Showing posts with label Celoteh MJ. Show all posts
Showing posts with label Celoteh MJ. Show all posts

Perodua Bezza dari Kacamataku

Ewah-ewah tajuk kemain ko kacamata bagai, macam la pakai spek mata nak berkaca-kaca bagai..huhuu.

Bukan apa, tadi MJ singgah Perodua sebab nak hantar my baby suruh diorang check tengok pasaipa tetiba lampu legbrake asyik menyala je sepanjang masa walaupun legbrake dah dilepaskan. Rupa-rupanya diorang cakap BrakePad dah haus (tukar Julai 2014) dan minyak brake dah kurang.. Total servis dalam RM300..huuhuhu (**Telan air liur**)

Sambil-sambil tu terus p jamu mata sat dengan Perodua Bezza yang baru dilancarkan tu. Sebab kitorang suami isteri ni ada gak congak mendongak nak trade in Alza ke Bezza.. Yelah naiknya berdua je, hari-hari lenjan MJ sorang je p mai p balik kerja setiap hari, rasa nak beralih ke kereta sedan semula lah. Boleh jimat komitmen bulanan sebab kitorang nak simpan nak bina rumah idaman nanti..Aminnn..

MJ ushar Bezza 1.3 Advance, harga dalam RM50ribu ++ On The Road.


Seriusly memang cantik sangat Bezza ni, dari belakang nampak macam Toyota Vios. Bonet memang puas hati la besar gedabak..


Bahagian depan seperti kereta Axia


 Bahagian depan pun cantik dengan teknologi Push Start Button.


Cuma slack tang seat belakang, tegak 90' darjah, untuk perjalanan jauh sangat la tak sesuai, kesian dekat penumpang mau lenguh belakang ha.. MJ takpa la dok depan..hahaha

Overall memang berpuas hati sangat, cuma tang seat tu saja tak puas hati, hopefully mana tau ada Bezza second version ka haruslah ku rembat..


Rentetan kisah Malu di Mydin

Sambungan dari kisah Memalukan di Mydin



Kemudian MJ pun dapat panggilan dari pihak Mydin, kalau tak salah dia ketua Security di Mydin.

Setelah berbincang bersama ketua Mydin cawangan Seberang Perai tu, mereka bersetuju nak gantikan bedak MJ dengan yang baru pada nilai yang sama. Dan minta MJ ke CS Mydin untuk menuntut, fikir balik rasa malas la nak ke sana semata2 untuk bedak yang tak seberapa, hati pun dah tawar lepas kejadian tu.

MJ pun tak kisah sangat pasal gantirugi bedak tu sebab harga bedak pun tak seberapa berbanding 'MALU' yang dapat diperlakukan sebegitu oleh Guard Mydin..

MJ dah pun highlight kepada pengurusan Mydin supaya mereka mempertingkatkan mutu perkhidmatan terhadap pelanggan supaya kejadian sama tak berulang lagi.

Insiden memalukan di Mydin

Jumaat lepas (6 Mei 2016) MJ ke Mydin Seberang Perai untuk membeli peralatan Gotong Royong ofis kami, pada mulanya semua berjalan lancar sampai la ketika nak keluar selepas selesai membuat bayaran, masa nak keluar tu tiba2 scanner berbunyi makanya MJ kenalah tahan dengan Guard Mydin (berbangsa asing) untuk diperiksa.

Situasi lebih kurang begini la, cuma ada ketika bahasa Guard tu kurang jelas (kurang faham sebab dia tak berapa pandai bertutur dalam Bahasa)
Guard : Nak tengok beg
MJ pun tunjukkan bahagian dalam henbeg
Guard : Ada beli ka itu bedak ka yang kompak punya?
MJ pun keluarkan tunjuk bedak kepunyaan MJ yang dah beribu kali calit di muka pada Guard.


Dia pun pegang span bedak MJ (mula dah rasa tak syok) dan TIBA2 Guard tu tanpa soal lanjut terus korek bedak MJ.. Apalagi MJ marah lah dia sesuka hati nak korek bedak haku apesal??
Lepas tu dia bagi semula bedak pada MJ tanpa ucapan maaf dan masih tak berpuas hati.

Guard : Masuk balik ke dalam dan keluar
MJ pun ikut arahan dan bila lalui scanner tu masih berbunyi & menyala lampu
Guard ambil henbeg MJ dan suruh MJ ulang masuk keluar semula melalui scanner tu, dan scanner tu tak berbunyi, lepas tu Guard halakan henbeg MJ maka scanner tu berbunyi.

Guard : Ini beg ada bunyi, apa ada ambik?
MJ : (sedikit bengang) U ada tengok kan sendiri I punya henbeg bukan ada apa barang pun (sambil MJ buka semua bahagian zip dan tunjukkan pada Guard) tapi dia tak berpuas hati lagi suruh keluarkan semua barang nak scan 1 persatu.
Memula dia scan wallet MJ, tak berbunyi lepas tu henset pun tak bunyi, dan last cuma tinggal segugus kunci MJ dengan bedak, itu je. tapi Guard tak puas hati lagi ambik henbeg MJ bawa masuk ke dalam (bahagian Cashier) dan scan, tetap berbunyi.

MJ : Apa lagi U mau check U ingat I pencuri ka?
Guard : tadak la, itu bunyi mau bagi mati
MJ : Habis dah scan tu bunyi I mau buat apa lagi, mana I tau pasaipa.. U sendiri dah tengok kan henbeg I mana ada apa barang.

dan ada 1 family belakang MJ  (tunggu giliran sebab sangkut dekat MJ) kata dekat Guard, ini scan rosak kot..

Lepas tu baru Guard bagi kami keluar, insiden ini benar2 telah memalukan MJ apabila terdapat mata2 lain yang memerhatikan kejadian tersebut, seoalah2 MJ adalah pesalah di sana.. Jika itu prosedur biasa MJ faham tapi perlu ka sampai nak memalukan pelanggan (sebab Guard tak jumpa 'barang' yang kononnya MJ dah ambik) dan 1 lagi yang tak boleh diterima bilamana bedak MJ dirosakkan oleh tangannya.
Geli kot nak tempek kat muka, dah la kena korek, konpem la MJ akan buang bedak tu. Memang SAKIT HATI, sepanjang perjalanan dok fikir apa punca lah henbeg ni berbunyi.

Mula tu MJ ingat pasal keychain ka, tapi macam mustahil sebab nya henbeg ni bukan baru sekali MJ guna, tapi dah setahun lebih, merata corok Mall MJ dah terjah tapi takde pulak berlaku insiden memalukan sebegini..
Lepas post di FB ada kawan komen pasal barcode, lepas godek memang barcode henbeg ni MJ ada selit didalam, mana tau nanti2 nak letgo ka at least ada barcode tu sebagai bukti, tapi yg pelik wallet MJ (brand yg sama) pun ada barcode di dalam, tapi takde pulak bunyi bila Guard tu hala di scan..

Kenapa scan di Mydin je henbeg MJ ada masalah sedangkan di lain2 Mall yang MJ pernah terjah (bukan hanya di Malaysia tapi di Mall2 kat Thailand takde pulak ada masalah begini).

