Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tuesday, April 5, 2022

MENU HARI PERTAMA DAN KEDUA RAMADHAN

 Assalamualaikum semua,

Bulan puasa ni awal pagi lemau je rasa, mata ni minta untuk lelap. Diri asyik menghitung bila jumaat nak sampai hahahah teruk betul. 

Sampai pejabat otak sibuk mikir nak masak menu apa untuk berbuka. Semalam sampai rumah awal cuma jalan jem di pasar keramat sebab ada bazar ramadhan. Menu berbuka aku yang ringkas sahaja.

aku buat kuih getas je puasa pertama tu

menu utamanya mee goreng

air suam, teh o panas dan ada coktail
menu kami semua sama, rumah aku, rumah maktek dan kat kampung semua buat mee goreng

ini menu hari kedua, Edy lah beli tepung pelita tapi merata jalan sampai rumah jadi rupa gini hahaha

Edy beli ayam golek danok

menu utama kami, nasi goreng, ayam dan kuih muih yang dibeli

merasmikan mesin jus, buat air tembikai semalam... segar betul

Wednesday, April 28, 2021

WW BULAN DI PAGI 16 RAMADHAN

 Assalamualaikum semua,

Cantik bulan pagi ini , bulat penuh... lagi cantik tengok real dari ambil gambar dengan telefon bimbit cap ayam ku. 

gambar ambil dekat depan rumah, pukul 6.23 pagi

ini dekat parking pejabat, pukul 6.50 pagi

Tetap cantik di pandangan ku

Ini makcik yang tak berapa sihat tapi datang kerja jugak...

Friday, May 22, 2020

RESEPI PULUT PANGGANG

Assalamualaikum semua,

Ini pertama kali aku cuba buat ni tau... nasibla menjadi, aku google resepi paling mudah lepas tu aku buat ikut gaya aku. Inti dia guna serunding kelapa biasa, atau korang boleh jugak guna serunding ikan atau apa je ye. Aku ni boh udang kering dalam serunding tu.

Bahan-bahan:

3 cawan beras pulut ( rendam sekurangnya 2 jam)
1/2 cawan santan
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
daun pisang
serunding kelapa

Cara masak:

- Kukuskan beras pulut dalam dalam 1 bekas untuk 20 - 30 minit
- Dalam periuk lain, campurkan santan, minyak gula dan garam kacau hingga hancur gula garam boleh matikan api
- Bila beras pulut dah cukup di kukus, keluarkan dan gaulkan dengan santan yang kita dah campur dengan bahan lain. Gaulkan rata pulut dan santan tadi dan kukus lagi untuk 10 ke 15minit
- Bila dah agak sejuk boleh la bungkus pulut panggang, letak pulut dalam 2 ke 3 sudu dan ratakan pada daun pisang
- tambahkan seruding di tengahnya dan perlahan gulungkan hingga padat dan stapler tepi nya
- Bakar di pemanggang ajaib untuk beberapa minit dengan api kecil


ratakan dengan sudu plastik lebih mudah 

boh la serunding di tengah nya
biarla rupa gini pastu gulungkan dengan ketat dengan daun pisang
rupa entah macam apa

bakarlah lama sikit kalau yang suka garing sikit

bukan main besar gabak pulut panggang aku

ada jugak yang tak jadi hehehe... janji boleh ngap

kira ok lah, diaorang semua makan tanpa komen

dapat banyak jugaklah dengan 3 cawan tu... yelah dah aku buat versi besar gabak hehehe

Thursday, May 21, 2020

BILA KAU PENDEK DAN KATEK


Assalamualaikum semua,

Entry pagi ini kita lari sikit dari tema puasa dan raya, tema geram dan sakit hati je. Sejak PKP ini kerja rumah memang buat sama-sama, selalunya basuh baju, sidai angkat dan lipat baju adalah kerja Edy atau kadang paksu. Mereka memang tinggi, tinggi lagi dari aku. 

Cumanya bila basuh dan cuci kerja Edy tapi esoknya dia kerja aku pulak tak kerja, masa nak angkat baju sebab dah kering memang panas hati. Dia boleh gantung nun dekat bumbung tu. Manalah aku sampai, malas nak bawak kerusi nak ambil sebab sempit bahagian dapur tu. Aku jenjet, aku tarik tak boleh jugak sudahnya panggil paksu suruh ambilkan.

Bila aku bebel kata kenapa sidai tinggi-tinggi, terus dia kata bukan dia... bukan dia sidai, jadi sapa lagi kalau bukan si Edy. Saja je cari sebab kene bebel, sekian saja kisah pagi ini.

sidai kat belakang rumah tapi tinggi melangit gini

dah jenjet pun paras ini je yang sampai

paksu ambil selamba je, yelah sebab diaorang tinggi aku yang pendek ni sakit je hati

Wednesday, May 20, 2020

RESEPI CORNFLAKES MADU

Assalamualaikum semua,

Ini menu wajib buat setiap kali raya, selalunya aku tukang kacau bahan semua lepastu adik-adik yang akan setelkan semua kerja. Tapi bila beraya kat bandar teringin lah nak buat. Buat ber dua dengan paksu, pastu Edy kene tolong jaga oven.

