Showing posts with label rice. Show all posts
Showing posts with label rice. Show all posts

Tuesday, April 7, 2026

NASI AYAM BAKAR & SOS THAI

Assalamualaikum..pertama sekali kita ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Moga semuanya gembira menyambut hari mulia ni di samping keluarga tercinta. Hari ni kita nak kongsi menu Nasi Ayam Bakar bersama Sos Thai yang dimasak hari minggu yang lalu. Resepi yg mudah dan super sedap ni kita olah dari resepi nasi ayam thai dan dimakan bersama ayam bakar. So jom kita zaass resepinye yok!

Nasi Ayam Bakar Sos Thai
Sumber - inahar's cooking time

Bahan persediaan ayam
1 ekor ayam- potong ikut suker, cuci bersih, kulit ayam simpan sedikit (ketepikan) - asingkan kepak ayam, leher dan sedikit isi ayam utk rebus manakala selebih bahagian ayam tu kita akan marinade utk dibakar nanti
3 inci halia- cincang halus
4-5 biji bawang putih- cincang halus
2 akar ketumbar- bersihkan
2 kiub ayam
Garam


Cara.
- Rebus bahagian ayam (kepak, leher, sedikit isi ayam) bersama halia, akar ketumbar, bawang putih yang dicincang, garam dan kiub ayam... Ketepikan

Bahan nasi ayam
3 cawan basmathi- rendam 20 minit
kulit ayam+ lemak ayam
sedikit minyak
1 inci halia
2 biji bawang putih
air rebusan ayam secukupnya (saya guna 4.5 cawan)
garam secukupnya
daun ketumbar
bawang goreng utk hiasan


-Panaskan sedikit minyak dalam periuk.. Masukkan kulit ayam yg sudah dibersihkan....
Masak hingga kulit ayam keluarkan minyak.
- Kemudian masukkan halia yg dihiris2 dan bawang putih yang dicincang... Kacau sebentar, baru masukkan beras yg sudah dicuci bersih dan ditos.... 
- Kacau beras dlm 5 minit baru masukkan air rebusan ayam tadi, sukatan air bergantung pada beras yerk.... Cuma lebihkan sikit air rebusan tu.
Masukkan garam sedikit jika kurang masin dan daun ketumbar utk hiasan dan mewangikan lagi nasi ayam tu.
- Tutup dan masak sehingga nasi masak elok. 

Ayam Bakar  

baki ayam yg tidak direbus tadi dilumurkan dengan garam, kunyit, sedikit kicap , sos tiram dan madu (optional). Tambah minyak dan Perapkan selama 1 jam. Bakar dalam airfryer (atau oven) selama 20- 35minit (diterbalikan ayam separuh masa). 

Bahan sos cili thai
Cili api- hiris halus
Daun ketumbar- hiris halus
bawang putih- cincang halus
Sos cili thai
Kicap lemak manis
Jus lemon
Sos ikan
Garam gula secukup rasa


Cincang halus ciliapi, bawang putih. Masukkan juga daun ketumbar yg dihiris2...
Masukkan sos cili thai, sedikit kicap manis, sedikit jus lemon, sedikit gula, sos ikan, kacau sebati, masukkan sedikit sup tadi. 
Kacau sebati.. Siappppp.

Sup Ayam

baki air rebusan tadi direbus kembali dan tambah sedikit serbuk lada hitam dan garam jika perlu. Rebus hingga mendidih. Selepas masak boleh ditabur bawang goreng ,daun sup dan daun bawang

Wednesday, August 13, 2025

Nasi Goreng Bawang Putih Krup Krap sedap sangat!




Assalamualaikum semua. Alhamdulillah baru nak post menu weekend aritu iaitu Nasi Goreng Bawang Putih Krup Krap yg sgt marbeles rasanya. Resepi ni diambil dari youtube Kak Yan. Sesuai sangat untuk hari malas masak tapi tekak nak makan sedap. Simple, cepat dan confirm repeat! Bak kata Kak Yan Yang ni bukan nasi goreng biasa-biasa ya… rahsia dia kat bawang putih garing yang bunyi krup krap bila kunyah! Wangi semerbak satu rumah, sekali rasa mesti nak tambah pinggan. So jom kita zaas resepinya yok..


