Showing posts with label lobak putih. Show all posts
Showing posts with label lobak putih. Show all posts

Wednesday, March 26, 2014

Happiness is pulling out radish from your own frontyard

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,

Semalam adalah kali pertama saya menjalani fisioterapi. Alhamdulillah, sakit tapak kaki semakin berkurangan. Physiotherapist menegur tentang kasut saya. Kasut juga penyumbang kepada keradangan tapak kaki yang saya hadapi. Kasut saya yang buruk itu telah berkhidmat selama 2 tahun lebih. Physiotherapist menyarankan kasut ditukar setahun sekali atau beli pelapik letak di dalam. Akibatnya, pulang saja dari menjalani fisioterapi terus saja saya pergi beli kasut. Perlu dengar nasihat dari pakar. Tak nak sakit berulang lagi. Sebab memang sakitnya berdenyut-denyut.

Saya ambil anak-anak awal dari biasa dari rumah pengasuh. Muaz buat muka tak puas hati sebab tak sempat nak main bola sepak dengan kawan-kawan. Nak ambil hati anak-anak, saya bawa mereka makan Tutti Frutti kegemaran mereka. Masih lagi muncung senyap seribu bahasa tidak seperti biasa. Sesampai di rumah, mereka bersiap-siap nak mandi petang. Sebab nak ambil hati lagi, saya cadangkan mereka tarik keluar semua lobak putih di Petak Hijau. Seronok tak terkata, berebut-rebut kedua-duanya keluar nak cabut. Lepas ni kene tanam lobak putih banyak-banyak lagilah nampak gayanya.

Selain lobaknya, daunnya juga boleh dibuat sayur. Hasil tuaian semalam mendapati daun banyak dan subur. patutlah lobaknya tidaklah besar sangat. Apa-apapun syukur alhamdulillah kerana, tuaian petang semalam dapat dinikmati semasa makan malam. Mr Chef masak masak lemak putih dan kami goreng ikan amberjack lagi! Permintaan anak-anak nak makan ikan amberjack.

Jom tanam sendiri lobak putih di rumah. Ia mudah dan cepat dapat hasil. Biji benih boleh didapati daripada tanamsendiri.com atau kebunbahagiabersama.blogspot.com.

Lebar senyumannya dapat tuai lobak tanam sendiri


A circle of radish


A row f radish


Daun lobak putih


Makan sehingga licin pinggan.


Hasil tuaian di kebunbahagiabersama.blogspot.com. Bungkusan sampai semalam. Nam nam kegemaran  terus dimakan semalam. Kebun Bahagia Bersama mengadakan Pasar Online setiap minggu. Untuk maklumat lanjut boleh lihat di blog tersebut atau emel ke kebunkmg@gmail,com.


Friday, March 7, 2014

Mudahnya menanam lobak putih kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,

MasyaAllah, la quwwata illa billah (Al Kahfi : 39). Lobak putih sudah membentuk lobaknya :) bersedia untuk dimasukkan di dalam menu kegemaran Mr Chef ~ Lobak masak lemak putih bersama-sama daunnya sekali. Banyak juga kali ni saya tanam lobak putih sebab mudah nak jaga. Lobak putih tahan panas. Dengan cuaca yang panas sekarang ini dengan sedikit hujan, lobak putih dapat bertahan dan hidup agak subur berbanding tanaman yang lain. Jadi, saya akan masukkan dalam Gardening Planner saya bahawa lobak putih sesuai ditanam pada bulan Januari sehingga Mac.

Biji benih dibeli daripada tanamsendiri.com. Biji benihnya hampir 100% bercambah!



Projek kebun tadika Muhsin. Semuanya lobak! Mesti mereka akan teruja melihat hasilnya nanti.


Wednesday, October 23, 2013

Kucai Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Siapa suka makan kucai? Baunya memang agak tengik kan. Kucai adalah daripada keluarga bawang. Apabila menuai kucai, jangan ditarik bawangnya sekali. Kerat daunnya sahaja dan daun baru akan tumbuh semula. Pokok ini juga tahan makhluk perosak. Mungkin sebab baunya yg kurang menyenangkan. Tuaian kucai kali ini Mr Chef masak bersama tauhu goreng dan taugeh dibuat masak kicap. Memang yummy sekali! Kids pun suka makan. Kucai juga Mr Chef selalu masukkan dalam kueteow dan cucoq udang. Terung susu dan rosy radish tu sampingan stok hujung nyawa. Mr Chef panggang mereka-mereka ini. Sedap!



Kucai lebih mudah ditanam daripada bawangnya berbanding biji benih. Saya mempunya sepokok kucai di rumah yg tumbuh daripada biji benih. Kepada sesiapa yang berminat dan serius untuk menanam kucai di rumah bolehlah datang ambil di rumah saya. PERCUMA sahaja ya. Tiada caj tersembunyi dan asterisk di akhir perkataan ^_~ The more you give the more you get! Hubungi saya di zamzurina@gmail.com. Rumah saya di Shah Alam. En Is ada tunjukkan cara menanam kucai. Boleh baca di sini.



Sunday, September 29, 2013

Rosy Radish penambat hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan kebun dan pengunjung-pengunjung blog yang saya hormati,

Saya kurang pasti benih radish merah ni dari tanamsendiri.com ataupun Kebun Bahagia Bersama. Stok benih sedang beratur untuk digunakan, ambil dan tabur tanpa nak tag nama. Sambil nak pergi pejabat atau keluar rumah hujung minggu masih sempat tabur biji benih (yang mana sempatlah kan). Rosy Radish ni saya semai pada awal atau pertengahan Syaaban 1434H. Memang cepat membesar dan perlu dialih untuk tumbesaran yang sempurna. Jika saya tidak mengalihnya mungkin tidak membesar seperti ini. Saya katakan begini kerana, ada sepokok yang saya tidak alih dan memang ia tidak membesar pun. Boleh rujuk entri En Is tetang mengalih semaian di sini. Menjaga radish tidak susah. Perlu disiram 2 kali sehari. Kadang-kadang saya siram dengan air pokok kiambang kerana kandungan kalium yang tinggi membantu untuk pertumbuhan akar. Maka ia sesuai digunakan untuk sayuran akar. Maklumat lanjut tentang kalium sebagai nutrien tumbuhan boleh dibaca di sini. Rosy Radish juga tidak perlu menunggu lama untuk menuai hasilnya. Dalam masa satu setengah sehingga 2 bulan sudah boleh dituai. Memang puas hati tanam radish bagi pekebun amatur macam saya ni. Saya suka! Sila cuba tanam ye kawan-kawan.


Rosy Radish segar lazat apabila dimasak dengan rumpai laut hitam. Saya lihat Mr Chef masukkan juga kurma China untuk rasa manis. Memang sedap! Jika bersekempatan nanti saya kongsi resepi yang Mr Chef guna di blog ini.
Hasil tuaian yang disebelah rosy radish tu cuba cik puan/ tuan semua  teka,
pokok apakah ia :)
Entri seterusnya kita cerita :)
Jawapan siapa betul dapat hadiah misteri daripada saya,
Cik Puan yang baru balik dari Australia tak aci jawab ye :)



Sekelompok Rosy Radish dalam polisterin. Saya tuai secara berperingkat. Sehingga entri ini ditulis, kawasan ini telah kosong.



Friday, April 5, 2013

Pengajaran daripada lobak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ini adalah daikon segar yg dituai hujung minggu lepas. Biji benih dibeli dari Kebun Bahagia Bersama. Lobak dan daunnya dibuat sayur masak lemak putih. Tidak sempat nak ambil gambar hasil lobaknya, Mr Chef dah potong untuk dimasak. Daikon cepat membesar dan memberi hasil dalam masa sebulan lebih. Semasa saya tuai tidaklah besar sangat sebab sekarang kami kekurangan sayur di Petak Hijau. Saya tuai jua untuk elakkan kids bosan asyik makan sayur asin-asin.


Sempena hari Jumaat yg disarankan kita berdoa dan berwirid setiap masa ini, saya ingin kongsikan gambar lobak yg saya dapat dari seorang kawan yg menarik hati saya untuk dikongsi di sini. Sungguh terkesan. Peringatan untuk diri sendiri.



Wednesday, March 27, 2013

Hasil tuaian 230313

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Syukur alhamdulillah. Tuaian hujung minggu lepas meriah dengan sayur-sayuran hijau. Pertama kali dapat rasa makan mentah mustard red giant. Memang rasanya spicy.


Rosselle, radish, tomato, cili kulai, bayam hijau daun bulat, sawi hong cut flower dan mustard red giant.

Semasa sarapan, Mr Chef masukkan mustard red giant dalam maggi penne seafood sup :) sedap juga. Bertambahlah 2 kali. Semasa tengah hari, sesambil Mr Chef masak untuk lunch, sempat pula dia membuat salad letak thousand island yg terdiri daripada mustard red giant tanam sendiri, tomato tanam sendiri dan lobak merah beli sendiri. Sedap! Kalau makan raw mmg saya tak selesa :)


Sempat snap gambar bunga sawi menang semasa menuai.




Saturday, March 16, 2013

Apabila hasil tuaian di papan pemotong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kobis cina, Sawi Hong Cut Flower, Pudina, Rosselle, Bunga telang dan tomato


Kucai, daun kunyit, Kailan, lobak putih, bendi dan red capsicum


Sukar digambarkan perasaan apabila hasil2 tuaian berada di papan pemotong. Syukur alhamdulillah. 


** Credit to smallkid sebab bagi pinjam wagon comelnya.

Sunday, February 24, 2013

Tuaian lobak putih sulung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sungguh teruja menuai hasil lobak putih yg pertama ini. Tidaklah sebesar manapun. Daunnya saja yg banyak. Tapi apabila Mr Chef gabungkan sekali lobak dengan daunnya buat masak lemak sangatlah sedap. Kids pun suka. Tak sabar pula menunggu lobak2 yg lain terbentuk. Kene tanam lebih banyak lagi atas arahan Mr Chef :) Teringat dulu semasa full breastfeeding anak kedua 4 thn yang lepas, lobak putih inilah rajin dimakan untuk menambahkan susu badan. Tetapi semasa itu beli kat pasar sajalah. Masih belum berkesedaran untuk tanam sendiri lagi ;)