Showing posts with label shopee. Show all posts
Showing posts with label shopee. Show all posts

Tuesday, October 15, 2024

GARA-GARA SHOPEE 10.10

 Assalamualaikum semua,

Ini semua gara-gara layan live shopee 10.10 aku terbeli dua pasang kasut. Sebelum ini aku memang pakai kasut Skechers selepas tak ok dengan kasut Larrie. Cumanya Skechers ni tapaknya cepat haus, yelah setiap hari turun naik tangga ke tingkat 7 sehari dua kali turun naik dan turun naik. Bila baru-baru ini bila jalan di tempat licin atau basah aku rasa nak tergelincir. Jadi aku usha-usha lah kasut yang nampak ok sampai la aku tertengok live shopee pada 09.10 lepas tu terbeli dah sepasang kasut. Pembelian dengan voucher dapat potongan harga beberapa peratus. Kasut pertama harga RM339.00 dapat harga RM237.30. Beli pada 9hb dan 10hb dah sampai. Terus cuba dan puas hati memang ok saiznya.

Hari yang sama layan lagi live 10.10 tu masih ada lagi kan live tu, pembelian dengan voucher lagi. Jadi terbeli lagi satu kasut harga RM429.00 dapat harga RM214.50. Jadi terbeli la sepasang kasut lagi. Memang taubat la lepas ni aku tak nak tengok live shopee atau tiktok lagi. Bahaya yang amat. Semalam petang kan hujan balik dari kerja aku singgah ke kedai barang plastik, sampai depan kedai tu tergelincir sikit. Terus fikir esok kene pakai kasut baru huhuhu


kasut makcik-makcik je




kasut kedua


kasut makcik-makcik yang tinggal sarung je

harapnyas selesa la untuk turun naik tangga ni




rasmikan lah kasut yang satu ini 

Wednesday, February 17, 2021

BILA PKP, SHOPEE JADI KAWAN BAIK

 Assalamualaikum semua,

Dari PKP tahun lepas aku mula rapat dengan Shopee, memang bahaya dari sana aku beli macam-macam. Bread maker kecik, waffle maker, ikan bilis, kerepek, seluar tidur hatta seluar kecik pun beli di shopee dan macam-macam lagi. Tahun ini punya PKP 2.0 sama naik je. Siap troley ikea pun beli kat shopee, lepas tu bread maker besar, barang membaking segala loyang, pokok bunga, herba biji benih, baja segala macam lah. Memang kawan baik betul shopee ni. hehehehhe

Ini antara barang yang baru sampai minggu ni. 

Beli 2 heli seluar tidur, tapi aku bukanla pakai tidur pakai siang hari sebab seluar ini panjang dan longgar selesa lah 

Kadang takde orang kat rumah, barang sampai... suruh la adik tu letak barang kat bawah ampaian baju... 

Tersorok sikit kan sebab ada baju kat ampaian hehehe 

beli untuk Aiyan, bolehla untuk dia conteng-conteng

Penutup makanan, bolehla buat letak makanan banyak sikit dalam 1 bekas... kalau letak dalam tudung saji amik ruang sikit

Ikan bilis mat salleh si mata biru pun aku beli kot shopee... senang