Showing posts with label review kedai makan. Show all posts
Showing posts with label review kedai makan. Show all posts

Monday, May 11, 2026

PM PATIN TEMPOYAK AU3

 Assalamualaikum semua,

Sudah beberapa minggu aku teringin nak makan patin tempoyak, tapi baru semalam dapat merasa. Teringat ada satu kedai yang selalu lalu kat fyp tiktok aku, PM Patin tempoyak. Dia jual di gerai tepi jalan je, tapi sebab selalu nampak di tiktok itu cakap kat Edy. Semalam lepas beli barang sebelum balik rumah tu singgah la dulu. Ambil bahagian badan dan ekor RM17 tapi memang besar dan segar ikan patinnya. Takde bau tanah atau hanyir. Bagi aku sedap juga masak tempoyaknya cuma aku pernah makan yang lagi sedap lagi. Dapat la terubat rasa teringin tu kan.



Ikan talapia dengan ikan patin bila orang order baru dia goreng

1 bekas ni besar isi dan banyak kuah



Betul-betul tepi simpang

Orang ada penyakit  CKD tak boleh makan durian tapi kita rasa-rasa sikit boleh la kan

Tuesday, April 21, 2026

SOI 55 THAI KITCHEN UKAY PERDANA

Assalamualaikum semua,

Sejak awal bulan april ada nampak kedai baru, sebelum ini lalu je tak pernah singgah tapi ahad lepas kebetulan masa tu dah pukul 1 petang. Singgah la situ, kedainya cantik. Konsepnya kedai thailand moden. Orang yang paling seronok mesti la si Aiyan, siap cakap nanti ahad depan kita makan sini lagi ye mama. Kedai ni memang dekat sangat dengan rumah dalam 5 ke 6 minit je dari rumah. Jom la tengok makanan yang kami cuba ya.

budak yang excited memilih






aku teringin nak makan laksa siam tapi takde stok pulak 






ini pilihan Aiyan, mehun tomyam seafood

pad thai aku punya, sedap juga rasanya suka tauge yang ranggup tu

Pad Kra Pao Beef Egg Wrap ini Edy punya makan dengan nasi

somtam betik tapi sayangnya kurang rasa 

red rubby ni sedap jugak

punya sedap dia yang habiskan semuanya

Tuesday, October 28, 2025

OH! FISH & CHIPS TAMAN MELAWATI

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini kita rajin buat entri, pasal fish & chips. Kawan pejabat la yang dok cerita pasal fish & chips pastu aku lak yang terliur. Minta Edy carikan dan memang ada rezeki dapat merasa. Tengok ramai juga yang kongsi di tiktok pasal makanan yang ini. 

Ikannya memang sedap, betternya pun sedap. Ranggup di luar dan moist di dalam. Kentang goreng pun banyak dan sedap. Mereka tak guna ikan dory tapi ikan sea pearch. Kalau ada yang nak cuba boleh google je nama mereka tu. Di ada beberapa cawangan di Taman Melati dan di TTDI.




Ikan nya tebal memang puas hati



Tuesday, August 5, 2025

MEE BANDUNG DAN MURTABAK SEDAP

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas sementara nak tunggu Aiyan balik sekolah singgah makan dekat satu kedai di Bukit Setiawangsa, Restoren Diva. Masa tengok ada nampak nasi beriani je. Rupanya kene buat pesanan dengan scan qrcode. Ternampak ada mee bandung dan murtabak. Terusla buat pesanan. 

Cepat jugak pesanan siap, mee bandung tu bau dia sedap rasa dia pun alahai puas hati betul. Cukup rasa, sedap. Murtabak dia pun sedap macam murtabak Singapura yang banyak daging. Terus cakap kat Edy nanti boleh pergi lagi


Makan kongsi berdua... memang puas hati daging nya banyak

Nasi berini ayam merah ni pun sedap dan banyak

Murtabak dia memang sedap


Isi dia daging banyak

Masa nak keluar tu hujan... 


Tuesday, May 13, 2025

NASI DAGANG WARUNG K ZAI KERAMAT

 Assalamualaikum semua,

Biasanya waktu ni aku tengah baca novel, tapi tadi mengantuk betul dapat lelap beberapa minit mata segar. Jadi rajinla sikit buat entri sementara nak habiskan 2 jam lagi dialisis ni.

Ceritanya semalam kan cuti wesak, kebetulan Edy cuti selalunya kalau bukan cuti utama dia tak cuti. Aku malas nak keluar pagi jadi kirim kat dia nasi dagang. Mulanya dia kata nak makam nasi kerabu jadi aku kirim nasi dagang. Tup-tup dia belikan nasi dagang pastu keluar bersarapan dengan Aiyan kat mamak. Pertama kali makan nasi dagang ini tapi sedap juga, kira lepas ni boleh beli lagi kalau teringin.

Nasi nya berderai, ini gaya terengganu

Gulainya pun sedap

Bungkus kecil camni

Keramat au3

Tuesday, November 26, 2024

BIFE CHARCOAL STEAKHOUSE

 Assalamualaikum semua,

Kisahnya hari jumaat lepas, dapat la kami 5 orang keluar makan bersama. Ini pertama kali kami semua keluar makan sama-sama ni. Selalu 3 orang je yang lagi 2 orang tu sibuk lain macam. Ada 2 orang kawan pejabat yang belanja kami sebab dia dapat keluarkan duit GCR tahun lepas. Dia bagi 200 untuk 3 orang , tapi kami tambahla sikit nanti kan sebab nak ajak makan untuk 5 orang. Ada pegawai di pejabat yang cadang kami makan kat kedai ini. Kedainya ok, tempatnya pun cantik makanan kira oklah jugak. Kami ambil set buffet lunch RM69.00 .  Cumanya untuk yang suka makan protein suka la sebab yang boleh tambah hidangan daging, ayam, kambing bakar je. Ini alamat kedainya

No. 360, BIFE Charcoal Steakhouse (M) Sdn Bhd, The LINC KL, No. 1-5 & 1-5-F 1st Floor, Commercial Development, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Muat la 1 kereta Iriz ni kami ber5


buffet nya untuk makanan ini, pelbagai jenis daging 

sedap memang sedap tapi tak lalu jugak makan protein saja

dia akan letak pinggan di tengah, dan akan tambah makanan kat sini


dessert ada ini je



kek dan aiskrim je dessert yang ada

dia tambah makanan lagi

sejenis memang suka bergambar semua ni


dalam lif pun sempat lagi hahahha