Showing posts with label Popcake. Show all posts
Showing posts with label Popcake. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Yang tidak dijangka

Assalam

Setelah hampir 10 bulan disini, langsung tidak menaruh harapan untuk kekal membaking, tapi Allah yang mengatur hidup kita, Maha Mengetahui segala2nya.
Melihat ada 2 kedai kek bumiputera lebih2 lagi saudara islam sendiri dah mengusahakan kedai kek disini, saya mengucapkan syukur tidak terhingga. Saya nak berehat dan nak mencari diri sendiri..
Tapi rindu utk mendeco dan membakar something memang membara..tanpa diduga, datang tempahan dari teman lama disini, dulu menempah kek tunang tapi kali ini kek bday.. terimakasih idah..Terimakasih Allah..alhamdulillah



Kek coklatmoist dgn blueberry filling seberat 2 kg.

Yang tidak dijangka datang lagi, kali ini tempahan popcake dari Mas, utuk hantaran pertunangan anaknya. Bertema warna coklat dan gold, popcake ini utk bakal dihantar ke Perak, utk pihak perempuan.



Terima kasih Mas, harap berpuashati..

Friday, November 18, 2011

Kek carrot dan popcake dr Qila dan keluarga..

Assalammualaikum wbrt..
Kek carrot ini adalah tempahan dr ummi aqila buat buahtangan utk dibawa pulang sempena hariraya haji yg lepas. Terlanjur dia menempah, saya buat juga utk keluarga di kulai utk makan2

.




Popcake ni pula oder dr qila bt teman2 ofisnya..harap puashati dgn tempahan ni..terimakasih sudi menempah dgn acik ye



popcake yg di pek dlm pek 10 item tiap satu. Qila tempah 3 pek. Kali ini saya buat popcake tema kuning hijau.

Thursday, October 13, 2011

Kisah sepanjang minggu

Assalammualaikum wbrt...
Kembali menulis sesuatu di sini. Minggu lepas merupakan minggu yg mencabar buat saya, tapi hati merasa lega dan bahagia kerana semuanya selesai dan berjalan lancar dgn izin ALLAH..syukur.





Pertamanya, ..saya mendapat oder pertama dari Kila. Almaklum sejak duduk di sini dan selepas musim biskut raya..hidup saya kembali normal..menjalani rutin sebagai surirumah. Kila menempah popcake hantaran buat kawannya Aina dgn tema purple. tq ..




Ke dua.. oder dari anakku sofea nun di darul quraan..Memandangkan cuti semesternya nak bermula , kawan2nya menempah 25 bj piza ayam -hawaiian  style dgn nenas . !!!ye..25 bj.. mulanya beberapa piza saje, tp terus bertambah dr hari ke hari hingga ke hari nk hantar. Nasib baik kakaknya asma' kebetulan balik utk konvo, apalagi dialah yg bisa membantu di saat begini..

Kawan2nya juga menempah beberapa balang biskut - biskut snow almond, suji dan capucino heaven.
Juga., sebiji kek coklatmoist dgn butterkrim perisa coklat.



Akhirnya, tempahan dr kila dan familynya,..100 bj apam dot-dot. Agak lama jgk x buat apam ni, maaflah jika ada sebarang kekurangan ye..anyway trimakasih bebanyak. jgn serik utk menempah lagi ye.


Disebalik kesibukkan asma' menolong saya, sempat juga dia membuat blueberi cupcake buat cenderahati temannya yg melangsungkan perkahwinan ahad lalu..itu saya banggakan kerna dia ada bakat dlm bakery ni.

hasil tangan asma'

Berakhirnya majlis konvo asma' di um, saya bersyukur ke hadrat Ilahi melihat anak2 berjaya dlm pendidikan . Moga mereka juga berjaya mengharungi hidup yg mencabar ini dan berjaya sebagai hamba Allah yg solehah..amin.


Thursday, June 9, 2011

Coklat dan Popcake













Tempahan dari Ida yg selalu menempah dr saya..set coklat dgn tema pink dan purple utk di bawa ke Kedah utk hantaran dan set popcake anikacorak sebagai buahtangan. Terimakasih ida, harap x jemu2 menempah lagi.

Tuesday, April 5, 2011

Tempahan dr Ct - Felda Lok Heng barat





Kek steam buttercream dgn coklatmoist dgn layer cream dan blueberry di dalamnya. Kek ni l/kurang 4 kg. Ct nk cupcake di kelilingnya .
Popcake dgn nama ct dan huzaimi di atasnya.



Cupcake dgn kotak

Terima kasih di ucapkan dan Selamat Pengantin Baru buat Ct dn pasangan Huzaimie, kerna menempah kek ala english, cupcake dan popcake dr saya..proses menghantar satu cabaran baru bg sy..tp alhamdulillah semua berjalan lancar. Semua selamat sampai ke destinasi..alhamdulillah dan sy disambut mesra oleh ct dn ibunya. terimakasih sekali lg.

Friday, April 1, 2011

Popcake dan cheesetart blueberi




Popcake ini ditempah oleh Jiha, adik iparku..dia nak dua color,biru dan pink.. Terimakasih jiha, sudi tempah dgn kak..



Cheesetart blueberi yg ditempah oleh su..tq su. Jgn serik ye.



Kebetulan berkesempatan bertemu sanak saudara di majlis perkahwinan ajar-firdaus tempohari, saya sempat menyiapkan tempahan adik2 ipar yg menempah popkek dan cheese tart ni.

Monday, January 31, 2011

KELAS BERSAMA MAMATIERA..

Pada minggu lepas saya berkesempatan mengikuti kelas membuat popcake dan puding hantaran oleh mamatiera (mamatierakitchen.blogspot). Seronok belajar dgn mamatiera ni. Nak dijadikan cerita ,dlm perjalanan balik dr kelas ni, saya ditimpa musibah..saya kecurian, handbeg saya yg berada dlm kereta dicuri dan semua brg2 peribadi lesap.,termasuk gambar2 yg di ambil semasa membuat popcake ni. Nasib baik mamatiera emailkan gambar2 yg dia dh amik kpd saya. Terima kasih dgn ilmu yg diberi dan gambar2 yg dikirim.,mamatiera..insyallah di lain kesempatan teringin belajar lagi. Inilah hasil2 belajar aritu..lepas ni sesiapa yg berminat nk tempah ..bolehlah hubungi saya..

Akhirnya saya berjaya menyiapkan popcake dan puding hantaran..tq mamatiera dgn tunjuk ajarnya.

Popcake yg telah di deco dgn aneka corak






Puding hantaran setelah di hias dgn bunga2









Popcake pahar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...