Assalamualaikum semua,
Hadiah hari guru kali ini, bagi air kotak dengan gula-gula je. Suruh Aiyan yang isi semua sendiri.
Assalamualaikum semua,
Hadiah hari guru kali ini, bagi air kotak dengan gula-gula je. Suruh Aiyan yang isi semua sendiri.
Assalamualaikum semua,
Ini cerita sabtu lepas, Aiyan ada program larian mula-mula ingat tak payah ikut serta tapi kesian pulak dia kata nak ikut. Sabtu agak susah sebab Edy kerja dan aku hd pagi. Tapi bincang-bincang pagi tu Edy hantar ke sekolah, jadi Edy kene datang kerja awal sikit la. Balik tu lepas hd aku ambil. Cuma masa aku sampai dalam pukul 11.15 tinggal beberapa murid je tunggu lain dah balik. Pukul 10.40 dah siap programnya. Dia tunjuk yang dia dapat medal, ingatkan dia ikut lari tapi dia kata . `Cikgu suruh Aiyan duduk je dekat tempat beg dan tunggu kawan-kawan siap lari. Lepas tu masa bagi medal cikgu panggil nama Aiyan. ` Itu yang Aiyan pun dapat medal juga hehehhe.
Aku pesan kalau nak ikut tak payah lari jalan je pun boleh, tapi sebab cikgu tahu yang dia ada masalah jantung, jadi cikgu suruh dia duduk jelah. Medal dia bagi kepada 20 orang je itu pelik kenapa dia dapat jugak 1. Apa pun dia gembira je dapat medal tu.
| Masa ni dah tak ramai orang, tapi memang akan ada pembantu cikgu akan tunggu sampai penjaga datang |
| Bukan siap pakai medal |
| Dengan kawan baik nya |
Assalamualaikum semua,
Hari jumaat Aiyan ada sambutan Hari Raya, kami bagi duit je kat cikgu kelas biar cikgu yang sediakan makanan. Untuk PPKI ada 10 kelas murid nya ada lebih kurang 70 semuanya. Kalau PPKI mereka buat majlis memang tak campur dengan arus perdana kalau tak ramai sangat lah kan. Jom la tengok gambar yang ada.
| Ini kelas Aiyan dan cikgu kelasnya, tapi ada 3 orang yang tak hadir |
| Meja makan luar bengkel dapur |
| Aiyan je tak pakai samping sebab dah tak muat |
| Ini kelas tingkatan 5, bilik kelas mereka sebelah kelas Aiyan |
| Ada yang makan dalam bengkel roti |
Assalamualaikum semua,
Jumaat lepas ada perjumpaan dengan guru atau ambil kad repot anak. Biasalah akhir tahun kan. Pertengahan tahun hari tu Edy yang pergi ambil repot kad akhir tahunnya aku pulak yang pergi. Banyak yang perlu dipertingkatkan, banyak kemahiran yang Aiyan perlu tambah. Kat rumah pun memang banyak benda yang kami tak minta dia buat. Jadi cuti sekolah nanti banyak yang perlu dibetulkan. Kena ajak dia buat banyak lagi kerja rumah.
| nombor 6 dari 11 orang, ok lah tu kan |
| masa ni dia nangis, bila tahu cikgu kelas nya nak bersara |
| Orang pertama yang balik |
| punya lah nak nampak mama nya kecik kan |
Assalamualaikum semua,
Semalam pagi dari pukul 7 sampai la ke malam hujan renyai tak berhenti. Nasibla hari ini dah berhenti hujannya. Aku tak ingat bila aku beli payung lipat untuk Aiyan ni dan bila masa Edy letakan dalam beg Aiyan. Semalam petang masa ambil Aiyan, aku tunggu dekat pagar sekolah. Tup-tup nampak dia berjalan dengan kawan baiknya siap berpayung. Kami gelak sebab payung tu kecil kongsi berdua, dengan payung tu yang terkelepet lagi heheheh.
| dia suka dapat bawak payung ni walaupun rupa gini dah payungnya |
Assalamualikum semua,
Aku kan pernah cerita yang Aiyan ambil kelas aliran masakan di sekolah menengah ini. Seminggu akan ada 2 atau 3 kali kelas masak. Selalunya menu yang dia suka dan dia ingat resepinya dia akan ajak aku masak kat rumah. Hari jumaat tu dia baru buat sagu gula melaka, dan ahad dia kata nak buat. Yang bersungguhnya mesti lah mama dia yang buat, dia buat kerja paling mudah. Isi sagu dalam bekas je. Itu lah jugak antara sebab dia susah nak turun berat. Setiap kali kelas masak, dia makan sampai 2-3 kali sebab sedap hahahha.
| dia yang pilih warna biru dan oren tu |
| Dapatla 10 bekas, sebelum tu 3 bekas dah selamat dalam perut kami |
Assalamualaikum semua,
Cerita hari sabtu baru ini kan Hari Sukan Negara, jadi sekolah Aiyan ada buat sambutan disekalikan dengan Hari Keushawanan. Dia mesti lah nak pergi nak membeli belah katanya. Kalau ikutkan memang tak nak pergi sebab Edy kerja tapi kesian kat dia jadi pergi jugak kejap pukul 10 dah balik dan Edy terus pergi kerja. Cuma agak kecewa lah dengan program yang hambar dan tak `well organize`. Dibandingankan dengan sekolah rendahnya dulu, lebih tersusun dan diurus dengan betul. Kita pun dah bagi idea dan pendapat untuk dibaiki dimasa akan datang.
| Sampai tu ambil gambar dulu |
| Berhimpun dulu sementara mula majlis |
| Mujur jugak pagi tu dah tak hujan lagi |
| ambil gambar dulu sebelum membeli belah |
| jumpa orang jual susu dan yogurt beli kan dulu yang itu |
| kawan dari sekolah rendah |
| dia ni sangat aktif dalam sukan lontar peluru |
| makan aiskrim pulak, kawan nya tu tak nak aiskrim tak tahan sejuk tapi dia ngecek aiskrim Aiyan sikit |
| mama pun nak ada gambar kenangan jugak.... sebelum balik |
| hasil pancingan Aiyan |