Showing posts with label Strawberry Park Resort. Show all posts
Showing posts with label Strawberry Park Resort. Show all posts

Dinner at Cameron Highland - SMOCKEY BEAR Menu

Lambat bebenar nak habis update pasal percutian di Cameron minggu lepas... Alahai cik mood kembalilah segera, memang lemau sesangat ni.. Disebabkan masih mood M gambar bawah ni pun tak sempat letak watermark... huhuuuu..


Ok, gambar ni di hari kedua kami di Cameron Highland tau, kami claimed Complimentary Dinner di hari kedua untuk merasai kenikmatan SMOCKEY BEAR :-)


Malam yang dingin lagikan sejuk membalut tubuhku, masa ni dok tunggu pihak SPR (Strawberry Park Resort) menyediakan menu Dinner kami dan masa yang diambil lebih kurang 15minit macam tu la.


Dan kebetulan malam tu pihak ERT sedang buat latihan, kesian dah la cuaca sejuk + hujan pulak tu.. tapi tak mengapa demi menyelamatkan nyawa orang lain kan :)


Hujan lebat membasahi bumi Cameron Highland, dah le cuaca sejuk, memang menggeletar la ;)


Dan inilah menu Dinner yang disediakan oleh pihak SPR, pada MJ harganya tidak lah terlalu mahal, boleh la pada sesiapa nak mencuba menu SMOCKEY BEAR ni ;)


Fresh Salad yang sangat best, sayuran yang segar bugar dihidangkan sementara kami menanti makanan disiapkan ;)


SMOCKED CHICKEN BREAST pilihan en suami

SMOCKED LAMB LEG pula pilihan MJ, jarang makan LAMB ni, tapi dok fikir cuaca sejuk ni sesuai sangatlah kan makan LAMB ni, bagi panas badan balik.


Menu ni dihidangkan dengan Black Pepper Sauce, mula MJ ingat nak mintak sos sebab nampak kering kan, tapi 'malu' kami bedal je, baru dalam 2-3 suap macam tu baru diorang hantar Sos Black Pepper, bila dah tuang ke atasnya perggghhhh memang layan habis... heheee :)


Makan sampai licin, bila perut dah kenyang balik bilik apa lagi zassss tidur, almaklumlah luar sejuk dingin kan....kua kua kua.... :-)   (Tak tidur terus pun, sempat lagi layan Drama Maharku Untukmu di TV3 yang sangat best dan tangkap leleh.... heheee)


Cameron Highland : Ke Puncak Brinchang

Sambungan dari entry hari kedua kami, selepas melawat BEE FARM kami terus dengan bersemangat nak ke Ladang Teh Boh Sungai Palas sebab tak pernah lagi sampai ke sana lagi, bila dah jumpa jalannya dengan penuh rasa teruja terus mendaki. Walau jalannya penuh berliku, tapi hati bersemangat untuk tetap teruskan perjalanan.


Punya la asyik mendaki laluan berliku yang sempit tanpa sedar kami telah hampir sampai ke PUNCAK BRINCHANG, ehh mana nya Ladang TEH ni? Dah nak hampir ke puncak tapi belum juga berjumpa, asben dah mula pening-pening mual ha.. heheee (mujur isteri berjiwa kental...)



Tapi dah alang-alang tempat ni cantik, atas bukit apa lagi bergambar kenangan la, asben dalam dok tak berapa sihat tapi dipaksa oleh isteri tersayang untuk ber'posing' sebagai tanda kenangan :)


Di belakang kami tu adalah Ladang TEH kepunyaan Tokey BOH Sg Palas, memang besar dan luas ladangnya.


Mujur cuaca elok saat ni walau sang awan dah mula menunjukkan tanda-tanda mahu nangis, tapi posing tetap semangat sebab cantik sangat kawasan ni.. Tak sangka kami telah berada di atas puncak bukit...weehuuuu


Saya adalah bakal pewaris LADANG TEH ini ye kawan-kawan semua...hua hua hua.... perahsantan sekejap.
Dah puas bergambar kami turun ke bawah semula dengan hati yang kecewa sebab tak berjumpa dengan Ladang Teh Boh ni, hati meronta nak jugak mencari sampai jumpa.. huhuuu :)



Lepas tu kami ke Stoberi FARM, bukan nak memetik stoberi tapi nak meninggalkan bekas, almaklumlah cuaca sejuk kan...heheee


Terus call My Dad untuk bertanya laluan ke BOH ni secara jelas, rupanya jalan kami lalui memang dah betul cumanya kami terlajak naik ke puncak... Huwaaa patutla tak nampak-nampak rupanya salah laluan, nak ke Ladang BOH sebelah kanan tapi kami masuk ke kiri, itu yang sampai ke puncak terus tu


Disebabkan tak berpuas hati, ajak en suami sekali lagi ke sana, asalnya macam dah serik sebab nak kena tempuh laluan berliku tu sekali lagi, tapi keinginan yang membuak-buak mengatasi segalanya.

Papan ni yang kami tak perasan yang menyebabkan kami terlajak kereta ke puncak
Sumber gambar : SINI


Akhirnya kami naik sekali lagi berdasarkan direction from My Dad, bila dah sampai... huwaaaaaa kenapa TUTUP pulak pada hari ISNIN... huhuuu patutla kami tak perasan..


