Nuffnang

Showing posts with label break fast. Show all posts
Showing posts with label break fast. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Iftar with TM family....

Date: 30 July 2013
Time: 6.30 - 9pm
Venue: The Club @ Bukit Utama

Ni last minute plan from the company. The COO and CEO invited all the staffs to berbuka sama2.
Tak ramai pun yg leh join. So, aku ni rasa mcm bertanggungjawablah nk join.
Hellooo... org dh berbesar hati ajak beriftar. Ko leh buat kerek x nak join pulak.
Siap leh bwk family.

that day aku mintak kat boss aku nk balik pkl 4pm. balik umah... siap2.. mandi2... zasss... gerak mai The Club. Jalan tak jammed pun. kami sampai dekat 6.30pm.

1st time aku sampai The Club ni. Baru tau kat Bukit Damansara ni ada golf club rupanya. hahahah

Dewan dia besarrr... tapi coz tak ramai yg nk booked that day. 1/2 of the dewan x de org.
the kids happy je berlari2 dlm tu.

kerabu corner.

dessert dia gila sikit.
ada 3 jenis je.
isk isk isk..

ada laksa, and 2 jenis bubur.

kambing panggang.
ni dh tinggal 1/2.
another half dia dh potong2. tu kat belakang tu.
Shahnun & kwn2 aku ckp.... sedap gila.
aku yg x mkn kambing ni pun, bila tgk... memang nampak menarik and bau dia sgt sgt sedap.
dia ada prepare coleslaw gak. sedapnyaaaaa.... sgt2 pekat coleslaw dia.

ada stall murtabak.

stall abc & cendol.
ada gak stall air.
Air dia memang byk gila choice.
asam boi, bandung, teh tarik, lai ci kang, and ada lg 2 jenis air lg aku x ingat.

oh..stall2 ni semua kat luar dewan, leh nampak swimming pool bwh tu.
anak2 aku dh menggeletis bila tgk pool tu.

nampak budak tu??
dia dulu rasmi mkn tembikai.
sambil malu2 org dok tgk dia.

tu diaaaa...
sekali amik food... mcm x mkn seminggu.
bwh sekali tu pinggan aku.
from murtabak + cendol + nasi putih + masak lemak perut + sambal tempe + ayam masak merah + kerabu kerang.
dlm mangkuk tu tomyam ayam. gila sedap okehhhh...
kanan: tembikai hazry. teh tarik hardy shah. 
yg sate, laksa, kambing sampai 2 pinggan tu takyah tanyalah kan. tu semua shahnun tu.

budak dobot tu suka gila sate dia.
dekat 4 cucuk dia mkn.

aku dh rasmi last minute ready made baju raya aku baru beli kat Jakel last week.
Saja pi cari baju ready made cotton coz Shahnun ckp theme color this yr, coklat!!
coz dia and the kids nk pakai balik baju melayu yg pakai time kenduri kak aku last yr.
betul gak kan.
baru pakai sekali je kot.
tak pasai2 aku kena pi cari baju raya baru.
takkan aku nk pakai baju sama time wedding kak aku kotttt??
ehhh cannottttt......pompuan lain.. kena gak pakai baju baru.

Sib baik dpt gak cari baju kaler coklat kat Jakel tu.
sekali time tu ada happy hour. buy 2 dpt less dekat 50%.
tak pasai2 aku beli 2.
tudung pulak, pi cari terus kat Ariani sebelah dia tu je.
ni je tudung yg match dgn kaler baju aku.
aku pakai tudung camni, muka dh mcm bola!!
oklah... bola pun bolalahhh...
janji kaler matching.

 ni pompuan2 kat meja kami.

