Showing posts with label ziyad n ibu. Show all posts
Showing posts with label ziyad n ibu. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

ziyad turns 3




rasa mcm baru je up cerita ziyad wes loro
ttbe dah up cerita ziyad turns 3 pulak.
how time flies.


sebab birthday ziyad jatuh bulan puasa and weekdays plak tu.
so aku mcm malas nk buat pape.
just igt nk buat pulut kuning then hantar surau.
tp xsempat sbb that day aku kne attend workshop.
so mmg xsempat. nk order xtaw sape sudi buat. eh alasan sgt kau ni kakyan.

9 julai tu ari rabu. isnin tu baru dok pk nk buat pe.
so isnin tu baru call restaurant and booked. baru nk carik baker.
baru nk buat invitation. baru nk pk theme.so kelam kabut sgt la.
nasib semua ok. just xsemua our big family members yg ade.

aku buat kat pondok malindo bangi.
aku xtry book yg lain sbb ni first choice and still available so tros on.
plus dekat je kan. just mak and ayah la jauh skit kne dtg dr senawang tu.

aku sampai awal jugak la. dalam 6.30 ptg mcm tu sebb nk setting table and cake.
aku order cupcake je. kang order kek sebijik kompom xabis.
anddddd ziyad suka sgt cup cake tu.
bantai la nak. mak ko xtaw nk pk theme ape lg.



happy kemain la dia kan.
semua org yg dia sayang ada masa tu.
buat la perangai mcm mana pon xde yg marah.
aku pon kne la cover amarah. hahaha.
lgpon his day kan. so lantak la. nasib xde meja terbalik ke. just air je kot ade yg tumpah.

makanan order awal.
awal2 aku dah sent menu then bgtaw aku nk makan pe.
senang. nanti masa buka puasa makanan dah ade.

buka minum air and makan appertizer dulu then acara yg ditunggu2.
xmenyempat ok ziyad nk tiup lilin.
(bahagia tgk dia happy. sampai skang dia igt lagi moment tu.. ---- eh kakyan jgn emo)




props tu pon buat last minit.
sebab xde heavy decoration.
so kita buat props sajooo.
jgn xde.hehehe


hadiah kan.
nanny,paklang and paksu bg swimming pool, dira and jieha bg soccer pe ntah. yg ade gol 2 tu and bola.
atuk and wan bg hadiah sampai 4. semua mainan.hahaha
mira bg kasut. gida je blom bg. ble maw bg?? hahahha..

eh papa boi ade bg jugak.
sabtu minggu tu kuar dgn papa boi ziyad. dia blanje iftar. and ade jugak tiup2 lilin ni. gasak la.
and dia bg kasut. suka kakyan.
save duit bli kasut raya.
so blh bli kasut kakyan lbh skit. ;)




family photo.
mmg xpnah semenggah.
anak and ayah sama perangai.
aku je ttbe nk cover cun sesorang kat situ.



*igt nk buat photoshot raya. tgk la sape yg sudi and kalau ade masa. =)



HAPPY BIRTHDAY ZIYAD!!!!!

semua orang sayang awak.sayang sesangat.














Friday, February 07, 2014

kesayangan.


ziyad ialah cucu sulung.
cucu tunggal on our both side. *buat masa ni
cucu harapan.

harapan sangat kan.
hahaha.
semua la sayang dia.
atuk,wan, nanny, semua adik beradik mr sapic n aku.
so backup dia besar.
perangai mengada selambak.
aku laki bini tahan je tgk perangai dia.
kalau dia nak.
xblh say no ok.
tp bila aku n mr sapic mengamuk taw takut.
alhamdulillah la ada rasa takut lagi kat ktorg.
kalau x. masak aku.

kesayangan atuk satu hal jugak.
semua menda atuk backup.
jangan ad harapan la nk mengamuk depan atuk ye.
atuk backup baik punya.

ad sekali tu ktorg dalam kereta.
ntah menda ntah dia xreti dok diam.
aku dah angin da.
aku cubit kaki dia. tp cubit sayang kot. bukan cubit sakit.
dia blh cakap.
ibu jangan la cubit.
hahahaha.
aku x budget la dia nk ckp mcm tu. ingat dia tros jd baik.
bertuah punya anak.
terus atuk ckp.
meh duduk kat atuk.
huh.

pg td tiba2 atuk nk datang rumah amik cucu.
sebab arini dia cuti.
rindu gamaknya kat cucu.
sanggup dr senawang kol 630 pg ke bangi semata nk amik cucu.
aku suka la sebab xyah hantar pg taska.
kemain la.

so balik kang boleh g dating.



anak bertuah.
ala gambar ngan atuk dalam pendrive.
malas nk transfer adalah penyakit dr dulu.

