Memaparkan catatan dengan label puding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puding. Papar semua catatan

Rabu, 3 Ogos 2011

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Hari ke 4 kita berpuasa. Macamana dengan hidangan berbuka. Jangan pening2 ya ..masak je macam biasa, hanya mungkin kena tambah sikit pencuci mulut kuih atau puding. Semalam akak akak buat puding laici untuk bekal anak balik belajar. Pernah buat tengok sini . Akak ubah suai sikit untuk jangan berdangdut sangat sebab nak potong2, senang nak agih2 kan dengan kekawannya. Cuba tengok resepi di bawah ni... Resepi asal dari Hanieliza Cooking. Terimakasih kak Liza sebab ini adalah puding peberet akak dan anak2 ..dahlah senang nak buat sedap pulak..sesiapa cuba mesti jadi punya..Insyaallah.


Bahan-Bahan:

10 gram agar-agar serbuk
2 liter air
2 cawan gula ( kurangkan sikit)
1 tin susu cair
1 ting Laici (resepi asal 2 tin)

Langkah membuat:
1. Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar-agar dan gula.
2. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici. Kacau sebati.
3. Masukkan ke dalam acuan. Hampir beku, susun laici di atas permukaan puding.
4. Sejukkan di dalam peti.


Versi ni akak dah ubah sebab mudah potong dan pegang agar-agar ni. Tapi kalau nak makan dalam bekas kecil2, masukkan je 2 tin laici, lagilah sedaplah weh...makan dengan sudu. Cuba ya baru tau...


Isnin, 1 Ogos 2011

Puding Marble Roti

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Puding Marble 1

Harap kita semua telah menunaikan puasa pada hari ini dengan sempurnanya. Semoga kita diberikanNya tubuh badan dan mental yang sihat untuk meneruskan dan menggandakan amalan yang dituntut di bulan Ramadhan. Di samping itu mari kita berkongsi resepi untuk berbuka puasa. Sesuai dengan cuaca panas terik, puding adalah satu juadah yang sangat sesuai untuk dinikmati selepas seharian kita menahan dahaga. Untuk puding ini, akak pernah buat sekali tapi hari ni akak buat untuk kali kedua menggunakan resepi Hana . Mula2 buat warna-warni di atas. Lepas tu , buat pula adunan ke2 bubuh koko. Bagi tekak akak ni, lebih suka yang berkoko. Tapi terpulang pada citarasa masing-masing. Pada Hana, akak copypaste je resepinya tu..halalkan ya Hana..sesiapa nak tengok puding cantik pi jenguk umah Hana tu.. Akak buat 2 adunan ni, dan diagih2kan..harap2 diorang suka dengan puding cantik ni...ok jum tengok resepi.


Puding Marble 2

Bahan-bahan :
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!



Buat puding senang bangat...hanya kena cepat semasa memasukkan ke dalam loyang sebab adunan cepat beku..untuk yang tak nak manis, kurangkan sukatan gula atau susu pekat. Selamat berpuasa & berbuka puasa.

Ahad, 26 Jun 2011

Puding Tahu

Assalamualaikum

Puding Tahu

Apa khabar semua....Ramadhan hampir menjelma..rasanya puding tahu ni salah satu hidangan yang sesuai untuk berbuka. Tambah kalau hari panas... Akak pernah makan puding ni 2-3 tahun lepas. Kawan sekerja yang buat.. tapi sekarang dia dah pindah jauh. Tiba2 dalam blog Izah Daud, akak terjumpa resepi puding tahu ni....sumbernya dari K.nor Secubit Garam.. bestnya jumpa resepi lengkap ni...dulu tu akak tanye sambil lalu kat kawan akak tu cara nak buat.. dia main agak2 je katanya.. okeh sekarang baru jumpa resepi lengkap. Terimakasih kepada izah dan K.nor yang berkongsi resepi ..memang puding ni sedap ..makin ditelan , makin tak mau berhenti..manisnya pun manis2 buah... jum layan resepi..


