Baru-baru ni MJ dapat hadiah Tudung Bawal Satin dari Izyanty Collection . 1st time rasanya MJ ada tudung bawal satin ni, bukan pe risau tak reti nak pakai..hehee
Masa kenduri kawan semalam MJ cuba pakai, tapi bukan pakai macam tudung bawal biasa tu, try buat ala-ala shawl.. Best sebab labuh depan dan belakang serta selesa dibentuk.
Jom le kita gerak... Terima kasih Iz, suka sangat dengan tudung ni... Lepas ni boleh tambah koleksi bawal satin le lagi..
Apapun selamat pengantin baru buat my frenz merangkap ex-Politeknik dan ex-USM Penang.. Semoga kekal hingga hujung usia ye.
Salam.. Zaman sekarang terdapat pelbagai fesyen tudung diilhamkan oleh pereka tempatan mahupun orang luar asalkan kita tahu cara pemakaian tersebut tidak menyalahi etika dan adab sebagai orang Islam.. Di bawah nie, MJ kongsi tips2 untuk kita semua.
Pada asasnya, pemilihan sesuatu tudung perlu mengambil kira beberapa faktor penting seperti; fabrik, warna, saiz, corak, bentuk muka dan gaya pemakaian.
Tip 1:
Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas dan kain kasa(bawal).
Tip 2:
Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.
Tip 3:
Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda.
Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.
Tip 4:
Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.
Tip 5:
Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.
Gmbar Ihsan dari Google
Tip 6:
Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.
Tip 7:
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh.
Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.
Tip 8:
Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar.
Awas! Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.
Tip 9:
Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah.
Awas! Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Tip 10:
Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang.
Awas! Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.
Tip 11:
Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.