;)




Tuesday, December 03, 2013

Marah



aku jarang naik angin dengan ziyad. maksud naik angin tu ialah betul-betul marah. sampai tahap tangan aku naik . kalau takat tempik-tempik manja tu memang selalu. dan hari-hari kot. haha. kau mampu ada istilah tempik-tempik manja.

lately aku rasa ziyad mengada. mengada sangat. kalau aku pregnant ni mesti org ckp biasa la mengada nk dapat adik. masalahnya aku x pregnant pon. so ko nk kata ziyad tu mengada sebab apa?. aku xtaw la kenapa. skang dia cepat mengamuk. ok fine. myb sebab nk besar. so kalau "idea-idea" yang dia bg tu ktorg xsuka so dia akan mengamuk. pikir mcm tu je la. sebabnya, aku pon kaki mengamuk jugak. tp kalau dua-dua kaki mengamuk ko nk cakap pe kan. so mr sapic la kena banyak sabar. kesian.

semalam berlaku amukan kat tesco. mula-mula pergi shopping barang dapur. masa nk bayar tu total almost 400. kau gila barang dapur je dah nk 400. mmg aku dok pikir la apa la yg mahal sangat ni. biasanya dalam almost 300 je. amik bnda yang sama tiap2 bulan amik jugak aku rasa. so aku dah bad mood kat situ.

then pergi makan. mr sapic nk makan kfc. sekali ziyad tarik aku pg chicken rice shop. so ok la makan nasik ayam. dia suka makan nasik ayam. then masa makan nk suap sendiri. pakai sudu. kecah 1 meja. aku biar je. mmg selama ni pon mmg mcm tu. tp masa ni badan aku mmg dah penat sangat. dengan tak cukup tidur night before. lepas makan guna sudu pakai tangan pulak. aku masa tu dah letih sangat la. dengan dok pikir pasal bil tesco tu. emosi aku pon tak stabil.

habis makan.  aku basuh kan tangan mulut semua pastu sibuk nk basuh kaki jugak. haih la anak. mcm2 hal. masa odw nk pergi kereta. start mengamuk pulak nk tab. ni aku dah start angin. sambil jalan kaki sibuk nk main tab. mmg aku marah. kalau tgh jalan tu ada org tolak ziyad then rampas tab tu mcm mana. aku mmg pikir mcm tu je. aku mmg suka pikir buruk je. so sepanjang jalan nk ke kereta tu la dia mengamuk. mengalir2 air mata.

masuk je kereta terus kena lepuk dengan aku. masa ni aku mmg dah hilang sabar. sampai mr sapic pon dah tengking aku balik. ghasak la. tp ziyad ni bnda yg aku cepat buat sejuk hati. bila kita marah dia akan pergi kat kita jugak. peluk n nangis kat kita jugak.

dalam kereta peluk aku sambil nangis teresak-esak ni. aku pon membebel la. gaya macam paham aku membebel tu.


*****************

aku n mr sapic mmg on learning. on learning for being the best parent, trying  to give the best for ziyad, on learning to teach him having a best childhood moment, on learning how to taking care of toddler.

so kadang2 tu bila badan penat kerja, anak pulak buat hal. aku rasa sedih sangat lepas tu. mcm semalam. bila dah marah ziyad tu aku dok pikir mcm mana la nk kawal ziyad sekarang. jalan terbaik untuk ajar dia.




tadi pg lunch kat pkns. lepas lunch pg mph book fair. belikan la 2 buku ni utk ziyad. dengan harapan rasa bersalah aku hilang la.



ziyad, ibu sayang ziyad sangat. sorry pasal semalam.
-ibu emo.




