Showing posts with label pdpr. Show all posts
Showing posts with label pdpr. Show all posts

Monday, August 30, 2021

AIYAN BUAT SANDWISH TELUR

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari isnin yang basah dan sejuk, yelah subuh tadi hujan dekat rumah aku. Dah beberapa hari setiap pagi dari sebelum subuh dah hujan renyai membawa ke pagi. Tapinya  sampai ke area Keramat kering je, mungkin tempat aku je lah yang hujan setiap pagi.

Hari ini aku nak kongsi kisah Aiyan kene masak untuk Aktiviti Kokurikulum Kelab Usahawan Cilik. Menyediakan  sandwish telur. Mula-mula kene tengok cara masak di you tube lepas tu kene buat lah setiap langkah. Mama dengan papa jadi pembantu, papa jadi pembantu kat sebelah mama pulak tukang ambil gambar dan video. Pagi sabtu tu dia punya kecoh, macam ada buat kenduri hahahhaha... Aku ada sertakan gambar dan video you tube Aiyan sediakan sandwish telur. Jom tengok 

ini bahan-bahan nya

Tengok video di you tube dulu 

hancurkan telur dulu

Masukkan mayonis 2 sudu besar dan sedikit serbuk lada hitam

Gaul bagi sebati semuanya

Kita susun roti 

sapu planta pada setiap keping

Letakkan telur hancur tadi



susunkan timun

dan tomato

daun salad

satukan roti tu

potong dua

dan empat, muka baru lepas nangis ni hahahhaha 

siapppp.... 

penuh sayur sandwih telur Aiyan

jemput makan, Aiyan makan 1 potong je yang lain papa dengan mama habiskan... penuh sayur gitu memang idokla dia hehehe 


ini video lengkap cara Aiyan buat sandwish telur