Bahan-bahan :
Bahan A:
1 tin laici
11/2 - 2 tin laici air kosong


Bahan B:
18 gram agar-agar strip- rendam dan toskan
11/2 liter air
4 sb gula pasir
2 helai daun pandan

Bahan C:
1 tin kecil susu pekat
1 tin susu cair
1 cawan santan

Langkah-langkah membuat:
1. Masakkan bahan A kecuali buah laici. Sejukkan di dalam petiais. Ini untuk kuah puding .
2. Masakkan pula bahan B. Mula2 masakkan agar 2 dan air hingga agar2 hancur.
2. Masukkan gula dan daun pandan. Masakkan hingga gula itu larut.
3. Satukan bahan C dan kacau sebati.
4. Masukkan ke dalam bahan A dan biarkan mendidih sekejap.
5. Padamkan api dan biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam acuan.
6. Tapiskan semasa dimasukkan ke dalam acuan.
6. Simpan di dalam peti. Hidangkan bersama dengan kuah semasa memakannya.




Catatan:
* Jangan dimasukkan panas2 ke dalam acuan..nanti puding tak cantik..ini pesanan penaja..
* Boleh dibekukan didalam bekas kecil dan terus dihidangkan .
* Puding ni lemahlembut dan perlu dimakan dengan sudu.
* Puding ini sedap dimakan dengan kuah puding yang banyak. Selamat mencuba!

Ahad, 6 Februari 2011

Rich Chocolote Pudding

Rich Chocolote Pudding


Assalamualaikum dan salam sejahtera....memang terasa blog ni dah mula terabai...bukannya akak tak memasak tapi kesempatan untuk berblogging sejah akhir2 ni semakin merudum...entahlah kadang2 ada peluang untuk menjengah blog tapi tak berkesempatan pulak untuk update blog...apapun terimakasih kepada kekawan yang datang bertanya khabar. Sapaan kalian sangat dihargai....disebabkan ini jugalah akak mencuri ruang dan masa untuk berkongsi ngan kalian...sayang semua muahhhhhhh....


Ni akak nak kongsi satu puding yang pasti digemari anak2 kita..kita tak suka tak pe..yang penting apa yang kita masak anak makan..terimakasih pada HANA sebab akak copy resepi ni dari blogger terkenal ni..pada kekawan kalau nak tengok pic puding yang cantik pi jalan2 keblog beliau...pic yang menawan dan bisa membuat kita tertawan. Terimakasih juga kepada tuan punya resepi asal ni..ikut sumber yang akak baca K.JUN. Layan resepi di bawah ni ya...



Bahan-bahan puding:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan tepung susu
1/2 st garam
41/4 cawan air
4 sb tepung jagung
1/2 st esen vanilla
1 paket serbuk agar-agar
3 sb butter


Bahan Sos Kastard:

2 cawan susu segar
1 sb tepung kastard
1 sb gula castor

Campurkan semua bahan-bahan di atas dan kacau hingga pekat di atas api. Angkat.


Langkah-langkah membuat:


  1. Campurkan semua bahan-bahan kecuali butter.
  2. Jerangkan di atas api hingga mendidih.

  3. Masukkan butter, kacau hingga pekat.

  4. Angkat dan masukkan ke dalam acuan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.

  5. Sejukkan dan hidang begitu saja atau bersama sos kastard dan coktail buah2an.





Okeh, kita jumpe lagi ya..Insyaallah kalau buat pertama kali pun mesti menjadi...simple dan mudah...cuba ya !

Ahad, 19 September 2010

PUDING LAICI DANGDUT

SALAM AIDILFITRI

PUDING LAICI DANGDUT


Semalam menerima tetamu keliling umah. Jiran2 tetangga kawan sekampung yang tidak berkesempatan beraya awal di umah akk ni sbb traffic jem waktu raya 1 hingga raya ke 4. Kalau dah masuk minggu ke 2 ni susahlah diorang nak datang umah. Segan sebab dah masuk pertengahan Syawal. Jalan selamat, akk jemput diorang datang beraya. Antara menu yang jadi pilihan Puding Laici Dangdut. Puding ni simple dan tak muak dimakan..resepi ni akk cilok dari http://hanieliza.blogspot.com/ yang memang dah dikenali ramai. Kak liza terimakasih atas resepi yang sedap ni. Hanya saya kurangkan laici dari 2 tin kepada 1 tin sahaja..nak kurangkan manis. kenapa Dangdut..puding ni bergegar-gegar kut..apapun jawapan tepat tanya tuan resepi ya..tak kisahlah namanya yang penting memang sedappppp dan mudah. Resepi boleh tengok di bawah juga..





