.. :) Nak bukak laptop memang tak larat giler, nak BlogWalking apatah lagi, so layan di henset je la sambil berbaring :-)
Mungkin hari ni cuma ada 1 entry nie jela kot ye... Sebab No Idea dan kepala pun ada rasa berat sikit, tapi tetap jugak mai kerja tau untuk siapkan payroll (Credit Date before Deepavali, sebelum ni gaji kami 30hb).
Ok, apapun jom kita tengok 2 papan tanda yang dibuat, walaupun secara melawak tapi punya maksud yang mendalam.. Tersenyum simpul MJ bila baca :-) Kreatif pereka nya :-)
Oh ya, sumber ni diperolehi dari emel :-)
p/s : Hari ni MJ hanya akan blogwalking sahaja bagi menggantikan kebizian semalam.. :-)
Selamat pagi Sabtu dan selamat bekerja buat semua yang bekerja termasuklah OT ke apa ke ye?? Like me also kena OT akibat Ofis Kebasahan semalam
Jom kita layanSMS Romantic kat bawah nie.. Yang girl abes punya puitis kata2 dengan harapan sang pujangga akan turut kagum dan membalasnya secara puitis jugak, tetapi!!!!!
Kalau korang apa yang akan korang balas?? :>)
Kalau MJ hmmmmm jawabnya kena didik supaya romantic jugakler :>) Dalam toilet ambik bau jela..hehehehe
Petang2 Jumaat cenggini jom kita release tension sambil baca citer nie.. MJ baca dalam emel, tersenyum-senyum ha membaca tapi korang kena baca sampai abes tau :) Sambil segarkan minda dan melayan mood malas nak wat keje sebab esok cuti kan :)
Iklan jap, gambar takde kena mengena dengan entry ye, Harap Maklum.. hehee
Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas.
Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais.
Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free.
Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt satu window tanya password..
"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.
"Yes boss?"
"Sini wifi aper dia punya password?"
"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt window mintak password.
"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"
"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.
Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan.
Lantas gua tekan 'OK'
Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.
"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"
"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"
"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2 sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.
"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.
Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul
'tujuh empat kali' boleh tak?" heheee, amacam korang????
entah apa la yang disembangkan oleh kedua orang bayi ni. nampak cam bersungguh pulak ye. sesiapa yang dah jadi ibu boleh paham le kot bahasa diorang ni:)
Pernah tak korang hadapi kerenah kawan2 yang ada henset baru menunjuk2 dengan bangganya henset barunya itu. dia beritahu plak henset yg baru dibelinya harga ribu- riban. x men la ratus2. siap perli2 lg kononnya henset korang pakai tu zaman kuno. leh wat baling anjing. hu hu... kalau macam tu le perangai kawan korang, korang kena bagitau diaorang jangan la berlagak sangat sebabnya henset diaorang pun bukannya mahal sangat. ada orang henset lg mahal beratus kali ganda mahalnya dari henset diaorang. x caya. nah tengok kat bawah ni
Sony Ericsson Black Diamond – $300,000
Vertu Signature Cobra
$310,000
The Diamond Crypto Smartphone – $1.3 million
Gresso Luxor Las Vegas Jackpot – $1 million
GoldVish ‘Le Million’ Piece Unique
$1.3 million
Peter Aloisson’s Kings Button iPhone
$2.4 million
Goldstriker iPhone 3GS Supreme – $3.2 million
Stuart Hughes iPhone 4 Diamond Rose Edition – $8 million
tapi pikir2 balik membazir je beli henset sampai harga macam ni. kan ke lebih baik wat benda yang berfaedah. sedekah ke, pergi haji ke. tp yang pakai henset2 ni kebanyakkan businessman org putih. so diaorang bukannya nak pikir psl hari akhirat. eh melalut plak aku ni.
Mr Jay : baik pakai henset jenama Cokia dari pakai henset epal3@4G tapi x cukup duit poket wat makan.
Siti Nurhaliza Taruddin..... Namanya sudah cukup gah dipersada hiburan kita.. Dia dikenali bukan dari rupa tapi bakat yang sememangnya terserlah.. Dia menjadi ikutan anak2 muda sekarang especially dalam berfesyen kan.. Maka tak hairanlah apa saja gaya yg dikenakan pasti menjadi bualan kan..
Gambar kasut nie MJ terjah dari Beutiful Nara, koleksi kasut diva kita.. Menarik kan?? Of course kasut yang dipakai Datuk Siti mahal2 kan, pastinya mencecah ribuan ringgit.. (oooopppsss ada ke??) Ntahler, MJ nie tak penah pakai kasut mahai, Dok layan brand supermarket je macam Carlo Rino, Primavera, Paul Green @ Vincci, Lain dari tu especially dari pereka Jimmy Choo pun tak mampu nak memiliki ha..hehee
Ok jom la kita layan kasut2 nie ye.. ;)
Nampaknye macam dah tertarik dengan 2 koleksi kasut atas nie..
Sekarang nie my hubby ada hobi baru tau.. Siang malam pagi petang WAJIB ok ngadap hobi tu.. :) Dulu addicted ngan blog dan sekarang agak kurang sikit..
So we all berdua bila malam mesti akan rebut2 nak guna lappy.. Yela, MJ of course ar nak jenguk blog + contest or GA baru, so tak nak ar terlepas mana2 CGL..
My hubby plak tak nak terlepas gak ngan hobi tu.. Korang nak tau hobi pe my hubby sekarang minat?? Semua nak rembat, dari yg semurah-murah barang sampaila ke barang mahal, tapi paling my hubby dok layan tentulah enset.. MJ je tak layan sangat, selalu dok lawan tolak je ngn hubby, sebab pe tau, tentulah psl blog...hehee
So nak tau tak pe hobi en hubby????
*******
*******
*******
*******
*******
Bida Membida secara online.... =)
Nie contoh salah satu bidaan...
Korang layan tak bida2 nie semua?? @ MJ je tak qheti..hehee
Salam.. MJ terima 1 emel so nak syer ngan korang semua la.. Kalau sudi sila jawab sampai habis soalan nie dan beritahu MJ berapa jawapan yg betul dan berapa yg salah okey.. TAPI!!! Ujian khas nie ada syaratnyer (lebih kurang nak uji pengetahuan SEJARAH anda la).. Senang jer syarat nie sebab ada 1 je, kalau anda BERJAYA MJ akan beri......? beri apa??? Ucapan TAHNIAH la... heheeee..
Okeh, syaratnya ialah ~ DILARANG SENYUM KETIKA MENJAWAB SOALAN DI BAWAH, JIKA TIDAK, ANDA AKAN GAGAL...
Sila betulkan mulut anda (kalau nak seloteyp pun boleh) dan pastikan anda tidak tersenyum...
1. Siapakah yang membuka negeri Melaka (org Melaka mesti pas) a) Param b) Parameswari c) Parameswara d) Pramugari Terlampau e) Parang kontot
2. Pada tahun 1771, seorang penjajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai NEW HEBRIDES, siapakah dia? a) Kapten Hook b) Kapten Crook c) Kapten Cook d) Kapten Cool e) Kapten Boleh
3. Siapakah yang pernah menjadi Pemerintah di Sarawak (org S'wak, sila jwb dgn betul ok) a) Brooke Shields
b) James Beruk c) James Bond d) Sapok Biki e) James Brooke
4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang? (Soalan nie MJ pas, heheee) a) Torch Light b) Traffic Light c) Light and Easy d) Fransisca Peter e) Francis Light
5. Salah seorang Pahlawan Melayu terbilang? a) Tuk Janggut b) Tuk Misai c) Tuk Misai A. Galak d) Tuk Tuk e) Tuk Bulu Hidung
6. Pahlawan Melayu di Pahang? (Khas utk org Pahang) a) Mat Kilau b) Mat Silau c) M Daud Kilau d) Mat Sentul e) Mat Rempit
7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela? a) Jawa Jerongos b) J.W.W Birch c) Jay Jay d) J.W.Marriot e) Jawa Rangers
8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis? a) Ayam Belanda b. Bela Anda c) Blender d) Belanda e) Blunder
9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a) 7 dulang hati nyamuk b) 7 dulang tongkeng ayam c) 7 dulang tahi hidung d) 7 dulang tahi lalat e) 7 dulang gigi arnab 10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a) Tun Maira b) Tan Tin Tun c) Tun Tak Tahu Eja d) Tun Teja e) Arnold Susahanakeja
11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a) Puteri Hang Li Po b) Puteri Kepala Hotak Hang! c) Puteri Opah Hang! d) Puteri Hang Go Poh e) Puteri Hang Cing
12. Ikan apakah yang melanggar Singapura? a) Ikan Bilis b) Ikan Masin c) Ikan Kembung Masak Asam d) Ikan kekek mak iloi-iloi e) Ikan Todak
13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a) CIM Bank b) Chin Peng c) Soh Chin Aun d) Chim Pan Zee e) Chin Chau
Soalan TAMAT... MAAF ANDA GAGAL, SEBABNYA ANDA TERSENYUM KETIKA MENJAWAB SOALAN DI ATAS.. heheeee, MJ pun senyum jugak.. huhuuuu
Oh, pasu antik rupanya. saya terbaca dalam harian metro, katanya pasu yang dilelong berharga RM 211 juta. baca bawah ni kalau nak tau lebih lanjut.
LONDON: Sebuah pasu China yang dibuat pada kurun ke-18 dilelong dengan harga �43 juta (RM211 juta), semalam.
Pasu porselin zaman dinasti Qianlong setinggi 40 sentimeter itu dijual pusat lelong Bainbridges di London dan dibeli seorang warga China yang tidak dikenali. Selain harga lelongan, pembeli itu juga membayar premium sebanyak 20 peratus daripada harga asal, menjadikan harga keseluruhannya RM258 juta.