Resepi Nasi Goreng Bawang Putih Krup Krap
Resepi asal - youtube Kak Yan
Sumber - inahar's cooking time 
IG @Drinahar

Bahan-bahan:

1 mangkuk besar nasi
3 biji telur
Isi ayam - saya ganti udang
20 ulas bawang putih - cincang sederhana halus
4-5 ulas cili api - potong halus (saya tambah)
2 sudu besar kicap cair - saya ganti dgn sos ikan
2 sudu besar sos tiram
1 cekak daun bawang - potong 2 bahagian - 1 bahagian bawah/pangkal dan bahagian atas daunnya. Hiris nipis.
Garam dan perisa secukup rasa
Minyak


Cara
Panaskan minyak, goreng bawang putih hingga garing keemasan. Angkat dan toskan minyak.
Gunakan secukupnya minyak yg sama tadi gorengkan udang hingga agak masak kemudian tambah separuh daun bawang (bahagian pangkal dan sebahagian daun bwg) yg di potong tadi. Goreng lagi hingga naik bau terus pecahkan telur. Goreng sebentar kemudian tambahkan nasi. Gaul sebati dan tambah cili api, sos ikan, sos tiram, garam dan perisa sesedap rasa. Selepas itu masukkan lebihan daun bawang dan goreng lagi hingga masak. Akhir sekali taburkan bawang putih goreng tadi. Kacau sebati. Siap utk dihidangkan.

Thursday, October 10, 2024

NASI DAGING UTARA


 Assalamualaikum.. Hari ni kita baru sempat nak updet menu istimewa sempena besday Anakanda Sri & Adam yg dimasak baru-baru ni. Pestaim kita masak Nasi Daging Utagha Ayaq Asam ni..menu ni memang sedap ngatt aiihh! Diganding dgn kari ayam dan sambal telur sebagai tambahan lauk..Alhamdulillah puas hati masak sendiri ni kan 😍. Ok jom kita zaass resepinya yok..

Resepi Nasi Daging Utara

Bahan-bahan:
4 cawan  beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500-650 gram daging, potong kecil
5 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar jintan manis
3 sudu besar minyak sapi (boleh ganti butter)
3 sudu besar minyak sayuran
2 biji tomato cincang kasar
2 helai akar ketumbar
1 kiub ayam
Sedikit kismis hitam

Bahan untuk rebusan daging:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia - hiris nipis
Air secukupnya

Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar, hiris nipis
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga


Bahan untuk air asam kerisik:
2 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato - potong kecil
6 biji cili merah*
6-8 biji cili api merah & hijau*
Sedikit belacan* - dibakar di atas api sehingga wangi
1 sudu besar pes asam jawa campur 1 cawan air*
1-2 sudubesar sos ikan Thai
Sedikit perahan jus limau nipis
1 sudubesar kerisik
Garam dan gula secukupnya


Cara Penyediaan:
Cara untuk memasak:
Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis dan daun pandan sehingga wangi. Masukkan akar ketumbar dan rempah kurma serta sedikit air. Kacau sehingga naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan beras dan kacau lagi beras selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Juga masukkan tomato cincang tadi. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Boleh tambah kismis masa nasi hampir kering. Setelah masak baru kacau dan gemburkan nasi rata rata.
Cara untuk air asam:
Kisarkan bahan bertanda *. Kemudian gaulkan kesemua bahan air asam. Sesuaikan rasa.

Wednesday, March 29, 2023

Nasi Kurma Daging Adabi


Assalamualaikum..kembali bersiaran kita ye setelah lama menyepi. Alhamdulillah baru nak updet menu sehari sebelum ramadhan aritu yg sedikit istimewa dimasak sempena menyambut bulan Ramadhan nan mulia ni. Moga kita semua di beri kekuatan, kesabaran dan kesihatan yg baik utk melakukan ibadah dengan sempurna sepanjang ramadhan ni dan amalan kita semua diterima Allah Swt. Aamiinn Yra. Jom kita zaas resepi nasi kurma daging adabi ni yok..


RESIPI NASI KURMA DAGING ADABI
sumber - inahar's cooking time

Bahan:-
1 tin kurma daging adabi
2 cawan beras basmathi
21/2 cawan air (ikut jenis beras yg digunakan memasing ye)
1/2 cawan susu cair
1 kiub pati ayam 
2 helai daun pandan 
daun ketumbar
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris halus 
2 ulas bawang putih - mayang 
1/2 biji bawang besar - mayang 
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi - ganti butter
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga


Bahan Hias:-
Bawang goreng
Kismis
gajus goreng


Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan kurma daging adabi, daun ketumbar dan masak hingga mendidih. Tambah beras, air, susu cair, kiub ayam, garam, daun pandan dan gaul rata sebentar. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak dalam ricecooker spt biasa. Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. Masukkan kismis, kacang gajus goreng dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.

