Followers

Showing posts with label wire jewelry. Show all posts
Showing posts with label wire jewelry. Show all posts

Thursday, July 4, 2013

Handmade Brooch by me and ke Hospital Putrajaya.


As salam to prens out there. Hoping urusan hari ini adalah lebih baik dari semalam. Insha Allah.

Keinginan saya untuk berkongsi pictures latest brooch which is handmade by me. Sebenarnya, kedua-dua brooch adalah order dari officemate. Saya ini memang kategori rajinlah juga kalau ada order dari kawan-kawan. Walau macam mana pun, saya mesti cuba usahakan. Maklumlah permintaan orang kan.
Tapinya yang sedih sikit ialah bila sudah order tapi baut tidak tahu. Saya tidaklah sedih sangat, tapi rasa macam fikir ' orang jenis gini pun ada kan'.

Brooch hijau itulah, penat saya email orangnya. Tiada reply langsung. Walaupun lepas itu saya terserempak dengan dia di area office, saya malas hendak ingatkan dia tentang order dia itu. Sebab bagi saya, email saya sudah hantar with pictures sekali, tapi tiada layanan. In the end saya sedekahkan sahaja pada officemate saya. Sorrylah, saya memang jenis gitu, kalau sudah dua ke tiga kali bagi hint tapinya tiada respon, makanya di situlah the end urusniaga yang tidak berjaya itu.
Sebenarnya itu adalah sikap tidak bagus untuk berniaga, sepatutnya saya perlu pergi bilik dia or jumpa dia. Ialah manusia kan, kita tidak tahu mungkin dia ada masalah atau ke bizi an lain masa itu.
Op mungkin, saya perlu buat sekali lagi brooch itu, and saya perlu direct to she her. Itu baru langkah bijak.
I will nanti.
Alhamdulilah brooch pink itu sudah selamat sampai pada tuannya. Price cuma RM15 sahaja.

Pagi ini memang satu hari saya tiada kelas, tapi sebenarnya saya ada kelas tutorial. Tapinya lagi saya sudah buat advanced bagi soalan tutorial semalam petang semasa kelas lecture. So students ramai-ramai gembira kelas tiada dan ada yang terus siapkan soalan itu semalam juga, sebab ada yang akan balik kg sebab katanya tiada kelas lagi untuk minggu ini. Okies.


Pagi ini saya kena pulun habiskan preparation untuk kelas pagi esok. Aduhai subject ini dulu-duluan nya adalah milik saya, tapi sudah banyak kali bertukar tangan. Then ianya telah kembali semula kepada saya akhirnya. Makanya with the updated slide presentation, saya rasa saya perlu study semula lecture untuk esok ini.

Insha Allah, tengahari nanti hendak ke Hospital Putrajaya. Mohon doakan semoga Allah permudahkan urusan kakak ipar saya ini yea. Dia ada operation hari ini. Sakit apa, lain kali saya story, Insha Allah.
Saya hendak temankan anak buah saya di hospital while ibu dia on operation. Tidak pasti Angah saya datang or tidak ke KL hari ini.

Pictures handmade ini sudah upload dulu. 
Sahaja tunjukkan lagi.


Thursday, June 6, 2013

Brooch handmade by me.

As salam.
Hi mommies semua. Harapnya semua okies dan baik-baik pagi ini kan.
Maklumlah sebelum keluar rumah banyak perkara yang hendak di lakukan. Terutama perihal anak-anak kan.

Saja saya hendak kongsi dua brooch handmade by me. Sudah lama sangat saya simpan beg wire jewelry saya ini. Paling last buat ialah lepas bersalinkan Qeqeem iaitu pada tahun 2011.
Minggu lepas akhirnya saya update dan susun semula barangan saya ini. Terutama beads comel-comel itu. Perlu sort semula ikut saiz dan color.
Hehehe Selasa lepas, saya berpeluang tambah collection colors beads saya lagi. Alhamdulilah. Seronok dan gembira sangat. Berbunga-bunga hati ini.