Bahan-bahan:

2 kotak besar cornflakes
1 botol madu giant
50gm mentega
sedikit bijan

Cara masak:

- Cairkan mentega dengan api kecil, masukkan madu tunggu hingga jadi pekat madu dan mentega itu.
- Bila dah pekat dan likat masukkan cornflakes tu gaulkan rata, tambah bijan sekali
- Letakkan campuran tadi ke talam dan bolehla isi dalam bekas kuih tu
- Bakar dalam suhu 150 selama 5-7 minit
- Sejuk simpan dalam bekas

cornflakes yang dah disaluti madu

paksu beria kata suruh buat malam, sebab sambil buat sambil dia ngap

gigih la 2 beradik ni kalau yang terlebih isi itu kerja paksu lah tu

awal-awal tu silap timing tergeseng la sikit, tapi rasa tetap sedap di makan

dapatlah 3  bekas nih, 1 bekas yang terhitam sikit hehehhe

Tuesday, May 19, 2020

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum semua,

Terasa cepat betul ramadhan kali ini, dah masuk hari ke 26 lagi 4 hari lagi dah nak raya. Suasananya memang berbeza, selalu waktu ini baju semua dah kemas, biskut raya mood nak masak pun dah ke laut. Tapi ketentuan Allah takde siapa yang mampu menafikan, hadapi lah ujian ini dengan redha.

Kisahnya 16hb bersamaan sabtu, adalah hari guru. Kisahnya tengahari itu dalam kul 12 lebih aiyan tengah buat latihan BI, aku bukak runningman. Dia rilex jap sambil gelak layan runningman tapi tiba-tiba senyap, lah tertidur rupanya.

Pastu dalam kul 1.50 papa balik kata cikgu dia nak buat video call applikasi Google Meet, dahla dia tengah lena. Pukul 2 kejut jugaklah dia, suruh pi cuci muka semua pastu sian dia muka mamai ber video call. Awal-awal tu dia slow lagi lah, mamai kan tapi lepas dah beberapa minit tu ok lah. Lagi lah bila nampak kawan-kawan yang dah lama dia tak jumpa.

Lepas subuh tu dia tidur itu yang tengahari dia lena

2 orang cikgu dan 3 orang kawan dia je yang join yang lain tak dapat join

Lepas dia dah habis VC dan ucap selamat hari guru kat cikgunya dia pun buat kad ucapan

google mana yang mudah dan suruh dia tiru

dah siap, walaupun simple tapi oklah hasil kerja dia

suruh tambah lukis banyak lagi tepi-tepi tu tapi dia takmo... ini pun ok lah

Friday, May 15, 2020

RESEPI LAKSA KUAH LEMAK @KUAH PUTIH


Assalamualaikum semua,

Ini menu aku kelmarin,idea untuk masak dah hampir kehabisan. Nasibla terpandang laksa beras dalam kabinet terus minta Edy beli ikan dan bahan untuk buat laksa lemak ni. Aku ikut resepi mertua aku masak, sangat ringkas dan mudah, sedap pulak tu.

Bahan-bahan:

10 ekor ikan sardin@ikan selayang/ ikan kembung 
( rebus dengan asam keping dan garam hingga masak)
2 ulas bawang putih, kisar
3-4 biji bawang merah kecil, kisar
1 keping asam keping
sedikit serbuk lada hitam kasar
1 kotak kecil santan
air secukupnya
garam

Cara masak:

- Kisarkan isi ikan, bawang putih, bawang merah dengan 2 cawan air rebusan ikan, jangan kisar hancur sangat tau.
- Bila dah kisar, rebuskan dengan lebihan air rebusan ikan dan serbuk lada hitam, rebus lebih kurang 5 ke 10 minit dengan api sedang kecil.
- Selepas itu boleh masukkan asam keping, santan, air ikut pada suka nak pekat atau cair. Akhir sekali masukkan garam bila dah mendidih kecil boleh matikan api.

*Mertua selalu makan dengan ulaman kacang panjang di hiris halus, tauge, bunga kantan dan kobis tapi ikut suka korang nak makan dengan ulam apa.
*Mertua juga selalu makan dengan laksa beras tau mee lidi, aku memang tak rajin nak buat laksam.


rebus jangan lama-lama tau

proses ni la  yang paling mencabar, aku tak kisar asing pun tulangnya... idok rajin

aku suka guna serbuk lada hitam yang kasar rasa lebih kick

jenis halus lak mee laksa yang laki aku beli ni, tapi memang betul laksa beras

cara makan yang betul, makan dengan cili boh dan sedikit belacan

ini laksa kegemaran aku dah sekarang

nikmat betul layan laksa gini... puas hati bila masak sendiri

Thursday, May 14, 2020

KUIH YANG PERTAMA KALI AKU MASAK UNTUK BERBUKA

Assalamualaikum semua,

Selain musim PKP di bulan puasa ini ada beberapa kuih yang pertama kali aku cuba. Cuma lupa nak ambil gambar kuih kaswi yang aku buat aritu. Kebanyakannya aku google je resepi ini dan guna resepi paling mudah dan guna sukatan cawan.

Kalau boleh memang setiap hari kene ada hidangan utama dan kuih semasa berbuka. Kalau dah kerja selalu aku goreng yang aku dah frozenkan je. 

Puteri ayu, pertama kali buat cuma warna kurang hijau...tapi jadi

Apam coklat gambar sebelum kukus

Gambar selepas yang dalam mangkuk tu


Cheesekut ini bukan la pertama kali, tapi dah lama sangat tak buat

Pau inti kelapa dan kacang merah, uli sendiri dengan tangan lenguh tangan 20minit uli

Nampak gebus sebelum kukus

lepas kukus, tak tau kenapa ada warna gitu

Semalam buat lagi, kali ini aku minta BM yang ulikan

Gebus sikit dari uli dengan tangan la