Alhamdulillah majlis pada Sabtu lepas berjalan dengan lancar, semua menu yang dihidangkan cukup buat para tetamu walaupun panggilan di luar jangka ;)
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan juga tahlil, kemudian para tetamu dijemput menjamu selera
Menu utama kami Nasi Arab Daging, dihidang bersama kuah Dalca dan juga Air Asam.
Gambar Nasi lupa pula nak ambil, untuk nasi Arab ni kami menggunakan beras PUSAGOLD
'sangat panjang juga ini beras' (gaya Iklan di radio) hehe
My opismate antara yang terawal sampai, thanks dear :)
Menu sampingan yang dihidang ialah Mee Kuah special (untuk 400 orang makan), Rojak, Pisang/Ubi Goreng dan juga...
Laksa Penang (300 orang makan)
Tak lupa Air Sejuk dan juga Teh Tarik Kawwww mari :)
My opismate olso, thanks korang sudi meriahkan majlis (Apehal ai yang terlebih ni..hahaha)
Muka PENAT VS Muka Sengih..hahahaa
My young bro yang rajin part bakar membakar, lepas menu 'daging' (200 orang makan) dah habis, kami buat aktiviti bakar membakar pula untuk tetamu yang datang lewat iaitu kambing dan juga ayam, kambing asal siap bakar je habis, memang laku sungguh..hahaha
Ada komen kat FB cakap'wahhhh bakar atas bangunan..heheee yola we all duduk rumah bertingkat-tingkat ni bakar kat rumah jela.. dan jamuan pun dalam halaman rumah jugak :)
Bapa sedara (Kiri- Akif) dan Anak sedara (Kanan-Firas) bermain bersama... Umur mereka sebaya cuma Firas 'tua' bulan (bulan 3) dari Akif (Bulan 12)
Bapa sedara (Kiri- Akif) dan Anak sedara (Kanan-Firas) bermain bersama... Umur mereka sebaya cuma Firas 'tua' bulan (bulan 3) dari Akif (Bulan 12)
Dan tetamu kami yang paling akhir ialah TOKEY LAKSA JANGGUS PENANG :)
Walaupun penat tapi sangatlah puas hati dan terima kasih pada semua jemputan yang hadir.. :)
p/s : Kalau korang mencari produk Shaklee dengan tawaran istimewa, hubungi MJ ye (0124353088)