Minggu lepas itu, puncanya saya reopen again beg saya itu ialah untuk buatkan satu brooch untuk di hadiahkan pada officemate saya yang akan berenti.
Kak Shafrina ini selalu puji handmade brooch saya yang pernah saya buat sebelum ini yang saya pakai di tudung. Sebenarnya ramai yang bila tahu saya buat sendiri brooch yang saya pakai, mesti diaorang puji. Alhamdulilah, ada juga yang minta saya buatkan dan jualkan pada diaorang.
Op, saya masih belum ada kesempatan banyak untuk ambil order kawan-kawan. Yang saya buat itu pun, sempat saya buat sambil TV menonton saya, bukan saya menonton TV. Lagi dengan anak-anak yang mestinya sama-sama duduk sama-sama mengulit beads kecik-kecik itu.

Brooch untuk Kak Shafrina.

Ini hadiah saya untuk Kak Izan, clerk di tempat saya.

Wednesday, September 28, 2011

wire jewelry - brooch

~ Black Maria ~

Monday, July 12, 2010

Bracelet for sale - RM 9 only - ALL SOLD OUT (14 JULY)

Another 5 different color and design shape in myrainbowbeads blog (not include postage)


My web design.

Purple Brooch for sale - Handmade by me




Email me at reenynor3423@yahoo.com or YM me at same address if interested. Tq

Wednesday, July 7, 2010

Brooch handmade by me - SOLD


Ingat lagikan..sudah 2 minggu rasanya aku tidak kesempatan jumpa pemilik brooch ini. Memang sudah masuk 2 bulan lebih Miss M order dari aku. Tapi tiada kesempatan langsung untuk membuatnya. Alhamdulilah, semalam baru dia dapat melihat sendiri brooch ini dan dia amat menyukainya. Syukur.
Ada sesiapa berminat untuk order any color of brooch and design Insyallah aku boleh buatkan. Harga jangan risau...amat murah.

Friday, June 25, 2010

New creation


Three of my new creations. 2 brooch dan 1 charm. Brooch yang hitam menawan itu ambil masa juga aku hendak siapkan. Ialah kena fikir juga design yang menarik dan sesuai juga yang aku boleh buat. Bila sudah siap rasa sungguh happy sangat.
Brooch yang kedua..memang simple sahaja. Tidak lama untuk siapkan brooch ini.
Charm yang akhir itu pun makan masa tidak lama untuk buat web itu. Rasa sungguh teruja bila dapat buat sendiri dengan pertolongan gambar sahaja. Sukaaaa sangat.

Black beauty brooch  is open for sale.

Wednesday, June 16, 2010

my new handmade brooch - anyone interested? ;))

Thursday, May 27, 2010

dekat hendak Out of stock barang-barang ini.

Key chains, hand phone strap and charms

Polymer clay flowers

Brooch pins.

Stringing material

The whole thing together

Kalau tidak silap aku dalam Sabtu 15 May lepas aku telah pergi membeli belah barang-barang diatas. Aku pergi seorang sahaja. Dekat 2 jam lah juga aku berada di kedai itu. Bukan apa part pilih memilih ini memang kena pilih betul-betul. Aku memang sudah list down semua barang-barang yang akan dibeli cuma aku perlu confirm kan color, saiz dan shape bila aku berada di kedai. Memang seronok sungguh membelek-belek bead dan charm yang macam-macam color dan bentuk. Itu yang lama fikir hendak beli yang mana satu.
Tapi setakat hari ini, memang semua bead dan gemstone memang sudah habis. Hatta sekiranya satu gelang pun aku tidak dapat buatlah sekarang ini.
Nampaknya terpaksa buat order online baru secepat mungkin. Ada order mulut ke mulut yang masih pending.
Rezeki rezeki..alhamdulilah.


