Al Quran merupakan salah 1 rujukan terbaik jika kita ingin merawat segala penyakit, boleh dijadikan amalan selalu sebagai pendinding diri.
PERBUATAN SIHIR Ayat 81-83 dari Surah Yunus ini boleh jadikan amalan untuk
menghindar daripada perbuatan jahat sihir. Insya Allah. Baca pada minyak zaiton.
Setelah
mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan
itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan
mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan
perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. ( Yunus 10:81
)
"Dan
Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah
perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan
dosa". ( Yunus 10:82
)
Maka
tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari
keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua
kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi,
dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas. ( Yunus 10:83
)
|
Santau
Dan
Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal
(yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang
berterbangan. ( Al-Furqaan 25:23
)
|
Hindar Dari Perbuatan Jahat
Dibaca
bermula pada "InnaRabbi..." hingga akhir ayat tersebut. Jadikan amalan untuk
memohon pertolongan Allah menghindarkan daripada perbuatan jahat sama ada
santau, sihir, atau makhluk2 halus yang lain. Insya Allah.
Dalam
pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku, maka tidaklah menjadi hal
kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah
untuk menyampaikannya, dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang
lain (setelah kamu dibinasakan); dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya
sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap
sesuatu." ( Hud 11:57
)
|