Showing posts with label ukhwah. Show all posts
Showing posts with label ukhwah. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

Ukhwah Kucai dan Mak Aji

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca yang budiman,

Masya Allah, Allahuakbar! Saya sungguh suka dapat berjumpa dengan Ummu Madihah atau nama popular Mak Aji pada Ahad yang lepas. Mak Aji mahukan kucai yang saya buat giveaway pada entri saya yang lepas. Mak Aji yang datang bersama dua orang menantunya, hampir pulang kerana bagi salam tiada siapa yang menyahut. Ya ampun Mak Aji, saya tengah seterika baju di bilik belakang. Syukurlah Mr Chef yang tengah tidur tu dengar. Saya terpaksa buat lambaian kasih dari tingkap atas sebab nak panggil tak tahu siapa yang datang. Mujurlah Mak Aji perkenalkan diri.

Malu juga dengan Mak Aji, datang tatkala Petak Hijau tengah semak samun. Nak panggil Amir si pemotong rumput kesian pula hujan-hujan nak datang potong rumput.


Ini adalah pemberian Mak Aji. Masya Allah, banyak betul. Rasa macam sistem barter berat sebelah. Saya hanya beri sepasu kucai saja. Tak terfikir tadi nak bagu pokok-pokok lain yang ada sebab terkejut Mak Aji datang. Syukur juga saya ada di rumah. Sudah takdir Allah kami berjumpa dan bersembang pada petang hujan renyai-renyai itu. Terima kasih banyak-banyak Mak Aji. Buat pengetahuan Mak Aji, saya telah semai semua yang Mak Aji beri sejurus Mak Aji pergi. Teruja sungguh!
Mak Aji beri saya
+ Hempedu bumi
+ Kunyit hitam
+ Bunga raya inverted color
+ Pokok bunga trumpet 



Sempat bergambar dengan Mak Aji yang sporting sangat! Potong badan saya separuh sebab lebar benar nampak :) Kucai yang menjadi pemula ukhwah kami :) Kucai telah mendapat tuan baru yang lebih baik :)



Tuesday, October 29, 2013

Ukhwah Aloe Vera Afrika

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Aloe vera Afrika memang besar dan boleh dibuat jus. Kawan-kawan boleh rujuk entri yang lepas tentang aloe vera Afrika. Saya juga pernah membuka giveaway aloe vera ini. Sepasu aloe vera Afrika sudah bertuan baru :) Terima kasih kerana sudi menjadi tuan baru aloe vera Afrika ini.

Di samping berkebun dapat juga berukhwah. Masya Allah! Saya suka!

Seterusnya biarlah gambar berbicara :)