Thursday, November 28, 2013

Melaka


ni cerita haritu.
common sangat ckp aritu je.
=)

aku x berniat pon nk ikut mr sapic.
tp dia paksa gak ikut.
masa ni dia kena attend workshop ke ape ntah.
xkosser aku nk amik tawu.
kat melaka.
dapat tawu melaka lg la aku mcm malas nk ikut.
pastu siap cakap.."ni arahan suami b".
amboi kau.
kemain guna kuasa suami.
nasib la masa tu weekend.
so layankan jela.


tp gerak pon dah lambat.
dalam 6.30ptg mcm tu baru gerak.
drive pon slow je.sebab xrushing sangat.
sampai rnr ayer keruh tu ingat nk dinner.
sekali kemain banyak kereta.
pastu ckp ngan mr sapic kita pg check in dulu la.
tp dia xnk plak.
nk makan gak dulu.
susah2 sangat pikir tempat makan.
sudahnya decide pg umbai.
sebab hotel tu depan je skit dah umbai.
area bukit katil.
bayou lagoon.
aku rasa la bayou lagoon ni mmg tempat org wat kursus la.
bangunan dia besar2 n banyak bilik seminar.

nk mencarik umbai pon satu hal.
sebab aku dah lama gile la xdtg sini.
xde la sesat tp mcm hape je la.
xtaw nk makan kat kedai mana satu.
sudahnya makan kat parameswara xsilap aku nama kedai tu.

sampai2 pilih meja n aku terus g pilih seafood.




makanan belum sampai tp benda ni sampai dulu.. mengiurkan betul.. dah la lapa gile masa ni.


pastu sampai nasik lemak. nasib la aku xnk makan nasik. nk ratah lauk je. kalau makan nasik mmg x abis la lauk2 tu.


tp ziyad harusla xsabar nk makan. plus dia suka sangat nasi lemak. aku pon suka gak. plus yg bungkus daun pisang ni. tp ku tahan nafsuku jebat.


makan la sendiri.. kang kalau aku suap tersuap plak ke mulut sendiri. haha


tuan tanah yg super duper belacan dan lebar.
aku dah letih gile.
eh. macam la kau drive.
over taw dia punya penat tu.


ko tgk.
aku order udang 2 ekor
sotong sekor.
jadi la kan.
makan anak beranak je.
ni pon jenuh nk abiskan.


sayur campur.
mr sapic ckp lepas ni jgn la nk order sayur ke ape.
sebab nk makan seafood ni kena concentrate makan seafood je.
sayur semua xpayah.
over sangat nk concentrate bagai.
tp sedap je sayur ni.
just xabis. rasa membazir.
kalau balik rumah mmg aku dah tapau.
ni nk balik hotel x kosser aku.


siakap bakar kosong.
aku mmg nk order kosong.
baru rasa manis ikan tu.
ni la saiz paling kecik.
ni pon bergaduh suruh abiskan.
aku sebelah mr sapic sebelah.
sengkak perut ok.


ni menu wajib.
pepahat masak pedas.
oi teringat.


total makan semua 67.50.
murah la bg aku.
sebab semua fresh.


setel makan tros shot pg hotel.
check in dalam kol 10malam xsilap aku.



ni lobby hotel.
xde la besar sangat n xde la kecik sangat.
setahu aku hotel ni hotel baru.
belum sampai setahun. 

ni link hotel ni --->  bayou lagoon.
dah check in segala.
moh le masuk bilik.
badan flat sangat dah masa ni.




aku mengharapkan ada la bath tab ke jakuzi ke.
sekali non hado.
kecewa.
hotel ni ada water park.
tp mmg dah set xnk pg water park sebab ziyad kan baru keluar hospital.
kang mandi2 xingat dunia. demam plak balik.
mmg x la.
so mmg dah set la xnk pg mandi segala. kita mandi dalam bilik je.
sekali xde tab.
double kecewa. baru ingat nk spa mandi susu bagai. hahaha

katil tu aku xberkenan.
mr sapic ni bukan reti nk request nk katil queen.
bg seprate katil mcm ni mmg la aku xsuka.
nasib free. kalau kena bayar mmg aku nk tukar bilik dah.