Selepas tu pulang dengan rasa hampa, sambil tu geram jugak kenapa kat signboard bawah tak tulis LADANG ni tutup hari Isnin, senang tak lah menyusahkan orang lain kena panjat laluan sempit tu..... Dan bila dah sampai tu  kami terus tengok papan tu semula, ehhhhh ada la dia tulis CLOSED on MONDAY.... Ok fine salah sendiri tak baca sampai habis..huhuuu :)


Untuk sedapkan hati en suami cakap takpe esok ada lagi, sebelum balik Penang kita ke sini semula, terus hati berbunga riang kembali..hehee


p/s: Nak sampai ke Puncak Brinchang tu dalam 9km, cuma 2km je nak ke Ladang BOH ni.. Patutla rasa awatlah jauh sangat ni.


2nd Day @ Cameron Highland

Kami check-in di Strawberry Park Resort tepat pukul 3petang pada hari Ahad, bertolak dari Penang lebih kurang pukul 10pagi.. Perjalanan alhamdulillah lancar cuma bila sampai KEA FARM dan BRINCHANG jalan agak sedikit sesak. Mungkin ada yang nak berangkat pulang kot kan..


Hari pertama tak ada aktiviti sangat sebab petang tu hujan selebat-lebatnya, lokoih jugak la kami laki bini tapi gigih gak nak cari Stoberi Coklat kat KEA FARM.


 Kemudian di  hari ke dua cuaca diselimuti kabus dan sejuk nyaman je terasa ;) Memang menggeletar la tapi suka saat tubuh disentuh sang kabus ;)


Pernah berangan untuk menginap di sini masa SPR menaja hadiah untuk Majlis Sepetang bersama Denaihati tempoh hari dan alhamdulillah rezeki berpihak pada MJ ;) 
Kini angan-anganku telah menjadi realiti.


Tujuan bergambar ni nak tunjuk 'bakal' menu dinner kami yang termasuk dalam pakej tu.. 
Smockey Bear (entry menyusul nanti) dan restoran belakang tu la tempat Dinner kami... :)


Menu breakfast merangkap lunch..heheee (nak jimat kos kononnya) at last tengah hari cari makan jugak :-)

Sengaja pilih mengadap kehijauan, memang betul-betul menenangkan, 
sambil makan bertemankan alam tak sedar berpinggan ha ;)

Ada 1 banglo di atas bukit ni, tak sure banglo apa, sesatunya duduk atas bukit ni..
Kalau MJ tak berani la nak duduk..heheeee penakut skit ;)



Selesai bersarapan, destinasi pertama kami tujui adalah kat tempat ni... Nak ronda tempat lain kebanyakan kedai belum dibuka lagi..
 
BEE FARM free entrance :-)

MJ tak turun pun sampai bawah - M.A.L.A.S lagipun dah penah sampai ke BEE BESAQ tu, dan kalau bawak budak-budak ke syiok sikit. Ni cuma kami berdua je :-)


Sekejap je kami lepak kat BEE FARM tu dan plan seterusnya ialah nak ke LADANG TEH BOH SG PALAS sebab MJ tak pernah jejak kaki lagi ke situ. Teringat Sis Nana cakap Sandwich kat situ sedap sesangat, jadi nak le mencuba ;)



Tapi yang lawaknya kami tak sampai pun ke situ, tapi sampai ke puncak Brinchang, dengan laluan sempit dan berliku, memang mencabar pemanduan :) Nanti la MJ update ye kisah tu :)



p/s: Pada yang bertanya dalam entry SEBELUM INI, macam mana MJ dapat hadiah percutian ni - JAWAPANNYA contest LIKE & SHARE di Facebook, memang berdasarkan tuah dan rezeki MJ terpilih, alhamdulillah ;)



Strawberry Park Resort Cameron Highland BEST!!

Baru dapat nak update kisah cuti-cuti kami di Cameron Highland baru-baru ni. Jadi jom kita layan beberapa keping lagi gambar dalam bilik yang kami dapat iaitu TIOGA DELUXE SUITE. Best sangat sebab bilik teramatlah besar, wallpaper cantik, suasananya sejuk dan macam-macam lagi la :)

Pandangan dari pintu masuk


Bila background belakang besaq terus nampak TV alahai comelnyer ;)

Muka tuan tanah wajib ada, baru gambar berseri.. huahuahua

Dalam Bilik Air, I nampak U, U nampak I.... heheee
Almari hitam ni tak boleh buka, tak tahu kenapa dikunci.. tapi tak kisahlah bukan nak letak barang pun, kalau letak kalu konpem akan membuatkan terlupa nak bawak balik :)

Hitam Putih yang sangatlah menggoda jiwa raga

Dan set ni wajib sebagai tanda kami pernah menginap disini


Dan yang paling best sekali ialah katilnya yang besaq gedabak, lembut dan best giler dapat beradu tau, kena pulak dengan cuaca yang sejuk kat sini....