MJ ada PM di FB Mydin konplen pasal Guard dan insiden memalukan yang berlaku dan juga kesilapan harga tag berbeza dengan resit, dan ada maklumbalas dari pihak Mydin, MJ pun dah sertakan resit serta gambar bedak kepada mereka, tunggu jela tengok.
Sekian...

Sambungan boleh baca di SINI


Alhamdulillah 31 tahun sudah

31 Mei 2015 baru2 ni merupakan tarikh ulangtahun kelahiran MJ yang ke 31.. Sekarang dah menjangkau usia 30an, alhamdulillah bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang ini dengan dikelilingi mereka2 yang menyayangiku.


Sambut pun ala kadar je, masih sambut berdua selama lebih 5 tahun kami bersama. Allah dah beri kami pelbagai nikmat, cuma 1 nikmat je kami belum pernah merasainya iaitu nikmat diperolehi zuriat sendiri. Tak mengapa usaha tetap diteruskan tanpa jemu, semoga Allah mengabulkan doa kami dan doa dari anda semua juga. (TTC almost 5yrs ++).

Dulu di awal perkahwinan kami (tahun 2010), MJ mengimpikan di saat usia menjangkau 30an nanti, MJ dah memiliki anak sekurang2nya 2 orang, tapi itulah kita hanya mampu merancang, ternyata perancangan Allah yang lebih hebat, hanya DIA yang tahu bila masa terbaik untuk kami memiliki zuriat sendiri kerana di usia MJ 31 tahun, masih belum merasai nikmat dan amanah tersebut. Tapi sekiranya sehingga hujung nyawa kami diuji begini, insyaaAllah kami akan tetap redha, siapalah kami untuk menidakkannya apatah lagi mereka yang di luar sana.


Masa nak potong kek semalam, MJ cakap kat asben, bestkan kalau kita ada anak, lebih meriah sebab diorang yang akan lebih eksaited bila bab nak potong kek ni. Anak sedara pulak duduk jauh, kalau tak memang happening..sobsob..



Sori ye MJ cuma luah apa yang dirasa disini, di blog kecil MJ supaya nanti boleh dikenang apa yang kami rasa selama ini. Apa yang MJ boleh cakap, hanya yang menghadapinya iaitu kami (TTC'an) yang faham erti sebuah penantian. :(


Oklah berbalik pada sambutan kelahiran kali ni, MJ nak ucap terima kasih bebanyak kat asben yang bersusah payah tempah kek ni kat kawan dia, siap kawan dia cakap tak sangka lomantik jugak Mr J ni..dulu masa sekolah pendiam, jenis wat lek wat pis ja..hahaha
MJ cakap la bila dah kawen ni, mau tak mau kena belajar la untuk lomantik, kang bini shomel dia asyik nak mrajuk sapa yang susah hati, kannnnnn... heheheee


Nama kek kemain panjang memang takleh nak hafal punya la.. -->  Mix nuts chocolate brownie with chocolate, cream cheese and salted caramel drizzle Kek memang tiptop sedap, MJ puas hati. Memang tak habis pun setakat 2 mulut, MJ sedekah kat jiran dengan separuh lagi nak bawak balik rumah Mak, mula tu nak bagi ke rumah mertua, tapi memandangkan asben nak masuk kerja kejap lagi, jadi simpan dalam fridge jela ;)

Selain dari kek, tak lupa bunga dari asben dan jugak special hadiah my peberet, best sebab dapat handbag baru.. Yeayyyy!! Tahun lepas pun dapat Handbag jugak, walaupun dah pakai dekat setahun, tapi beg tu tetap utuh tanpa tercarik seperti handbag MJ guna sebelum ni dari GUESS dan CR... :)

Sekian entry birthdah dan luahan hati..hehehe

**TTC = Trying To Conceive

Alkisah Keretaku

Beberapa hari je lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya, dan tentulah persiapan Raya pula yang menyusul. Alkisahnya boipren kesayangan MJ ni, masa bulan puasa ni hantar la Servis untuk 50,k. Masa call Perodua tanya anggaran dia cakap lebih kurang RM170++ sebab las servis 40,k MJ dah kena dalam RM300++ jadi dia cakap servis ni akan jadi kurang la.

Dengan semangatnya terus hantaq boipren p servis almaklumla dalam lingkungan bajet, bila sampai je kat kaunter rupanya bukan RM170 tetapi hampir RM350. MJ cakap gaklah baru je tadi check kata RM170 kenapa ni lebih? Adoyaii silap MJ tak tanya nama masa kol tadi. dan Perodua cakap memang stended untuk 50,k servis harga tu... Adoiii tetiba lari bajet.. ok pasrahhh!

Bukan setakat tu saja, masa tengah servis tu diorang cakap Brek plak WAJIB tukaq.. Adoyaii dah le kami dalam perancangan nak tukar tayar baru sebab 1biji tayar dah 'krek'.. (selama 2tahun lebih guna kereta ni tak pernah lagi tukar tayar-padan la dengan kami yang suka bejalan pusing Malaysia..hehe) jadi disebabkan 2 item tu tersangatlah PENTING untuk keselamatan, makanya pejam mata ajelah... huhuuu



Jadi untuk kos servis sahaja boipren MJ di bulan Ramadhan 1435H termasuklah penukaran 2 biji kasut baru (tayar) dengan brek mencecah RMseribu....huwaaaaaa fengsannn!!  Siap cashier Perodua tanya nak balik beraya kat mana? wahahaha tak kemana-mana pun.. duit dah lebur di situ jadi dok dendiam jela.. (mujur la kampung kami 2 ni dekat)
Tapi takpe sebab boipren kesayangan kan, biarlah tuan kau tak ada baju raya baru (asben MJ punya baju raya tak beli lagi ni) dan disebabkan kau bergaya lebih maka jagalah tuan kau elok-elok ye sayang.. PASRAH!!

Konpem kitorang duduk senyap dalam rumah tak p kemana, bila budak2 mai beraya sembunyi dalam almari..sobsob.. Lepas tu sebulan makan megi jela..hohoooo


Lepas dah setel hal servis, kami hantar untuk bagi mandi cuci luar dalam termasuklah Polish + Wax.. Selepas 2 tahun pakai kereta ni baru pertama kali buat.. Dah alang-alang kita kasi tiptop luar dalam baru puas hati..

Dugaan, dah la nak raya, rupanya kereta yang nak raya dulu..

Dalam Dilema :)

MJ sekarang dalam dilema, tak tahu mana nak dahulukan antara kehendak dan keperluan. Kalau ikutkan keperluan lagi penting kan, tapi kehendak dok meronta pulak acaner ni..