Wednesday, May 26, 2010

My new blog shop

Baru-baru ini aku sempat menyiapkan 2 blog baru. Satu untuk blog shop barang-barang wire jewelry aku dan satu lagi untuk repair dan service komputer for my hubby. Juga account repair dan service komputer di Mudah.com oleh my hubby juga. So sudi-sudilah melawat blog baru ini. Sila klik pada address disebelah kanan blog aku ini untuk ke sana. Terima kasih.


New bracelets.


Start Ahad malam lepas aku ambil masa lebih kurang 5 jam dari lepas maghrib until 1am untuk siapkan 11 new bracelets. My runner sms minta gelang banyak-banyak sekali. Sebab ada permintaan tinggi untuk gelang aku buat masa inilah. Alhamdulilah rezeki ALLAH...walaupun I'm so tired, aku cuba sedaya yang mampu untuk siapkan new bracelet hingga habis semua beads yang aku ada.
Aku menambahkan lagi collection yang ada pada hari Isninnya pula. Dan aku telah mengambil masa until 6 hours lagi untuk menyiapkan semua yang ada.
Total up, kalau tidak silap aku telah berjaya menyiapkan 18 bracelets, 2 brooch dan 6 hand phone chain.
Lenguh sungguh jari jemari aku.
Tapi aku cukup puas melihat hasil kerja tangan aku itu.
Hubby pula menghulur bantuan dalam mengambil gambar semua handmade yang telah siap. Sungguh cantik gambar-gambar yang diambilnya. Hubby juga yang tolong wrapping semua barang-barang untuk di masukkan kedalam sampul surat. Tq so much sayang. Jangan tidak tahu..ok...hubby juga tolong letakkan harga barang. Aku sungguh penat hinggakan tidak dapat berfikir untuk meletakkan harga barang.

Bayangkan bagaimana keadaan kami membuat kerja dengan Haziq yang asyik sepak bolalah, main itu main ini di situ. Kejap-kejap Haifa menangis hendak susu. Berhenti sekejap bancuh susu. Begitulah kejap buat kerja kejap lagi kena layan anak-anak pula.
Syukur semuanya sudah selamat.

Siap-siap sahaja semuanya semalam lewat petang..terus aku ke Pejabat Pos di Tesco. Aku pos menggunakan pos laju dengan harga RM 5.80 semuanya. Insyallah sampai kedestinasi dalam hari Khamis nanti.
Sebenarnya duit hasil jualan gelang yang hari itu pun aku belum ambil lagi. Semuanya dalam RM 90 rasanya. Nenantilah ambil.

Diatas sebahagian dari gambar bracelet yang telah aku buat dan hand phone chain.
Banyak lagi bracelet yang aku telah buat itu akan aku letakkan gambarnya di blog shop aku nanti..insyallah.
Pada sesiapa yang berminat nanti, tetap boleh order lagi. Aku buat tetap yang sama dan yang baru.
Tengah banyak kerja di office sekarang ini.

Friday, May 21, 2010

New Stretchable Handmade Bracelet and brooch.

Handmade baru yang aku telah siapkan. Detail harga ada di blog MYRAINBOWBEADS baru aku itu. Sila-silalah menjamu mata...manalah tahu ada yang berkenan.

Thursday, May 20, 2010

Brooch polymer clay red flower.


My new handmade brooch. Cuba pertama kali. Ini hendak buat my own collection sahaja. Red Chinese crystal 4 mm, polymer clay red flower and nugget <--- (kalau tidak aku namanya batu leper-leper itu). Dalam ukuran diameter 3.5 mm.


