Lepas dari Tasik Dayang Bunting, kami menaiki bot ke Eagles Feeding pulak, memandangkan 'driver' bot kami ni tak berapa nak mesra jadi kami hanya layan perasaan sendiri.
Sepatutnya masa kami ke sini, dapatlah memberi makanan kepada Sang Helang yang berterbangan, tapi 'driver' cakap Helang dah cukup kenyang, sebabnya bot-bot lain dah 'terlalu' banyak bagi makan. Taknak nanti masa 'sesi petang', trip lain langsung takdapat nak tengok Helang kerana 'ia' dah kenyang.

Jadi kami hanya melihat dari dalam bot sahaja, memang banyak Helang, seronok je rasa :)
Kami kat sini sekejap je, dalam 10minit dan lepas tu terus ke Pulau Beras Basah.
Aktiviti wajib ialah bergambar.. heheee
Dok 'bajet' nak bagi nampak Helang kat belakang, tapi takpela asalkan ada..heheee
ok, dah sampai Pulau Beras Basah, airnya memang sangat cantik, jernih dan tenang ;)
Kami diberi masa 1 jam untuk lepak kat sini, ramai yang ambik peluang mandi kat sini.. Tapi memandangkan masa kami sampai dah tengah hari, matahari dah memancar terik, tengok jela :)
Buih yang memutih, pantainya jernih... Kalau kata kami sampai pagi, syok jugak berendam.. ;D
Cuma si kecik Rayyan dengan ibunya je yang seronok berendam, kami cuma memandang :)
Walaupun letih tapi kami seronok, masa ni tengah tunggu Bot sampai, seronok tengok ikan berebutkan makanan :D
Perjalanan untuk 'Island Hoping' ni memakan masa selama 4 jam (9am-1pm), masa balik dari Beras Basah masing2 kepala dah lentok + mengantuk :)