Kalau baru-baru ni keperluan dah didahului, beli  TILAM dan ALMARI TV baru, sekarang ni ada 1 lagi keperluan WAJIB yang perlu didahului.. Adehhh poning mokcik tau..huhuuu

Sebelum tu Peti Ais rosak, nasib la my parents baik hati sudi sponsor Peti Ais kat kitorang ni, walaupun bukan peti ais baru tapi tak kisah asal pree kan... hahahaa hambik kau 3 pintu walhal tinggal berdua je.. (Banyak ruang kosong dari terisi..hahahaa) Terima kasih Mak, terima kasih Abah.. Kami hargai sesangat pemberian istimewa ni.. :P

Ada lagi FM yang tak terlekat.. Ingat nak cari BOARD asing khas untuk FM's ku..


Dan sekarang ni MESIN BASUH pulak buat hal, tang SPIN tak nak berfungsi, berpeluh jugaklah nak 'memerah keringat' sendiri.. Adoi kenapalah mesti nak rosak serentak, tunggu la bulan lain ke tahun lain ke.. huhuuu
Mesin Basuh ni dah lama pun, dari zaman my asben bujang lagi dia beli, ada kot dalam 7-8 tahun usianya, sayang sebab mesin manual ni memang best 'kuasa pusingannya'. MJ cakap kat asben takpalah masih boleh perah guna tangan lagi, baju kami berdua je bukan banyak sangat tapi biasalah suami mana tak sayangkan isteri kan, tetap nak belikan untuk isteri manja dia ni..whahahaaa

Tapi dilemanya bukan apa, awal bulan depan kan MJ dah register untuk hadiri majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014) di Saloma Bistro, Jalan Ampang pada 8 Mar 2014.  Yang menjadi 'kepeningan' sekarang tentulah 'on cost' nya.

Kalau beli mesin basuh konpem bertahun-tahun boleh guna dan duit tu nampak ke mana alirannya, dan kalau pergi ke KL kena fikir 'kos-kos hangus' seperti minyak, tol, hotel dan mau cecah RM500 dan mungkin lebih kan.. Phewwww :)

Bila fikirkan keperluan macam mesin basuh la yang utama kan, tapi ada ilmu yang perlu/mahu dikutip masa #SBB2014 tu jugak, dan mungkin bulan akan datang ni pulak kami nak beli Microwave pulak..

1 lagi keperluan yang terlupa - Road Tax My Mr Alza bulan Mar RM1300.. fuhhhh!!! fengsannn!!

Dalam masa sama Cameron Highland juga memanggil-manggil daku.. Apakah?? heheee Dah setahun tak jejak ke sana ni, rindu giler..(Itulah susah kalau dah jatuh chinta kat CH, memang 'gedix' je nak p.. huhuuu)

Pengumuman!!! Mega Giveaway celoteh MJ

Celoteh MJ dengan kerjasama borong.com.my dan vitamin sihat ceria akan melancarkan Mega Giveaway secara julung kalinya yang menawarkan hadiah hadiah seperti gambar di bawah



Syarat-syarat peraduan akan diumumkan pada bila bila masa, nantikan ye :)


Mencari Pengomen Tegar

Alhamdulillah memandangkan ada rezeki MJ untuk bulan ini, maka MJ nak berkongsi dengan rakan blogger yang tak putus-putus berkunjung ke teratak ini dan meninggalkan jejak tangan juga.

Setelah berfikir MJ memutuskan nak mencari pengomen tegar pada bulan OCTOBER ini, seramai 6 yang bertuah akan dicari. Contest bermula 10 Oct ~ 30 Oct 2013, pemenang insyaAllah akan diumumkan selewat-lewatnya 1 Nov 2013


Pengomen setakat 9/10 - Thanks U olls :)


TOP 3 akan menerima hadiah WANG TUNAI
1. RM20
2. RM15
3. RM10

Pengomen ke 4-6 akan menerima SABUN GLUTA KOLAGEN setiap 1, dan juga kesemua mereka akan menerima DISKAUN 20% dari RETAIL PRICE untuk mana-mana produk Shaklee yang dipilih (memandangkan MJ kan pengedar Shaklee..hehee)

Kejap ada Kejap Tak ada

Kebelakangan ni MJ agak menyepi dari dunia blogging, maaf pada kengkawan yang singgah sebab MJ tak sempat nak terjah balas lagi.. sob sob..

Faktor kekangan masa + internet di opis lembab tahap menyakitkan kulit dari minggu lepas lagi, fuhhhh geram sangat apapun tak boleh buat. WiFi kat rumah pulak buat hal, nak pasang broadband jangan mimpi la sebab coverage kat rumah sangatlah teruk, yang mampu WiFi Telekom je gagah. Nak kata duduk kawasan terperuk kiri kanan bangunan gah berdiri tapi entahlah... :)


Kek sekadar hiasan

Harini Internet macam dah 'bernyawa' kembali tapi MJ pulak sibuk dengan SIRIM Audit, takpa bila keadaan dah ok MJ jejak balas k :)


p/s : MJ sekarang sibuk dengan berkongsi khasiat (Shaklee) alhamdulillah ada rezeki dengan Shaklee ni.. Pada sesiapa nak dapatkan produk Shaklee ataupun pendapat dan pertanyaan boleh SMS/Whatsapp MJ ye 012-4353088 Free Consultation after servis..
  : Bulan Okt promosi Kolagen Shaklee Beli 6 Kotak Percuma 1 kotak (jimat RM298) (Free Membership RM 65 + Cash Rebate RM110)

Header Raya

Dikesempatan Syawal yang masih ada, MJ dan family ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN buat semua kawan-kawan yang singgah di teratak kecil MJ ni :)

Kalau ada rakan-rakan sekitar Penang mahupun Sg Petani yang ingin jemput MJ beraya ke rumah atau open house tu, roger-roger la MJ ye..hikhikhik :)



Oh ya, cantik tak header raya MJ ni? Ianya hasil tangan kreatif dari Eca, maaf ye Eca last minit susahkan Eca untuk siapkan header ni.. BTW akak memang suka, siap ada lemang, rendang ngan kuih bahulu.. nyumnyum sedap tu..hehee.


p/s : Alhamdulillah adik lelaki MJ dah nampak semakin pulih + kuat, cuma ingatan masih belum pulih sepenuhnya.

Alahai Firas.. ;)

Firas sekarang ni rapat dengan Paklongnya (my hubby) dan menjadi kebiasaan akan turut serta dimana Paklongnya berada disitu dia akan ada bersama ;) Maklumlah paklong Firas ni suka melayan kehendak, mau tak rapat kan.. hehee.. Kalau paklongnya duduk dalam bilik Firas pun akan senyap duduk dalam bilik jugak :)



Petang tu MJ pun lepak dalam bilik sambil blogwalking menggunakan henpon, tiba-tiba Firas bersuara

Firas : Ciklong, pegi la Hospital cepat
Ciklong aka MJ : Awat pulak nak kena p Hospital?
Firas : pegi hospital la ambik bby
Ciklong aka MJ : terkedu..... :)

Terus Firas cakap kat paklong dia pulak
Firas : Paklong, pegi la hospital dengan Ciklong
Paklong : (hubby dah dengar perbualan kami tadi) tersenyum sambil tanya balik - Nak buat apa pegi hospital
Firas : Pegi hospital la ambik bby Ciklong dengan Paklong, boleh Firas main jugak..
Paklong : Ok nanti kita pegi hospital ambik bby na
Firas : Ok.. kembali senyum dan sambung main..