Laki aku sorang je guy kat meja tu.
so.. silalah bc doa mkn yer.

ada org2 dok nyanyi ala2 nasyid gak kat stage tu.


 sekali slow2...
si dobot pi berdiri depan stage.
lama gak.. dekat 15 mins. Gila concentrate tgk abg2 tu dok berzanji.
pastu mai join anak2 staff lain.
gaya boss2 okeh!!
tgn letak belakang.
hahhahaha

dah mkn habis baru teringat tak snap pix lauk2.
lauk2 dia tak byk sgt choice.
tapi semua sedap2.

budak tak posa tu suka betul mkn cendol.

that night kami buat surprise to our COO.
bday dia weekend ni.
tu muka ala2 segan2 coz semua dok nyanyi h.bday song kat dia.

the chinese lady yg berdiri nk dukung baby tu is our CEO.
in this company CEO ke...COO ke... semua memang jenis sempoi je.

tu diaaa...
mak busy dok suap anak2 burung mkn cake.


ok2... family pix.
time ni hardy dh hilang pi main dgn geng2 baru dia kenal.
hazry dok tawaf dlm dewan tu.
shahnun tukang snap pix.

sekali... plinggggg... nampak anakanda kecik melintas.
terus aku tarik masuk pix sekali.


Buffet dia not bad. Padanlah dgn price pun RM39 nett/pax.
Tapi coz dah pi G Tower Ramadhan buffet before this... i think G Tower food byk sedap2 lagi and lauk2 dia ada byk choice lagi.


Thursday, July 25, 2013

IFTAR @ G Tower with the ladies

Date: 21 July 2013
Time: 6.30pm - 10pm
venue: Rajang, G Tower

Halu ladies,
sorry yer... dah dekat seminggu baru nk update cerita pi berbuka posa ramai. Ni kami punya acara tahunan.
this yr kami decide nk pi buffet pulak. anak2 pun dah besar. so pandai2lah korang bwk diri.
anakanda dobot still tak leh bwk pi tempat2 camni. Satgi mak dia mkn tak tenteram.
Next year bulehlah kot.

Kami beli groupon buffet ni before Ramadhan lagi. RM45 perpax. Child RM28, but kena byr kat sana.
Cerita with pixture. Aku takde idea nak membebel apa.

kami gerak after asar.
abang pakai spec lama daddy dia.
siannya ko abg, takde shades rupanya.
yg adik ko over pulak ada sampai 2.
nanti kita pi cari 1 k?

budak ni sejak kecik sampai besar, senang je nk bg dia tido.
naik je kereta. kompem zzzz.
siap dh tergolek kat belakang tapi pakai seat belt tu!!


sampai2, nampak lieya & family dah sampai.
pastu sham pulak sampai.
meh kita posing2 dulu.
Mimi pi Ampang Park jap.
Gila ayu si sham berbaju kurung.
Sgt menepati tema Iftar.

masuk2 nampak ni atas meja kami.

me & sham

mimi & lieya

laki bini yg aku rs makin posa makin bulat pulak.

tu ikan merah + kambing panggang + sauce.
yg model tu tgh buat QA... pass ke tak food kat sini. hehehe

mee bandung.
aku tak rs pun.

ada satay.
pun aku tak makan.

cold salad + kerabu.
kerabu mangga & seafood dia tu marbeles.

muffin + bread + soup.
that day dia serve bubur lambuk and sup ayam berempah.

budak2 ni satu meja.
semua bila dh berjumpa pakat dok share main game.
sorang pun tak ingat nk berbuka.

dah nama mak kan,
tetaplah heret anak soh pilih nak mkn apa.
ko jgn abangggg..
dah byr rm28 kat ko, sila mkn jugak2.
last2 hardy pilih ni...
bubur lambuk, muffin and croissant.

hardy wajib nak duduk kat abg a'am kesayangan.
dah besar dh korang kan anak2.
amik bihum, ayam berempah & satay for hardy gak.

pastu br mak korang leh concentrate kat food dia.
ni kengkonon appetiser.
salad + kerabu mangga + kerabu seafood.
semua sedap!!

aku x amik nasi mlm tu.
bukan sebab aku diet yer.
no..no..no.
sebab nak mkn lauk dia byk2.
muhahaha.. if mkn nasi nanti cepat je kenyang.
so aku amik bihun, sambal udang, sotong masala, ayam berempah, pandan seabass and seafood arabiata.
i tell uuuu...
semua sedap!
although selection of foods dia takdelah byk mcm buffet ratus2 tu. 
Tapi food2 dia semua taste aku.

shahnun berbuka kena mkn kuih.
buah melaka tu je kuih tradisional. yg lain semua omputih.