Bahan-bahan :

28 gram agar-agar

2 liter air

2 cawan gula

1 tin laici

1 tin susu cair


Langkah-langkah membuat:


  • Basuh agar-agar dan masakkan bersama 2 liter air tadi sampai hancur.

  • Masukkan gula pasir dan larutkan.

  • Masukkan air laici. Asingkan buah laici. Masakkan sekejap

  • Tutup api dan masukkan susu cair. Kacau rata.

  • Tuang dalam adunan dan bekukan.

  • Semasa menghidang, bubuh buah laici di atas agar-agar.


Catatan :


Puding ni lembut dan nyaman..cubalah ..rugi tak cuba..



Khamis, 16 September 2010

AGAR-AGAR CINCAU

SALAM SYAWAL
Jumaat 17.9.2010. Kebanyakan sekolah sudah memulakan sesi persekolahan dan akan diikuti sekolah ganti pada pada hari sabtu..tapi akk cuti lagiii...lamanya pulak terasa..nanti orang lain dah habis ganti ..kami ganti lagi..alahai. pernah makan agar-agar cendul atau masa kecik2 dulu family panggil lengkong..lengkong..biasa dengar ke..tapi skg akk dah tukar istilah jadi agar2 sbb ramai yang tak faham kalau panggil lengkong..Agar2 ni dibuat 3 hari lepas. Tengok ada sikit agar2 jurai dan tengok ada cincau lebihan buat air..ada sirap..apala lagi adjust je bagi jadi agar2 ni..senang je ..janji sedap dimakan..jum tgk resepi di bawah ni..

AGAR-AGAR CINCAU

Bahan-bahan :
1/2 bungkus agar-agar
2 cawan gula pasir
4 cawan air
1 sb gula batu
1 st pewarna merah
3 helai daun pandan
Langkah-langkah membuat:
  1. Basuh agar-agar dan masakkan di atas api bersama air . Masakkan hingga agar-agar hancur.
  2. Masukkan pula gula pasir dan gula batu. Masakkan hingga gula larut. Masukkan daun pandan.
  3. Biarkan agar-agar merenih hingga pekat sedikit dan masukkan cincau yang telah dipotong2.
  4. Akhir sekali masukkan pewarna merah atau sirap rose . Angkat dan masukkan ke dalam acuan.
  5. Sejukkan baru dipotong.

Agar-agar ni simple je tapi sedap sebab tak muak dimakan..nyaman bila disejukkan..ok selamat mencuba..boleh dijadikan hidangan sampingan untuk tetamu yang beraya....

Khamis, 2 September 2010

PENGAT PISANG NIPAH

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK
Juadah berbuka hari ni - pembasah tekak - pisang nipah mmg banyak keliling umah..spesis pisang ni je yang ada kat umah..Bulan puasa ni dah 2 tandan pisang tua akk bagi orang buat kerepek pisang untuk raya..tapi akak nak sebekas je...yang lain2 tu bagi je kat tukang buat kerepek pisang ni...akak dapat kerepek pisang udah. Bukan senang nak buat kerepek, tambahan dibulan puasa ni..last2 francais je la...akak dapat kerepek, diorang dapat pisang untuk buat kerepek..boleh wat bussiness lagi...Ini pisang nipah masak ..teringin nak makan pengat pisang..dah kali k2 buat pengat..anak2 tak suka tapi akak suka ..dan seperti biasa buat seperiuk..agih2 je la keliling umah tu ..okeh layan resepi pengat pisang ni ye...akk buat gula hangus sebab gula merah atau gula kabung tak dapat dikesan...jum tengok..



Bahan-bahan :
10 biji pisang masak
3 senduk gula pasir
1 biji kelapa tua
1 senduk sagu biji
1/2 camt garam halus
2 helai daun pandan
Langkah membuat :
  • Ambil 1 senduk gula pasir, buat gula hangus.
  • masukkan air sedikit dan kacau
  • Masukkan pisang yang telah dipotong dan gaul sebati dengan gula hangus.
  • Masukkan santan dari sebiji kelapa. Kacau dan masakkan .
  • Basuh sagu biji dan masukkan ke dalam pengat tadi.
  • Rasa garam dan bubuh daun pandan...

Selamat mencuba....gula terpulang kepada kehendak sendiri...selamat berpuasa esok ..teruskan amalan baik kita dibulan Ramadhan..

