Pokok pepanggil dibeli dari kebunbahagiabersama.blogspot.com. Pokok ini pernah mahu berbunga tetapi macam terencat tak keluarkan bunga. Pokoknya seperti berpenyakit terkena virus mozek. Suami Diana, semasa kedatangan mereka berdua ke rumah untuk mengambil kotak kayu give away pernah buat pernyataan bahawa, mungkin anak-anak pokok boleh muncul sana sini sambil menunjuk kepada porch kereta kami. Saya berasakan suami Diana berjenaka, tetapi setelah melihat anak-anak pokok terbitan pepanggil ini tumbuh sana sini, kenyataan suami Diana tu mungkin boleh jadi kenyataan.
Pokoknya yang tak merimbun dan bunganya yang unik memang membuatkan hati tertarik nak beli. Sekarang hanya perlu bersabar tunggu kemunculan bunganya. Sabarlah dalam bersabar! :)
Gambar lama semasa pokok pandan masih hidup. Pokok pandan kami mati kekeringan semasa balik hari raya lepas.
Pokok induk yang sudah nampak tua. Yang bintang-bintang itu adalah terbitan pokok pepanggil. Duduk dekat-dekat dengan pokok mulberi :)
Inilah rupa bentuk bunga yang dinanti di Petak Hijau.
Gambar kredit kepada kebunbahagiabersama.blogspot.com