Showing posts with label hepi 48th besday. Show all posts
Showing posts with label hepi 48th besday. Show all posts

Tuesday, October 6, 2015

VICTORIA SANDWICH CAKE

 
 
Assalamualaikum,,pekabo semua? Hari ini baru Pn Doc sempat nak updet entry Victoria Sandwich Cake yang kita buat sempena besday empunya diri last week,,huhuu! Resipi dulu pernah ada kat sini, Arini takpe kita cnp sekali lagi..jom layaann!!

RESIPI VICTORIA SANDWICH CAKE 
sumber - inahar's cooking time 

Bahan kek butter 
250 gm mentega 
250 gm tepung naik sendiri (selfraising flour) 
180 gm gula castor
5 biji telur gred A 
2 sudubesar susu pekat manis 
esen vanilla 
secubit garam 

Cara 
Pukul mentega bersama gula kastor hingga gebu. Tambahkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang. Masukkan susu pekat juga esen vanilla. Pukul lagi. Akhir sekali masukkan tepung yang sudah diayak bersama garam secara kaupbalik bagi sebati (hati2 jangan pukul lama nanti kek yang terhasil akan keras juga kering tekturnye). Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada 180c selama 45-50minitmengikut oven memasing ye. Setelah kek sejuk b olehla dipotong menjadi dua atau tiga lapis. Sapukan strawberry compote or jem pada setiap lapis kemudian dihiasi dengan cheesecream icing. Hiaskan kek ikut suka..siap! 

RESIPI STRAWBERRY COMPOTE 
250 gm buah strawbery - dicincang kasar 
2-4 sudubesar gula menurut kemanisan digemari 
sedikit tepung jagung dibancuh bersam air 
sedikit jus lemon 

Masak buah stoberi, gula dan jus lemon atas api yang perlahan . Masak hingga mendidih dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan jem. Masak hingga ia pekat. 

RESIPI CHEESECREAM TOPPING 
250 ml fresh/whipping cream - pukul kental 
200 mg cream cheese 
1/4 cawan gula 

Cara 
Pukul cheesecream bersama gula hingga gebu kemudian campurkan dgn freshcream yang telah dipukul kental sebelum itu. Kacau rata hingga sebati. Boleh terus diguna utk hias kek. 
 

Saturday, September 26, 2015

I AM 48 TODAY


48th birthday gift, birthday mug, for him, for her, 1967, coffee mug, present, party, tea cup, for mom, dad, teacher, sister, brother, men


Assalamualaikum..Salam Aidiladha buat semua!  Selamat hari lahir untuk diri sendiri. Alhamdullillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi dikurniakan nyawa serta diberi peluang untuk menikmati kehidupan. Bertambah usia bermakna ku harus terus gigih berusaha menjadikan diri sebaik-baik manusia, yang berguna untuk manusia lain dan supaya sentiasa mendapat perhatian juga rahmat Allah swt.. Semoga Allah panjangkan umurku, beri kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki yang berkat juga sentiasa diselubungi bahagia dunia & akhirat. Amiinn!
Terima kasih untuk semua ucapan juga doa yang baik-baik dari ahli keluarga tercinta, rakan2 baik di dunia realiti juga di alam maya ini. Semoga dikabulkan Yang Maha Esa..insyaallah! Amiiinn!
Once again..selamat hari lahir untuk diri sendiri dan semua yang lahir dalam bulan September. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati Allah. Aminn. Love uollsss!