Showing posts with label ikan bilis. Show all posts
Showing posts with label ikan bilis. Show all posts

Friday, February 14, 2025

Siakap Goreng Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis


Assalamualaikum..arini kita nak share menu istimewa iaitu Ikan Siakap Goreng bersama Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis. Ni semua sebab aritu ada pergi dinner kt Cabe Rawit Restaurant Setapak..try order menu ni ..mak aiihh sedap gilers lauk ni di makan dgn nasi pepanas mmg de bomb! So sebab takleh moveon lagi, masih teringat2 keenakannnya maka kita pun cuba ler masak lauk camnih di rumah ikut resepi sendiri la kan..fuhhh malas nk komen lah. Yg penting korang wajib cuba la ye resepi ni. Jom layann yok!

SIAKAP GORENG SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS
Bahan-bahan :
Ikan Siakap - cuci bersih, gaul garam kunyit dan salutkan dgn taburan tepung jagung dan goreng.
1 cawan ikan bilis- digoreng garing dahulu
3-4 sudu besar tempoyak
4 ulas bawang merah (di tumbuk/kisar)
2 ulas bawang putih (tumbuk/kisar)
5 biji cili merah + 10-12 biji cili padi(di tumbuk/kisar)
sejemput ikan bilis utk di tumbuk/kisar sekali bersama bawang & cili
1 batang serai (dititik)
Petai secukupnya - ikut suka banyak mana
Garam
Gula
Cara-cara :
Masukkan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk/kisar serta serai.
Kemudian masukkan tempoyak , garam dan gula dan kacau sehingga sebati. Boleh tambah air sedikit jika perlu.
Akhir sekali masukkan petai dan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
Tuangkan sambal tempoyak yg telah masak ke atas ikan siakap yg siap di goreng tadi. Tabur lagi ikan bilis goreng atasnya. Biar ada rasa crunchy2 masa makan tu.
Hidangkan , dan makan dengan nasi panas-panas. Wallaa..

Friday, August 30, 2024

Sambal Bilis Petai Cili Padi



 Assalamualaikum semua! Ni menu sambal bilis petai yang dimasak baru-baru ini ye. Jangan ditanya sebab sekejapan jer habis dimakan anak beranak bersama nasi pepanas. Tak pandang lauk lain dah..hihii. Resepi sempoi amat..jom kita zaas resepinya yok..


RESIPI SAMBAL BILIS PETAI CILI PADI
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-Bahan:-
1 mangkuk Ikan bilis
2 biji Kentang - hiris nipis
1 mangkuk kecil isi petai
3 biji Bawang Kecil *
4 ulas Bawang Putih *
1 biji Bawang Besar *
10-15 biji Cili Padi * (ikut suka masing-masing)
2 biji Lada merah *
Sedikit belacan *
Sejemput ikan bilis *
Pes asam jawa
Gula & Garam secukup rasa
Minyak utk menumis


Cara-Cara :-
Tumbuk or blender kasar bahan2 bertanda *
Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan minyaknya dan asingkan tepi.
Goreng kentang dan toskan minyak serta asingkan letak di tepi dahulu.
Tumis bahan kisar hingga masak dan naik bau.
Campurkan dengan pes/air asam jawa tadi. Biarkan ia mendidih.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan kentang, petai dan ikan bilis tadi dan gaul sekejap bagi rata. Bolehlah ditutup api.
Hidangan siap dihidang.

Tuesday, October 10, 2023

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

Assalamualaikum..dah lama tak makan sambal tempoyak kebetulan jiran sebelah umah Kak Norlida ada memberi sebekas tempoyak tak lama dulu so apalagi projek menyambal la jadinye. Hasilnye bila dimakan bersama nasi pepanas dengan ikan goreng pun dah memang ummpphh..terbaekk! hehe.. Alhamdulillah mekaseh kak atas pemberian tempoyak yg sedap tempohari ❤️

RESIPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS
sumber : inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan :
1 cawan ikan bilis- digoreng garing dahulu
3-4 sudu besar tempoyak
2 ulas bawang merah (di tumbuk kasar )
3 biji cili merah + 10-12 biji cili padi(di tumbuk atau dikisar kasar)
sejemput ikan bilis utk di tumbuk/kisar sekali bersama bawang & cili
1 batang serai (dititik)
Garam
Gula


Cara-cara :
Masukkan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk/kisar serta serai.
Kemudian masukkan tempoyak , garam dan gula dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
Hidangkan , dan makan dengan nasi panas-panas.  
 