Alahai Firas umur baru 3 tahun apalah yang dia faham kan pasal baby aka anak ni, kalau nak baby semudah pegi hospital dah leh dapat.. Konpem Ciklong terus p hospital je..hahahaa :)


Plan nak launched GA di FanPage

Assalam buat rakan blogger sekalian.. MJ plan nak anjurkan GA di fanpage CELOTEH MJ (bajet pemes ada fanpage bagai..hahaa). Hadiahnya adalah tudung chiffon 3 layer yang sekarang MJ jual ni, kalau korang nak tengok koleksi yang masih availble kena klik LIKE kat fanpage MJ tu la ye :)

Hadiah mungkin untuk seorang, dua atau tiga bergantung pada sambutan.. Jadi kalau korang nak tau bila akan dilancarkan tu, jangan lupa klik like ye :)


p/s : MJ masih dalam proses menjejak balas komen-komen yang telah ditinggalkan untuk entry sebelum ni, masih berbaki dalam 40 komen ha.. Harap dapat selesaikan sebelum MJ mula bekerja pada Isnin depan.. :)

Terjatuh, Terpelecok dan 'Retak'

Awal pagi Ahad lepas dalam lebih kurang 1pagi MJ dalam kegelapan dan kekalutan, tak sedar tersadung lalu terjatuh. Sakitnya memang memeritkan, berdenyut-denyut je rasa kaki, asben ambil minyak dan sapu, sampai pukul 2pagi MJ masih tak tidur sebab sakit, lepas tu tak sedar bila terlelap.

Pagi esoknya bangun tengok kaki dah bengkak, terus ajak asben ke klinik, hasilnya Doktor mengesahkan kaki MJ 'patah' sikit, dengar macam gerun je ha tapi yang lawak tu dalam jalan terhenjut-henjut tu masih sempat lagi memenuhi  jemputan kawen ofismate... hahaha.. Dan kaki MJ di rujuk ke Hospital Pakar untuk tindakan seterusnya.



Mujur Doktor cakap kaki MJ tak kritikal, jadi tak perlu di simen cuma balut je untuk kurangkan bengkak dan kena kurangkan berjalan sana sini untuk elak dari melarat.

My Bos yang baik hati siap bagi tongkat untuk kurangkan beban berjalan menggunakan kaki ni, terima kasih Bos.. Dah le keje MJ Bos kena buat.. Apa boleh buat kan.. Malang tak berbau.. Kawan-kawan doakan MJ ye :)




Hadiah Anniversary yang ke-3 tahun

~Sambungan dari entry Wordless Wordnesday~
Kami memang dah lama mengidam nak beli dan miliki, tapi apakan daya faktor kewangan menjadi penghalang. Selepas hampir setahun kami miliki kamera Nikon D90 dari Denaihati, nak juga pembaharuan agar mendapatkan hasil yang 'awesome' kononnya walaupun tak pakar..hehee :)


Bila dapat yang baru yang lama dilupakan, eh tidak yang lama tetap disimpan rapi, akan tetap digunakan untuk masa2 tertentu sebab dah hampir setahun setia dengan kami :)



Tadaaaa......... Inilah hadiah Anniversary kami yang ke 3 iaitu
 'Nikkor Lens 50mm f/1.8d'

Ye tau orang lain dah lama pakai dan guna, tapi kami je baru nak merangkak, takpa tak kisah asalkan kami berjaya juga miliki. :)



Dapat juga kami miliki hasil dari perniagaan kecil-kecilan yang kami buat iaitu menjual Power Bank + tabungan sikit, maka dapat la Lens idaman ni.



Gaya dah ada, lepas ni boleh la shoot dan terus shoot sambil memperbaiki teknik ye mr hubby.. Banyak yang MJ nak kena belajar lagi ni, dan sememangnya bukan mudah.. :)


p/s : Kami beli 'hadiah ni' in advance, awal beberapa hari je dari tarikh ulangtahun kami, kira aci la kan..hehee.

10 Januari 2013 ~ Happy 3rd Anniversary

Harini 10.01.13 adalah merupakan tarikh yang sangat istimewa iaitu ulangtahun pernikahan kami yang ketiga, serasa cepatnya masa berlalu rupanya dah 3 tahun kami melayari bahtera rumahtangga bersama. Syukur Alhamdulillah... :D


Kek Oreo Cheezy Heaven

Semoga jodoh kami berpanjangan dan diredhai Allah, insyaAllah mudah mudahan.. Luv U my darling... mmuaaahhh :-)


Entry penuh menyusul nanti ye, gambar belum sempat nak resize .. :)

Ada yang rindu tak?

Dah seminggu blog tak berupdate, mood yang memang betul-betul dah ke laut sangat nak mengarang. Blogwalking pun mana yang sempat, maaf ye pada kawan-kawan yang dah komen di blog MJ tapi kelibat MJ masih belum kelihatan di blog korang.

MJ pasti akan muncul ke rumah korang juga, cuma cepat atau lambat je bezanya, maaf sesangat ye.. :)

Ok kalau ada yang rindu MJ meh tengok pic MJ masa kenduri kawen rumah saudara di Semenyih pada minggu lepas, heheee ;)




p/s: Gambar ada tapi M.A.L.A.S nak resize lepas cd software 'photoshop' hilang entah kemana lepas lappy MJ buat hal sebelum ni...huhuuu :(

Salam Aidilfitri 1433H & Happy Monday


Dah lama blog ni tak berupdate, lebih dari seminggu ha, almaklumlah sama macam tuan juga turut bercuti raya :)
Pasti ada kawan-kawan yang baru mula bekerja pada hari ini kan? MJ je dah mula bekerja pada hari Khamis lepas, masih dalam mood raya masa tu tapi memandangkan tuntutan kerja memanggil, terpaksa lah menurutkan ;)

Mood pun lemau lagi nak update cerita pasal raya kami, tapi MJ selitkan juga sekeping gambar kami berdua di pagi Hari Raya :) Gambar lain-lain dah ada dalam Facebook ha ;)





p/s : InsyaAllah jika tiada aral hari Jumaat ini bersamaan dengan 31 Ogos 2012, kami akan mengadakan RUMAH TERBUKA MERDEKA RAYA di kediaman keluarga MJ. Rakan-rakan blogger adalah dijemput, takpe nanti MJ buat kad jemputan ye... heheee :D


Happy 2nd Anniversary

Kalau semalam MJ sambut Anniversary pertunangan, dan hari ini (09/08/2012) MJ sambut Anniversary ke dua blog CELOTEH MJ  pulak. Tak sangka dah 2 tahun MJ berblog, syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoretkan kisah hidup dalam blog ini sehingga kini.



