Disebabkan entry WW semalam, tak sangka ramai blogger yang minta resepi, jadi kat sini meh MJ kongsikan resepi untuk kegunaan MJ jugak di masa hadapan :) Nak guna nama dari Nureen bagi la - Agar-agar Laici Aiskrim Berirama.. :)
Agar-agar ni sebenarnya ada orang order, mula tu nak hias dengan buah je tapi My Mum suruh buat jelly aiskrim, so 1st time la MJ buat dengan resepi dari My Mum :)
Resepi Agar-Agar dari blogger MamaTisya
1 peket Agar-agar
1 tin susu cair
1 tin laici (carikkan buah laici)
6sb gula
7 cawan air
2 biji telur
Cara Memasak
1. Rebus agar-agar dengan air sehingga hancur
2. Masukkan gula sehingga mendidih
3. Masukkan telur, susu cair dan air laici
4. Tuang ke atas bekas buah laici yang telah dicarik tadi dan biarkan sejuk
Resepi Jelly Aiskrim
1sb jelly (perisa asli)
3 biji putih telur (pukul sehingga kembang-meringue-ketepikan)
pelbagai pewarna
2 cawan air
5gm agar-agar (Kalau nak ambik sikit lepas masak agar2 laici pun boleh-sebelum step 2 tu)
Cara Membuat
1. Masak agar-agar sehingga hancur,
2. Kemudian masak jelly sehingga sebati (Kalau nak manis boleh masukkan gula sikit)
2. Campur dengan meringue tadi dan kacau
3. Tuang ke atas adunan agar-agar laici yang telah sejuk
4. Pastu hiaslah dengan pewarna ikut kreativiti sendiri
5. Sejukkan dalam peti sejuk
Kami panggil aiskrim sebab dia lembut dan gebu macam aiskrim...heheeee :)
p/s : Sebenarnya part jelly eskrem tu My Mum yang buat, MJ tolong tengok sambil ingat step, nanti baru nak try buat sendiri..heheheee tapi agar-agar laici tu MJ buat ye :)