Tuesday, October 5, 2021

Lempeng & Sambal Ikan Bilis


Assalamualaikum..petang ni kita menjamu lempeng bodo jer cicah sambal bilis lebihan masak semalam. Kitorang memang suka lempeng yg digoreng garing2.. Adoiii berkeping2 menambah..hihi! Alhamdulillah mehh jom layan😋😋 Resepi sempoi jer hanya bancuh tepung, air dan garam sahaja kepekatan bagi cair sikit pastu goreng garing atas kuali. Senang sangat! Hihi..

Friday, January 10, 2020

SAMBAL IKAN BILIS PETAI

Menu sempoi sambal ikan bilis petai..layaan!

RESIPI SAMBAL BILIS PETAI
sumber - inahar's cooking time

semangkuk ikan bilis - digoreng garing
3-4 sudu besar cili giling
1 biji bawang besar- potong bulat
4-5biji bawang kecil
petai secukupnya
sedikit belacan
air asam jawa
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-
Bawang kecil, sejemput ikan bilis juga belacan di kisar.Kemudian tumis bahan2 kisar, cili giling hingga naik bau.
Tambah ikan bilis, petai, air asam jawa, potongan bawang besar, garam dan gula secukupnya. Kacau rata dan masak hingga agak pekat. Siap dan boleh dihidang bersama nasi putih juga lauk pauk yang lain.

Saturday, February 18, 2017

SAMBAL BILIS TEMPE PETAI

Assalamualaikum..lagi resipi sempoi dari dapur Pn Doc ye. Sambal bilis tempe petai sangat enak sebagai penambah selera bila dimakan bersama nasi panas dan lauk2 utama yang lain. Memang bertambah2 ler pinggan nasi tu kan. Jom zaass resipi yang sangat mudah ni ye!


RESIPI SAMBAL TEMPE BILIS PETAI

Bahan-bahan

2 bungkus tempe-potong dadu nipis 
1 biji kentang-potong dadu 
segenggam ikan bilis 
1 biji bawang besar 
2 biji bwg putih 
1-2 sudubesar cili giling 
sedikit ikan bilis* utk dikisar sekali ngan bawang 
isi petai secukupnye
air asam jawa 
garam 
gula 

Cara penyediaan 
1. Tempe & kentang di potong2 dan di goreng sebentar. ikan bilis juga digoreng. 
2. Kisar bawang besar, bawang putih & ikan bilis bertanda*hingga halus. 
3. Tumis bahan kisar bersama cili giling hingga pecah minyak. 
4. Masukkan sedikit air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. 
5. Masak seketika kemudian masukkan petai, tempe ,kentang & ikan bilis yang telah digoreng tadi. 
6. Kacau sebentar hingga agak2 kering dan kemudian bolehlah diangkat. 

Monday, January 16, 2017

SAMBAL BILIS PETAI CILI PADI

Assalamualaikum..harini kita nak share menu lauk paling sempoi dan enak. Sambal bilis petai cili padi..perghhh memang awesome uollss! Makan ngan nasi pepanas..memang bertambah2 ler pinggan nasi tu jawabnye..huhuu! Resipi sgt mudah..jom kita zaasss!

RESIPI SAMBAL BILIS PETAI
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
semangkuk ikan bilis digoreng garing
4-6 biji cili hijau/merah
10-15 biji cili padi - ikut suka
1 biji bawang besar
petai secukupnya
sedikit belacan - optional
air asam jawa 
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara
Cili, bawang dan belacan ditumbuk kasar atau kisar. Kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau. Tambah ikan bilis, petai, air asam jawa, garam & gula secukupnya. Kacau rata dan masak hingga hampir kering. Siap dan boleh dihidang bersama nasi panas dan juga lauk-pauk yang lain.

Wednesday, July 1, 2015

SAMBAL BILIS PETAI

Assalamualaikum..hari ini Pn Doc nak berkongsi resipi sambal bilis petai yang sangat sempoi dan enak banget..lebih2 lagi kalau di makan bersama nasi pepanas waktu berbuka atau bersahur nanti. Memang ummmpphh! Meh kita zaass resipi ek..

