followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label al kisah. Show all posts
Showing posts with label al kisah. Show all posts

Friday, February 24, 2012

HAPPY BIRTHDAY ANAKKU....


selamat hari lahir buat anak anakku... ke 20 tahun.. 25 february 2012 
semoga berjaya di dunia dan akhirat... pesan mama jangan lupa solat!

 abang

 adik

 masa kecil yang nakal

Tuesday, August 9, 2011

SERONOKNYA DAPAT KEMBAR EMPAT


Bersyukur dikurnia anak kembar empat





KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Dr Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.
Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.
“Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).
“Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.
“Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.
Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.
“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.
Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.
“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.

** pengalaman akak hanya kembar dua lelaki..
** Dr Hazli Zakaria anak buah sebelah suami..

Sunday, April 3, 2011

AL-KISAH ANAKKU..RAHSIA TERBONGKAR!! (^__^)


inilah kawan kawan anak ku yang sama jurusan.. dorang g ipoh kerana ada even balik lambat x boleh masuk kolej.. dorang memang dh tau.. pak guard xkan benarkan dorang masuk sbb dh terlebih time! sampai kat umah akak pun dh 12 lbh terpaksalah melepak kt umah akak.
dorang ni x pandai jalan di sekitar ipoh. sorang dari kelantan dan dua orang dari negeri 9, jadi ke mana saja nak meronda ipoh anak akaklah sebagai penunjuk arah.. kebetulan pulak anak akak yang sedang belajar di Penang pun balik. jadi bertembunglah dengan mereka2 ni..anak akak dah x boleh nak berdalih lagi daa. haaah... terkejut gilaaa... nak tau ape??!! x percaya yang anak akak ni kembar!! hahaha.. x percaya langsung!! sebab anak akak x pernah cerita langsung dirinya kembar pada kawan kawan! kalau ada yang tau pun memang dia x layan dan x kan mengaku kembar punya. yang seronoknya bila ada yang terjumpa kat wall FB heboh dikatakan ada terjumpa muka 2 serupa tapi nama dan tempat tinggal lain! ada yang tuduh konon anak akak sengaja menyamar buat 2 FB yang berlainan nama.. kawan kawan dorang keliru yang mana satu betul bila add di FB... 
kelakar.. kelakar...
sebenarnya bukan akak x benarkan dorang tidur di umah akak tapi di kala ini umah akak tengah x terurus lagi.. bilik pun x boleh di gunakan lagi sebab belum di plasterkan lagi.. keadaan bersepah dengan barang di sana sini.. kesian kat dorang x dapat tidur dengan selesa. pukul 3 pagi dorang keluar g minum teh tarik kat kedai mamak berdekatan. apo nok di katokan laie... pagi tadi yang ini saja dapat akak jamukan buat dorang.
*dalam gambar ni adalah rakan2 anak.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...