ni bilik studio.
siap ada bar counter, kitchen area, balcony,living hall.
so far ok la.
kalau takat family lima org blh je amik bilik ni.
yang lain bentang comforter je.
mak bapak tido katil. ;)




ziyad kemana pon kena la bawak adik beradik dia. ;)



over taw.
esoknye tu.
ziyad bangun kol 11 pg ok.
senang keje aku.
aku bangun tgk tv, breakfast, online dengan tenang.
kol 11 tu mandi2 pastu turun lobby.

kat sini selain water park ada jugak game room.
aku bg ziyad main kat situ je.
takut jugak kalau dia nmpak water park.
tp nasib baik dia xperasan.
kalau dia perasan. naya aku.

kitaorg ingat nk lunch kat luar.
tp break tengahari tu mr sapic abis lambat.
so dia soh makan kat hotel je.
kepala otak dah terbayang asam pedas hajah rahmah dah.
aiyooo...
esok la kita makan.



aku terus xlalu nk makan.
kecewa punya pasal.
so order satu je.
nasik ayam tok ziyad.
RM 16 tak silap aku.
so far rasa dia sedap la.
share ngan yad.


setel makan terus naik bilik.
anak beranak tido sampai petang.
mr sapic pg balik dalam kol 2.30 petang.
dalam kol 5 tu baru aku n ziyad bangun.
bengang je dia.
hahaha
sape suruh kan kitaorang ikut.
mmg tido je la jawabnya.

petang tu jalan2.
pegi beli cencaluk, dodol segala.
dia siap cakap aku ni makcik2 sangat.

huh

lepas2 tu xde gambar.
sebab masa ni emosi aku xberapa nk stabil.
;)




Wednesday, November 13, 2013

cerita seorang anak

aku jarang kan cerita pasal anak....
kesian ziyad...
bukan sebab ibu pemalas ye nak...tp sebab ibu xtawu nk cerita apa... ;)


alhamdulillah sekarang ziyad dah 2 tahun 4 bulan..
dan dalam masa ni dah 2 kali dia warded...
first masa kena hfmd and second masa kena lung infection...
kesian sangat... kitaorang ni bukan jenis anak sakit sikit terus hantar pg hospital...
mula2 hantar klinik dulu... after few days x ok baru hantar pg hospital..
macam masa dia kena lung infection tu.. 2 minggu demam on off baru hantar pg hospital...
menyesal sangat lah... tp ziyad kuat semangat....
dia jenis sakit tu kalau dah betul2 dia xlarat baru dia flat...
kalau takat sakit sikit2 ni elok je dia main... tu yang bila dia flat mula la ktorg gelabah...
tp masa ziyad baru lahir lg doc dah pesan...
because of ziyad lahir border on 36weeks... antibodi dia akan btol2 kuat until he reach 5 years old...
so ktorg mmg kena pantau btol2...
apa yg dia boleh makan, apa yg dia sensitif, apa yang dia alergic...
semua tu kena sentiasa alert lah...




kalau bab makan mmg dia payah...
few thing je dia suka makan...
hari2 lauk nasik n kentang mmg la dia suka sangat...
aku kadang naik pening nk pk nk masak pe nk bg dia makan...
tomyam pon suka... tp sup kentang la paling senang...
ikan goreng ngan kicap...
bnda2 mcm tu la..
karipap, donut, pau kaya, roti n nutella pon nk la..
kalau western ni chicken chop tu ok la...
tp kalau pasta mmg out...langsung xnk...
mee goreng ke apa ke.. mmg xlayan...
so other supplement yg aku bg dia makan is scoot emulsion...
tu dia nk...
hope bila dah besar skit nanti dia nk la makan macam2...




ziyad ni banyak ikut perangai aku...
keras kepala... selalunya kalau dua2 keras kepala..
mr sapic perati je.. dia siap cakap... i tgk je sape yg menang..
hahaha...
garang pon bukan main taw...
mmg garang btol la...tp aku kalau takat garang mulut je aku xkisah..
tp kadang sampai nk sepak2 org kalau marah kat org tu...
mmg menaikkan kemarahan aku...
tp satu masalahnya ialah...
sape yg marah dia.. org tu jugak kena pujuk dia...
mengada sangat taw...
let see aku marah dia kaw2 ni.. dia tetap akan peluk aku...
peluk nangis2... mintak kena pujuk...

