Sangat pantas masa berlalu, anak aku dah meningkat bujang dan dewasa. Rasa macam semalam je aku lahirkan dia, rasa sekejap je dia pandai berkata2....
Ibu sentiasa doakan awak menjadi anak yang soleh, beriman, taat pada ibu dan abah, boleh menjaga kami dan adik bila besar nanti... kamu dan adik la permata yang sangat berharga buat ibu, kamu berdua la nyawa ibu...
Selamat menyambut maulidur rasul. Hari ni semua orang cuti semperna menyambut hari kekasih kita yang sangat kita sayang.
Ni je gambar yang snap semalam... hehhehe
Hari ni 24.12.2015 aku bawak jantung hati aku gi jenjalan... makan2... dan shopping. Tak de la shopping sangat pun cuma beli barang2 kelengkapan sekolah mereka je.
Ni la jersi dia. Nama Ampac Fa team. Tengok dari team... insya Allah, ada usaha mesti boleh pergi jauh. Harap along akan sentiasa ada semangat juang yang tinggi dalam permainan bola sepak ini.
Kisah ni berlaku seminggu sebelum cuti sekolah seminggu baru2 ni. Aqim kena demam denggi. Alhamdulillah semua pulih seperti sedia kala.
Semalam cerita along kena tumbuk oleh rakan sekolah.
Hari ini en somi ke sekolah untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Aku tak ikut sebab aku kerja. Cikgu menceritakan bahawa budak yang tumbuk haqim tidak datang ke sekolah. Cikgu ckp lagi bahawa pelajar ini memang bermasalah. Maksud bermasalah tu adalah sentiasa ponteng sekolah.
Hubby telah mengetahui dimana tempat kediaman pelajar tersebut dan terus ke rumah pelajar tersebut bersama along. Hari ni along mc sebab bengkak yang dialami.
Tiba di rumah, hanya ibu nya sahaja yg ada. Anak nya tiada. Mungkin ponteng lagi... walaupun anaknya dikenakan tindakan gantung sekolah tapi hukuman itu belum dijalankan.
Masih tak puas hati kerana belum berjumpa pelajar yang dicari. Suami ambil keputusan untuk datang kembali waktu malam.
Sekitar pukul 8 malam, suami pergi lagi ke rumah pelajar tersebut. Pelajar dan ayah nya berada di rumah. Ayahnya memihak kepada anaknya. Suami tanya kenapa dia pukul along, alasan along cakap ayahnya bapuk. Along menafikan sekeras kerasnya.
Suami meminta anaknya memanggil kawan2 pelajar tersebut. Suami cerita, sebab aku tidak sama joint dalam perjumpaan ini bahawa rakan2 pelajar tersebut datang beramai ramai. Boleh dikatakan dalam 20 orang.
Suami bertanya siapa yang dengar along mengeluarkan kata kata bahawa ayahnya bapok... tiada siapa antara rakan2 pelajar tersebut yang berani tampil. Bila suami naik angin mana budak yang ckp tersebut, sorang demi seorang meninggalkan rumah pelajar tersebut. Mungkin takut dengan sikap suami yang bertanya dengan garang.
Suami gertak pelajar dan ayah nya bahawa jika pihak kami report polis, sah2 anaknya akan di tangkap tp suami hendak settle dengan cara baik. Dengan cara profesional. Suami cerita lagi bahawa ibunya adalah orang melayu dr terengganu kahwin dengan orang serawak dan tidak tahu status keagamaan kerana ibu dan ayahnya bertatu.
Terkejut aku mendengar cerita dr suami. Beristigfar aku sebentar. Suami aku beritahu kepada pelajar tersebut supaya tidak jadi gengster kerana dia adalah pelajar dan bangsa melayu.
Suami menasihati bahawa kenapa nak bergaduh antara melayu dan tak settle dengan cara baik.. kenapa mesti bertumbuk. Ini sikit, kalau isu ini jadi besar dia akan dihantar ke sekolah jahat.
Harap pelajar tersebut dan keluarga nya akan di rahmati Allah... begitu juga dengan aku sekeluarga.
Ya Allah, lindungi la aku dan keluarga dari sebarang kesulitan hidup... amin
Dipendek kan cerita pada hari khamis 02.04.15 along telah dihantar oleh cikgu balik ke rumah mertua aku kerana ditumbuk dengan rakan sekolah.
Perkara ini masih samar samar kerana aku tak tahu apa punca sebenar perkara yang berlaku.
Masa 12hb hari tu aku hantar putri ke sekolah rendah. Ya Allah dah besar anak ibu... aku tengok je awk dr luar bilik darjah. Pandai awk menyesuaikan diri... alhamdulillah
Ibu sentiasa doakan awk dan along menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat serta taat pada ibu dan abah
2 tahun putri telah belajar di tadika ini, banyak pengalaman manis dia pelajari antaranya melakukan tugasan harian sendiri, belajar berdikari, belajar bersama kawan2, dan belajar bersama guru2 yang sangat penyayang.
antara kenangan putri 2014.
sambutan hari raya di sekolah, semua berpakaian baju raya... sungguh gembira mereka menyambut bersama-sama kawan2.