Showing posts with label marble cheese brownies. Show all posts
Showing posts with label marble cheese brownies. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

Marble Cheese Brownnies

Assalammualaikum wbrt.,

Kali ni saya nak berkongsi resepi Marble Cheese Brownies., yang dah lama terperap dalam simpanan saya..
Atas permintaan anak saya Imah, yang nak resepi..disini saya sertakan resepinya.,







Bahan2.,

Loyang 10 x 10 in

1.5 cwn butter - dicairkan dan sejukkan
1 cawan serbuk koko
3 biji telor
1.5 cwn gula castor
0.5 cwn susu cair
1.5 cwn tepung gandum biasa
1 sudu teh baking powder
0.5 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara.,

Panaskan oven pada suhu 150'c.

1. Butter cair digaul bersama dgn serbuk koko dalam satu mangkok.
2. Di mangkuk mixer, pukul gula castor dan telor hingga putih.,
3. Masukkan adunan koko /buttercair tadi.
4. Masukkan susu cair.
5. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.
6. Masukkan tepung ini didalam adunan tadi,- tinggalkan sikit utk lorekkan atasnya nanti.. lebihan ini dimasukkan dlm paiping bag.
7. Loyang 10 x 10 tadi dilenser dgn butter dan alas dgn kertas minyak. Kertas minyak ini disusun lebih tinggi dari loyang supaya mudah utk mengeluarkan kek ini nanti.
8. Masukkan adunan ini dalam loyang. Adunan ini agak cair.
9. Bakar 20 minit.

Lapisan cheese.

250 gm cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telor

Cara.,

Pukul cheese hingga gebu.
Tambahkan gula castor, pukul lagi.
Masukkan telor..pukul rata.

Tuang adunan cheese ini diatas adunan brownies yang sudah masak tadi.
Perhatikan brownies ini,. Dia agak lembab sikit..biarkan.. tuang saja adunan cheese tadi.
Ratakan cheese diatas brownies ni.
Lebihan adunan kek yang dah dimasukkan di dalam paiping bag tadi, di LOREKKAN diatas cheese tadi..caranya..buat jaluran diatas cheese..agak2 jaraknya. Dgn menggunakan lidi satey, lorek melintang berselangseli ..hingga terjadilah lorekan spt ini..


Bakar semula kek dan cheese ini selama 15 minit, suhu 100'c. Masak bila adunan cheese diatasnya dah tidak melekat dijari jika kita menyentuhnya.
Sejukkan.

Utk memotongnya, perlukan pisau plastik kek utk dapat potongan yg bersih.
Boleh disusun dalam papercup kertas utk menghidang.

Selamat mencuba..






Thursday, May 10, 2012

Marble Cheese Brownies

Salam sejahtera semua..
mungkin selepas ni sy akan agak sibuk lagi...saya akan berpindah lagi..huhu..
destinasi....balik ke johor semula, apa2 pun...hidup harus diteruskan.

Marble cheese brownies ni buah tangan buat anakku ieema, yg menjemput kami , ummiabahnya ke rumah baru mereka utk makan tengahari.. Dah pandai masak anakku..moga jadi isteri solehah..insyallah. Masakannya sedap..gulai ketam masak lemak, ikan goreng bercili, ayam goreng berempah, sayur campur dan ikan masin..
berselera ummi makan..






kamera x berapa elok..gambar blur plk.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...