Selamat Ulangtahun kedua untuk blog MJ yang tersayang ni :)


Antara pencapaian blog MJ yang terbaik setakat ini ialah :

1.  Apabila memenangi Hadiah KAMERA DSLR dari contest yang dianjurkan oleh DENAIHATI, usaha tangga kejayaan dan alhamdulillah usaha membawa hasil yang akan dikenang sepanjang masa :)

2. Menang pelbagai hadiah dan wang tunai dari contest dan GA yang dianjurkan oleh rakan blogger.

3. Dah 3 kali dapat cashout earning dari nuffnang (1 bakal terima hujung bulan ni insyaAllah)  dan sekali earning dari Exabytes.

4. Dapat berkenalan dengan ramai rakan blogger alam maya, dan ada yang menjadi rapat walau tak pernah bersua muka.

5. Mudah-mudahan ada rezeki lagi yang akan diterima selepas ini insyaAllah aminnn ;)




Pengalaman berblog memang indah bila dikenang, harapnya dapat berblog sehingga ke anak cucu, siapa tahu kan...? ;) Dan terima kasih diucapkan buat semua follower dan pembaca setia blog Celoteh MJ. 



Dapat jemputan untuk rancangan PANORAMA di TV1


Pagi tadi masa MJ buka email terperasan dengan 1 email jemputan ni, mula ingatkan SPAM, bila klik terkejut bila baca ni, sungguh tidak sangka minat dan hobi en suami mendapat perhatian dari pihak TV untuk rancangan PANORAMA pada setiap hari Rabu jam 9.30 malam.



InsyaALlah kami akan menghubungi Tun Julia untuk langkah seterusnya, mungkin akan timbul masalah la kot sebab kami kan dok Penang, pasti pengambaran ni akan dibuat di Kuala Lumpur kan.. Hmmm takpe nanti nak berbincang dengan Tun Julia la ;)

Updated : Dah telepon Tun Julia, memang pengambaran akan dibuat di Kuala Lumpur, kalau team PANORAMA sempat ke Pulau Pinang bila-bila, mereka akan koling my darling.. :) Takpe la ada rezeki adalah.

p/s : Mood sangat Teruja, heheee

Cuba Teka Ais Kosong ni Berapa RM?

~TAMAT SUDAH~

MJ sesaja suka-suka nak korang meneka berapakah harga secawan Ais Kosong seperti gambar bawah ni..? Baru je pergi 'tekan' lepas Lunch tadi.


MJ agak terkilan, tapi takpe tunggu pihak kami emel kepada pihak yang bertanggungjawab dan tengok feedback. Bukan masalah berkira tapi macam MENIPU!! atau adakah air mereka habis?



p/s : Kalau korang nak tengok gambaq BRA AVON, boleh emel MJ ke normj1001@hotmail.com

