Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Saturday, July 31, 2010

Potato wedges (my style), Makaroni sarada

Salam sejahtera. Buat malam tadi, bersama makaroni sarada. Dah lama berhajat nak buat potato wedges. Selalu lupa nak cari cheese wane kuning tu. Lihat sos thousand islan ada dalam peti. Apa salahnya kan? Kita topup cheese parut atasnya. Saya intai2 caranya kat forum cari. Terima kasih buat kakak2 di forum cari yg byk bagi tips. Alhamdulillah, my hubby cakap, sedap... tak berenti dia makan. :D


POTATO WEDGES - my style

Bahan-bahan:
3 biji kentang
Tepung RFC HPA
Minyak untuk menggoreng

Bahan pelengkap:
Sos Thousand Island
Keju parut

CARA:
1. Kentang dikupas kulitnya, dipotong wedges (potongan memanjang. satu biji, bole 6-8 potongan). Kemudian direndam dalam air bercampur sedikit garam spy tidak cepat lebam.

2. Panaskan air dalam periuk kecil, rebus kentang, sehingga lembut. (mudah dicucuk dengan lidi). Toskan, dan lap kentang hingga kering dgn tisu dapur.

2. Tepung RFC dibancuh dengan sedikit air, menjadi batter seperti batter goreng pisang.

3. Panaskan minyak penuh, celup kentang ke dalam bancuhan tepung. Goreng kentang wedges sehingga berwarna keemasan. Balikkan hati2 supaya batter tidak tertanggal.

4. Hidangkan dengan sos thousand island dan taburan keju parut. :)



Makaroni ni, saya buat for dinner malam tadi bersama potato wedges tu. Makaroni ni ala-ala salad. Kami mmg tak pandai sgt makan salad. Jangan tanya camana rasanya, ya? hihihi. Terima kasih buat ros, sebab perkenalkan salad ni. Sekurang2 akak dah mencuba. ;) Izinkan akak tulis kat sini ya.

MAKARONI SARADA
Sumber: Ros, jintanmanis

Bahan-bahannya:

50gram makaroni ( Nurindah: saya guna jenis elbow, jenama San Remo)
1 biji kentang saiz kecil
1/2 cawan mix vegetable
beberapa helai daun salad
1/2 biji tomato
3 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil gula
sedikit lada sulah
secubit garam
(Nurindah: Tambahan, boleh tambah udang atau sotong dicelur. :)


Cara-caranya

1. Rebus makaroni mengikut arahan pada paket, tos dan ketepikan, kemudian rebus pula kentang hinggga empuk, lecek kentang dan satukan dengan makaroni.

2. Rendam sebentar frozen mix vegetable dengan air panas dan tapiskan bagi mengeluarkan air yang berlebihan, kemudian satukan dengan kentang dan makaroni tadi, campurkan mayonis, lada sulah, gula dan garam.

3. Alas piring dengan daun salad dan letakkan makaroni sarada di atas daun salad, hiaskan dengan hirisan tomato, sedia untuk dihidangkan.


Friday, July 2, 2010

Spageti Udang

Spagetti udang yang sopan...

Part yang sememeh... :D

Salam sejahtera, ini entry ke-4 hari ni. Hu, tamak betul saya. Sian pakcik blogger ni. :D Macam saya cakap tadi, saya jumpa tin sos spagetti ni. Actually, perasa cendawan. Disebabkan cendawan dan segala sayur yg sesuai dimasukkan ke dalam spagetti ni takde, sos ini amatlah dialu-alukan. hihi. Mula2 intai kat sini, pastu kat sini pulak. Dan saya rasa, tekak saya nak lauk udang jer. Jadi, saya ikut resipi chef hanieliza, tetapi guna sos spagetti prego segera ni (jenis tin). Alah, saya takat dadu bawang besar dan bawang putih, pastu masukkan 1/2 cwn air, udang dan 4 sdb sos spagetti ni. Lupa tulis, 2sdb cili kisar. Cukup makan sorang.:D Dah panas, tuang atas spagetti yang siap dicelur. Tabur keju mozarella parut. Yum.. yum...