RESIPI SAMBAL BILIS PETAI
sumber - inahar's cooking time

semangkuk ikan bilis - digoreng garing
4-6 biji cili merah/hijau
10-15 biji cili api (ikut suka)
1 biji bawang besar
petai secukupnya
sedikit belacan
air asam jawa
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-
Cili, bawang juga belacan di kisar atau tumbuk kasar.Kemudian tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
Tambah ikan bilis, petai, air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Kacau rata dan masak hingga hampir kering. Siap dan boleh dihidang bersama nasi putih juga lauk pauk yang lain.


Wednesday, September 3, 2014

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

Assalamualaikum..dah lama tak makan sambal tempoyak kebetulan adinda Seli ada memberi sebekas tempoyak minggu lepas so apalagi projek menyambal la jadinye. hasilnye bila dimakan bersama nasi pepanas ngan ikan goreng pun dah mmg ummpphh..terbaekk! hehe.. 

RESIPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS
sumber : inahar's cooking time

Bahan-bahan :
  • 1 cawan ikan bilis- digoreng garing dahulu
  • 4-6 sudu besar tempoyak
  • 2 ulas bawang merah (di tumbuk kasar )
  • 3 biji cili merah + 10-12 biji cili padi(di tumbuk atau dikisar kasar)
  • sejemput ikan bilis utk di tumbuk/kisar sekali bersama bawang & cili
  • 2 batang serai (dititik)
  • Garam
  • Gula
Cara-cara :
  • Masukkan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk/kisar serta serai.
  • Kemudian masukkan tempoyak , garam dan gula dan kacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
  • Hidangkan , dan makan dengan nasi panas-panas.  

Saturday, July 28, 2012

SAMBAL GORENG JAWA


Assalamualaikum..ni lagi satu menu wajib bulan pose nih..hehe! malam tadi pn. doc masak banyak2 wat stok lam peties..leh makan masa berbuka ngan sahur nnti! kalu sahur pekena nasi panas ngan sambal tempe ni ngan telur masin pun dh cukup ummpph! adehh..terliurla pulak tgh menaip entry ni kt klinik..hahaha!!

Resepi sambal tempe goreng jawa
sumber: inahar's cooking time

2 bungkus tempe-potong dadu
1 biji kentang-potong dadu

segenggam ikan bilis

1 biji bawang besar

2 biji bwg putih

1-2 sudubesar cili giling

sedikit ikan bilis* utk dikisar sekali ngan bawang

air asam jawa

garam

gula

perasa (ikut suka)

Cara penyediaan

1. Tempe & kentang di potong2 dan di goreng sebentar. ikan bilis juga digoreng.
2. Kisar bawang besar, bawang putih & ikan bilis bertanda*hingga halus.
3. Tumis bahan kisar bersama cili giling hingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air, asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa.
5. Masak seketika kemudian masukkan tempe ,kentang & ikan bilis yang telah digoreng tadi.
6. Kacau sebentar hingga agak2 kering dan kemudian bolehlah diangkat.

Wednesday, August 10, 2011

SAMBAL GORENG JAWA



Ni lak sambal goreng jawa yg ku buat semalam tp masih ada belen lg wat berbuka tadi..sedap! anak2 pun suker..resipi main campak2 jek!

resepi sambal tempe goreng jawa

2 bungkus tempe-potong dadu
1 biji kentang-potong dadu

segenggam ikan bilis

1 biji bawang besar

2 biji bwg putih

1-2 sudubesar cili giling

sedikit ikan bilis* utk dikisar sekali ngan bawang

air asam jawa

garam

gula



Cara penyediaan

1. Tempe & kentang di potong2 dan di goreng sebentar. ikan bilis juga digoreng.
2. Kisar bawang besar, bawang putih & ikan bilis bertanda*hingga halus.
3. Tumis bahan kisar bersama cili giling hingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air, asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa.
5. Masak seketika kemudian masukkan tempe ,kentang & ikan bilis yang telah digoreng tadi.
6. Kacau sebentar hingga agak2 kering dan kemudian bolehlah diangkat.