Ni pulak dari Balkoni, bilik ni mengadap kawasan HUTAN


Akhir kata, penginapan yang sangat best almaklumlah dapat free kan, kalau kena bayaq entah bila dapat nak merasa, sebab harga bilik ni untuk semalam ialah sekitar RM 700.00-RM800.00 Alhamdulillah syukur..

Strawberry Park Resort Cameron Highland in memories - 2012

Walaupun masih penat tapi yang penting memang enjoy habis, terima kasih kepada  Strawberry Park Resort kerana MENAJA percutian kami :)


Baru sampai untuk Check-in pada hari Ahad lepas (4 Nov 2012)

Gift Shop dalam lobby SPR

Ruangan Lobby yang luas dan selesa

Tanda kenangan kerana kami berjaya jejak ke sini buat pertama kalinya


Keceriaan terpancar di wajah kami berdua - belakang pemandangan dari bilik kami..

Ada banyak lagi gambar sebenarnya, tak sempat nak resize sebab baru je sampai Penang hari Selasa dan hari ni (Rabu) dah kembali bekerja :(


Jom kita tengok sikit gambar bilik kami yang super duper besar dan selesa sangat... Boleh main lawan lari lagi, almaklumlah duduk berdua je kan ;)


TIOGA DELUXE SUITE - pandangan dari pintu masuk

Bilik air pun luas dan selesa

Bila masuk je bilik terus Fall in Love dengan tema Hitam, Putih dan Kelabu..... Cantik sangat dan terus cakap dengan hubby bila ada rumah sendiri nak buat tema ni.. Tapi kang nyamuk suka pulak.... :) Lagi gambar di bilik akan turut di upload.


Full story akan diupdate kemudian lepas semua gambar berjaya di 'resize' ye... :) Tak sabar nak tepek, heheee even kat FB pun belum sempat upload ;)


Dah Confirm :-)

Pagi tadi buka email tengok ada reply dari Strawberry Park Resort, terus hati berbunga riang dan menggamit ketidaksabaran untuk bercuti di sana... :-)



Tak sabarnya nak pergi bercuti, dok menghitung hari je ni.... Kalau korang cekap, cuba teka bilakah tarikh yang dipilih oleh MJ (saja suka-suka teka-meneka ni). Tapi MJ ada 1 kemusykilan, dalam Baucer tulis TIOGA DELUXE SUITE tapi dalam confirmation tulis STUDIO SUITE, dah reply tanya kot-kot ada perubahan ke tanpa diketahui. Baru dok berangan nak duduk bilik ala-ala NORA ELENA :)


p/s : dah dapat pengesahan dari pihak hotel, mereka memohon maaf atas kesilapan menaip.. Alhamdulillah syukur, boleh kembali berangan...hahahaaa :) (Updated : 10.35am)

Hadiah Pakej 3D 2N dari Strawberry Park Resort

Baru berkesempatan nak cerita dengan lanjut pasal kemenangan MJ dalam contest FB baru-baru ni.
Voucher telah selamat diterima pada hari Jumaat lepas, terima kasih yang tak terhingga buat Strawberry Park Resort kerana sudi pos voucher ni ke Penang.



Pada mulanya MJ kena p ambil kat Ofis di Key Ell, dan memandangkan MJ tinggal di Penang, maka pihak mereka berbesar hati nak pos kan pada MJ :)  Terharu giler tau..


Bila tengok voucher ni hati berbunga riang, memang tak sabar nak menginap di sana, dengar kata bilik yang kami dapat 'TIOGA DELUXE SUITE" ni adalah scene drama 'NORA ELENA' hari tu. Boleh la berangan ala-ala Nora dengan Seth, hahahaa :)



'This Voucher entitles you to a 3D 2N stay in TIOGA DELUXE SUITE inclusive of breakfast for 2 persons + A choice of Smokey Bear Dinner (Chicken/Fish/Lamb) & Gunung Brinchang Tour"

Nilai penginapan kami berharga RM 1700++, terjojol biji mata cheq tengok ha, kalau nak menginap sendiri rasanya entah bila la nak dapat, dan alhamdulillah syukur dengan rezeki dari Mu ;-)

Voucher valid till 31 Jan 2013 except Friday, Saturday & Malaysia School Holidays and 15Dec-31Dec, MJ masih memikirkan tarikh yang sesuai, sebab rasa macam schedulu pax (hahahaa bajet macam sibuk sangat). 

Kalau nak p bulan ni berkemungkinan MJ akan ke Langkawi sebelum Raya Haji insyaAllah, dan bulan depan kemungkinan pula akan ke Kuala Lumpur (kalau kata tak jadi mungkin boleh la adjust untuk ke Cameron), dan bulan 12 pulak akan ke Kelantan..

..Manakala bulan 1 (sesuai la dengan bulan Anniversary ke-3 kami) pulak MJ akan masuk USM untuk Mid-Exam Final Year. Aduhh setiap bulan ada aktiviti, takkan 1 bulan nak p 2 tempat kan, mau rabak poket, memang penginapan ditaja tapi duit poket untuk jalan-jalan + soping kena la ada jugak kan :)

So masih konpius nak p bila hingga saat entry ini ditulis... Hati dah tak sabar giler nak ke sana, boleh makan stoberi, jagung manis, brokoli, teh dan macam-macam la..

