Showing posts with label puspanita. Show all posts
Showing posts with label puspanita. Show all posts

Thursday, October 2, 2025

PHOTO DIARY #31/2025

 Assalamualaikum semua,

Kawan-kawan, marilah kita doakan supaya semua saudara kita yang ikut Global Sumud Flotilla diberi perlindungan oleh Allah, dipermudahkan semuanya, moga mereka semua selamat dan moga iblis yang menahan mereka akan musnah. Amin-amin.

Jom kita layan cerita bergambar ya kawan-kawan. 

Bekalan pagi ini

Menu pagi ini, ramai yang suka pulut ikan masin

Menu baru mee goreng ala mamak

Semalam maktek bagi raspberi, tapi dah tak berapa elok jadi tambah blueberi yang aku bekukan pastu jadi kan jem

Tambah gula, garam sikit dan perahan limau

Ada kawan bagi buah kedondong, masam tapi layan

Bila rajin, buat popia carbonara frozen

Karipap pusing yang sedap, sampai malam ranggup

Bangunan tepi JUPEM

Menu semua sama ada udang

Intan payung 

Nak cepat guna kaunter layan diri

Benda bahaya, layan live sedar-sedar terbeli

Terbeli 2 pokok... matilah nak

Wednesday, October 1, 2025

WW PRODUK BARU, CUCUR SAYUR

 Assalamualaikum semua,

Pelbagaikan lagi menu di kedai.

Ada yang order untuk makan ramai


Ini jual kat kedai

jualan hari ini

Tuesday, May 27, 2025

MENU BARU, AYAM KOREA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini pagi agak kelam kabut, salah sendiri jugak. Masak menu memacam hari ini. Sedangkan awal dah bangun, pukul 4 pagi. Tapi silap sendiri jugak, selalu malam sebelum tidur aku dah gosok tudung tapi sebab nak tidur awal aku gosok pagi. Udahnya pagi tadi dah azan baru gosok tudung hahahah padanla muka.

Menu baru aku jual di kedai puspanita.

Friday, November 15, 2024

RESEPI ROTI JOHN

 Assalamualaikum semua,

Dari pagi tadi sibuk betul sampai tak sempat nak buat entri, jenguk rumah kawan-kawan pun sekejap je. Menu ini selalunya paling mudah jumpa di bulan puasa, bulan biasa ada tapi tak berapa popular. Kisahnya 2 minggu lepas ada orang jual roti john aku pun beli la sebab teringin lama dah tak makan. Sekali masa makan tu, aku tercari-cari mana dagingnya sebab rasa sos je. Bila belek rupanya dia tulis roti john original, yang ada cuma roti telur dan sos je. Terus rasa macam tertipu walau hakikatnya aku yang tak baca betul-betul. Sudahnya selang 2 hari lepas tu aku pun buat roti john dan jual di kedai. Aku buat ikut cara aku biasa masak. Jom tengok resepinya ya, kot ada yang nak cuba buat kan.

Bahan-bahan:

1 pek daging kisar Ramly

4 ulas bawang putih, cincang

1/2 biji bawang holland, potong dadu

1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

2 sudu besar serbuk kari daging

1 pokok salad

1 pokok daun sup

5 -6 biji telur

Roti panjang

sos cili

mayonis

Garam

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang merah hingga layu. Bila dah layu masukkan daging kisar hancurkan hingga sekata. 

- Masukkan serbuk kari, gaul lagi tutupkan kuali dengan penutup biarkan daging masak sekata.

- Bila nampak daging dah masak tambahkan sedikit garam tutup api sejukkan.

- Dalam 1 mangkuk masukkan telur, daging kisar, daun sup dan sedikit garam kacau hingga semua tercampur.

- Goreng 1 senduk campuran telur, lepas tu letak roti di atasnya. Api sedang kecil je biar telur masak. Bila dah masak terbalikkan roti tu.

- Picitkan sos cili dan mayonis, tabur salad dan tutupkan. Jadilah roti john rumahan.







kalau nak campur bawang mentah pun ok ikut pada kesukaan masing-masing


biar ada daging juga tau

letak roti gini

gini rupa nya ya 


terpulang nak letak sos apa ya, boleh je

nampak seksi tak?





1 bekas aku jual RM5

Monday, September 9, 2024

MEE SIPUT GORENG RANGGUP

 Assalamualaikum semua,

Mengantuk betul rasanya baru pukul 10 pagi. Semalam dari pukul 8 sampai pukul 4.30 petang ada di JUPEM sebab main sukan damak. Tadi idok menang itu balik awal kalau  menang balik malam huhuhu. Nak cerita idea jualan aku yang terbaru, mee siput goreng ranggup. Kawan yang dari belah selatan je yang kenal, goreng ranggup cicah sambal merah atau sambal kicap. 

Tip nak dapat yang ranggup, goreng dalam minyak banyak dan betul-betul panas baru dia kembang ranggup. Ada yang pernah jumpa orang jual mee siput tapi keras sebab tak goreng kembang betul. 

Ini rupanya bila mentah

sebelum dan selepas goreng


aku suka cicah sambal kicap

sambal merah ini pun sedap


pertama kali jual jumaat lepas RM2.50 untuk sekeping dan sambal

goreng malam siap-siap

Thursday, August 1, 2024

PHOTO DIARY #25/2024

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sebelum kerja banyak mari lah kita layan dulu blog. Tengah ada masa luang sekarang ni kebetulan pulak boss pun cuti rehat. Jom la kita layan cerita bergambar ye kawan-kawan.

Bekal hari ini, lebihan barang niaga. Pulut dengan kelapa parut dan spageti aglio olio tulang mayo

Mulakan hari dengan senyuman walaupun tudung tak bagi kerjasama

Barang jualan yang laku keras, roti sardin goreng

Makaroni ayam mayo

pulut ikan masin gaya Terengganu


si Aiyan makan rangka ayam, memang betul tinggal tulang dia bedal

mamanya yang teringin makan rangka ayam tapi dia yang bedal habis

Budak opis masak untuk makan tengahari, kita tumpang makan je

Maklum lah mereka ramai, letak je makanan mesti habis

bila mereka tengah rajin, minggu depan takde dah mereka kerja luar 

Menu untuk semalam dan hari ini

Menu hari selasa, lontong darat rendang kerang


Ini menu budak opis masak hari isnin, kepala lembu masak gulai kawah

ini otak lembu