Monday, October 11, 2010

NASI LEMAK SAMBAL BILIS & UDANG BEREMPAH


Salam bersiaran kembali..yuhuu setelah seminggu bertugas baru arini stat cuti..leh stat masak2 balik! tapi arini masak sempoi jek..masak nasi lemak sambal ikan bilis dan udang berempah..rasanya dh berkurun x wat nasi lemak..hehe!! resipi pun sonang jek..anak2 pun suka. lagi pulak arini last day abg bani exam PMR! pasnih merdeka abiss!! ibu pun merdeka jap..huhuu! jom kita tgk resipi nih..resipi bonda tercinta..sambal ikan bilis istimewa!

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS

Bahan:
150 gm ikan bilis sudah disiang
50 gm ikan bilis utk diblender bersama bawang
3 biji bawang besar (2 biji diblender, 1 biji lg di potong2 aje)
3-5 sudubesar cili giling (ikut kepedasan di sukai)
belacan sebesar ibujari
1 keping asam-leh guna air asam jawa
garam
gula
perisa jika suka
minyak


mula2 blender bawang,ikan bilis dan belacan. panaskan minyak then goreng bawang besar potong dulu sampai keemasan warnanya dan ketepikan.then goreng pulak ikan bilis hingga garing dan ketepikan. lepas tu menggunakan minyak yg masih dlm kuali tu utk menumis bahan2 kisar td sampai naik bau,kemudian masukkan cili giling.tumis sampai garing. lastly masukkan ikan bilis dan bawang yg telah digoreng sebelumtu, garam,gula,asam keping dan perisa. tumis sebentar kalau pekat sgt tambah air sikit..
(bila siap mmg sedap baunya sbb bawang potong yg digoreng tu memjadikan kuah tu lebih wangi..dan lagi tujuan kita masukkan ikan bilis kisar adalah utk memekatkan kuahnya disamping memberi rasa yg lebih ummph pada sambalnya..)

Udang berempah ni selalu wat..mmg guna resipi dari dapur
dayangjack..resipi asal guna sotong tp kita tukar ngan udang..jom layan resipinye!

RESIPI UDANG BEREMPAH


Bahan-bahan :
  • 300 g udang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili / cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 4 sb santan pekat / susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sb sos tomato
  • 1 biji hirisan cili merah
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi.
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.
  3. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih.
  5. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)

Sunday, August 22, 2010

KUIH BADAK BERENDAM

kuih badak berendam


nasi goreng cina


sambal goreng tempe wif ikan bilis-menu sahur nanti.

Salam..berbuka arini masak yg ringkas jek sbb penat banget..menyiapkan misi mengemas umah..hehe! besela..bila dh dekat raya baru terhegeh2 operasi besar2an overhaul isi rumah..adehh!! penat wehh..esok dh stat bertugas kembali hingga malam..so terpaksala berbuka kt klinik jek sepanjang minggu! huhuuu..dapur pun cuti berasap ye!! okay ler..petang tadi masak sempoi ie. nasi goreng cina dan tambahan lauk sambal bilis tempe utk menu bersahur nanti! sempat gak wat kuih badak berendam sementelah nk perabihkan inti kelapa kt lam peties tuh! resipi nasi goreng cina & sambal tempe tuh ramai yg tau kan..xyah resipi la ek! kuih badak berendam tuh baru pestaim wat..so kita layan resipinye kt sini ye! (amboi hijaunye mak ngah badak tuh..hehe! ni kes terlebih kaler la nih.kihkih!)

RESIPI BADAK BERENDAM
sumber-resipikuih.blogspot.com

Bahan-bahan:-
1) ½ bungkus tepung pulut
2) 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)

3) ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)

4) 3 cawan santan
5) 1 cawan gula merah

6) 1 cawan air
7) 1 sudu teh garam


Cara-cara pembuatan :-

1) Kelapa parut digaul denagn gula merah dan dimasak hingga menjadi inti.
2) Panaskan kukusan.
3) Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang
lembut.
4) Bentukkan doh lembut bulatbulat
dan isi inti di dalamnya.
5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.
6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
7) Kemudian kukus hingga masak.
8) Sejukkan.