Labels

Celoteh MJ (123) layan (106) terima kasih (91) GiveAway (82) Join Contest (82) Menang GA (62) dunia artis (59) Makan Sedap (53) hadiah (53) cantik (51) nuffnang (44) Hari Raya Puasa (42) BE nuffnang (41) Resepi (40) Wordless Wednesday (35) happy (35) Firas (34) pemenang (33) Pengumuman (32) Produk Shaklee (31) contest (30) Pusat Pelancongan (27) Denaihati (26) Kenangan MJ di tahun 2011 (25) keputusan GA (25) on9 visitor (23) suami isteri (23) kenduri kawen (22) promosi hebat (20) USM Penang (19) sedap (19) Islam Agamaku (18) jalan-jalan (18) nasihat (17) pesakit (17) Fridge Magnet (16) Kenangan MJ di tahun 2012 (16) ME Nuffnang (16) Pegangan (16) Pulau Pinang (16) kelakar (16) rumah tangga (16) sedih (16) Ilhan (15) Kenangan di Tahun 2014 (15) senarai peserta (15) Celebrate Birthday (14) Exam USM (14) Fesyen (14) Followers (14) PJJ di USM Penang (14) aiskrim kek (14) lucu (14) teka-teki (14) Family Day (12) Hadiah Contest 2013 (12) Nikon D90 (12) pengalaman (12) Bercuti di Cameron Highland (11) Kenangan MJ di tahun 2016 (11) Portable Power Bank (11) islam (11) kisah tauladan (11) my birthday (11) petua (11) tips (11) Avon (10) Cameron Highland BEST (10) Nikah Kawen (10) aksi terlampau (10) sihat (10) Birthday Suami (9) CPUV Earning (9) CPUV Nuffnang (9) Cameron Highland (9) Menu Hari Raya (9) blogger Kuala Lumpur (9) heartbeat (9) kuih raya (9) tutorial (9) Hadiah Wang Tunai (8) Perodua Alza (8) Pizza Hut Promotion (8) Pulau Langkawi (8) Resipi (8) kupon (8) top komen (8) Blogger Utara (7) Kelantan (7) Kenduri (7) Mak Abah ke Umrah (7) Percutian Familyku (7) Percutian Kami (7) Strawberry Park Resort (7) iPhone 5 Gadget Impian (7) jamuan raya (7) kad raya (7) video (7) Hadiah Birthday (6) Kenangan di tahun 2013 (6) MJ dan Suami (6) Puasa Ramadhan (6) Rawatan Kesuburan MJ (6) Resepi Juadah Berbuka (6) Trying To Conceive (6) Umrah MJ 2016 (6) dalam negara (6) juadah berbuka (6) kamera (6) kupon KFC (6) review blog (6) sale (6) Cuti-Cuti Malaysia (5) Hadiah Anniversary (5) Jumpa Blogger (5) Kenangan MJ di tahun 2015 (5) Lumut (5) M'c Donalds (5) MJ bercuti di Thailand (5) Makan Sedap di Pulau Pinang (5) My Koleksi (5) Pengalaman Mengerjakan Umrah (5) Pengalaman belajar secara PJJ (5) Sepetang Bersama Blogger (5) ThePopLook (5) Tudung Chiffon 3 Layer (5) adik kemalangan (5) endorscope (5) luar negara (5) online (5) ovarian cysts (5) BAJET 2012 (4) Beef Lasagna Cheese (4) Burger King (4) Cara Dekorasi Bajet (4) Cheque Nuffnang (4) Dekorasi Simple by MJ (4) Diari Umrah MJ (4) Happy Anniversary (4) HomeMade Aiskrim (4) Homemade Burger Bakar (4) IQ (4) Jemputan ke Rumah Terbuka (4) Jeruk Buah Penang (4) Kebaikan Omega Guard Shaklee (4) Kisah Kereta MJ (4) Konvo USM (4) Lecithin Shaklee (4) Lost World of Tambun (4) Meatball IKEA (4) Omega Guard Shaklee (4) Perak (4) Popia Milo (4) Popia Nestum (4) Preloved Handbag (4) Rekod Baru (4) Resepi Aiskrim (4) Resepi Aiskrim Goreng (4) Resepi Puding Triffle (4) Salak Denai Chalet (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Coca Cola (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola (4) Trip ke Hatyai (4) ibadah puasa (4) pertunanganku (4) Apom Polkadot (3) Baju Kenangan MJ (3) Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) (3) Bisnes Pelekat Pantz (3) Coconut Shake (3) Copthorne Hotel Cameron Highland (3) Fridge Magnet Oversea (3) Handbag COACH (3) Header Baru (3) Hotel Bajet/Hotel Murah (3) Inai Henna (3) Inai lukis (3) Jualan Penghabisan Stok (3) Kedah Darul Aman (3) Kehilangan Pesawat MH370 (3) Kelebihan Vitamin C Shaklee (3) Kenangan MJ di tahun 2017 (3) Khory Steamboat Yong Taufu Sungai Petani (3) Koleksi GUESS MJ (3) Kursus Intensif USM (3) Laksa Janggus (3) Lee Gardens Hotel Hatyai (3) MH370 MAS Hilang (3) Makan Sedap dan murah di Sungai Petani (3) Masjid Nabawi Madinah al Munawarrah (3) Mee Sotong sedap (3) Menu Berbuka Puasa (3) Menu Diet Atkin (3) Menu Rumah Terbuka (3) My Best Moment (3) Omega Gurad Shaklee (3) Ostematrix Shaklee (3) Percutian bersama Keluarga (3) Pisau Zebra (3) Pizza Hut Big Box (3) Potluck (3) Resepi Ayam Sedap (3) Resepi Durian Crepe (3) Resepi Mudah dan Sedap (3) Resepi Roti (3) Resepi Roti berinti Daging dan Cheese (3) SBPA (3) SPA (3) Steamboat dan Yong Taufu murah (3) Testimoni Set Kurus Shaklee (3) Testimoni Set Menyusu Shaklee (3) Testimoni Vivix (3) Ustaz Ahar Idrus (3) cara membawa masuk barang ke malaysia (3) duti import (3) kes bunuh (3) khulafa ar rasyidin (3) mukjizat (3) mutiara kata (3) peraturan dan undang undang kerajaan (3) permit import (3) Agar-agar Milo (2) Ais Kacang sedap di Penang (2) Aiskrim Choki Choki (2) Aiskrim Coki Coki (2) Aiskrim Goreng sedap (2) Ayam Dendeng (2) Bahaya Ovarian Cyst (2) Bedak Miyami (2) Bekam adalah Sunnah (2) Bercuti di Taiping (2) Burger Bakar (2) Burger KOMTAR (2) Burger King Penang (2) Butter Prawn sedap (2) Cara Mengira Cukai Kastam (2) Cara Menyemak Keputusan SPM (2) Cashout Nuffnang (2) Char Koaw Teow Sungai Dua (2) Chicken Chop (2) Demam Denggi (2) Diari Detox Maira (2) Facebook Fanpage (2) Fasha Sandha dan Jejai (2) Hasil BerNuffnang (2) HomeMade Burger (2) Honeymoon di Cameron Highland (2) Hotel Murah di Kuala Lumpur (2) Hotel/Homestay di Melaka/Johor (2) Hukum memakai Inai Lukis (2) Ikan Terubuk Masin (2) Inai HandMade di Penang (2) Jeruk Magga AsamBoi (2) Jeruk Pelam Asamboi (2) Jom Detox dengan Shaklee (2) Jom kita Detox (2) Kad Kahwin Fasha Sandha (2) Kaedah Rawatan Bekam Angin (2) Kami di Lumut (2) Kasut Baru (2) Kebaikan Lecithin (2) Kegunaan Basic H Shaklee (2) Keistimewaan ESP (2) Kek Lapis Sarawak (2) Kelebihan Al Quran (2) Kenduri Doa Selamat (2) Kenduri Kesyukuran (2) Kepentingan Detox pada Tubuh (2) Kereta yang Diubahsuai (2) Khasiat Nenas Batu (2) Koleksi Carlo RINO (2) Konvo USM ke 48 (2) Kuih Siput (2) Ladang Teh Boh Sungei Palas (2) Majlis Kenduri MJ (2) Mee Udang Paksu Juru (2) Mee Udang Pulau Sayak (2) Mee Udang Special (2) Menu Barbeque BBQ (2) Menu untuk Detox (2) Nasi Arab