Labels

Celoteh MJ (123) layan (106) terima kasih (91) GiveAway (82) Join Contest (82) Menang GA (62) dunia artis (59) Makan Sedap (53) hadiah (53) cantik (51) nuffnang (44) Hari Raya Puasa (42) BE nuffnang (41) Resepi (40) Wordless Wednesday (35) happy (35) Firas (34) pemenang (33) Pengumuman (32) Produk Shaklee (31) contest (30) Pusat Pelancongan (27) Denaihati (26) Kenangan MJ di tahun 2011 (25) keputusan GA (25) on9 visitor (23) suami isteri (23) kenduri kawen (22) promosi hebat (20) USM Penang (19) sedap (19) Islam Agamaku (18) jalan-jalan (18) nasihat (17) pesakit (17) Fridge Magnet (16) Kenangan MJ di tahun 2012 (16) ME Nuffnang (16) Pegangan (16) Pulau Pinang (16) kelakar (16) rumah tangga (16) sedih (16) Ilhan (15) Kenangan di Tahun 2014 (15) senarai peserta (15) Celebrate Birthday (14) Exam USM (14) Fesyen (14) Followers (14) PJJ di USM Penang (14) aiskrim kek (14) lucu (14) teka-teki (14) Family Day (12) Hadiah Contest 2013 (12) Nikon D90 (12) pengalaman (12) Bercuti di Cameron Highland (11) Kenangan MJ di tahun 2016 (11) Portable Power Bank (11) islam (11) kisah tauladan (11) my birthday (11) petua (11) tips (11) Avon (10) Cameron Highland BEST (10) Nikah Kawen (10) aksi terlampau (10) sihat (10) Birthday Suami (9) CPUV Earning (9) CPUV Nuffnang (9) Cameron Highland (9) Menu Hari Raya (9) blogger Kuala Lumpur (9) heartbeat (9) kuih raya (9) tutorial (9) Hadiah Wang Tunai (8) Perodua Alza (8) Pizza Hut Promotion (8) Pulau Langkawi (8) Resipi (8) kupon (8) top komen (8) Blogger Utara (7) Kelantan (7) Kenduri (7) Mak Abah ke Umrah (7) Percutian Familyku (7) Percutian Kami (7) Strawberry Park Resort (7) iPhone 5 Gadget Impian (7) jamuan raya (7) kad raya (7) video (7) Hadiah Birthday (6) Kenangan di tahun 2013 (6) MJ dan Suami (6) Puasa Ramadhan (6) Rawatan Kesuburan MJ (6) Resepi Juadah Berbuka (6) Trying To Conceive (6) Umrah MJ 2016 (6) dalam negara (6) juadah berbuka (6) kamera (6) kupon KFC (6) review blog (6) sale (6) Cuti-Cuti Malaysia (5) Hadiah Anniversary (5) Jumpa Blogger (5) Kenangan MJ di tahun 2015 (5) Lumut (5) M'c Donalds (5) MJ bercuti di Thailand (5) Makan Sedap di Pulau Pinang (5) My Koleksi (5) Pengalaman Mengerjakan Umrah (5) Pengalaman belajar secara PJJ (5) Sepetang Bersama Blogger (5) ThePopLook (5) Tudung Chiffon 3 Layer (5) adik kemalangan (5) endorscope (5) luar negara (5) online (5) ovarian cysts (5) BAJET 2012 (4) Beef Lasagna Cheese (4) Burger King (4) Cara Dekorasi Bajet (4) Cheque Nuffnang (4) Dekorasi Simple by MJ (4) Diari Umrah MJ (4) Happy Anniversary (4) HomeMade Aiskrim (4) Homemade Burger Bakar (4) IQ (4) Jemputan ke Rumah Terbuka (4) Jeruk Buah Penang (4) Kebaikan Omega Guard Shaklee (4) Kisah Kereta MJ (4) Konvo USM (4) Lecithin Shaklee (4) Lost World of Tambun (4) Meatball IKEA (4) Omega Guard Shaklee (4) Perak (4) Popia Milo (4) Popia Nestum (4) Preloved Handbag (4) Rekod Baru (4) Resepi Aiskrim (4) Resepi Aiskrim Goreng (4) Resepi Puding Triffle (4) Salak Denai Chalet (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Coca Cola (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola (4) Trip ke Hatyai (4) ibadah puasa (4) pertunanganku (4) Apom Polkadot (3) Baju Kenangan MJ (3) Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) (3) Bisnes Pelekat Pantz (3) Coconut Shake (3) Copthorne Hotel Cameron Highland (3) Fridge Magnet Oversea (3) Handbag COACH (3) Header Baru (3) Hotel Bajet/Hotel Murah (3) Inai Henna (3) Inai lukis (3) Jualan Penghabisan Stok (3) Kedah Darul Aman (3) Kehilangan Pesawat MH370 (3) Kelebihan Vitamin C Shaklee (3) Kenangan MJ di