Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Sunday, October 17, 2021

EGG SAUSAGE CHEESY WRAP


Alhamdulillah breakfast yang mudah dan sedap banget iaitu egg sausage cheesy wrap. Jom kita zaas resepinya yok!

Resepi Egg Sausage Cheesy Wrap
sumber - inahar's cooking time

Bahan 
3 keping wrap
Parutan cheese (saya guna sliced cheese)

Bahan Scrambled Egg 
3-4 biji telur
2-3 batang sausage (potong nipis)
2 sudu besar susu segar
2 sudu besar mentega/marjerin
Sedikit serbuk ladaputih/hitam
Garam secukup rasa

Panaskan mentega hingga cair kemudian gorengkan sausage sebentar dan tambahkan semua bahan lain. Kacau bancuhan telur tu sehingga masak soft2 gitew. Tutup api dan ketepikan. Ambil sekeping wrap, letakkan 2-3 sudu besar scrambled egg, taburkan parutan cheese (saya guna sliced cheese) atasnya kemudian lipatkan wrap ikut kreativiti memasing. Panaskan kuali nonstick dan bakar wrap yg telah dilipat tadi atas kuali sehingga agak garing. Siap boleh hidangkan bersama sos cili/sos tomato/mayonaise ikut suker. 

Monday, April 27, 2020

KARI TELUR SEMPOI

Assalamualaikum..arini kita nak berkongsi resepi kari telur yang mudah dan sedap. Sesuai  dibuat lauk tambahan musim ramadhan ni juga sgt sedap buat cicahan roti, lempeng , roti canai dsbnye. Jom kita zaass resepi sempoi ni..

RESEPI KARI TELUR MUDAH
sumber - inahar's cooking time

Bahan:- 

5-7 biji telor yang telah direbus dan dikupas.
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
sejemput ikan bilis*
2 cm halia * (bahan * ditumbuk@kisar)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 sudu besar rempah kari
1 sudu rempah kurma
2 cawan santan 
2 biji cili merah/hijau di potong separuh
1 biji bawang besar - belah 4 atau 6
1 asam keping
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara :- 

Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan kurma dan tumis lagi.
Kemudian masukkan santan. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan telor dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan asam keping, bawang besar, cili, gula dan garam. Masak hingga naik minyak dan kuah agak pekat. Tutup api dan siap bolehla dihidangkan.

Saturday, March 18, 2017

TELUR MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum..Hari ini Pn Doc ingin berkongsi lagi satu menu feveret anak2 yg sangat mudah dan sodap iaitu telur masak lomak cili api. Rasanya ramai yang tahu resipi sempoi ni kan..tapi takper kita nak kongsi juga resipinye untuk panduan semua. Jom zaass!!

Resipi telur masak lemak cili api
sumber- inahar's cooking time

5 biji telur
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Cili padi bnyk ikut suker
Sejemput ikan bilis
1 paket santan serbuk
Sedikit kunyit hidup (boleh guna serbuk kunyit juga)
2 batang serai titikkan jer
Sehelai daun kunyit mayang halus
Sedikit minyak utk menumis
Garam gula ikut rasa
1 asam keping


Blender bawang besar, bwg putih , kunyit, cili padi dan ikan bilis. Panaskn minyak dan tumis bahan kisar tadi sekali ngan serai yg dititik. Tumis hingga naik bau kemudian tambah santan yg telah dibancuh dgn air. Masak hingga mendidih lalu pecahkn telur sebiji sebiji ke dalam kuah td. Tambahkn garam , asam keping, daun kunyit juga perisa jika suka. Masak lagi sebentar dan bolehla tutup api. Taraaa siap!

 

Tuesday, May 19, 2015

SAMBAL TELUR LADA HIDUP

Assalamualaikum..arini nak tunjuk resipi lauk paling sempoi nak masak..mudah dan sedap! Sambal telur ni selalu kita guna cili kering/giling kan tapi sekali sekala guna ladahidup ngan cili api pun memang sedap woo! Jom ler kita zaas resipi yang mudah banget ni..huhu!

Resepi Sambal telur lada hidup 

5-7 biji telur rebus
7-10 biji lada hidup merah
7-10 biji cili api (ikut kepedasan disukai)
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
garam secukupnya
gula secukupnya
air asam secukupnya
sedikit belacan (jika suka)
serbuk perasa (jika suka)

Cara Penyediaan
1. Kisar lada hidup, cili api, bawang besar, bawang merah dan putih,belacan serta ikan bilis hingga hancur
2. Tumis bahan yg telah dikisar tadi hingga naik bau dan garing kemudian masukkan air asam jawa.
3. Sesuaikan rasa garam dan gulanya.
4. akhir sekali masukkan telur rebus…. masak seketika bolehlah di angkat.
 

