Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Wednesday, January 29, 2020

CUTI CNY KE BAGAN LALANG

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Cuti CNY baru ini rancanganya nak lepak rumah atau jalan-jalan sekitar kuala lumpur je. Tapi pagi tu Edy kata ada jemputan kahwin kawan nya di Keramat. Lepas zuhur kami gerak dari rumah, jalan lancar semua. Setel dari kenduri terus ke Sepang, Edy nak ambil barang kat site lamanya. 

Dah sampai sepang, Edy kata jom ke Bagan Lalang, teruslah waze ingatkan dekat jauh jugak rupanya. Sudahla jalan sempit jem jugak lah nak sampai ke sana. Bila dah sampai pantainya memang cantik bagi aku cuma sesak sangat, ramai yang berkhemah siap buat ampaian lagi. Mana yang baring dengan selamba tak pakai baju punya lah ramai. Aduhai terperanjat betul aku. 😏😏😏

kawan Edy yang lelaki tuh, cantik pengantin 

kalau tak anak yang buat hal, papa nya lak yang buat spoil gambar... sabar jelah aku

masa sampai kul 5 lebih, duduk tepi ini sambil tunggu si aiyan dan papa pi toilet

best layan angin petang, mungkin sebab cuti CNY itu yang sesak sangat

aku tak pernah jumpa pemandangan gini itu yang jakun hahahha... jadi tak best macam-macam bau ada 

ramai lagi yang masih baru sampai nak berkhemah kat sini... 

selfie lah sorang-sorang sementara tunggu 2 beranak tu

siap ada patung botak kat tepi pantai... mungkin sempena CNY

sebelah tepi tu chalet sepang gold coast

Add caption

dia sibuk nak main air tapi kami tak kasi, mungkin lain kali... 

pasir di bagan lalang di halus sangat lebih halus dari pasir di pantai terengganu 

dia nai main conteng pasir je, bagi lah dia kayu


ambil gambar ber2 sebelum balik



banyak cengkerang siput dan kerang yang halus... 

masa nak balik, singgah beli buah naga...sepang terkenal dengan buah naga yang manis