Nampakkan ada 5 arrows dalam picture diatas. Perasaan atau tidak, 5 biji batu disitu telah tertanggal. Brooch ini aku beli sahaja. Bukan buat sendiri pun. Sudah penat gam pun boleh tertanggal semula. So aku geram sangat...aku wire kan semua itu dengan bead aku sendiri yang sama color. Puas hati...kukuh terus. Ok...kan..tengok di picture itu, tidak nampak pun wire yang aku gunakan untuk mengikat beads itu. Macam beads 4 mm ini sebiji harganya 15 sen sahaja. Total harga untuk brooch ini ialah 75 sen untuk batu dan campur service campur wire  juga sedikit keuntungan lagi semuanya dalam RM2.50 sahaja...murahkan.
Aha...aku pun boleh buat service untuk brooch pada siapa-siapa yang hendak repair brooch yang disayang yang telah tertanggal batunya itu.
Bukan mahal pun aku charge, cuma pada harga batu itu sahaja dan sedikit charge untuk service sekiranya brooch itu complicated design nya. Memang lenguh jari-jari aku hendak repair benda kecik-kecik ini.

Thursday, May 13, 2010

Pedas gitu and new bangle.

Hari Isnin baru ini, hubby masak tomyam. Yup hubby yang masakkan. Tq so much to him. Asalnya memang hubby langsung tidak tahu masak....zero. Hatta semenjak aku pregnant kan Haziq dulu, aku memang mabuk sentiasa sahaja manalagi muntahnya. Maka dengan ikhlas rasanya lahkan, hubby pelan-pelan belajar masak. Setiap masa dia bersms dengan adiknya Dewi di Tawau semata-mata untuk tanya cara masak step by step gitu. Dari bahan-bahan masak until cara memasak. Alhamdulilah..sedap juga masakkan hubby. Itu cerita dulu, tapi sekarang ini kalau dia masak...terasa lebih sedap dari aku gitu. Terutama nasi beriani, nasi ayam, mee goreng mamak, sup ayam dan ada lagi 2, 3 masakan. Semua pakai rempah sendiri sahaja tiada guna rempah segera itu.

Mulanya masa makan malam itu aku makan nasi sikit sahaja. Tapi disebabkan sungguh kesedapan layan tomyam...maka aku layan sekali dengan mee hoon pula. Aduhai sedapnya. Masa makan nasi itu, layan sekali dengan telor dadar. Hatta macam rasa makan di kedai gitu. Patut pun ramai chef terkenal adalah orang lelaki....kan


Itu ialah bangle dan brooch yang telah siap hari itu lagi. Tiada kesempatan untuk mengambil gambar masa itu. Fikir-fikir aku lebih suka pakai bangle itu dari pakai bracelet. Sebab ia lebih terletak dan tidak bergerak-gerak. Bangle itu berwarna purple. Brooch itu juga memang untuk dijual. Masih juga belum sempat untuk dibawa ke office.

Thursday, May 6, 2010

Bracelet - myhandmade - RM 15 only - Sticky post (1 week)

Semua pearl yang terdapat pada gelang adalah berwarna putih sebenarnya. Quality camera tidak memuaskan. Harap Maklum.
SOLD to Kak Naemah.

B01

BO2

B03

B04

B05

Wednesday, May 5, 2010

Brooch - my handmade.

Sudah-sudah jamming masa balik kerja semalam. Aku pun suka-suka hati mengambil picture ini. Aku suka menda nie. Comel. Ini pun open for order too. Aku buat yang lainlah kan. Harganya aku belum sempat letak lagi. Belum fikir lagi pun. Ada beberapa design terfikir di kepala aku, tapi itulah aku tidak punya banyak masa free...kan. Harap maklum.

Tuesday, May 4, 2010

Aku mahu makeover brooch itu semula.


Sorry quality picture kureng sungguh. Ini antara kerja aku sekarang ini. Membaikpulih brooch yang telah tertanggal batuannya. Siap aku sudah pesan pada kakak aku supaya kumpulkan brooch yang sudah tidak digunakan lagi...aku mahu makeover brooch itu semula. Asalnya aku gamkan juga dengan UHU. Tapi tertanggal juga semula. Ermm..so tetiba aku terfikir idea ini. Brooch purple itu asalnya samalah design dengan brooch biru. Lama terbiar begitu sahaja. Maka aku ikatkan 2 biji Chinese crystal warna purple pada brooch itu. Comel kan.