Ia mencatat harga paling tinggi untuk barangan hasil seni China di pusat lelongan, sekali gus menjadikan dua adik beradik yang mewarisi pasu itu selepas penemuannya di sebuah kediaman di utara London, jutawan segera.
Petugas di Bainbridges, Helen Porter berkata: “Mereka tidak tahu apa yang mereka miliki. Walaupun menaruh harapan tetapi mereka tidak percaya apabila jurulelong menutup pembidaan pada harga yang amat tinggi.” “Seorang daripada mereka terpaksa keluar dari bilik lelongan untuk mendapatkan udara segar selepas terkejut dengan harga itu.” Pasu yang mempunyai dekorasi motif ikan itu sebelum itu dijangka hanya akan dijual pada harga antara RM4 juta hingga RM6 juta. Harganya naik mendadak apabila begitu ramai pelabur China berminat untuk memilikinya
sumber : Harian Metro
MJ : kalau sy jangan kata terkejut. silap2 leh pitam kat situ je. tp MJ xde pasu antik. pasu bunga ada la. wa ha ha... korang ada barang antik x, leh try lelong. mana la tahu, kalau2 ada rezki leh jadi jutawan segera
Minah adalah seorang budak yg malas serta jarang menumpukan perhatian di dalam kelas.. Dia selalu tidur di dalam kelas.. Ustazah pun tanya 1 soalan.
'Siapa yang patut kita hormati dan sayang?'
Kelas sunyi tiada yang menjawab, tetapi ada seorang budak lelaki nakal, namanya Ali suka mngusik Minah, dia lalu mencucuk bontot Minah dengan jarum, lalu Minah terkejut seraya menjerit"MAK'
Ustazah pun puji Minah sebab bagi jawapan yang betol.
Minah sambung tido balik..
Ustazah tanya soalan lagi..
"Sape pencipta alam dan segalanya?"
Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!"
Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol.
Minah sambung tido lagi..
Pastu ustazah pun tanya lagi soalan.
"Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?"
Dibawah ada 4 soalan 1 soalan bonus. Anda harus menyelesaikannya sepantas mungkin. Anda tak boleh mengambil masa untuk menjawab soalan ini. Jawab soalan dengan segera. Mari kita lihat kepintaran anda.
Anda sudah bersedia……
Jawab sekarang…….
Soalan pertama :
Anda memasuki pertandingan lumba lari. Anda memotong orang yang berada di tempat kedua. Anda sekarang berada di posisi ke berapa sekarang?
Jawapan : jika anda menjawab tempat pertama anda salah, kerana jika anda memotong orang yang ke dua anda sekarang berada di tempatnya iaitu tempat ke dua.
Ok cuba jangan silap lagi kali ini. Sekarang cuba jawab soalan ke dua. Jangan ambil masa yang lama ye.
Soalan ke Dua: jika anda memotong orang yang berada di kedudukan yang terakhir, jadi anda berada di posisi mana?
Jawapan : jika anda menjawab kedua dari tempat terakhir maka jawapan anda juga salah. Macamana awak boleh memotong orang yang berada di tempat yang terkahir???
Silap lagi? Tak mengapa lah , kita pergi ke soalan ketiga
Soalan ketiga: soalan yang menggunakan kepakaran matematik yang tinggi. Jangan guna kalkulator untuk menjawab soalan ini.
Kira 1000 dan tambah dengan 40. Sekarang tambah 1000 . tambah lagi 30 . dan tambah lagi 1000 . sekarang tambah lagi 20 . tambah lagi 1000 . dan akhir sekali tambah 10. Berapakah jumlahnya?
Jawapannya : jika anda menjawab 5000, anda salah. Jawapannya 4100. cuba kira dengan kalkulator tengok.
Ok la. Kali ini mungkin anda dapat menjawabnya dengan betul.
Soalan ke empat: bapa kepada Liza mempunyai lima anak perempuan. Anak pertama bernama Nana, kedua Nene ,ketiga Nini, ke empat, Nono. Apakah nama anak nya yang ke lima?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jawapan: Anda jawab Nunu? Salah la. Namanya Liza. Cuba baca soalan sekali lagi.
Sekarang soalan bonus pula. Soalan bonus : Seorang yang bisu pergi ke kedai ingin membeli sebatang berus gigi. Dia membuat pergerakan macam memberus gigi. Akhirnya dia Berjaya menunjukkan kepada penjual yang dia ingin membeli berus gigi dan Berjaya membeli barang tersebut. Kemudian datang seorang orang buta ke kedai tersebut yang ingin membeli sepasang cermin mata. Bagaiamakah caranya dia ingin menunjukkan yang dia ingin membeli cermin mata tersebut
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Jawapan: dia buka mulut dan cakap je la…. He he
macamana, adakah anda berjaya menjawab dengan betul kesemua soalan diatas. kalau ya, anda memang bijak. kalau x dapat jawab dngan betul kesemuanya pun x mengapa. sy pun x dapat jugak. ha ha...