Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Friday, October 28, 2022

MEE REBUS JOHOR SEDAP!


Assalamualaikum.. Alhamdulillah bersiaran kembali Pn Doc dengan hidangan istimewa iaitu Mee Rebus Johor yang ohsem. Kali ni kita guna resipi ori dari pengusaha mee rebus terkenal di johor iaitu Hj Wahid. Alhamdulillah memang sedap kejadiannye. Jom kita semak resipi nya yok!


Mee Rebus Johor
Resipi Hj Wahid
Sumber - inahar's cooking time 
IG @Drinahar

Bahan-bahan:
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan Mi Rebus Johor Hj Wahid

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rempah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering

Saturday, October 9, 2021

MEE GORENG SEMPOI



Assalamualaikum.. Dah tak tau nak masak apa jadi arini kita layan mee goreng jer lah. Alhamdulillah kenyang kami anak beranak..hihi! Resepi sempoi main campak2 jer.. Jom kita zaass resepinye yok!

Mee Goreng
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan bahan:
2 pek mee kuning
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis
3-4 sudu besar cili giling
4-5 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
Udang dan sotong
Isi ayam
Taugeh, kobis
Daun kucai
Limau kasturi
Lada hijau/merah
Daun sup/daun bawang - tabur
Bawang goreng


Cara cara:
Kisar bawang besar, bawang putih dan ikan bilis.
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Lepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
Setelah cili garing, masukkan semua bahan sos, kicap dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak.
Masukkan ayam, udang dan sotong.
Kacau rata. Kemudian masukkan mee dan kacau rata. Masukkan taugeh, daun kucai dan sedikit garam (tak perlu garam jika dah cukup masin), kacau rata dan setelah secukup rasa, bolehlah ditutup api.
Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur lada hijau/merah hiris dan daun bawang/sup serta bawang goreng. Jika suka, perahkan limau kasturi. 

Friday, April 24, 2020

MEE BANDUNG MUAR MUDAH & SEDAP

Assalamualaikum...Salam Ramadhan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa diucapkan buat semua pengunjung blogku ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan & kesihatan yang baik kepada kita semua untuk menjalani ibadah puasa dengan tenang dan penuh kesabaran. Insyaallah Aamiinn Yra...Ok lah ni menu  mee bandung muor istimewa dimasak pada hari minggu yang lalu sempena musim pkp ini . Alhamdulillah..jom kita zaass resepi sgt sedap dari mat gebu ni. Macehh mat 💕

Resipi Mee Bandung Muar
Resipi asal - matgebu
Sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHAN KUAH MI BANDUNG :-)
1/2 cawan cili kisar
1 biji bawang holland*
4 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
3 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*dikisar halus)
200 gram daging lembu, hiris cuci dan rebus hingga empuk, asingkan air rebusannya
Udang dan sotong secukupnya
1 biji tomato, dadu kecil
5 pokok baby kailan, cuci dan dikerat (kita guna sawi dan kobis)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos tiram
3 camca besar kacang tanah tumbuk
4 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN2 LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, dicuci dan celur sekejap, toskan
Tauhu, digoreng dan hiris (tak letak, sebab takde)
Hirisan daun sup
Hirisan cili merah dan cili hijau
Bawang goreng
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2 setiap 1


CARA MEMBUATNYA :-) 

UNTUK KUAH MI BANDUNG :- 
Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Kacau sentiasa. Tambah sos tomato dan sos tiram, kacau dan tuang air rebusan daging dan tambah air secukupnya. Biarkan mendidih,
Masukkan tomato, daging dan kacang tanah tumbuk. Masak hingga tomato lembut. Perlahankan api, pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah, pastikan telur tidah bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur keras. Masukkan udang dan sotong, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap hingga kailan lembut dn udang masak. Tambah sedikit air panas jika kuahnya terlalu pekat. Rasa jika ok boleh matikan api. 


UNTUK PENYEDIAAN MI BANDUNG :- 

Masukkan mi kuning secukupnya ke dalam mangkuk sesuai. Tuangkan kuahnya (jangan lupa tarukkan sekali daging, udang dan telur). Hias dengan hirisan cili merah, cili hijau, daun sup, tauhu goreng, bawang goreng dan perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan.

Monday, November 27, 2017

MEE REBUS JOHOR

Assalamualaikum..Alhamdulillah bersiaran kembali Pn Doc dengan hidangan istimewa hari minggu yang lepas iaitu Mee Rebus Johor yang ohsem. Dulu pernah buat di sini menggunakan resipi CMG. Kali ni kita guna resipi ori dari pengusaha mee rebus terkenal di johor iaitu Hj Wahid. Alhamdulillah memang sedap kejadiannye. Jom kita semak resipi yok!