ni semua sedap!!
red velvet + strawberry mousse + mini pavlova.

pastu aku dah tak amik gambar dah. boleh??? coz makan2 + sembang2 + stop jap pi solat. Pastu sambung sembang lagi sampai kena halau lah... hahahah

for me, although masa mula2 tu aku mcm "ni je food dia??" tapi trust me.. bila dah start mkn, takde byk pun kami mkn. balik2 dok ulang amik food yg sama.
berbaloilah dgn RM45 tu kan? Normal price without groupon RM90.

actually ada byk lg food2 dia, tapi aku tak snap semua pix food. area pun luas. happy je budak2 tu berlari2. main sama2, golek2, baring2. buat mcm rumah sendiri.

Next year kita nak mai lagi ke ladies??? tunggu groupon gak k??

Monday, July 15, 2013

Nasi Hujan Panas + ayam masak merah + kurma telur


ni menu aku masa sabtu lepas. sapa yg dok request soh aku share recipe tu??
sila catit yer...
aku share recipe nasi ujan panas je. if nak recipe2 lain, bgtau k? nanti aku share lg.

Nasi Hujan Panas
  1. basmati (3 pot)
  2. air (3 pot)
  3. Ghee,butter (saja aku campur dua2 bahan ni) - 2/3 sudu mkn
  4. susu cair (1/2 cawan)
  5. Bahan A: bwg merah + bwg putih + halia (dihiris) +  kulit kayu manis + bunga lawang 
  6. Bahan B: bwg merah + bwg putih (blend) - 2-3 sudu mkn
  7. kiub pati ayam
  8. pewarna ijau, merah, kuning (suka atilah kaler apa korang nak letak.)
  9. daun pandan.
  10. garam, maggi cukup rasa.


cara2
  • basuh beras bersih2. toskan,
  • panaskan Ghee and butter. 
  • masukkan Bahan A. sampai naik bau.
  • masukkan bahan B.
  • dah nampak garing sikit. masukkan susu cair, kiub pati ayam.
  • garam, maggi cukup rasa.
  • masukkan beras, daun pandan, air.
  • gaul bg beras mesra dgn bahan2 semua. 
  • agak2 dh start menggelegak. angkat periuk tu and sambung masak dlm rice cooker.
  • bila nasi dh masak.. titik pewarna tu kat bahagian atas. jgn byk sgt satgi melampau pulak habis satu periuk nasi tukar kaler.
  • time nk serve, baru gembur2kan nasi.
  • jadilah kaler hujan panas tu.
aku ada kaler oren and ijau je. titik pun takut2 takut terover byk . 




Friday, July 12, 2013

Ramadhan 1 & 2....

Selamat berpuasa ladies,
So camna dgn puasa korang? Anak2 korang? So far hardy still ok lg. takde le melepet mcm last year. Aku tgk dia lg kuat from aku.

ni to recap kejadian puasa day 1 till day 2.

seminggu b4 posa, lelek dah antar email satu opis ajak ramai2 pakai baju kurung/baju melayu on 1st day puasa. Gila semangatkan? Yang bestnya non-muslim pun ramai pakai. gila sporting semua.

majority hari tu pakai baju cotton je.

sekali lieya pun pakai the same baju kurung lah!! "I feel U' lah lieya. muhahahah



 ni time lunch break.
sah2 le muka2 melayu ni je tinggal kan?
Yg non-muslim dah kuar lunch.

bulan puasa ni office hour kami 8.30am till 4.30pm!
wahhh..ini sudah bagus. 5pm aku dh sampai umah. terus kuar dgn Shahnun pi Param.
Beli kuih je kat param coz lauk dia mcm fail je kat mata aku.
tapi aku lupa nk snap pix food aku masak masa day 1..boleh?
ehhh busy..busy..katanya.

malam tu abg happy dah siap nak pi terawih.Tgk rupa adik selepung tu.
sengeh wajib senget2 kepala.
tu feeling2 org nk bwk dia sekalilah tu.

sekali aku terjumpa ni. hahahha
ni bahasa apa ko guna ni abg???
tungging terbalik BM ko. 

