Monday, May 11, 2026

PM PATIN TEMPOYAK AU3

 Assalamualaikum semua,

Sudah beberapa minggu aku teringin nak makan patin tempoyak, tapi baru semalam dapat merasa. Teringat ada satu kedai yang selalu lalu kat fyp tiktok aku, PM Patin tempoyak. Dia jual di gerai tepi jalan je, tapi sebab selalu nampak di tiktok itu cakap kat Edy. Semalam lepas beli barang sebelum balik rumah tu singgah la dulu. Ambil bahagian badan dan ekor RM17 tapi memang besar dan segar ikan patinnya. Takde bau tanah atau hanyir. Bagi aku sedap juga masak tempoyaknya cuma aku pernah makan yang lagi sedap lagi. Dapat la terubat rasa teringin tu kan.



Ikan talapia dengan ikan patin bila orang order baru dia goreng

1 bekas ni besar isi dan banyak kuah



Betul-betul tepi simpang

Orang ada penyakit  CKD tak boleh makan durian tapi kita rasa-rasa sikit boleh la kan

13 comments:

  1. Wak tak mkan apa2 makanan yang ada tempoyak.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. mencari juga tempoyak di shopee
    Nak cari dekat2 tak tahu mana jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kalau shoppee tu dia hantar elok ke sbb dia kadang tak boleh panas kan

      Delete
  3. patin tempoyak memang sedap lagi2 kalau bahagian kepala. memang sedap ratah je.

    ReplyDelete
  4. Nampak kedai ni jga
    Lepas dah kempunan dana ye jumpa patin tempoyak
    Akak x mkn ikan patin tp kuahnya tu makan he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana ok je kak patin , baung ke apa2 kekadang datang teringin tu hehehe

      Delete
  5. sedap ye Dana, weekdays aje kut ada jual kalau weekend boleh pii try nanti

    ReplyDelete
  6. akak suka...tp selalu masak sendiri..next trip nak pi makan kat Temerloh ...PZ dah mintak tu...

    ReplyDelete
  7. Lamanya tak makan...bila tengok Dana makan nih eh ngencesnyaaa hahaha

    ReplyDelete
  8. Berbaloi dengan harga dan saiz dia tu.. Rasa-rasa seadanya, okay ja..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...