Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Cara Cairkan EBM

'EBM = Expressed Breast Milk'
1. Pilih botol yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.
2. Turunkan EBM beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair… InsyaAllah ATAU....
3. ... lalukan EBM beku di bawah aliran air paip.
4. Bila sudah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/suam ATAU gunakan pemanas susu khas.

AMARAN KERAS !!!
- JANGAN cairkan EBM beku dalam suhu bilik.
- JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan EBM beku kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
- JANGAN masak EBM beku di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
- Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
- Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula.

TIPS
- Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
- Pangku bayi anda ketika memberi EBM
- Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
- Sesudah minum, BURP kan bayi anda.

Petikan dari : http://petuapakar.blogspot.com/2011/03/tip-penyediaan-ebm-cara-cairkan.html

Saturday, December 1, 2012

Pengurusan EBM

Macam saya sebelum ni fikir macam2 la pasal EBM ni. Macamana nak uruskan, mana yang kena bagi dulu kat baby. Macam2 la. Padahal bila kita dah lalui, senang je. Tak la serumit apa yang saya fikir sebelum ni. Saya memang macamni suka fikir melebih2. Huhu...

Awal2 lagi saya dah tanyak.umi (pengasuh) nak saya letak EBM dalam cooler bag / cooler box ke macamana. K.umi cakap tak pe letak dalam peti ais dia je. Kena la tanya kan, tak boleh terus terjah bawa EBM lepastu cakap nak letak dalam peti ais dia. Kita tak tau peti ais rumah orang macamana kan, ada ruang ke, padat ke.
Lepastu saya tanya jugak nak sediakan warmer ke tak. K.umi cakap tak perlu sebab dah ada warmer kat rumah k.umi, so guna yang itu saja lah.

Pagi2 saya letak EBM tu dalam cooler bag, lepas tu transfer kat dalam peti ais rumah k.umi. K.umi memang tau handle EBM sebab baby yang sorang tu pun memang mama dia bekalkan susu. Agaknya k.umi lagi arif dari saya kot. Hehe...

Ni contoh cooler bag  dengan  cooler box





Dalam tu kena la pulak letak ice pack. Ada macam2 jenis ice pack, so depends la yang mana 1 nak guna



Macam saya bagitau sebelum ni saya amalkan perah hari ni untuk bekalan esok. Jadinya stok tu tak la meriah mana pun, tapi cukuplah untuk bekalan.

Saya selalu bekalkan baby 2.50z / 3 0z x 6 botol setiap hari. Kadang2 habis 6 botol, kadang2 ada balance 1 botol. Balance tu saya akan forzenkan. 

Saya bekalkan Frozen EBM yang dah dicairkan 1 botol lepastu 5 botol fresh EBM yang hanya disejukkan.

Saya akan labelkan macamni
1 - Frozen (sebab yang frozen kena habiskan cepat)
2 - 6 - Fresh

Selain daripada labelkan number, tarikh pam juga perlu dilabel ye. Penting ni

 Lepas k.umi panaskan EBM tu nanti k.umi akan transfer masuk dalam botol yang baby minum.






Friday, November 30, 2012

EBM

Dulu masa Haziq saya tak merasa pengalaman pam / perah susu untuk buat stok sebab dulu Haziq mak jaga kat kampung. Selang seli balik sini, kat kampung sebulan, sini sebulan. Tapi boleh je kan kalau saya nak buat stok untuk Haziq. Masa tu ilmu cetek dan saya tak usaha untuk tambah ilmu pada masa tu. Tak ambik kisah pun pasal ebm ni. Itulah kesalahan saya. Dah la tak jaga anak sendiri, minum susu formula awal lak tu. Tapi tak pe la at least Haziq menyusu badan juga masa dalam pantang tu. Huhu...Ibu minta maaf ye sayang

Masa saya pregnantkan anak ke 2 saya dah study pasal pengurusan EBM kat rumah, kat rumah pengasuh, term2 yang orang selalu guna untuk memudahkan saya buat kajian. Hehe... Alhammdulillah sampai ke hari ini saya masih lagi dapat bekalkan susu untuk baby. Harap2 saya berjaya

Saya tak de la macam orang lain yang guna deep freezer semua tu. Saya cuma ada peti ais 1 pintu je. So saya amalkan kais pagi makan pagi. Hehe... Saya pam hari ini untuk esok. Ada jugak la 2,3 bekas saya frozen kan. Tapi yang penting kita mesti tau jangka hayat EBM ye. Tak boleh suka2 hati buat anggaran je ye.

Kalau peti ais 1 pintu ni

Frozen ( yang dibekukan ) - tahan 2 minggu
Chilled / Fresh ( yang tidak dibekukan ) - tahan 48 jam
Suhu bilik - tahan 48 jam

Saya tak la arif pasal EBM ni. Tapi saya cari la info2 yang penting. Antaranya

- Frozen EBM yang dah dicairkan (chilled) perlu dihabiskan dalam tempoh masa 24 jam
- EBM yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1 jam (tapi ada jugak orang cakap boleh lebih daripada 1 jam)
- Frozen EBM yang dah dicairkan tak boleh dibekukan semula
- Pastikan kita label tarikah pam susu pada setiap bekas agar memudahkan kita tau dah berapa lama hayat susu tersebut