Thursday, December 29, 2022

NASI DAGANG GULAI IKAN MAKEREL


Assalamualaikum semua...lama kita menyepi kan jadi harini kita nak share menu kita minggu lepas. Alhamdulillah berjaya memasak nasi dagang stail ganu manakala gulai ikan tu pulak kita guna ikan makerel tin jer bagi sonang keje kan 😅. Takder rempah gulai nasi dagang jadi kita gantikan dengan rempah kari ikan tu jer. Walaubagaimana pun kejadiannye tetap enak dan lazat. Alhamdulillah..jom kita zaas resepinye yok!


RESIPI NASI DAGANG TRENGGANU
Sumber: inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan2:
3 cawan beras siam wangi (boleh guna beras biasa/basmathi jugak)
1 cawan beras pulut (boleh kurang amaun pulut jika kurang gemar berpulut)
500 ml - santan pekat, ambil sedikit utk dijadikan santan cair..agak2la ye 
garam dan perisa 
halba
bawang merah dimayang halus 
sedikit halia di racik halus


cara2:
Beras dan beras pulut direndam sebentar then kukus lbhkurang 15 minit. Ketepikan dan gaul dgn santan cair lepas tu kukus semula. Bila sudah agak2 masak angkat dari pengukus. santan pekat tadi dicampur garam dan perisa kemudian dicampur kedlm nasi tadi.gaul sebati sekali dgn halba, bawang merah dan hirisan halia tadi.kukus kembali hingga masak cantik. siap utk dimakan bersama gulai ikan tongkol, acar timun & telur rebus.

RESIPI GULAI IKAN MAKEREL TIN

Bahan bahan:
2 tin besar ikan Makerel/Sardin brand Ayam
2-3 sudu besar cili giling (ikut kepedasan yg disukai) 
5-6 sudu makan serbuk kari ikan (jenama babas)
1 inci halia * 
6 ulas bawang putih * 
10 ulas bawang merah * 
asam keping 
cili merah & hijau/cili api
halba 
garam
gula 
santan secukupnya (sy guna 1pek serbuk santan dicampur air)

cara2:
Kisar bahan2 bertanda. Panaskan minyak & tumis bahan2 kisar hingga naik bau kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga garing then masukkan rempah kari tadi berserta halba . Tumis hingga pecah minyak dan masukkan ikan makerel/sardin tadi. Kemudian masukkan santan, garam, gula, asam keping, cili hidup/cili api dan masak lagi hingga mendidih..biar sebentar hingga mesra kemudian matikan api. Bolehla dihidang...

Thursday, October 27, 2022

Nasi Himpit & Kuah Kacang Daging Istimewa


Assalamualaikum..lama kita tak bersiaran kan. Rindu ke? 😅 Ok ni sebenarnya ialah menu kuah kacang daging dimasak raya haji lalu yg telah difrozenkan. Jadi kita hanaya panaskan balik sambal tu dan kita rebus pula ketupat nasi segera serta ketupat pulut nona tu haa..senang kije kan..hihi. Dah banyak kali post resepinya tapi takper kita cnp balik ye. Jom kita zaass resepi istimewa bonda tercinta kami ni..jommss!


RESIPI KUAH KACANG DAGING 
sumber: inahar's cooking time
Ig @drinahar

bahan2:
700-1000 gm daging, di potong kiub kecil & rebus hingga sedikit empuk 
1 kg kacang tumbuk 
3-4 biji bawang besar (kisar) 
1-2 ulas bwg putih
3 inci halia (separuh blend,separuh ketuk) 
10-14 batang serai (serai mesti banyak, klu tidak rasa dan bau kuahnya tak naik..hendaklah di kisar separuh, selebihnya diketuk shj) 
5-6 sudu besar cili giling (saya guna 1 pek 200 gm - ikut kepedasan di sukai)
lengkuas sikit aje
2-3 keping asam keping @ air asam jawa
11/2-2 biji kelapa utk santannya(klu pakai santan peket guna 2 paket) 
gula (blh campur dgn gula melaka..amaun gula mestilah banyak klu tak mmg kureng rasanya..selalu kita main campak aje..agak2 lbhkurang 6-7 genggam jugaklah @ lbhkurang 3 senduk nasi kot!.)
garam secukup rasa 
serbukperisa (option) 
air 
minyak utk menumis