Bandar Perda (2) Nasihat Suami Isteri (2) Original Handbag COACH (2) Panggilan Palsu (2) Pantai Bagan Ajam (2) Pasar Bisik Kota Kuala Muda (2) Pemenang Top komen (2) Pencapaian Terbaik Celoteh MJ (2) Pengalaman HSG Test (2) Pisau Magik (2) Pizza Hut Vs Domino's Pizza (2) Popia Barbeque BBQ (2) Popia Cheese (2) Power Bank 13800mAh (2) Power Bank 8000mAh (2) Prosedur membuat Rawatan Kehamilan (2) Proton Preve (2) Quran (2) Rawang Burger Bakar (2) Resepi Ayam Dendeng (2) Resepi Ayam Mudah (2) Resepi Burger sedap (2) Resepi Lasagna Atkin (2) Resepi Lasagna Telur (2) Resepi Popia Goreng (2) Resepi Puding Kek Pandan (2) Resepi Puding Laici (2) Resepi Puding Oreo Coklat (2) Resepi Spagethi mudah (2) Restoran Mohd Chan Abdullah (2) Rumahku Syurgaku (2) Seminar Wordpress (2) Senarai Calon Parlimen PRU13 (2) Set Menyusu Shaklee (2) Siapa perlukan ESP (2) Sinopsis Bukan Bidadari (2) Spagethi Meatball sedap (2) Strawberry Cheese Cake (2) Tarikh mengundi PRU13 (2) Testimoni Basic H Shaklee (2) Testimoni ESP (2) Testimoni Shaklee (2) Tiket Wayang Free (2) Tips Menabung dengan Si Hijau (2) Tips pemilihan Tudung (2) Tudung Bawal Aidijuma (2) Tutti Frutti (2) Ujian Pap Smear dan HSG Test (2) Ziarah Nabi di Masjid Nabawi (2) ayam goreng rempah (2) baju tunang (2) bercuti di Pulau Pangkor (2) ceramah (2) coklat (2) cukai kastam (2) duit malaysia (2) games (2) ilusi optik (2) kenangan MJ di tahun 2020 (2) keputusan Peperiksaan (2) kotak sembang (2) masker wajah (2) syiah (2) temuduga (2) Air Terjun Puteri Mandi Kedah (1) Ayam Percik (1) Bahaya GLA Complex Shaklee (1) Bahaya Kencing Tikus (1) Bahtera Nabi NUH (1) Batik Pants (1) Batu 5 Char Koaw Teow (1) Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (1) Bedak Arab KokuRyu (1) Bee Hives Bun with Butterscotch Sauce (1) Bercuti di Melaka (1) Biskut Lasagna (1) Black Label Aidijuma (1) Blogger Kelantan (1) Blogger Perak (1) Bonus Raya 2013 (1) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (1) Bunga Pandan (1) Burger Besar (1) Burger KOMTAR De Pauh Garden (1) Burger Leleh Warung Kuning (1) Butik Fareeda Permatang Pauh (1) COACH For Sale (1) CY 2000 (1) Cable Car Langkawi (1) Camera SX150 IS (1) Candle Light Dinner MJ (1) Candy Crush Saga (1) Cantik dengan Omega Guard (1) Car Loan Calculator (1) Cara Berbekam Angin (1) Cara Berkesan untuk Menabung (1) Cara Halau Lipas (1) Cara Membuat Burger (1) Cara Menangani Perut Buncit (1) Cara Mencegah Penyakit (1) Cara Mencuci Usus (1) Cara Mengingati Allah SWT (1) Cara Menjaga Usus (1) Cara Menunaikan Solat Qasar dan Jamak (1) Cara Merawat Kaki Bengkak (1) Cara Solat (1) Cara buat Passport (1) Cara menguji Personaliti (1) Cara ubati Denggi (1) Cheese Tart sedap (1) Cheezy Magik (1) Cheque HOT FM (1) China (1) Chuchuk Chuchuk Raja Uda (1) CoQ Health Plus Shaklee (1) Coklat Crepe (1) Cryptography Code (1) Cucur Jagung sedap (1) DIY Fridge (1) DIY Hanger (1) DIY Peti Ais (1) DVD 30 Juzuk al Quran Beserta Terjemahan (1) DVD al-Quran (1) Dakwat Kekal PRU13 (1) Dejavu di Kinabalu (1) Dinosour Park Danok Thailand (1) Ditipu dengan Western Union (1) Doa Dhuha (1) Doa di bulan Ramadhan (1) Doorgift Pengantin (1) Double Stemcell (1) Download Movie (1) Drama Dejavu di Kinabalu (1) Durian Musang King (1) Eagles Feeding Langkawi (1) Endorscope Cyst (1) Erti dan Hukum Berkabung dalam Islam (1) External Hard Disk (1) Fareeda Aisya 3 Layer (1) Filem Ombak Rindu (1) Fizo Mawar bersanding (1) Frozen Food (1) GLA Shaklee berisiko (1) GLA Shaklee punca ketidaksuburan (1) GST (1) GUESS (1) Gaji Minimum Swasta (1) Gambar Pelik (1) Gempa bumi (1) Genggam Fatimah (1) Get Clean Home Set Shaklee (1) Gunung Jerai (1) Hadiah Contest 2014 (1) Hadiah Hari Ibu (1) Hadiah untuk SIRIM (1) Hadiah untuk SUAMI (1) Handmade Frame (1) Hanger Tudung (1) Hari Kemerdekaan (1) Hari Raya Aidil Adha (1) Hasil Tanaman MJ (1) Hatyai ICEDOME (1) Header Raya (1) Henna Mehendi (1) HomeMade Nasi Arab (1) Homemade Meatball (1) Homestay Murah di Melaka (1) Hospital Seberang Jaya (1) Hotel Bajet di Kuala Lumpur (1) Hotel Murah di Kuala Lumpur dan Jalan Masjid India (1) Hotel Murah di Melaka (1) Hotel Singgahsana Petaling Jaya (1) Hukum Menyebut OMG (1) Ice Blended Coklat sedap (1) Ikan Bawal Panas (1) Ikan Siakap 3 Rasa (1) Ikan Siakap Percik (1) Ikan Siakap Sweet Sour (1) Ikan Terubuk Percik (1) Inai Daun (1) Indonesia (1) Irma Hasmie (1) Isu negara (1) Izyanty Collection (1) Jadual Puasa 2012 (1) Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 2013 (1) Jalil Coconut Shake (1) Jangkaan Kiamat (1) Jenis Jenis Cyst (1) Jenis-jenis Hadis (1) Jom Kembara FF1 (JKFF1) (1) Jubah Safra keluaran MS Design (1) Kad Pengenalan MJ (1) Karnival Kerjaya (1) Kebab Daging (1) Kebaikan CoQ Health Plus (1) Kedai Kacang Bagan (1) Keistimewaan Vitalea Shaklee (1) Kejora dan Bintang (1) Kek Biskut Marie (1) Kek Coklat Sedap (1) Kelebihan Alfalfa (1) Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) (1) Kelebihan Ephyra (1) Kelebihan Mealshake (1) Kelebihan Pad Hygiene (1) Kelebihan Water Pitcher Shaklee (1) Kelebihan dan Khasiat ESP (1) Kelebihan menjadi ahli Shaklee (1) Kelebihan/Khasiat ESP (1) Kenaikan Gaji 1KGT (1) Kenaikan Gaji Kerajaan 2013 (1) Keputusan PRU13 (1) Kerabu Sotong (1) Kerepek Ngaku Arrowhead (1) Kesan setelah mengambil GLA Shaklee (1) KeyChain (1) Khasiat Air Dayang Bunting (1) Khasiat Susu Kambing Segar (1) Khasiat Telur Angsa (1) Kisah Abu Bakar as Siddiq (1) Koaw Teow Th'ng (1) Kobis Tiruan (1) Kolagen Powder Shaklee (1) Koleksi Firas (1) Koleksi Fridge Magnet (1) Koleksi Header Blog (1) Koleksi Paris dari Aidijuma (1) Koleksi Wallet MJ (1) Krabi dan Hatyai (1) Kuah Rojak Mak Bee sedap (1) Kuala Lumpur (1) Laksa Telur Bersarang (1) Lampu Tidur Romantik (1) Lecithin sebagai Pengemulsi Lemak (1) Lelong barang bawah RM50 (1) Lemon Cheese Cake (1) Lens Nikon 50mm (1) Lirik Lagu (1) Lokasi dan Tarikh Ujibakat Bintang Mencari Bintang (1) MJ (1) MJ Makan Free (1) Macarons (1) Machu Pichu (1) Magnet Board FM (1) Majlis