Isnin, 31 Mei 2010

पुडिंग रोटी MARBLE



PUDING ROTI MARBLE


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...blog ni masih sakit lagi..bukan suke2 nak tulis tamil ni..asal akak enter je keluar tulisan misteri ni..aduhai..dah cuba tgk setting tapi tak pass..susah nak entry baru. Tapi selagi boleh faham ok kan...okeh, pagi ni puding marble roti...tersangkut hati tengok puding kat Yat Maria ..cantik puding ni ..rasanya sesedap rupa.. Rasanya akak ni kena pindah blog baru kalau masih tak boleh diubati...apapun layan dulu ye ..






cantik tak...





Masukkan sesenduk demi sesenduk hingga habis. Adunan akan merebak secara automatik.




PUDING MARBLE ROTI
Bahan - bahan :

BAHAN A

4 Keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair


BAHAN B

1/2 cawan gula
2 sudubesar butter cair
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT:

1. Blend bahan A hingga sebati.
2. Masakkan bahan B hingga cair.
3. Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B.
4. Masukkan butter cair dan kacau hingga pekat.
5. Bahagi warna kepada 2 atau 3 bahagian.
6. Masukkan koko kepada 1 bahagian dan masakkan sekejap di atas api
7. Masukkan ke dalam acuan sesenduk demi sesenduk dan sejukkan di dalam peti.


Puding ni lembut dan sesedap rasa. Cuba tau...berbaloi-baloi.....

Isnin, 3 Mei 2010

Peach Mirror Pudding

~ salam sejahtera ~
Hari sabtu lepas, akak kena dera memasak hidangan mempelai..selalu akak tolong je tapi hari tu akak pulak jadi kepalanya..harubiru jugelah sebab bukannya pandai pun hiasmenghias pengantin ni tapi memasak tu bolehlah ..tibai2 je tapi berpandu juge pada resepi..kawan punya pasal tak sampai hati nak tolak mentah2..So hari tu overtimelah memasak lepas subuh hingga 15 minit pukul 12 tengahari siap...dari dessert hinggalah ke air pengantin kena fikir sendiri ...selepas bertungkus lumus dengan 3 orang kawan yang sama2 buta huruf tentang hiasmenghias ni akhirnya siap juga ...hentam je la labi....

~ Peach Mirror Pudding ~

Apa yang akak nak kongsi hanya puding peach ni je..inipun bukan untuk hidangan pengantin..akak buat semula malam tadi untuk bagi pada yang membantu memasak pada hari tu...untuk pengantin letak dalam gelas berkaki..takkan dalam plastik macam ni..apa yang nak akak kongsi ialah memang senang buat puding ni ..akak dpt resepi ni dari rumah ummi - home sweet home - yang glamour tu... terimakasih ummi ye..hanya akak ubah sikiittt jee...jum tengok resepi..layan
~~~~~~~~~~~~~~
Bahan-bahan lapisan bawah :
300 ml air
150 ml jus peach
450 ml susu segar
150 gmgula pasir ( kak kurangkan jadi 120gm)
30 gm instant jelly ( guna nona )
40 gm tepung kastard
2 kuning telur
2 st esen vanilla
langkah membuat:
  • Campurkan semua bahan-bahan di atas, kacau dan jerangkan. Eloknya tepung custard dibancuh dengan susu dahulu sebelum dicampurkan dalam bahan tersebut untuk mengelakkan bergentel.
  • Kacau hingga pekat selama 10 minit.
  • Tuangkan ke dalam acuan yang telah dibilas terlebih dahulu.
  • Sejukkan hingga beku dan susun buah peach di atasnya.

Bahan-bahan lapisan atas :

650 ml air + jus peach kalau ada lebih.60 gm gula ( akak guna 30 gm je )25 gm instant jelly ( akak guna 90gm jelly nona-1paket) dan pewarna kuning.

Langkah membuat:

  • Masakkan semuanya di atas api hingga mendidih.
  • Masukkan perlahan-lahan di atas lapisan bawah dan peach tadi perlahan-lahan.
  • Sejukkan di dalam peti.
  • Puding ni memang menggunakan sudu bila nak makan.

Selamat mencuba, jelly tu memang tak mengeras macam agar-agar ..macam cermin je ..patutllah dipanggil Peach Mirror Puding..memang sesuai untuk hidangan pengantin.. cantik di pandang , sedap juga...bolehlah dicuba ya...bai2 jumpe lagi !





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~