alahai... sedih sangat la kalau dia nangis tu...



dia ni hantu durian...
takut kalau tgk dia makan..
sampai kana mintak stop la...
risau aku kalau dia demam ke...




kalau bab baju...
semua mr sapic serah kat aku...
and ziyad so far dia ok je...
kalau aku suruh pakai boot or snekers or selipar or what so ever...
dia pakai je...
long pants and short pants pon dia ok...xdela sibuk xnk pakai ke apa...
with short sleves and kemeja la paling banyak...
kadang aku yg cerewet sangat...dia ngan mr sapic layankan je la...

kalau barang mainan...
so far aku tgk dia paling suka ultraman n ironman...
dua tu je la...kalau pg memana pon jgn la terserempak dgn dua menatang ni..
dia akan duduk kat situ sampai la ajak balik...
kadang mmg x koser aku nk beli..tp kalau harga reasonable aku bli je la...
mcm semalam.. katalog toy r us sampai..
pastu blh plak dia request mcm2...
sabar je la...



korang tawu x ziyad suka menyanyi...
haaaa... ni mmg ikot belah mr sapic..
dorang mmg ada darah seni...
banyak gak la lagu dia hafal...
kalau dalam kereta...bukak radio.. almost 80% lagu dia tawu...
pastu nyanyi beria ok..
ayah aku sampai ckp ziyad nanti dah besar nk jd penyanyi ke....


and he's a gadget freak also...
memana kena ada tab...
aku ni risau je..
tp mr sapic ckp... budak suka main game ni otak jalan..
aku ni ntah la...
malas nk komen lelebih..
aku rasa budak skang semua pon mcm tu kot...
ada solution ke???




tp masalah jugak budak kalau pandai ckp ni...dia kuat melawan..
tu mcm aku... tp melawan2 manja la...
kalau dia melawan tu mcm xtaw la aku nk marah ke x...
contohnye...aku cakap...''ziyad jom mandi"
dia blh jawab.. "sabarrrrrrr aaaa nak main game ni"
haaaaa kau mampu....
aku ni sabar je la.. sebab aku kaki menjawab gak... hahahaha


and so far...
dia dah hafal abc,123, alif ba ta,
ok la...
aku bab belajar ni xde nk push sangat...
bia dia main dulu...
kang dah besar baru belajar btol2...
tp ok la..xde la xnk pegang buku sangat..
nk jugak la.... just x paksa.. nk baca buku... baca..xnk xpe...
aku dulu pon kalau kena baca buku macm la aku baca kan...
;)



ziyad.....
ibu n ayah sayang ziyad sangat2...
even ibu garang mcm singa...
tp ibu just nk ziyad tawu....
ibu n ayah try give the best for ziyad...
we love u sooo much sayang....






#semua gambar xde kena mengena ngan cerita... sebab selalu mr sapic yg rajin snap gambar dia..so banyak kat phone dia.. kat phone aku penuh gmbar aku.. hahahahaa


Friday, November 08, 2013

supper at cafe lavinda senawang

asal rajin sangat makan luar ni..
x masak ke ape...

acc aku masak je...
just malas la nk snap gambar.. kang laki ku jeling...
so xkosser...
tangkap gambar makanan kat kedai pon kena jeling..
kalau kat rumah siap pakej perli ok...
ala lgpon kalau kat rumah aku masak main campak2 je...
so resepi pon main campak..
kang ada yg tanya resepi... lupa dah ingredient dia ape..
kan dah pening nk pk balik (alasan kau kan yan)


ni cerita isnin lepas...
balik kerja tros balik rumah mak kat senawang sebab selasa tu kan cuti awal muharam..
ingat selasa tu nk g jumpa anis.. kawan masa duduk berek dulu..
sekali anak dia warded sebab jaundis.. 

malam isnin tu.. lepas dinner kat rumah mak..
baru perasan pampers ziyad tinggal selai..
so gerak pg giant beli.. then pg supper...
aritu perasan kat ig member.. bgtaw kat senawang ada cafe baru...
so meh la kita try...