Cara masaknya
Tumis bhn2 yg di kisar sekali dengan halia, serai ketuk hingga naik bau kemudian letak cili giling..tumis sampai garing.
Selepas tu bolehlah dimasukkan kacang, santan, daging dan asam keping. Masak hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan garam, gula, perisa (opitional) dan masak lagi.
Kalau pekat sgt tambahlah air secukupnya.
Rasa kuah ni berbeza sikit dari kuah kacang biasa disebabkan penggunaan serai yg banyak, tambahan daging dan garam gula nya kenalah ngam amaunnye ya.
Kuah ni memang sedap dimakan dengan ketupat nasi/nasi impit.. nak campur kuah lontong/kuah lodeh sekali pun mmg sesuai sgt..
Silakan cuba ya

Sunday, May 29, 2022

NASI AYAM THAI

Alhamdulillah satu lagi menu fave kami anak-beranak.. Resepi yg mudah dan super sedap dari @mashitah80 cuma ayam tu sebahagiannya kita gorengkan sebab anak2 memang suka ayam goreng. So jom kita zaass resepinye yok!

Nasi Ayam Thai super delicious
Resepi asal - IG @mashitah80
Sumber - inahar's cooking time

Bahan persediaan ayam
1 ekor ayam- potong ikut suker, cuci bersih, kulit ayam simpan sedikit (ketepikan)
3 inci halia- cincang halus
4-5 biji bawang putih- cincang halus
2 akar ketumbar- bersihkan
2 kiub ayam
Garam


Cara.
- Rebus ayam bersama halia, akar ketumbar, bawang putih yang dicincang, garam dan kiub ayam... Ketepikan

Bahan nasi ayam
3 cawan basmathi- rendam 20 minit
kulit ayam+ lemak ayam
sedikit minyak
1 inci halia
2 biji bawang putih
air rebusan ayam secukupnya (saya guna 4.5 cawan)
garam secukupnya
daun ketumbar
bawang goreng utk hiasan


-Panaskan periuk.. Masukkan kulit ayam yg sudah dibersihkan....
Masak hingga kulit ayam keluarkan minyak.
- Kemudian masukkan halia yg dihiris2 dan bawang putih yang dicincang... Kacau sebentar, baru masukkan beras yg sudah dicuci bersih dan ditos.... 
- Kacau beras dlm 5 minit baru masukkan air rebusan ayam tadi, sukatan air bergantung pada beras yerk.... Cuma lebihkan sikit air rebusan tu.
Masukkan ayam yg sudah direbus tadi, garam sedikit jika kurang masin dan daun ketumbar utk hiasan dan mewangikan lagi nasi ayam tu.
- Tutup dan masak sehingga nasi masak elok. Api perlahan

Bahan sos cili thai
Cili api- hiris halus
Daun ketumbar- hiris halus
bawang putih- cincang halus
Sos cili thai
Kicap lemak manis
Jus lemon
Sos ikan
Garam gula secukup rasa


Cincang halus ciliapi, bawang putih. Masukkan juga daun ketumbar yg dihiris2...
Masukkan sos cili thai, sedikit kicap manis, sedikit jus lemon, sedikit gula, sos ikan, kacau sebati, masukkan sedikit sup tadi. 
Kacau sebati.. Siappppp.

(Nota- kita rebus sebahagian ayam saja utk di tanak bersama nasi. Ayam selebihnya tadi kita gaulkan garam, kunyit serta sos kicap abc dan gorengkan hingga keemasan)

 

Friday, May 27, 2022

Nasi Ayam Gepuk Ala Pak Gembus


Assalamualaikum..menu weekend kita sempena semua anak2 & menantu ada, jadi Mr Hubby dgn gigihnya memasak Ayam gepuk utk hidangan tengahari kami. Alhamdulillah mendapat sambutan hangat..hehe! Jom kita zaass resepinye yok!

Resipi Ayam Gepuk Ala Pak Gembus
Sumber - inahar's cooking time

Bahan perap dan rebus
1 ekor ayam - potong ikut suka dan cuci bersih
Seinci kunyit
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu ketumbar biji
Sedikit garam
Daun salam (dimasukkan semasa merebus ayam)


Rebus ayam dengan bahan2 diatas yg telah ditumbuk halus bersama daun salam.
Lepas ayam siap direbus, bolehla digoreng sehingga kuning keemasan.