Mee Rebus Johor
Resipi Hj Wahid
Sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan:

2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering

1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan

tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan Mi Rebus Johor Hj Wahid

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering

Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang

Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Tuesday, October 14, 2014

MEE REBUS JOHOR


Assalamualaikum..seronok sangat akhirnya kita berjaya gak memasak mee rebus johor homemade..dah lama berangan nak membuatnya tapi risau takut tak sedap cam mee rebus hj wahid yang popular kat JB nun kan! Apa2 pun setelah menelek resipi2 yang ada kt internet..kita cuba resipi mee rebus mudah dari dapur CMG..memang sempoi & sedap sangat! Mekaceh ye Mat berkongsi resipi yang mantopp ni!

MEE REBUS JOHOR
resipi asal - CMG
sumber - inahar's cooking time

BAHAN KUAH :-)
500 g daging tetel, kerat2, cuci bersih dan toskan* (kita guna daging biasa)
1 inci halia, dititik*
3 ulas bawang putih, dititik*(*rebus hingga tetel lembut)
300 g keledek, kupas, rebus hingga lembut dan lecek halus
1/2 cawan kacang tanah, goreng dan kisar halus
1 camca besar tomato puree
3 camca besar tauco, cuci dan tumbuk halus
2 camca besar rempah kari daging
1 inci lengkuas, diketuk
1 biji tomato, belah 4
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
5 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai, hiris halus*
1/3 cawan udang kering, rendam 10 minit, toskan*
1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
Air secukupnya (anggaran 1 liter)

BAHAN LAIN :-)
Mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
Taugeh, buang ekor, cuci dan celur sekejap, toskan
Tauhu, goreng dan hiris
Hirisan cili hijau dan merah
Hirisan daun bawang dan daun sup
Bawang goreng
Belahan limau kasturi
Telur rebus, dibelah dua
Tepung goreng rangup (kita tambah-resipi di bawah)

Bahan Tepung Goreng Rangup
resipi - Hj Wahid

1/2 caw udang kering dikisar (kita guna udang geragau)
80gm tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam
air secukupnye
minyak untuk menggoreng

Cara:
Campurkan kesemua bahan2 dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit.
Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angka t dan toskan.
Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar bersama lengkuas hingga harum, masukkan rempah kari dan tomato puree. Masak hingga garing, gunakan api kecil. Masukkan tetel bersama2 air rebusannya dan tauco tumbuk. Biar mendidih dan tambah keledek lecek (masukkan sekali air rebusan keledek), kacang tanah kisar dan tomato, kecilkan api dan masak hingga pekat (tambah air jika perlu) . Tambah garam secukup rasa dan juga gula (biasanya kuah mee rebus memang sedikit manis). Masak 4 - 5 minit lagi dan sesuaikan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama mee kuning dan bahan2 lain.
  2. UNTUK MEE REBUS MUDAH :- Ambil mee secukupnya dan isi dalam mangkuk sesuai, letak taugeh dan tuang kuah bersama isi2nya. Hias dengan bahan lain dan perahkan limau kasturi sebelum dimakan.....Selamat mencuba dan selamat menjamu selera....

Monday, August 25, 2014

MEEHUN SUP AYAM ISTIMEWA

Assalamualaikum..dah lama tak makan mihun sup homemade. Jadi Pn Doc pun merajinkan diri buat mihun sup ayam ni last weekend..selalu buat yg main campak2 jek kali ni kita menerai resipi istimewa dari blog kak Azie. Penyediaan kuah sup ni agak istimewa dgn adanya tambahan air asam jawa dan belacan bakar yang merupakan bahan yg sgt jarang kita tambah dlm penyediaan sup biasa. So..korang kena try resipi nih..nampak sempoi lagi sedaapp! Terimakaseh buat kak azie yang sudi berkongsi resipi yg istimewa ini. Jom kita zaass resipi..layaaann!

Mee Sup Istimewa (guna meehoon)
sumber 1: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar kuning - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk ketumbar (kita tambah)
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar. 
2 kiub stok daging
Air secukupnya
rempah 3 sekawan sbg bahan tumis (kita tambah-1 batang kayu manis1 kuntum bunga lawang,3 biji buah pelaga)
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain:
2 pek mee kuning/mee hoon - celur (guna meehoon)
1 ikat sawi - celur
Cili kicap - resepi di bawah
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Cara cara;
Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar juga rempah tiga sekawan. Tumis sehingga wangi. 
Masukkan serbuk jintan manis, ketumbar dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.
Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis. 
Masukkan air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.
Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain.