Monday, April 5, 2010

Kuah spageti berkentang cili api


Kuah spageti ni, saya just tumis bawang merah, daging kisar. Biar daging masak. Then masukkan tomato paste kimball dan kentang bilis bercili api, menu siang tadi. Tambah skit garam, gula dan sedikit air. Biar mendidih. Angkat. Senang kerja saya. huahua.. ala ala jawa plak...hihihi.

Salam sejahtera, selamat pagi,

Desah penghuni apartment..
Kami hanya penyewa. Hati terpaksa sabar. kami tingkat 1. Mereka penghuni G dan telah beli rumah di atas rumah mereka, tgkat 1. Katanya nak buat tangga. But, mereka telah buat Bumbung simen dekat ruang kosong di antara rumah kami. Menjadikan tiada ruang langsung antara rumah kami dan mereka. Boleh berpijak, menjadikan tgkat 1 macam tngkat bawah.
Hati sebal, kami pilih tingkat 1 sbb nak rumah yg tinggi skit. Macam2 terasa. Rasa nak mengadu pada majlis perbandaran. :(

Saya perlu keluar hari ni. Nak poskan beberapa barang, pegi kedai utk beli santan. Juga perlu update bbrp details dan promotion terbaru kat web kami. Agak fenin hari ni. Mohon maaf ya jika saya tak sempat blogwalkin banyak2. Take care..:)

Di bawah ialah menu spageti lagi. Siang kelmarin, masing2 kurang sihat. Tido jer. Buat sadin ngan kentang bilis bercili api. Jadi malam tadi, makan spageti lagi, but buat kuah cincai2 jer.

Resipi Kentang bercili api: (takde gambar)
1. Caranya kupas kentang, potong kecik,jangan tebal.
2. Potong cili api,bilis kecil, dan bawang putih dan merah - saya tumbuk seme bahan ni
3. Tumis bahan ,masuk garam skit, masuk kentang, dan air penuh kentang.
4. Biar sampai lembut. Jika belum lembut, tambah air lagi.


Aci tak makan macam ni? hik hik. kali ni takde cheesy meesy ya. :)


Makan ngan ayam goreng yg dicampur sedikit serbuk2 rempah, Teh o, mangga...hm, apa apa jer la..hihihi

Thursday, January 7, 2010

Spiral Pasta with carbonara mushroom sauce (from tin...actually)


Versi Orangputih campur melayu, buh cili padi. Hubby punya neh. Sampai tak cukup....Sedap katanya, sos carbonara nih. Saya komen, kurang masin. Hubby cakap, makanan western mane ada masin2. Ahaks...

Salam sejahtera, selamat pagi,

Malam tadi, kami dinner juga. Tapi, bukan nasi. Ngantuk sesangat dah. Hubby cakap, tak yah masak, kenyang makan kek tadi. Huhu, terharu. Tapi, we need to eat something yg ada protein.
Jadi, dgan rajinnya, saya buka tin carbonara mushroom nih. Ntah apa rasanya, tawakkal jer tu. Tengok kat tin, guna Fetuccini. Blom penah beli fetuccini tu. Spagetti , stoknya dah nazak. Spiral pasta ni, banyak lagi. Cuba-cuba la, gaul2 ngan carbonara mushroom ni. Sedap.....! Maceh banyak2, Ijan kat Finland tu.
Inspirasi dari dinner yang penah Ijan buat.


Spiral Pasta with carbonara mushroom sauce - sendiri. utk 2 org makan

Bahan-bahan
2 genggam Spiral Pasta - rebus hingga empuk, tapis. (saya guna jenama San Remo)
1/2 tin sos carbonara mushroom. (saya guna Prego, Campbells)
8 - 10 ekor udang - Rebus menggunakan sedikit air.(dikopek kulit atas sahaja, dan buang kepalanya).
2 sdb Air rebusan udang (utk menambah mencairkan sos, dan tambah perisa)
Sayur - brokoli yang dicelur (jika ada)

CARA:
1. Saya panaskan kuah sos carbonara mushroom tu, ngan 2 sdb air rebusan udang. Biar mendidih seketika. Angkat
2. Tuang sos ke dalam mangkuk berisi spiral pasta tadi. Gaul sebati. Hidangkan.