dah ko dapat laki keding.. kisah apa dia lepas dinner nk supper plak.. pastu jangan la salah kan aku kalau aku gemuk... huh...


ni aku n ziyad share... banana chocolate cake... cake2 dia semua macam SR jugak.. just saiz dia gabak2... 1 slice RM 8.00..

 siap ada meow2 gitu...


ni latte kalau xsilap aku.. harga lupa..


chicken chop..
ok la portion dia.. portion utk org yg nk lepak2.. minum petang or supper...
not too big...
mcm snack pon ye gak...
harga pon lupa.. sebab masa makan sini aku pms..
so malas nk amik port sangat...


anak beranak...
ziyad slamber ngan baju tidor je...
nmpak sgt dekat ngan rumah...
;)


ni gambar depan caffe...
sebelah zanrias butik...
kalau nk lepak2 sini ok la...
sebab dia mmg santai....


#acc kepala aku ngah pening... taip sambil pening.... aku rasa ayat aku pon tonggang tebalik...



Wednesday, November 06, 2013

restoran upin dan ipin bandar baru bangi


sebelum ziyad warded tu...
2 minggu gak la dia demam on off...
and dalam masa dua minggu tu..
macam2 cara nk bg dia makan...
sebab selera makan dia hilang...
kalau makan pon aku rasa sebab dia btol2 lapar...
kalau nk sesaja makan macam skang ni mmg xla...

so ari2 lepas amik dia je aku tanya...
ziyad nk makan pe...
pastu mesti cakap xnk...
then come one day...
mr sapic cuti sebab pg tu suhu dia tinggi skit...
then petang dia amik aku balik keje...
aku ajak makan kat kedai upin ipin kat seksyen 8 kot... area kedai ck rahim tu...
dengan harapan dia berselera la makan sebab kedai tu mcm dia dah...
skit2 upin ipin...




kesian budak demam ni haaaa....



the menu.... aku ni xdela berkenan mana dengan menu kat sini..datang sini pon sebab anak.. kalau x mmg x la... sebab aku rasa makanan dia semua jenis masak siap2 pastu perangat je balik... xsuka.... 


ni bubur utk ziyad... ya allah... bubur kat rumah lg sedap... aku rasa dia blend beras pastu masak ngan air then letak garam.. pastu tabur menda alah tu semua...
ziyad xnk makan lngsung.. aku siap tapau n oter balik kat rumah...

tp mr sapic ade order nasi goreng atuk... dia ckp sedap... tp lupa la plak nk snap sebab masa tu dia lapar sangat dah...
so kalau nk datang sini oder la nasi goreng atuk... sedap...
menu lain aku xrasa... sebab masa pg pon petang... malas la aku nk amik set nasik ke apa...


total semua RM60 lebih... rasa membazir...

k bai...


Monday, November 04, 2013

tragedi oktober


oktober tahun ni mmg hectic (betul ke eja macam ni??)
mmg xsempat la nk update sebab malas nk transfer gambar n nak merepek ape rasa xsempat
tp sempat je wat blog walking...
nk update blog sendiri je malas...

so amat berharap la november ni xsebizi last month..
blh la nk setelkan keje yg tertunggak n bln ni bff kawen...
harusla i yg excited...


ARCSB2013... conference ni i as one of the committee... so taw je la kan kalau committee ni keje dia mcm mana... dr a-z la kau uruskan.. nasib baik buat kat bangi gak.. kalau buat kat kl ke out of selangor ke.. mmg nangis... masa ni serentak ziyad warded due to lung infection... so ulang alik senawang bangi hari2...
ziyad warded kat senawang sebab senang.. mak blh jaga sekali... so masa aku uruskan conference ni.. mr sapic la jaga... habis conference dia plak keje... congrtas ARCSB.. tp... jumaat ni postmortem... waa... nangis balik... 

clockwise
  1. me n shikin... 
  2. opening dinner...belasah pakai apa yg ada... masa ni ingat nk pakai shawl tp patch lace kat shawl xsempat jahit.. so pkai la bawal sajooo...
  3. conference book n some goodies bag
  4. sarah n faridda... 