Untuk Sambal

Bahan-bahan :
Segenggam kacang tanah - digoreng dan ditumbuk.
2 genggam cili padi (boleh campur lada merah utk kurangkan pedas)
3-4 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Gula - optional
Minyak panas (goreng ayam) mendidih secukupnya


Cara-cara :

Tumbukkan cili dan bawang putih dalam lesung batu. Hancurkan jangan sampai halus. Masukkan kacang dan garam. Setelah semua bahan sebati, masukkan minyak panas mendidih. Kacau rata. Siap!
Hidangkan bersama nasi panas, hirisan kobis dan ayam goreng tadi. Ayam goreng tadi hendaklah diketuk atau dilenyekkan guna lesung batu sebelum dihidang. Boleh dimakan bersama kicap pekat manis ABC jika suka.
Selamat mencuba.

Tuesday, May 24, 2022

NASI KURMA KAMBING ADABI

 

Assalamualaikum..kembali bersiaran Pn Doc setelah lama menyepi..hihi! Alhamdulillah ada jer ni haa..sihat sejahtera walaupun kebelakangan ni agak busy dengan mcm2 hal. Apa2 pun belum terlambat bg Pn Doc utk mengucapkan SHRMZB buat semua ye. So arini kita nak updet menu nasi kurma kambing adabi yang di masak tak lama dulu.  Sebenarnya dah lama teringin nak cuba resepi #nasikarikambingadabi yg viral tak lama dulu kan tp susah sgt nak dptkan stok kari kambing adabi tin ni. Nak jadi cerita pagi tadi masa shopping barang dapur di Hero supermarket, tetiber ternampak sup kambing adabi tin tu haa..apa lagi kita sambar ler satu tin. Tak dapat kari kambing kita cuba pulak ejas masak nasi guna sup kambing adabi ni..cuma kita tambah rempah kurma utk menambahkan lagi flavour maka terhasillah #nasikurmakambingadabi ni... wallawehh menjadi dgn jayanya..hihi! Diganding dgn ayam masak merah dan acar timun.. Sedap sgt kata Mr Hubby..Alhamdulillah 😍 Jom kita zaas resepinye yok!

RESIPI NASI KURMA KAMBING ADABI
sumber - inahar's cooking time

Bahan:-
1 tin sup kambing adabi
2 cawan beras basmathi (guna beras biasa jer sbb takder stok)
21/2 cawan air (ikut jenis beras yg digunakan memasing ye)
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar rempah kurma
1 kiub pati ayam 
2 helai daun pandan 
daun ketumbar
Garam secukup rasa


Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris halus 
2 ulas bawang putih - mayang 
1/2 biji bawang besar - mayang 
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi 
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga


Bahan Hias:-
Bawang goreng
Kismis
gajus goreng

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan serbuk kurma dan tumis lagi. Kemudian masukkan sup kambing adabi, daun ketumbar dan masak hingga mendidih. Tambah beras, air, susu cair, kiub ayam, garam, daun pandan dan gaul rata sebentar. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak dalam ricecooker spt biasa. Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. Masukkan kismis, kacang gajus goreng dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.

Friday, December 24, 2021

PULUT KUNING & RENDANG AYAM

Assalamualaikum..Arini kita nak kongsi menu yg kita masak minggu yg lepas iaitu pulut kuning yang di makan dgn rendang ayam. Makanan faveret anakanda Adam yang balik bercuti dari kolej aritu. Pulut ni sebenarnye dikukus secara mudah jer sekali harung dikukus pulut beserta santan tu..takyah nk ulang kukus 2-3x cam biasa tu..Alhamdulillah okay kejadiannye. Jom kita zaas resepi yok! (Resepi rendang ayam boleh lihat di sini ye)
 
Pulut kuning versi mudah
Sumber -inahar's cooking time

BAHAN - BAHANNYA :-)
3 cawan pulut
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
11/2 cawan santan kelapa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1-2 sudu kecil minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

 
CARA MEMBUATNYA :-)
Cuci pulut, kemudian masukkan dalam bekas besar. Tuang air hingga pulut terendam. Tambah serbuk kunyit dan kacau hingga rata. Masukkan asam gelugor dan rendam pulut selama 4 - 5 jam, sekali2 anda gaulkan pulut yang berendam tadi, agar warna kuningnya sekata. Panaskan kukus, sediakan loyang sesuai. Toskan pulut. kemudian masukkan ke dalam loyang. Letakkan daun pandan dan tekan sedikit biar daun pandan tenggelam.Sementara itu, masukkan garam, minyak dan gula ke dalam santan dan kacau rata. Tuang dalam loyang berisi pulut tadi sehingga santan menutupi permukaan pulut. Kukus pulut selama 25 minit dengan api besar.Buka tudung kukus, dengan menggunakan chop stick, balik2kan pulut tadi agar masak sekata. Gaul hingga rata.Sambung mengukus untuk 10 - 12 minit lagi atau hingga pulut kuning masak elok, dan tak keras. Angkat dari kukusan dan boleh hidangkan bersama rendang, sambal tumis, kari atau serunding....Selamat mencuba!! 
 