 
Ni bahan-bahannya. Zup zap je. ahaks...

 
Saya punya neh. Tak bercili tau....

 
Menyelit breakfast kami tadi.


Friday, December 18, 2009

Seafood Spiral Pasta - Malay Style


Ni pasta versi Melayu. Spageti kelmarin tak pedas. Ni baru kick....huhu. Tekak Melayu.

Salam sejahtera, selamat pagi,

Dah breakfast? Maaf ya, kami makan dulu. hihi. Lapo. Malam tadi, lepas ngap-ngap cempedak goreng, My Hubby gi majlis ceramah Maal Hijrah kat surau taman ni. Skali ngan baca Yasin. Saya fikir, ada makan-makan. Jadi,  saya pun goyang kaki. (saya tak ikut....cuti). Malas nak masak. hihi.

Balik, My Hubby tanya, makan apa? Rupanya ada jamuan kecil untuk budak2 jer.  Ala, saya dah ngantuk sesangat. Tak larat tengok dapur dan dunia dah. Ciannya My Hubby....

Pagi ni, semangat bangun awal-awal. Rebus spiral pasta. Masak seafood spiral pasta ala fusion. Cuma sayur je takde...(dalam pasta , letak sayur apa ek..?) 


Bahan-bahan pasta ala Melayu.

SEAFOOD SPIRAL PASTA - sumber sendiri untuk 3 orang makan

3 genggam (tangan) Spiral Pasta (saya guna San Remo) - direbus  sehingga kembang dan lembut.
2 sdb cili boh / cili kisar
3 ekor sotong (saiz besar) - dihiris  bulat2
1 genggam (tangan) Udang  - dah dibuang kulitnya.
1/4 biji bawang besar - dihiris nipis
2 ulas bawang putih  - dihiris nipis
garam secukup rasa
skit air masak

CARA :
1. Panaskan skit minyak.  Tumiskan bawang putih, bawang besar, udang dan sotong, sehingga agak kering airnya.
2. Masukkan cili kisar. Kacau sehingga cili agak garing.
3. Masukkan garam
4. Masukkan skit air supaya agak basah. (di sini boleh masuk sayur)
5. Akhirnya, masukkan pasta. Kacau sebati.
6. Angkat dan siap dihidangkan.


Sayur takde, kita makan buah epal ya... ;)

Jom breakfast.... ;)

Thursday, December 17, 2009

Spageti Makanan Laut / Seafood spaghetti

Jangan tenung lama2..no daun pasli ya. hihi.  Takde stok. :)

Salam sejahtera, selamat petang,

Ini lunch saya tadi. Simple-mimple. No daun pasli. Tapi still enak dan cepat dimakan...hihi.
Esok Awal Muharram, tahun 1430 H. Salam Maal Hijrah, buat semua teman2 blogger, dan yang mengenali kami. Moga tahun depan akan memberi azam baru dan kebahagiaan buat kita semua di dunia dan Akhirat. Amin... (Jangan lupa doa awal tahun dan akhir tahun, ya... :)


SPAGETI MAKANAN LAUT - sumber Chef Sabri, Rasa 2006.

400 gm spageti
2 ulas bawang putih - dicincang
2 ulas cili padi - dicincang
300gm tomato - dicincang (saya guna pati tomato Kimball)
20gm daun pasli
30gm udang kecil
30gm sotong
90ml minyak zaitun (takde, guna minyak biasa jer)
200ml stok ikan (takde, saya ganti air masak)
1 biji jus lemon (saya tak masukkan)
garam dan gula secukup rasa
sikit serbuk keju parmesan ( saya guna keju shredded jer)

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, udang dan sotong.
2. Masukkan tomato dan kacau sekejap.
3. Masukkan spageti, stok ikan dan daun pasli. Gaul rata.
4. Akhir skali, masukkan jus lemon, garam dan gula.
5. Hidangkan ketika panas bersama taburan keju parmesan.


Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers