Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Agak rajin pokok limau kasturi ini berbunga. Alhamdulillah. Setelah pokok ulam raja dicantas dalam pasu limau kasturi, makin besar pula pokoknya cuma ulat bulu pula aktif memakan daunnya. Buah2 limau kasturi banyak yg terbentuk. Alhamdulillah. Semoga buah2nya dapat membesar tanpa gangguan.
Showing posts with label citrus. Show all posts

Thursday, February 28, 2013
Monday, January 14, 2013
Pokok limau purut bercabang dua
Assalamualaikum,
Pokok limau purut ni saya beli di nurseri kawan saya di Kampung Melayu Sg Buloh semasa beraya di rumahnya tahun lepas. Sambil beraya sambil membeli-belah pokok2 :) Daunnya Mr Chef selalu gunakan untuk tom yam dan paprik. Tak banyak guna sangat pun. Kalau dilihat ada 2 pokok ulam raja yg dah macam beraja di pasu limau purut. Nampak ulam raja pula lebih dominan. Nak buat macam mana, memang ulam raja ni champion dalam Petak Hijau. Menempek sana dan sini. Saya tak kisah. Sebab saya mmg suka makan ulam raja :)

Thursday, January 3, 2013
Limau Kasturi berbunga harum (Citrus microcarpa)
Assalamualaikum,
Pokok limau kasturi ni saya beli di nurseri kawan saya di Sungai Buloh. Limau kasturi adalah di antara pokok tanaman kami yg terawal. Masa tu tak pandai lagi nak bertanam sayur-sayuran. Selepas 2-3 bulan pokok limau kasturi ni mengeluarkan bunga yg sangat banyak. Saya yg tak pernah tgk bunga limau kasturi menjadi sungguh pelik. Adakah betul ini pokok limau kasturi? Berbau harum pula tu. Suami suruh saya sms kawan di Sg Buloh tanya perihal pokok limau kasturi yg berbunga harum, kot salah ambil pokok. Akhirnya setelah maklumat dicari, betullah itu adalah bunga limau kasturi. Lucu sungguh! Jahilnya kami pasal tumbuhan. Padahal asal dari kampung ~ Orang kampung yg take things for granted! Sesungguhnya dunia tanam sendiri bagi org yg tidak berpengetahuan macam kami ni penuh dengan kejutan!
Buah limau kasturi semakin membesar dan saya tak pasti bila masanya saya boleh tuai buahnya. Tunggulah besar sikit lagi dan macam kuning2 sikit kot. Ada lebih 10 biji limau kasturi menunggu untuk masak. Asalnya mmg banyak tapi ada yg saya buang sebab nak tinggalkan beberapa biji saja dalam satu tangkai (Agak kurang pasti samada amalan ni betul atau sebaliknya). Apabila hujan lebat, banyak pula buah2 muda yg gugur ke bumi. Tinggallah beberapa saja yg masih bertahan. Harap dapat bertahan supaya kami boleh gunakan untuk buat teh 'o' limau panas untuk minum petang :)
Kalau diperhatikan ada sepokok ulam raja yg dah menjadi raja di dalam pasu limau kasturi. Saya biarkan saja. Biar mereka berkawan :) mungkin boleh jadi buddy yg baik utk pokok limau kasturi yg selalu menjadi santapan ulat bulu. Limau kasturi ini beberapa hari yg lepas mengeluarkan bunga lagi. Alhamduilllah, telah nampak putik2 kecil membentuk buah. Saya mengamalkan menyiram dengan kepala dan perut ikan yg dikisar 2 minggu sekali.
Saya tak jumpa laman yg khusus membincangkan kaedah tanam sendiri limau kasturi. Kaedah penanaman limau yg umum boleh di dapati di ~ Kaedah penanaman limau dari Portal Pertanian Perak.

Subscribe to:
Posts (Atom)