Monday, February 16, 2015

NASI ARAB SEMPOI & AYAM GORENG BEREMPAH


Assalamualaikum..ni menu 2 hari lepas ye! Nasi arab sempoi berlaukkan ayam goreng berempah dan sambal telur lada hidup..alhamdulillah kenyang kami anak beranak mamam wat berbuka pose! resipi main campak2 jek sebab nak cepatkan. Jom kita zaas..

RESIPI NASI ARAB MUDAH
sumber - inahar's cooking time

Bahan
2 cawan basmathi- direndam 20 minit, cuci dan tos
3 cawan air - boleh guna air rebusan/stok ayam
1 biji cili hijau - dipotong serong
1 sudubesar serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1/2 suduteh serbuk lada hitam
garam dan perisa/kiub ayam(jika suka)
sedikit kismis
daun ketumbar
minyak masak 
minyak sapi

Bahan tumis
3 biji bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1/2 labu bawang besar- dimayang
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 suduteh lada hitam biji

Cara
Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan semua bahan tumisan hingga wangi.
Masukkan serbuk rempah yang telah dibancuh dgn sedikit air. Tumis lagi hingga sedikit garing.
Masukkan beras, cili hijau, daun ketumbar, kismis, air serta garam perisa. Didihkan hingga kering (boleh sambung masak dalam ricecooker seperti biasa). Bila nasi masak gemburkan dan boleh dihidang bersama taburan daun ketumbar/sup serta bawang goreng bersama2 lauk kegemaran.

RESIPI AYAM GORENG BEREMPAH
sumber - inahar's cooking time

Bahan
1/2 ekor ayam- dipotong sederhana besar
1 sudubesar serbuk kari ayam
1 suduteh serbuk kunyit
1 suduteh serbuk ketumbar
1 suduteh serbuk jintan putih
1 suduteh serbukjintan manis
1 sudubesar cili giling
1 sudubesar tepung goreng ayam
1/2 labu bawang besar- ditumbuk/blender
2 biji bawang putih - tumbuk/blender
halia- tumbuk/blender
sedikit asam jawa
garam
gula
perisa
daun kari

Cara
Gaulkan semua bahan dan perap beberapa jam.
Gorengkan dalam minyak yang banyak hingga garing. Siap untuk dihidang!

Resipi sambal telur lada hidup boleh klik di sini ye!


Thursday, December 11, 2014

NASI LEMAK SAMBAL TELUR

panaskan oven dulu 180C - pukul butter & gula halus hingga kembang Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
RESIPI NASI LEMAK HALBA sumber: inahar's cooking time Bahan2: 4 Cawan beras-leh guna basmathi gak tp kita guna beras siam wangi 5 cawan santan 1 inci halia-hiris nipis 1 biji bawang besar di mayang 2 helai daun pandan 1 sudu besar halba garam secukupnya perisa-optional cara2: 1. basuh beras dan toskan 2. campurkan semua bahan2 di atas dan masak dlm ricecooker mcm biasa 3. setelah kering , gemburkan nasi dgn garpu @ copstik. biarkan sebentar dlm rice cooker. 4.hidang nasi dgn lauk sampingan ikut suka. **kalu nak resipi sambal bilis my mom leh tgk sini! Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
simple, Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
 
Assalamualaikum..jom layan nasi lemak sambal telur dgn ayam goreng kita wat dua hari lepas. Since ramai anak buah yg bertandang di rumah cuti skool ni..Pn Doc pun masak menu yang mudah dan digemari ramai. Senang citerkan..hehe! Jom kita semak resipi ye..

RESIPI NASI LEMAK SAMBAL TELUR

4 cawan beras
5 cawan santan
1 inci halia- potong nipis
1 biji bawang besar- dimayang
2 helai daun pandan
garam secukup rasa
perisa- optional

Cara2:
Basuh beras & toskan.
Campurkan semua bahan diatas dan dimasak dalam ricecooker macam biasa.
Setelah kering, gemburkan nasi dengan garpu@copstick. Biarkan sebentar dalam rice cooker
Bolehlah dihidang bersama lauk sampingan.

RESIPI SAMBAL TELUR

5-7 biji telur rebus
4-5 sudubesar cili giling
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
segenggam ikan bilis
sedikit belacan- ikut suka
garam
gula air asam secukupnya.