Persandingan Fizo Mawar (1) Makam Nabi dan Raudhah (1) Makan Sedap di Manjung (1) Makaroni Baked Cheese (1) Makeover Fridge (1) Maksud PJJ (1) Mandi Wap (1) Mandi di Private Pool (1) Masterchef Penyingkiran (1) Masterchef Selebriti Malaysia 2 (1) Maybank ATM Card (1) Meatball Abg Burn Bandar Perda (1) Mee Kuah Daging (1) Mee Kuah senang (1) Mee Sotong Padang Kota (1) Melaka (1) Menabung dengan Si Hijau (1) Menu Sarapan (1) Menu di Victoria Station (1) Mineral Coffee Hai-O (1) Murtabak Telur (1) My Graduation (1) My HomeMade Kuih Raya (1) My Mum (1) Nan Cheese Meleleh (1) Neotel Hotel Kuala Lumpur (1) Niat Solat Qasar dan Jamak (1) Nora Elena Vs Novel Kasih Suci (1) Olimpik 2012 (1) Ombak Ganas (1) Oreo CheeseCake (1) Panasonic Viera (1) Panda Park Danok Thailand (1) Panorama TV1 (1) Paris Satin Aidijuma (1) Pasar Ramadhan (1) Pasembor Sedap (1) Passport pertama MJ (1) Pati Ikan Haruan (1) Pekeliling 2013 (1) Pelikat Pants (1) Penapis Air Portable (1) Penapis Air Shaklee (1) Penetapan Gaji Minimum (1) Pengalaman Menggunakan Western Union (1) Pengalaman On Air di Radio (1) Pengkalan Hulu (1) Pensonic Warehouse Sale (1) Penyampai Hot FM (1) Peppermint Ginger Plus (1) Performance Drink Shaklee (1) Perfume (1) Perfume Calvin Klein (1) Perfume Kim Kardashian (1) Perfume Paris Hilton (1) Perkahwinan Artis (1) Perodua Bezza (1) Perodua MyVi 2018 (1) Persandingan MJ dan SUAMI (1) Pes Kuah Laksa Sedap (1) Petaling Jaya (1) Petua Halau Lipas (1) Petua ubati Patah/Retak (1) Petua ubati batuk (1) Petua ubati sesak nafas (1) Phoebe Ribbon Chiffon (1) Photo Konvokesyen USM (1) Photo with BFF (1) PilihanRaya (1) Popcorn Ayam (1) Power Bank 12000mAh (1) Power Bank 2800mAh (1) Preloved Carlo Rino (1) Pretzel Almond (1) Pretzel Oreo (1) Primavera Shoes (1) Program Realiti TV3 (1) Promosi Ephyra (1) Promosi Tudung Murah (1) Proton Terbaru (1) Puding Milo Lapis Oreo (1) Pulau Beras Basah (1) Punca Demam Denggi (1) Punca Gastrik (1) Punca Sesak Nafas (1) Puncak Gunung Brinchang (1) Pusat Peranginan di Malaysia (1) RSMY House of Real Beriani (1) RSS feed (1) Ramalan Kiamat (1) Rambutan Sedap dan Manis. (1) Rantai Tangan Hilang (1) Renungan Bersama (1) Resepi Ayam Goreng KFC (1) Resepi Ayam Goreng Rangup (1) Resepi Ayam Percik (1) Resepi Begedil Ayam (1) Resepi Begedil Kentang (1) Resepi Cucur Roti (1) Resepi Daging Dendeng (1) Resepi Ikan Siakap Sedap (1) Resepi Jeruk Pelam (1) Resepi Kek Batik (1) Resepi Kek Biskut Marie (1) Resepi Kek Minyak Kukus (1) Resepi Kek Sedap (1) Resepi Koaw Teow KUNGFU (1) Resepi Koaw Teow Ladna (1) Resepi Koaw Teow Th'ng (1) Resepi Kuah Percik (1) Resepi Mee Kuah Sedap (1) Resepi Mee Sizzling (1) Resepi Mushroom Sup (1) Resepi Oreo Cheese Cake (1) Resepi Popcorn Ayam (1) Resepi Puding Jagung (1) Resepi Puding Roti (1) Resepi Puding sedap dan mudah (1) Resepi Roti Sarang Lebah (1) Resepi Samosa (1) Resepi Sup Tulang (1) Resepi Udang (1) Resepi biskut Meringue (1) Restoran Bara Grill Taiping (1) Restoran Chuchuk Chuchuk (1) Restoran Cina Muslim di Kajang (1) Restoran Fais (1) Restoran Qasar Hadramawt Bandar Perda (1) Risiko kekurangan Protein (1) RnZ Cosmetic (1) Romantika di Sungai Petani (1) Roti Bakar Meleleh (1) Roti Daging Cheese (1) Roti Gulung Sosej (1) Roti Nan Cheese Sedap di RSMY (1) Roti Paung Terengganu (1) SC Sanitary Pad Cosway (1) SX150 IS (1) Sabun 3 layer (1) Sabun BERAS (1) Sabun Collagen (1) Sabun Gluta Kojic (1) Sah puasa selepas berjunub (1) Salad Ayam (1) Saman Hadlaju (1) Sandwich Sedap (1) Sarawak (1) Scha dan Awal (1) Sejarah Komputer (1) Selsema dengan Vitamin C Shaklee (1) Seminar Buat Duit dengan Blog (1) Set BUASIR (1) Set Berpantang Shaklee (1) Set Ibu Hamil Shaklee (1) Setem Koleksi Terbaru (1) Shawl Handmade yang cantik (1) Shopping Online (1) Sihir dan Santau (1) Singapura (1) Siput Kepah (1) Siti Nurhaliza (1) Skin Laptop (1) Skrin Netbook Pecah (1) Sling Bag CARLO RINO (1) Smockey Bear Chicken (1) Smockey Bear Lamb (1) Somtam Campur (1) Stokin Kaki Scholl (1) Sumbangan Rumah Anak Yatim (1) Sundae Ice Cream (1) Sunset (1) Suplement tenaga ketika berpuasa (1) Susu Kambing sedap (1) Syarat Pinjaman Kereta Ketat (1) Syarat Sah Puasa (1) Taj Mahal (1) Tandoori Chicken Naan Cheese (1) Tapak Iklan blog Celoteh MJ (1) Tapak Pesta (1) Tasik Dayang Bunting (1) Tempat Makan Sedap di Pulau Pinang (1) Tempat menarik di Krabi dan Hatyai (1) Tepung Magik (1) Testimoni GLA Complex (1) Testimoni Mineral Coffee (1) Testimoni Ostematrix Shaklee (1) Testimoni Set Subur Shaklee (1) Testimoni kecewa SalamFone (1) Testimoni produk Double Stemcell (1) Tioga Deluxe Suite Strawberry Park Resort (1) Tips Memasuki dan Solat di Raudhah (1) Tips Menabung dengan Berkesan (1) Tips Menyimpan Susu (1) Tiram Goreng Tepung (1) Tonsil Bengkak (1) Tragedi MH17 (1) Transaksi Luar Negara (1) Triple Stemcell (1) Tudung Bawal al Shawl (1) Tudung Layer Kanak-Kanak (1) Ujian Darah untuk Kesuburan (1) Update Bloglist (1) Ustaz Don Daniyal (1) Ustaz Zaharuddin (1) Victoria Sandwich (1) Victoria Station Seberang Jaya (1) Virus Infection vs Demam Denggi (1) Wallet (1) Wallpaper Dinding Rumah (1) Wallpaper Fridge (1) Wallpaper Kaison (1) Wang Kelian (1) Western Union Selamat (1) White Label Aidijuma (1) Wishlist MJ (1) Yacht Langkawi (1) Yee Mee Sizzling (1) Yong Tau Fu sedap di Bagan (1) Zinc Complex Shaklee (1) beauty Umaira (1) berita terkini (1) bomoh VIP penipu (1) borong.com.my (1) buku denaihati (1) cara mengira cukai (1) herblax Shaklee (1) himpunan bantah GST (1) hobi masa lapang (1) iPhone 5 Contest (1) isu agama (1) kekabu (1) kenangan MJ di tahun 2010 (1) keputusan SPM (1) keracunan (1) khalifah ganti superman (1) kontroversi (1) lukisan termahal didunia (1) mascara (1) masjid (1) melaleuca oil (1) movie (1) penipuan (1) photography (1) picaso (1) rempah sauna (1) simulator (1) sinopsis KHILAF (1) sosilawati (1) sunnah wal jamaah (1) tan sri ali hashim (1) teknik- teknik fotografi (1) titanic 2 (1) wang kertas siri baharu (1) zuriat (1)