Semalam Ahad, MJ ke pasar bersama Mak beli sedikit barang dapur macam Ikan Sebelah buat goreng garing, Ketam nak buat Masak Lemak, Ikan Jenahak nak buat Gulai, Kerang nak makan Rebus cicah dengan Cabai Kicap lepas tu tengok daging dan tulang.. Sedap ni buat sup.. lagipun dah lama tak makan Sup Tulang buatan sendiri kan..hahaha
Reesepi ni MJ ada ambik serba sikit dari blog eL, thanks eL kongsi resepi, ada sebahagian yang MJ curang..Ampun na...heheee.
Bahan-bahan
1kg Tulang
600gm daging
Rempah Sup (3sb)
Sup Bunjut (2bungkus)
Kentang (1 biji)
Bawang Merah (8 ulas, 6 ulas tumis, 3 ulas kisar)
Bawang Putih (2ulas-tumis)
Daun Sup/Daun Bawang
2inci halia
Cara Membuat
1. Rebus tulang sehingga lembut (Nak petua lembutkan tulang sila terjah blog eL) - MJ selalu rebus letak sudu je.
2. Masukkan 1 bungkus Sup Bunjut dan biarkan mendidih
3. Masukkan Daging dan biarkan sehingga daging masak
4. Hiris 6 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih untuk ditumis, 1 bekas sup bunjut (tulang) dalam tu ambil kulit kayu manis, bunga cengkih buah pelaga segala tu untuk ditumis bersama bawang.
5. Bunjut nya untuk dikisar bersama 3 ulas bawang merah sehingga halus
6. Panasakan minyak, tumis hirisan bawang, 4 sekawan sehingga naik bau, masukkan hasil kisaran tadi dan 3sb rempah sup, kacau sehingga mendidih dan masukkan ke dalam sup tadi (tumis darat)
7. hiris kentang dan masukkan dalam sup, biarkan sehingga kentang lembut.
8. Perasakan dengan garam dan selepas tu tabur dengan daun sup/daun bawang tadi.
Sedap dimakan bersama koaw teow mahupun bihun.. sesekali boleh la layan tulang ni, kalau tak mau naik mencanak 'cik Koles' hahahaa.