tahun 2017 (3) Khory Steamboat Yong Taufu Sungai Petani (3) Koleksi GUESS MJ (3) Kursus Intensif USM (3) Laksa Janggus (3) Lee Gardens Hotel Hatyai (3) MH370 MAS Hilang (3) Makan Sedap dan murah di Sungai Petani (3) Masjid Nabawi Madinah al Munawarrah (3) Mee Sotong sedap (3) Menu Berbuka Puasa (3) Menu Diet Atkin (3) Menu Rumah Terbuka (3) My Best Moment (3) Omega Gurad Shaklee (3) Ostematrix Shaklee (3) Percutian bersama Keluarga (3) Pisau Zebra (3) Pizza Hut Big Box (3) Potluck (3) Resepi Ayam Sedap (3) Resepi Durian Crepe (3) Resepi Mudah dan Sedap (3) Resepi Roti (3) Resepi Roti berinti Daging dan Cheese (3) SBPA (3) SPA (3) Steamboat dan Yong Taufu murah (3) Testimoni Set Kurus Shaklee (3) Testimoni Set Menyusu Shaklee (3) Testimoni Vivix (3) Ustaz Ahar Idrus (3) cara membawa masuk barang ke malaysia (3) duti import (3) kes bunuh (3) khulafa ar rasyidin (3) mukjizat (3) mutiara kata (3) peraturan dan undang undang kerajaan (3) permit import (3) Agar-agar Milo (2) Ais Kacang sedap di Penang (2) Aiskrim Choki Choki (2) Aiskrim Coki Coki (2) Aiskrim Goreng sedap (2) Ayam Dendeng (2) Bahaya Ovarian Cyst (2) Bedak Miyami (2) Bekam adalah Sunnah (2) Bercuti di Taiping (2) Burger Bakar (2) Burger KOMTAR (2) Burger King Penang (2) Butter Prawn sedap (2) Cara Mengira Cukai Kastam (2) Cara Menyemak Keputusan SPM (2) Cashout Nuffnang (2) Char Koaw Teow Sungai Dua (2) Chicken Chop (2) Demam Denggi (2) Diari Detox Maira (2) Facebook Fanpage (2) Fasha Sandha dan Jejai (2) Hasil BerNuffnang (2) HomeMade Burger (2) Honeymoon di Cameron Highland (2) Hotel Murah di Kuala Lumpur (2) Hotel/Homestay di Melaka/Johor (2) Hukum memakai Inai Lukis (2) Ikan Terubuk Masin (2) Inai HandMade di Penang (2) Jeruk Magga AsamBoi (2) Jeruk Pelam Asamboi (2) Jom Detox dengan Shaklee (2) Jom kita Detox (2) Kad Kahwin Fasha Sandha (2) Kaedah Rawatan Bekam Angin (2) Kami di Lumut (2) Kasut Baru (2) Kebaikan Lecithin (2) Kegunaan Basic H Shaklee (2) Keistimewaan ESP (2) Kek Lapis Sarawak (2) Kelebihan Al Quran (2) Kenduri Doa Selamat (2) Kenduri Kesyukuran (2) Kepentingan Detox pada Tubuh (2) Kereta yang Diubahsuai (2) Khasiat Nenas Batu (2) Koleksi Carlo RINO (2) Konvo USM ke 48 (2) Kuih Siput (2) Ladang Teh Boh Sungei Palas (2) Majlis Kenduri MJ (2) Mee Udang Paksu Juru (2) Mee Udang Pulau Sayak (2) Mee Udang Special (2) Menu Barbeque BBQ (2) Menu untuk Detox (2) Nasi Arab Bandar Perda (2) Nasihat Suami Isteri (2) Original Handbag COACH (2) Panggilan Palsu (2) Pantai Bagan Ajam (2) Pasar Bisik Kota Kuala Muda (2) Pemenang Top komen (2) Pencapaian Terbaik Celoteh MJ (2) Pengalaman HSG Test (2) Pisau Magik (2) Pizza Hut Vs Domino's Pizza (2) Popia Barbeque BBQ (2) Popia Cheese (2) Power Bank 13800mAh (2) Power Bank 8000mAh (2) Prosedur membuat Rawatan Kehamilan (2) Proton Preve (2) Quran (2) Rawang Burger Bakar (2) Resepi Ayam Dendeng (2) Resepi Ayam Mudah (2) Resepi Burger sedap (2) Resepi Lasagna Atkin (2) Resepi Lasagna Telur (2) Resepi Popia Goreng (2) Resepi Puding Kek Pandan (2) Resepi Puding Laici (2) Resepi Puding Oreo Coklat (2) Resepi Spagethi mudah (2) Restoran Mohd Chan Abdullah (2) Rumahku Syurgaku (2) Seminar Wordpress (2) Senarai Calon Parlimen PRU13 (2) Set Menyusu Shaklee (2) Siapa perlukan ESP (2) Sinopsis Bukan Bidadari (2) Spagethi Meatball sedap (2) Strawberry Cheese Cake (2) Tarikh mengundi PRU13 (2) Testimoni Basic H Shaklee (2) Testimoni ESP (2) Testimoni Shaklee (2) Tiket Wayang Free (2) Tips Menabung dengan Si Hijau (2) Tips pemilihan Tudung (2) Tudung Bawal Aidijuma (2) Tutti Frutti (2) Ujian Pap Smear dan HSG Test (2) Ziarah Nabi di Masjid Nabawi (2) ayam goreng rempah (2) baju tunang (2) bercuti di Pulau Pangkor (2) ceramah (2) coklat (2) cukai kastam (2) duit malaysia (2) games (2) ilusi optik (2) kenangan MJ di tahun 2020 (2) keputusan Peperiksaan (2) kotak sembang (2) masker wajah (2) syiah (2) temuduga (2) Air Terjun Puteri Mandi Kedah (1) Ayam Percik (1) Bahaya GLA Complex Shaklee (1) Bahaya Kencing Tikus (1) Bahtera Nabi NUH (1) Batik Pants (1) Batu 5 Char Koaw Teow (1) Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (1) Bedak Arab KokuRyu (1) Bee Hives Bun with Butterscotch Sauce (1) Bercuti di Melaka (1) Biskut Lasagna (1) Black Label Aidijuma (1) Blogger Kelantan (1) Blogger Perak (1) Bonus Raya 2013 (1) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (1) Bunga Pandan (1) Burger Besar (1) Burger KOMTAR De Pauh Garden (1) Burger Leleh Warung Kuning (1) Butik Fareeda Permatang Pauh (1) COACH For Sale (1) CY 2000 (1) Cable Car Langkawi (1) Camera SX150 IS (1) Candle Light Dinner MJ (1) Candy Crush Saga (1) Cantik dengan Omega Guard (1) Car Loan Calculator (1) Cara Berbekam Angin (1) Cara Berkesan untuk Menabung (1) Cara Halau Lipas (1) Cara Membuat Burger (1) Cara Menangani Perut Buncit (1) Cara Mencegah Penyakit (1) Cara Mencuci Usus (1) Cara Mengingati Allah SWT (1) Cara Menjaga Usus (1) Cara Menunaikan Solat Qasar dan Jamak (1) Cara Merawat Kaki Bengkak (1) Cara Solat (1) Cara buat Passport (1) Cara menguji Personaliti (1) Cara ubati Denggi (1) Cheese Tart sedap (1) Cheezy Magik (1) Cheque HOT FM (1) China (1) Chuchuk Chuchuk Raja Uda (1) CoQ Health Plus Shaklee (1) Coklat Crepe (1) Cryptography Code (1) Cucur Jagung sedap (1) DIY Fridge (1) DIY Hanger (1) DIY Peti Ais (1) DVD 30 Juzuk al Quran Beserta Terjemahan (1) DVD al-Quran (1) Dakwat Kekal PRU13 (1) Dejavu di Kinabalu (1) Dinosour Park Danok Thailand (1) Ditipu dengan Western Union (1) Doa Dhuha (1) Doa di bulan Ramadhan (1) Doorgift Pengantin (1) Double Stemcell (1) Download Movie (1) Drama Dejavu di Kinabalu (1) Durian Musang King (1) Eagles Feeding Langkawi (1) Endorscope Cyst (1) Erti dan Hukum Berkabung dalam Islam (1) External Hard Disk (1) Fareeda Aisya 3 Layer (1) Filem Ombak Rindu (1) Fizo Mawar bersanding (1) Frozen Food (1) GLA Shaklee berisiko (1) GLA Shaklee punca ketidaksuburan (1) GST (1) GUESS (1) Gaji Minimum Swasta (1) Gambar Pelik (1) Gempa bumi (1) Genggam Fatimah (1) Get Clean Home Set Shaklee (1) Gunung Jerai (1) Hadiah Contest 2014 (1) Hadiah Hari Ibu (1) Hadiah untuk SIRIM (1) Hadiah untuk SUAMI (1) Handmade Frame (1) Hanger Tudung (1) Hari Kemerdekaan (1) Hari Raya Aidil Adha (1) Hasil Tanaman MJ (1) Hatyai ICEDOME (1) Header Raya (1) Henna Mehendi (1) HomeMade Nasi Arab (1) Homemade Meatball (1) Homestay Murah di Melaka (1) Hospital Seberang Jaya (1) Hotel Bajet di Kuala Lumpur (1) Hotel Murah di Kuala Lumpur dan Jalan Masjid India (1) Hotel Murah di Melaka (1) Hotel Singgahsana Petaling Jaya (1) Hukum Menyebut OMG (1) Ice Blended Coklat sedap (1) Ikan Bawal Panas (1) Ikan Siakap 3 Rasa (1) Ikan Siakap Percik (1) Ikan Siakap Sweet Sour (1) Ikan Terubuk Percik (1) Inai Daun (1) Indonesia (1) Irma Hasmie (1) Isu negara (1) Izyanty Collection (1) Jadual Puasa 2012 (1) Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 2013 (1) Jalil Coconut Shake (1) Jangkaan Kiamat (1) Jenis Jenis Cyst (1) Jenis-jenis Hadis (1) Jom Kembara FF1 (JKFF1) (1) Jubah Safra keluaran MS Design (1) Kad Pengenalan MJ (1) Karnival Kerjaya (1) Kebab Daging (1) Kebaikan CoQ Health Plus (1) Kedai Kacang Bagan (1) Keistimewaan Vitalea Shaklee (1) Kejora dan Bintang (1) Kek Biskut Marie (1) Kek Coklat Sedap (1) Kelebihan Alfalfa (1) Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) (1) Kelebihan Ephyra (1) Kelebihan Mealshake (1) Kelebihan Pad Hygiene (1) Kelebihan Water Pitcher Shaklee (1) Kelebihan dan Khasiat ESP (1) Kelebihan menjadi ahli Shaklee (1) Kelebihan/Khasiat ESP (1) Kenaikan Gaji 1KGT (1) Kenaikan Gaji Kerajaan 2013 (1) Keputusan PRU13 (1) Kerabu Sotong (1) Kerepek Ngaku Arrowhead (1) Kesan setelah mengambil GLA Shaklee (1) KeyChain (1) Khasiat Air Dayang Bunting (1) Khasiat Susu Kambing Segar (1) Khasiat Telur Angsa (1) Kisah Abu Bakar as Siddiq (1) Koaw Teow Th'ng (1) Kobis Tiruan (1) Kolagen Powder Shaklee (1) Koleksi Firas (1) Koleksi Fridge Magnet (1) Koleksi Header Blog (1) Koleksi Paris dari Aidijuma (1) Koleksi Wallet MJ (1) Krabi dan Hatyai (1) Kuah Rojak Mak Bee sedap (1) Kuala Lumpur (1) Laksa Telur Bersarang (1) Lampu Tidur Romantik (1) Lecithin sebagai Pengemulsi Lemak (1) Lelong barang bawah RM50 (1) Lemon Cheese Cake (1) Lens Nikon 50mm (1) Lirik Lagu (1) Lokasi dan Tarikh Ujibakat Bintang Mencari Bintang (1) MJ (1) MJ Makan Free (1) Macarons (1) Machu Pichu (1) Magnet Board FM (1) Majlis Persandingan Fizo Mawar (1) Makam Nabi dan Raudhah (1) Makan Sedap di Manjung (1) Makaroni Baked Cheese (1) Makeover Fridge (1) Maksud PJJ (1) Mandi Wap (1) Mandi di Private Pool (1) Masterchef Penyingkiran (1) Masterchef Selebriti Malaysia 2 (1) Maybank ATM Card (1) Meatball Abg Burn Bandar Perda (1) Mee Kuah Daging (1) Mee Kuah senang (1) Mee Sotong Padang Kota (1) Melaka (1) Menabung dengan Si Hijau (1) Menu Sarapan (1) Menu di Victoria Station (1) Mineral Coffee Hai-O (1) Murtabak Telur (1) My Graduation (1) My HomeMade Kuih Raya (1) My Mum (1) Nan Cheese Meleleh (1) Neotel Hotel Kuala Lumpur (1) Niat Solat Qasar dan Jamak (1) Nora Elena Vs Novel Kasih Suci (1) Olimpik 2012 (1) Ombak Ganas (1) Oreo CheeseCake (1) Panasonic Viera (1) Panda Park Danok Thailand (1) Panorama TV1 (1) Paris Satin Aidijuma (1) Pasar Ramadhan (1) Pasembor Sedap (1) Passport pertama MJ (1) Pati Ikan Haruan (1) Pekeliling 2013 (1) Pelikat Pants (1) Penapis Air Portable (1) Penapis Air Shaklee (1) Penetapan Gaji Minimum (1) Pengalaman Menggunakan Western Union (1) Pengalaman On Air di Radio (1) Pengkalan Hulu (1) Pensonic Warehouse Sale (1) Penyampai Hot FM (1) Peppermint Ginger Plus (1) Performance Drink Shaklee (1) Perfume (1) Perfume Calvin Klein (1) Perfume Kim Kardashian (1) Perfume Paris Hilton (1) Perkahwinan Artis (1) Perodua Bezza (1) Perodua MyVi 2018 (1) Persandingan MJ dan SUAMI (1) Pes Kuah Laksa Sedap (1) Petaling Jaya (1) Petua Halau Lipas (1) Petua ubati Patah/Retak (1) Petua ubati batuk (1) Petua ubati sesak nafas (1) Phoebe Ribbon Chiffon (1) Photo Konvokesyen USM (1) Photo with BFF (1) PilihanRaya (1) Popcorn Ayam (1) Power Bank 12000mAh (1) Power Bank 2800mAh (1) Preloved Carlo Rino (1) Pretzel Almond (1) Pretzel Oreo (1) Primavera Shoes (1) Program Realiti TV3 (1) Promosi Ephyra (1) Promosi Tudung Murah (1) Proton Terbaru (1) Puding Milo Lapis Oreo (1) Pulau Beras Basah (1) Punca Demam Denggi (1) Punca Gastrik (1) Punca Sesak Nafas (1) Puncak Gunung Brinchang (1) Pusat Peranginan di Malaysia (1) RSMY House of Real Beriani (1) RSS feed (1) Ramalan Kiamat (1) Rambutan Sedap dan Manis. (1) Rantai Tangan Hilang (1) Renungan Bersama (1) Resepi Ayam Goreng KFC (1) Resepi Ayam Goreng Rangup (1) Resepi Ayam Percik (1) Resepi Begedil Ayam (1) Resepi Begedil Kentang (1) Resepi Cucur Roti (1) Resepi Daging Dendeng (1) Resepi Ikan Siakap Sedap (1) Resepi