sahur day 3.
lauk berbuka day 2 terlupa nk snap.
posa baru 2 hari.
tapi tahap pelupa dah over melampau.

ni food aku masak semlm. x habis.
eh tapi udang tu abis, pkl 4am tadi aku keletung keletang kat dapur masak butter prawn baru pulak.
shahnun now sejak bini dia tau masak butter prawn, tu je dia demand. aku pulak dh naik muak.

pastu now hari2 kena ada sambal cili tu.
coz hardy and shahnun nak mkn tu gak.
telur mata tu pun for hardy.
pastu aku tambah goreng ayamas crispy tu seketul kat hardy.
barulah dia selera nak mkn byk sikit.
tu je benda yg dia makan.
ayam + telur. 
gila bosan abang weihh.
camna le ko x kemetot.

Monday, August 13, 2012

iftar 2012 @ lieya's...

happpy monday ladies...
how's ur last weekend berpuasa? kami biasa2 je. coz sabtu tu kami dh plan nk berbuka ramai2 kat umah lieya & shah kat putrajaya. yer la sejak dia pindah rumah baru ni, aku x pernah pun sampai. senang nk cari umah dia rupanya.

kita mulakan dgn dobot dlm keta on the way nk pi putrajaya. eh apa pesen ko isap puting ni adik??? mengamuk2 duduk belakang dgn bibik. so aku amik duduk depan. diam le kejap. pastu.....

dia start kecau button radio la.. ekon la.. sekali kena "happpppp" dgn daddy dia. terus terkedu!

aku sampai 1st. try dudukkan budak berdua ni.
jauh beza nampak. nampak hazry besar byk fr dayyan. padahal muda 4 bulan. baikkk je la gedek2 sorang ni.

hazry muka curious! coz 1st time jumpa baby besar dia. pastu dia pi pegang pipi... rambut.. telinga dayyan.

the marbeles ayam masak merah!!

the yummeh kurma daging!

acar sayur. yg ni taktau coz mak x mkn sayur kan?

meh pose dobot meh...
ok dobot anti camera!

apsal senget nihhhh???
porridge special made from tuan umah!!
sedapppp.. 3/4 bowl hazry mkn.

kuihs & dessert.

aku bwk blotok!! itam2 bibik goreng (tetap salahkan bibikkkk... kalu x ok je semua salah bibik. kalu ok semua aku. kikiki)
eh baru perasan, ada gak terselit porridge dayyan.

b4 berbuka, bg anakanda kenyang dulu yer. so that dia x kacau. abang dia ntah hilang kemana dh jumpa geng.

tuan umah bz cedok nasi.

hardy berbuka minum teh o. bagusss...
mak2 & anak2 berbuka kat depan. bapak2 kat meja mkn.

budak berdua ni dh pandai nk berkawan.
gila gangster muka ko dik!

tadaaaa.... surprise for that night!!
bday cake for Ramadhan & Syawal babies.
Nama dobot & gedek2 x de. tak cukup.

bagus... diam sikit duduk dalam walker.

ok.. cikgu sham will mulakan upacara cucuk lilin h.bday yerrr...
kecoh semua nk cucuk sama. tu br 6 orang.
tunggu le thn depan.. gedek2 & dobot dh cerdik. dgn derang2 will join sekali.

dobot sgt berkenan dgn sepit rambut kat mia. kikiki.. sabar je la.
oh time ni semua tgh tunggu api.

since bapak2 semua dh quit smoking. so session nk cr api sedikit panjang.
so meh le kita pose dulu yer.

us & kids. sayang muka lieya tercover kepala gedek2.
hardy suka gila dgn abg a'am!! siap peluk tu ha!!

tepi2..... uncle shah nk pasang api!!

semua dh standby!!

ok..nyanyi for diri sendiri semua....

abang happy coz ada nama dia atas cake!

potong sama2. semua dapat potong. sampai hancur cake tu dibuatnya.

like mothers like sons. the sizes i mean! LOL

activity wajib..lepas kenyang cam ular sawa.. mak2 duduk melepak bergossip. bapak2 duduk kat luar.
gedek2 dh lenaaaa duduk atas riba aunty mimi.
dobot ntah ke mana. still hyper. naik turun tangga kot.