Sunday, February 22, 2009

Sambal goreng tempe & ikan bilis


Hari ini tetiba teringin nak makan sambal goreng tempe ngan ikan bilis stail jawa tuh! aritu ternampak kt umah anawaheed & beberapa umah geng lain tu..terliur pulak..so sementara arini last day memasak sebelum start gantung kuali esok kan...jadi ku teruskan hasrat tu memasak sambal tempe ni..resepi senang aje..x yah letakla ek! layan gambar jelah! hehe..

Monday, January 26, 2009

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS




Haa ni pulak sambal tempoyak masak 2 hari lepas tp x sempat update..lepas tgk resipi nye kt umah yatt (resepi asal oleh nor) aritu terus je i teringatkan tempoyak yg kak ipar bagi beberapa bulan lepas kt dalam petiais tu x berusik pun lagi...apalagi terusla bikin dan dan tu! memang best..berkali tambah nasi, my hubby yg tgh diet nasi pun terjebak jugak bila nengok sambal tempoyak nih..tq very much yatt! resepi pun akak copy n paste je ye..sori yatt..

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

Bahan-bahannya;
1 cawan ikan bilis di goreng terlebih dahulu
4 sudu besar tempoyak
3 biji cili merah di blend
3 biji cili api merah di blend
belacan
garam
gula

Cara-caranya;

Masukkan sedikit minyak sahaja tumis cili besar, cili api, belacan sehingga masak, masukkan ikan bilis, masak seketika, masukkan tempoyak garam dan gula, terus angkat. siap, boleh prepare banyak2 boleh di simpan lama2 di dalam peti ais

Tuesday, January 6, 2009

Nasi lemak sambal bilis

hi..everyone..today is my most tiring day since Kak ayin( my 2nd child) masuk form one..being her 1st day.actually..member tension sgt sbb di sekolah menengah ni xde langsung kawan2 dr sekolah rendah yg sama dulu. last time..dia bersekolah di SKT.Melawati 2,ulu kelang tp menengah ni di sekolah baru kt selayang since kami dah pindah rumah baru di sini. nasib baiklah ada abg bani (anak sulong kami) bersekolah sama di form 2. jadi xdelah moyok sgt!
so today masak simple aje sbb bebudak smua pi skolah tinggal i aje kt umah..teringin nk makan nasi lemak ngan sambal ikan bilis..(lagipn dlm petiais xde brg lain yg bleh dimasak since belum sempat ke pasar beli brg dapur sbb lastweek kerja the whole week pagi smpai malam..minggu ni br start cuti, ingat nk ke pasar esok aje..)





haah..ginilah rupanya sambal ikan bilis ni masih dalam kuali lagi..nasi tu pun masak pakai microwave aje..malas pakai cooker sbbnye maleh nk menyental periuk nasi tu..he.he..actuallynya sambal ikan bilis yg i masak tu adalah resepi keluarga yg agk berlainan dari segi memasaknya(bhn2nya lebihkurang sama cam org lain).
dibawah ni resepinya....

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS

Bahan:
150 gm ikan bilis sudah disiang
50 gm ikan bilis utk diblender bersama bawang
4 biji bawang besar (3 biji diblender, 1 biji lg di potong2 aje)
3 sudubesar cili giling (ikut kepedasan di sukai)
belacan sebesar ibujari
1 keping asam
garam
gula
perisa jika suka
minyak

mula2 blender bawang,ikan bilis dan belacan.
panaskan minyak then goreng bawang besar potong dulu sampai keemasan warnanya dan ketepikan.then goreng pulak ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
lepas tu menggunakan minyak yg masih dlm kuali tu utk menumis bahan2 kisar td sampai naik bau,kemudian masukkan cili giling.tumis sampai garing.
lastly masukkan ikan bilis dan bawang yg telah digoreng sebelumtu, garam,gula,asam keping dan perisa. tumis sebentar kalau pekat sgt tambah air sikit..

bila siap mmg sedap baunya sbb bawang potong yg digoreng tu memjadikan kuah tu lebih wangi..dan lagi tujuan kita masukkan ikan bilis kisar adalah utk memekatkan kuahnya disamping memberi rasa yg lebih ummph pada sambalnya..

ha..nanti kengkawan cubalah try ye!