Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Aloe vera Afrika memang besar dan boleh dibuat jus. Kawan-kawan boleh rujuk entri yang lepas tentang aloe vera Afrika. Saya juga pernah membuka giveaway aloe vera ini. Sepasu aloe vera Afrika sudah bertuan baru :) Terima kasih kerana sudi menjadi tuan baru aloe vera Afrika ini.
Di samping berkebun dapat juga berukhwah. Masya Allah! Saya suka!
Seterusnya biarlah gambar berbicara :)
Showing posts with label Aloe vera. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013
Thursday, January 24, 2013
Jus Rosselle dan Aloe Vera penyejuk badan
Assalamualaikum,
Saya telah mencuba untuk membuat campuran kiub aloe vera dan jus rosselle. Memang sedap dan aloe vera berasa sangat rangup dan segar. Sebelum ini saya pernah rasa jus campuran epal aloe vera dalam TetraPak, mmg terasa kelainannya. Kaedah penyediaan seperti berikut:

- Satu bahagian kulit aloe vera dikupas, kemudian dikeluarkan isinya menggunakan sudu. Buang sisa2 hijau kerana ianya agak pahit.
- Basuh isi aloe vera 3 kali dengan air.
- Kemudian, potong isinya dalam bentuk kiub dan masukkan terus ke dalam jus rosselle.
Monday, January 21, 2013
Aloe vera Afrika
Assalamualaikum,
Aloe vera Afrika ini diberikan oleh seorang kawan 3 tahun lepas. Aloe vera spesies ini memang besar daunnya. Menurut kawan saya, daunnya boleh dibuang kulit dan diambil untuk dimasukkan dalam jus. Saya belum pernah makan tapi merancang untuk buat jus rosselle aloe vera. Aloe vera ini hidup subur jika mendapat cahaya matahari yg banyak dan lama. Jika diletakkan ditempat redup sikit, pertumbuhannya seperti terbantut. Sudah ada beberapa anak pokok aloe vera telah saya semai diambil daripada induk. Sesiapa yg berminat dan rajin datang Shah Alam bolehlah singgah ambil anak pokok aloe vera ini. Gambar di bawah adalah pokok induknya. Seperti yg diketahui, aloe vera memang sinonim dengan kecantikan kulit. Selain untuk kecantikan kulit, kegunaan lain aloe vera boleh dibaca di sini.

Subscribe to:
Posts (Atom)