Cara:
Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga hancur.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga agak garing.
Tambahkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan telur rebus dan masak lagi seketika.
Bolehlah matikan api dan siap untuk dihidangkan bersama nasi tadi.
4 Cawan beras-leh guna basmathi gak tp kita guna beras siam wangi 5 cawan santan 1 inci halia-hiris nipis 1 biji bawang besar di mayang 2 helai daun pandan 1 sudu besar halba garam secukupnya perisa-optional Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Tuesday, November 18, 2014

TELUR MASAK KURMA

Assalamualaikum..baru sempat nak updet resipi telor masak kurma ni yang dimasak minggu lepas utk digandingkan makan dgn ayam masak merah dan nasi arab. Resipi ni pun sangat mudah dan digemari suami juga anak2. Jom kita zaas resipi sempoi ni..

TELUR MASAK KURMA
resipi - inahar's cooking time

Bahan:-
  • 5 biji telor yang telah direbus dan dikupas.
  • 5 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • sejemput ikan bilis*
  • 2 cm halia * (bahan * ditumbuk@kisar)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 2 cawan santan 
  • 2 biji cili merah/hijau di potong separuh
  • 2 biji bawang besar - belah 4 atau 6
  • 1 asam keping
  • garam & gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma dan tumis lagi.
  3. Kemudian masukkan santan. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan telor dan masak hingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan asam keping, bawang besar, cili, gula dan garam. Masak hingga naik minyak dan kuah agak pekat. Tutup api dan siap bolehla dihidangkan.


Saturday, September 29, 2012

EGG SANDWICH

 Assalamualaikum..arini bekfes sempoi..sandwich telur yg menjadi kegemaran anak2..resipi nak ker jugak? alaaa senang banget cuma resipi kita ni kurang guna mayo sbb anak2 tak suker mayo bebanyak sbb nnti sandwic tu rasa terlebih masam manis lak..pepun jom kita tgk resipi style kita ek!

EGG SANDWICH
sumber - inahar's cooking time

Bahan:
Roti sandwic biasa/wholemeal secukupnya
6 biji telur rebus dibuang kulit
3-4 sudu besar salted butter/marjerin
2 sudu besar mayonaise
secubit lada sulah/hitam
salad/tomato-ikut suka

Cara:
Telur rebus dilenyek halus/hancur dgn garpu. kemudian tambahkan butter,mayo,lada sulah dan gaul sebati.
Sapu atas sekeping roti secukupnya serta hias ngan salad/tomato.tekapkan lagi sekeping roti keatasnya. siap dan sedia dihidangkan. senang jer kan!!


Thursday, October 13, 2011

SAMBAL TELUR LADA HIDUP

Assalamualaikum semua..first of all nk ucapkan jutaan terimakasih wat semua teman2 yg telah memberi ucapan takziah serta mendoakan roh arwah kekanda sepupuku yg telah pergi mengadap Illahi pagi sabtu yg lalu..moga tuhan mencucuri rahmat keatas roh arwah serta beliau tenang di sana..amin! okay.. cuti ni kita masak sempoi2 jek..selalunye masak sambal telur guna cili kering tp sekali sekala guna cili hidup best gaak! resipi pun main campak2 jek..jom zaaaass!

Resepi Sambal telur Lada Hidup

5-7 biji telur rebus
7-10 biji lada hidup

5-10 biji cili padi ( ikut kepedasan disukai)

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
garam secukupnya
gula secukupnya
air asam secukupnya

sedikit belacan (jika suka)

Serbuk perasa ( jika suka )

Cara Penyediaan

1. Kisar lada hidup, cili padi,bawang besar, bawang merah dan putih,belacan serta ikan bilis hingga hancur
2. Tumis bahan yg telah dikisar tadi hingga agak kering ... kemudian masukkan air asam jawa.
3. Sesuaikan rasa garam dan gulanya.
4. akhir sekali masukkan telur rebus…. masak seketika bolahlah di angkat.

Thursday, August 19, 2010

UDANG SERI PANDAN

Salam..menu ramadhan ke 9..masak udang seri pandan..resipi dari chef tersohor chef wan..dh pernah taruh resipi dulu kt sini tp xpe kita copy balik ye! uols kena cuba sbb mmg sodap! hehe..

RESIPI UDANG SERI PANDAN

Bahan2nye:

300 gm udang
1 biji bawang besar-hiris bulat

5 biji bawang merah

5 biji cili hijau

2 cm halia

2 cm kunyit

2 ulas bawang putih

2 biji tomato
1/2 caw sos cili
1/3 caw sos tomato

2 sudu besar madu

1 sudubesar sos tiram

3 sudubesar tepung jagung

1 biji telur ayam

1 biji limau nipis

1/3 caw kismis hitam(californian)

30 gm rempah campur (kulit kayu manis,b.lawang,cengkih,pelaga)