dalam masa nk uruskan ARCSB masa tu jugak ziyad warded... so sangatla huru hara hidup laki bini... nasib baik mak n gida ada...
ziyad warded due to lung infection.. sebabnya ktorg pg mandi kat swimming pool... air tu mungkin ada virus ke ape... so dah sampai ke lung... b4 warded tu 2 minggu gak la ziyad demam.. last ktorg decide nk hantar hospital sebab malam tu suhu dia dah 40degree... lama ok kat ward.. seminggu... berkampung la seminggu selagi virus tu xbtol2 clear dr lung dia.. so far skang dia dah ok... selera makan pon dah bertambah....
ziyad... we love u sooo much....




few days lepas keluar ward dah raya haji... tahun ni raya kat kuala pilah... ingat nk habiskan aqiqah kambing tok ziyad sebab sekor lagi belum buat.. tp ktorg hold until next year sebab mak niat nk kenduri... baju raya haji xsiap... so pakaila baju yg ada.. repeat pakai baju masa wedding ika aritu...

clockwise
  1. ziyad kejakunan tgk lembu
  2. kami
  3. gida
  4. ayam masak merah dihari raya kedua
  5. xpernah tgk org sembelih lembu mcm mana so dia excited lebih

lepas raya haji ktorg naik genting.. bnda ni plan lama dah.. ingat mcm nk cancel je sebab ziyad baru je keluar ward... tp bila tgk dia dah aktif sangat... so ktorg proceed back to the plan... tido semalam kat sana.. tu pon sebab beli voucher hotel kat groupon... first world hotel... so far aku rasa boring... indoor game dia xbest... outdoor tutup for renovation... dengan ziyad semua bnda dia takut... so mmg la bosan.. dia brani main game bukan2 je...



makanan masa kat atas.. selain beli fast food.. kat atas best makan bnda2 sup2 ni...


haaaa... tu la game yg dia berani... kalau setakat kat arcade nak.. xpayah naik genting pon xpe... kat midvalley pon ada... ziyad2... dia ngan bapak dia je la main... aku mmg xkosser...

clockwise...
  1. masa ni dok sembang... xnk naik kuda la xnk naik keta la... org datang sana semua nk naik..dia semua xnk
  2. tu je la yg dia suka.. masa masuk arcade.. dia punya jakun... org lain senyum je tgk...
  3. xde keje anak beranak... masa kat atas mmg sejuk.. sebab skang kan musim hujan...

food of the month... bulan lepas banyak kali gak aku masak.. tp makan luar banyak jugak..sama banyak..hahahaha.. tp gambar masakan sendiri non hado sebab takat goreng ikan nk tayang mmg x la...

  1. yong tau foo bangi kopitiam
  2. chicken burger bangi kopitiam
  3. detox drink buat sendiri sebab banyak makan daging masa raya haji... (lemon,grapefruit,calamansi,orange, water with no sugar and mint leaf)
  4. latte n strawbery cake - mc cafe
  5. hj samuri satay
  6. ayam penyet wong solo


29hb... mak masuk ward... tp kejap je... 2 hari je.. sebab darah mak kurang... skang mak dah ok... hopefully mak btol2 ok... tula makan bukan nk jaga... asal makan sikit je.. cuba la contohi anak dia ni..xpnah nk makan sikit.. hahaha



30 oktober 2013.... genap kami berkahwin 3 tahun... 3 tahun dah okey... kejap je rasa... aku rasa mcm... errrrr cepatnya masa berjalan... mr sapic tetap mr sapic.. aku je bukan aku...arap2 la mr sapic still sayang walaupon baju dah banyak xmuat... hahahaha
i love u sayang... so much... ayat lebih2 i cakap atas katil... muahahahaha

having a quick dinner sebab xbawak ziyad.. ziyad mintak mama jagakan... so malas nk makan jauh2 makan je kat bangi... lama dah aku request... sebab lama sangat xmakan sushi... so mr sapic rela xrela ikutkan je...kesian dia kena paksa makan sini..


miyagi bangi mine is tempura bento set ke apakejadah ntah nama dia n mr sapic amik chicken tepayaki......
even its a short celebration... tp mak happy je nok... sebab mak hari2 bahagia... eh..... ;)



#hopefully november rajin nk update