Bila aku buat sedikit survey di officelah. Aku lihat ramai orang suka dan berminat untuk beli handmade brooch. Ermm..so malam tadi memang aku sudah mencuba untuk membuat satu brooch base dari rekaan satu laman web http://www.beadspage.com/. Nanti aku update picturenya. Ialahkan...buat malam tadi...siang ini sudah pakai. Alhamdulilah..ada yang berminat nampaknya. Namun aku belum letak harga lagi. Payahlah untuk tentukan harga ini. Kalau boleh aku tidak mahulah jual mahal-mahal pun.
Tapi sakit jari-jari aku sebab pintal benda kecik-kecik.

Monday, May 3, 2010

Red tiny tiny bracelet for ALIA.

Order from Aliaa my 1st customer. Thank you dik. RM 20 (sold).

Sunday, May 2, 2010

Kami ke KL Central hatta mengambil makcik tersayang naik train dari Singapore.

Seperti biasa ole-ole dari cousin aku Farah, majalah MANJA berharga SING3.90 dan juga berserta freegift majalah iaitu beg kecil...SYOK...

Beg ini tidak nipis pun. Tebal lah juga sebab  berspan.

Malam sabtu baru ini, kami ke KL Central hatta mengambil makcik tersayang naik train dari Singapore. Adik emak aku ini datang bersama suami dan Ahmad Farid Hamin, cousin aku yang masih belajar lagi di Poly or Junior Collage.
Kan aku pernah beritahu, yang family aku juga family belah emak aku semuanya. Memang rindu hendak naik train semula sekarang ini. Ialah kan..zaman dulu-dulu itu, memang setiap kali mereka datang Pilah, mesti naik keretapi dari Tanjung Pagar dan turun di Tampin. Lagipun emaklah satu-satu daripada 11 adik beradiknya yang berkawin dengan orang Malaysia hatta my father. So semestinya kalau hendak feel aura kg..mesti diaorang berkunjung kerumah kami.
Hatta zaman emak kawin dulu pada tahun 1964 pun rombangan dari sinun datang menaiki keretapi. Pehhh punyalah jauh journey masa itu...kan.

Sekarang ini memang jarang pakcik aku driving kalau pergi KL. Kalau datang ke kg barulah driving sendiri selalunya. Lagipun niat untuk ke Malaysia ialah untuk berehat...maka sebaiknya ada orang lain drive kan kalau kesini...hatta aku atau kakak aku atau adik aku atau saudara mara sebelah pakcik aku.
Setelah siap menghantar mereka ke rumah kakak, kami pulang ke rumah di Pandan Indah. Sampai rumah dalam jam 1am. Kasihan pada Haifa dan Haziq yang sudah tertidur di dalam kereta lagi. Aku pula tidur dalam jam 2 pagi.

Malam minggu pula, diaorang pergi menonton teater di Istana Budaya bertajuk Muzikal Teratak Minang. Kalau dilihat dari laman web IB, pelakonnya terdiri dari pelakon Malaysia dan juga pelakon Indonesia.
MUZIKAL TERATAK MINANG

Hari Sabtu aku sempat mengupdate gelang untuk Kak Naemah, officemate. Dia minta ditambah itu dan ini lagi pada gelangnya itu. Juga aku perlu menambahkan lagi loop pada gelang kerana panjang gelang yang aku buat itu adalah mengikut standard tangan aku dalam 17.5cm atau 18cm. Untuk Kak Naemah aku panjangkan lagi ke 20cm.
Dibawah adalah order dari Alia yang masih dalam proses penyambungan lagi, officemate aku juga. Dia mahukan warna merah. Alia order dari hari Isnin lepas lagi, tapi aku tidak berkesempatan untuk membuatnya. So aku sudahkan gelang pada hari Sabtu. Alia merupakan 1st customer aku :)).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails