Selamat hari Isnin semua... Tentu-tentunya hari Isnin ialah hari blues buat semua termasuklah MJ, cuti 2 hari serasa tidak mencukupi untuk rehat sepenuhnya kan.. Kalau boleh nak rehat dan terus rehat je, bila la keje ni nak bagi cuti lama-lama, huhuuuu
Ok berbalik pada tajuk, seperti yang korang dah tahu kami dah membeli TV baru, takdaknya nak survey dulu ke apa, nampak murah je terus beli :) Kebetulan salesman tu baik hati bagi diskaun sampai dekat RM 200, katanya bos takdak, so dia kira harga staff :) Kami tak tunggu dah terus 'ok jadi je' heheee.
Tapi kami bukan beli TV besar seperti kat belakang MJ tu, tak mampu cheq, almaklumlah kena utamakan keperluan lain dulu sebelum nak beli TV 'gabak gaban' camtu kan :)
Tu dia itulah TV kami 'PANASONIC VIERA' 32" jadila buat kami berdua nak tengok berbanding TV kami sebelum ni cuma 14", kiranya dah cukup besaq la buat kami :)
Sesampai je kat rumah, tak tunggu lagi dah terus pasang, TV lama masuk stor walhal masih elok lagi.. Ada sesapa nak tak??hehehehe :) Bila letak atas Almari Baru terus rasa alahai keciknya TV, kontra kaler tapi cantik kan :)
p/s : Harini MJ ada tugas di luar, dan mungkin tak dapat nak Blogwalking @ balas terjah, insyaAllah dah selesai urusan MJ terjah balas ok :)