MJ berkongsi cerita kami setelah mendapat respon dari kawan-kawan melalui ENTRY INI juga atas keizinan suami dan setelah MJ berfikir sebanyak lapanplohlapankalilapanribu..hehee
JULAI 2013
Setelah menghampiri 4 tahun usia perkahwinan, kami suami isteri mula melakukan usaha lain iaitu kaedah moden melalui Rawatan Kesuburan. (kami dah pun mencuba pelbagai kaedah sebelum ni dari perubatan Islam dan juga tradisional) Mungkin agak terlambat pada MJ tetapi itulah pilihan terakhir setelah melalui pelbagai proses2 lain.
MJ bermula dengan ke klinik LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) pada Julai 2013 sebab ada terbaca dalam blog yang mereka pernah menjalani ujian kehamilan di situ, tetapi malangnya ujian tersebut hanya dibuat di 3 negeri sahaja iaitu Perak, Putrajaya dan Johor. Macam MJ di Penang mereka hanya boleh keluarkan Surat Rujukan Doktor (Refer Letter) untuk merujuk MJ di mana-mana Hospital Kerajaan ataupun Hospital Swasta (pilihan sendiri).
Jadi MJ memilih Hospital Kerajaan, ye walaupun tahu prosesnya lambat tapi tak mengapa asalkan kami tahu apa tindakan seterusnya. Di Hospital MJ dirujuk di bahagian G&O (Gynaecology & Obstetrics) klinik Pakar 1.
Setelah menunggu giliran dalam 15min nama dipanggil, dan MJ perlu menjalani ujian darah (MJ) dan juga ujian sperma (suami). Nurse bagi pilihan untuk kami jalani ujian tersebut samada ingin buat di Hospital (yang konpem lambat prosesnya) ataupun mana-mana klinik swasta yang menawarkan ujian tersebut. Dan MJ rela hati untuk membuat ujian di klinik swasta iaitu di Pathlab Penang.
Di Pathlab ada pakej untuk rawatan kesuburan (ujian darah) seperti
1. FSH (Follicle Stimulating Hormone)
2. LH (Luteinizing Hormone)
3. GnRh (Gonadotropin Releasing Hormone)
4. Progestrone
5. Androgen
6. Estrodial
Harga pakej ni RM210 (memang mahal tapi 'pejam mata jela..huhuu)
8ml darah akan diambil untuk rawatan tersebut.
Untuk ujian Sperma RM30
Bila laporan perubatan siap, MJ perlu bawa laporan tersebut ke Hospital semula untuk berjumpa Doktor untuk tindakan seterusnya pada 9 October 2013 (3 bulan tempoh untuk step 1). Tak sabar menanti :)
p/s Cerita lepas yang telah dikarang pada Julai 2013 (akan bersambung Step II untuk entry pada 9/10/13)

Contoh darah yang akan diambil.. Gambar dari SINI