Cili Kicap 

Bahan bahan:
Segenggam cili padi - 15 biji cili merah dan hijau
3 ulas bawang putih
3-4 biji limau kasturi - perah airnya
Sedikit cuka
Kicap manis
Garam
Gula

Cara cara:
Sangai bawang putih dan cili padi sebelum ditumbuk. Masukkan air perahan limau kasturi, sedikit cuka dan kicap manis. Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan garam dan gula. 

Nota;
Cara bakar belacan. Susun belacan yang dipotong dalam dulang dan bakar dalam oven. Angkat dan boleh simpan dalam bekas sebelum disimpan dalam peti ais. 




Friday, July 20, 2012

MEE UDANG SEDAP


Assalamualaikum..pn. doc kembali bersiaran..alhamdulillah! mee udang ni wat semalam..uolss layan mata jerlaa sbb dh abih punn..hehe! resipi yg sedap dari dapur wana..tenkiu ye wana for sharing! Oh iye..buat semua kengkawan muslim..kita ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan nan mulia..semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dgn tenang dan sabar..insyaallah..amin! so..jom kita semak resipi..

RESIPI MEE UDANG 
resipi - wana
sumber- inahar's cooking time


1 kilo mee kuning
800g – 1 kilo udang sederhana ( ikut suka… lg banyak udang lagi best)
4 biji telur di pukul ( untuk pekatkan kuah) - (kita x letak)
200 g sawi ( di celur )
200 g taugeh ( dicelur )
daun bawang
daun sup
3 keping tauhu ( goreng dan hiris nipis )
telur rebus ( jika suka)
limau kasturi
bawang goreng
Bahan kisar
15-20 biji cili kering ( buang biji dan direndam)- kita guna cili giling readymade
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5 biji buah keras
2 sudu besar udang kering
Bahan Sos
10 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos stock ayam maggie (kita guna kiub ayam knorr)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Cara penyediaan
1. Udang  di kopek dan asingkan isi dan kulitnya. Kisar atau tumbuk kulit dan kepalanya hingga pecah kemudian campurkan 1.5 – 2 liter air untuk dijadikan stock udang.
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak kemudian campurkan bahan sos dan stok udang. Didihkan selama 10 minit.
3. Masukan telur yang di pukul. Kacau sebati. Kemudian sekali masukkan udang. Masak 3-4 minit, sesuaikan rasa bolelah di tutup api.
4. Hidangkan mee yang telah dicelur kedalam mangkuk bersama sawi, taugeh bawang goreng, cili hiris, tauhu goreng, telur rebus dan limau yg telah di potong.
5. Tambahkan kuah dan udang keatas mee dan bolehlah dimakan. Sedap dimakan dengan sos kicap cuka bercili.
Sos Kicap cuka bercili
10-20 biji cili padi
10 sudu makan kicap manis
2 sudu besar cuka
Cara penyediaan
* Satukan semua bahan dan letakkan dalam satu bekas. Hidangkan bersama mee udang tadi.



Tuesday, August 31, 2010

MEE GORENG ,JEMPUT2 KURMA & BUBUR CANDIL

Salam merdeka wat semua..arini sibuk mengukis so x sempat masak lauk pauk so kita goreng mee jek pastu wat jemput2 kurma dan gentel tepung pulut wat bubur candil dan puteri mandi (sbb ada sikit lg belen inti kelapa kt lam peties tuh)..ish macam banyak lak ek!! hehe..korang layan foto je la ek..resipi kukis akan menyusul kemudian..daaaaa!!

Resipi bubur candil kt sini!

Thursday, January 22, 2009

Mee goreng & Nasi goreng kampung

Salam..semalam x sempat update..rupanya i tertidur depan computer..mungkin letih sgt agaknya..teruk kena leter ngan my hubby..haha!(terukkan i ni!adake tertidur dpn computer..masa tu baru nak upload foto ..tetiba mata trus zzzz...wat malu aje!)
okla..sebenarnya smlm x masak apapn sbb sibuk ckit..jd wat nasi goreng kampung n mee goreng aje..nak resepi gak ke..alaa masak biasa2 aje!
malam pulak beli pizza aje..my kids kata dh lama x mamam pizza..selalu beli kat pizza hut tp semalam beli kt domino wangsa maju aje..