Saturday, October 16, 2021

NASI GORENG CINA


 Assalamualaikum.. menu sempoi nasi goreng cina jer. Alhamdulillah..jom kita zaas resepinye yok!

Nasi Goreng Cina
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan

Nasi putih
1 biji bawang besar - hiris nipis
5 ulas bawang putih - cincang halus
Seafood (udang, sotong)
Ayam - potong nipis
Sos tiram
Kicap cair masin
Sos ikan
Serbuk lada hitam @ lada putih
Minyak bijan (optional)
Mixed vege
Kacang panjang
Cili api - ketukkan jer
Telur
Minyak/marjerin utk menumis

Cara caranya

Panaskan kuali . Masukkan minyak , tumiskan bawang besar , bawang putih dan cili api hingga naik bau kemudian masukkan ayam. Setelah itu masukkan udang dan sotong. Masukkan sos tiram, kicap cair masin, sos ikan dan kacang panjang. Kacau rata, masukkan nasi putih dan serbuk lada hitam dan mixed vege. Kacau lagi dan akhir sekali boleh titiskan sedikit minyak bijan jika suker dan gaul sebati.
Di kuali yang berasingan, panaskan minyak dan dadarkan telur, kacau kacau dan campurkan ke dalam nasi tadi. Siap!

Wednesday, October 13, 2021

NASI LEMAK & SAMBAL UDANG


 Alhamdulillah jom kita layan nasi lemak diganding dengan sambal udang dan ayam goreng jer. Mudah kije..hihi! Takyah resepi kot senang jer masaknya 😊🥰

Thursday, September 16, 2021

Nasi Arab & Ayam Panggang



Alhamdulillah dapat memasak nasi arab.. Dah lama tak makan homemade punyer. Resepi pun main campak2 apa yg ada didapur jer sebab dah lama tak beli rempah segera nasi arab ni. Jom zaas resepinye yok!


NASI ARAB AYAM PANGGANG
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Untuk air rebusan ayam
8 ketul ayam whole leg
2 biji bawang besar (dihiris)
5 biji bawang putih
1 inci halia
4 sudubesar serbuk kurma
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk kunyit
1 suduteh serbuk lada hitam
2 kiub ayam
Garam
Akar ketumbar
2 biji lada hijau
Air secukupnya


Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan, rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam. Air rebusan digunakan untuk nasi dan juga sup.

Untuk nasi :
4 cawan basmathi
6 cawan air rebusan ayam
5 biji bawang merah- dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 biji bawang besar - dimayang
2 biji lada hijau
Rempah 4 sekawan
Minyak sapi
Minyak masak
Daun ketumbar
Kismis


Cara-caranya
Tumis bawang, bawang putih dan rempah 4 sekawan hingga garing
Masukkan beras, cili hijau, daun ketumbar, kismis, air rebusan ayam serta garam perisa.
Didihkan hingga kering- boleh sambung masak dlm rice cooker spt biasa. Bila nasi dah masak, gemburkan dan boleh dihidang bersama taburan daun ketumbar/sup serta bawang goreng. Lebihan air rebusan tu boleh dijadikan sup. Tambah tumisan bawang/bawang putih, daun sup, garam sesuai kan rasa. Masak hingga mendidih siap utk dihidang.

Ayam panggang
Ayam direbus tadi dilumur sedikit serbuk kari, kunyit, garam dan madu. Biarkan sebentar dan bakar dlm oven hingga keemasan (saya panggang jer dlm kuali atas dapur sebentar bagi garing luar ayam tu sikit)

Untuk sos salata hara
2 biji lada hijau
3 biji tomato
2-3 biji cili padi
1/2 mangkuk daun ketumbar
1/2 biji lemon ambil jus
garam & gula


Kisar kesemua bahan dlm blender hingga hancur

Acar timun tomato
timun - potong dadu
tomato - potong dadu
bawang besar- hiris nipis
lada merah
Garam & gula
Perahan lemon

Satukan semua bahan dlm mangkuk dan sejuk dlm petiais. Keluarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.