2 helai daun pandan

2 sudubesar sos ikan thailand

daunketumbar utk hiasan

cara:

perap udang (buang kulit) dgn sos tiram.pecahkan telur dan tabur tepung jagung dan celup udang serta goreng sebentar saja. kisar bawang merah,garlic,halia,kunyit,cili hijau dan tomato.
panas minyak, tumis rempah campur dan daun pandan. tuang pes kisar tadi dan goreng hinga garing. masuk sos cili,sos tomato dan madu.kemudian masukkan udang dan kacau rata. masuk sos ikan,kismis hitam,bawang besar hiris bulat dan goreng sebentar. perah jus limau akhir sekali. tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidang!!

jom layan menu arini....

udang seri pandan


ayam masak lemak..kalu nk resipi kt sini! tp kali ni x guna cili api tp taruh cili giling jek..kurang pedas..anak2 suker!


sayur campur goreng feveret anak2..


telor masin..menu wajib kena ada tiap2 hari..jangan kena darah tinggi udah..hahaha!!


kuih bom inti kelapa..belen inti kuih tepung gomak aritu..alahai melotups2 masa menggoreng..ada yg hampir terburai isi pewutnye..haha!! kemudian laa kita taruh resipi ek!! nak cepat nih..daaa!!

Tuesday, February 9, 2010

MENU ARINI..


salam..hari ni hari last bercuti..esok dh mula bertugas kembali sampai raya cina minggu depan..huhuuu!! owg bercuti kita kene keje..nk wat camno!! pepun ni nk tayang menu arini..
udang goreng berempah & sambal telur jek! udang berempah tu ikut resipi kt dapur dayangjack (tp dayang guna sotong)..mmg sempoi tp sedaap banget! jom layan resipinye.kita cnp kt dapur dayang ye! thnx dayang for sharing this marvelous recipe..!!

UDANG BEREMPAH

Bahan-bahan :
  • 300 g sotong basah (digaulkan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus 1/2 masak dan dituskan)-akak guna udang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili / cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 4 sb santan pekat / susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sb sos tomato
  • 1 biji hirisan cili merah
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi.
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.
  3. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih.
  5. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)

Saturday, August 22, 2009

Menu malam tadi..

ni menu malam tadi..lauk tu pun wat makan sahur sekali..hehe! layaan..


ayam grill madu ni amik resipi dari dapur ct..resipi asal dari choopy@myr tp ct cnp dr umah hana..kita lak cnp dr umah ct je la..hehe! tenkiu kt korang ek! memang sodaap!

RESIPI AYAM GRILL MADU

Bahan-bahan:

500 gm ayam
1 kiub ayam

2 sudu besar kicap pekat manis

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar madu


Bahan Tumbuk:
2 ulas bawang putih
1 cm halia

1 sudu kecil lada hitam


Cara-cara:
1. Bersihkan ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
2. Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar (hana bakar satu jam suhu 180).




Ni lak daging kandar..resipi dari dapur kakasma..mmg sempoi dan sedap! timokacih kakasma..kita cnp gak ye!

RESIPI DAGING KANDAR

Bahan2:


1/2 kg daging (potong, rebus, simpan air rebusan)
6 ulas bwg putih/1 inci halia (blend)

2 sudu besar kicap pekat (maggi)

2 sudu besar sos tomato*

2 sudu besar sos cili*

2 paket serbuk kari daging babas (1 1/2pn boleh)*

* gaulkan bersama

1 labu bawang besar mayang,

1 ulas bawang putih mayang,

kulit kayu manis,
bunga lawang

daun kari

1. tumiskan bawang besar, k.kayu manis, dan bunga lawang. daun kari
2. masukkan bwg putih dan halia..
3. masukkan campuran rempah
4. masukkan daging dan airnya.
5. masukkan garam, perasa masak hingga pekat..
sesuai makan ngan nasi atau roti.


ni sambal telur puyuh..dh lama teringin nk wat! semalam bila nmpak kt carrefour cepat2 sambar 2 pkt! resipi x yah..masak cam bese aje! okaylaa..nk kedapur lak! nk nengok apa2 bahan lam peties yg leh dimasak wat berbuka.. selamat memasak ek..hehe! daa..

Wednesday, January 21, 2009

UDANG GORENG BEREMPAH

makan malam i masak udang goreng berempah..resepinye sgt mudah..



bahan2 seperti udang, bawang besar & garlic dipotong2, cili merah/hijau pun potong aje, serbuk rempah kari, sedikit susu cair,cuka, garam, gula & perisa jika suka.(amaun bahan agak2 lah ye)
cara masaknye tumis seperti biasa...siap!

Ni lak foto telur dadar...masak cam biasa aje..lauk lain tu adalah sambal belacan,ulam timun & pegaga dan ikan goreng..okayla tu..simple je!