Jeruk Pelam (1) Resepi Kek Batik (1) Resepi Kek Biskut Marie (1) Resepi Kek Minyak Kukus (1) Resepi Kek Sedap (1) Resepi Koaw Teow KUNGFU (1) Resepi Koaw Teow Ladna (1) Resepi Koaw Teow Th'ng (1) Resepi Kuah Percik (1) Resepi Mee Kuah Sedap (1) Resepi Mee Sizzling (1) Resepi Mushroom Sup (1) Resepi Oreo Cheese Cake (1) Resepi Popcorn Ayam (1) Resepi Puding Jagung (1) Resepi Puding Roti (1) Resepi Puding sedap dan mudah (1) Resepi Roti Sarang Lebah (1) Resepi Samosa (1) Resepi Sup Tulang (1) Resepi Udang (1) Resepi biskut Meringue (1) Restoran Bara Grill Taiping (1) Restoran Chuchuk Chuchuk (1) Restoran Cina Muslim di Kajang (1) Restoran Fais (1) Restoran Qasar Hadramawt Bandar Perda (1) Risiko kekurangan Protein (1) RnZ Cosmetic (1) Romantika di Sungai Petani (1) Roti Bakar Meleleh (1) Roti Daging Cheese (1) Roti Gulung Sosej (1) Roti Nan Cheese Sedap di RSMY (1) Roti Paung Terengganu (1) SC Sanitary Pad Cosway (1) SX150 IS (1) Sabun 3 layer (1) Sabun BERAS (1) Sabun Collagen (1) Sabun Gluta Kojic (1) Sah puasa selepas berjunub (1) Salad Ayam (1) Saman Hadlaju (1) Sandwich Sedap (1) Sarawak (1) Scha dan Awal (1) Sejarah Komputer (1) Selsema dengan Vitamin C Shaklee (1) Seminar Buat Duit dengan Blog (1) Set BUASIR (1) Set Berpantang Shaklee (1) Set Ibu Hamil Shaklee (1) Setem Koleksi Terbaru (1) Shawl Handmade yang cantik (1) Shopping Online (1) Sihir dan Santau (1) Singapura (1) Siput Kepah (1) Siti Nurhaliza (1) Skin Laptop (1) Skrin Netbook Pecah (1) Sling Bag CARLO RINO (1) Smockey Bear Chicken (1) Smockey Bear Lamb (1) Somtam Campur (1) Stokin Kaki Scholl (1) Sumbangan Rumah Anak Yatim (1) Sundae Ice Cream (1) Sunset (1) Suplement tenaga ketika berpuasa (1) Susu Kambing sedap (1) Syarat Pinjaman Kereta Ketat (1) Syarat Sah Puasa (1) Taj Mahal (1) Tandoori Chicken Naan Cheese (1) Tapak Iklan blog Celoteh MJ (1) Tapak Pesta (1) Tasik Dayang Bunting (1) Tempat Makan Sedap di Pulau Pinang (1) Tempat menarik di Krabi dan Hatyai (1) Tepung Magik (1) Testimoni GLA Complex (1) Testimoni Mineral Coffee (1) Testimoni Ostematrix Shaklee (1) Testimoni Set Subur Shaklee (1) Testimoni kecewa SalamFone (1) Testimoni produk Double Stemcell (1) Tioga Deluxe Suite Strawberry Park Resort (1) Tips Memasuki dan Solat di Raudhah (1) Tips Menabung dengan Berkesan (1) Tips Menyimpan Susu (1) Tiram Goreng Tepung (1) Tonsil Bengkak (1) Tragedi MH17 (1) Transaksi Luar Negara (1) Triple Stemcell (1) Tudung Bawal al Shawl (1) Tudung Layer Kanak-Kanak (1) Ujian Darah untuk Kesuburan (1) Update Bloglist (1) Ustaz Don Daniyal (1) Ustaz Zaharuddin (1) Victoria Sandwich (1) Victoria Station Seberang Jaya (1) Virus Infection vs Demam Denggi (1) Wallet (1) Wallpaper Dinding Rumah (1) Wallpaper Fridge (1) Wallpaper Kaison (1) Wang Kelian (1) Western Union Selamat (1) White Label Aidijuma (1) Wishlist MJ (1) Yacht Langkawi (1) Yee Mee Sizzling (1) Yong Tau Fu sedap di Bagan (1) Zinc Complex Shaklee (1) beauty Umaira (1) berita terkini (1) bomoh VIP penipu (1) borong.com.my (1) buku denaihati (1) cara mengira cukai (1) herblax Shaklee (1) himpunan bantah GST (1) hobi masa lapang (1) iPhone 5 Contest (1) isu agama (1) kekabu (1) kenangan MJ di tahun 2010 (1) keputusan SPM (1) keracunan (1) khalifah ganti superman (1) kontroversi (1) lukisan termahal didunia (1) mascara (1) masjid (1) melaleuca oil (1) movie (1) penipuan (1) photography (1) picaso (1) rempah sauna (1) simulator (1) sinopsis KHILAF (1) sosilawati (1) sunnah wal jamaah (1) tan sri ali hashim (1) teknik- teknik fotografi (1) titanic 2 (1) wang kertas siri baharu (1) zuriat (1)