Assalamualaikum semua,
| Biasalah setiausaha ni kadang memang nampak takde kerja, tapi ada masa bila dah banyak kerja gini la |
| Layan sekerim malaysia jap |
Assalamualaikum semua,
8 April 2007- 8 April 2026 genap la 19 tahun aku bekerja sebagai Setiausaha Pejabat di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Masa tahun 2007 tu pertama kali aku merantau berjauhan dengan keluarga untuk bekerja. Merantau juga masa belajar kat Jengka selama 3 tahun. Masa tu teringat datang ke Kuala Lumpur dengan kereta kancil manual menumpang selama sebulan di rumah makcik kat PPR Desa Tun Razak. Selama sebulan tu tak berani bawak kereta jadi aku akan naik lrt dan bas kat pekeliling sampai pejabat.
Lepas sebulan baru dapat rumah sewa dekat dengan pejabat. Takde pulak gambar dulu-dulu masa mula kerja, yang ada gambar masa pertama kali kursus pengenalan pastu gambar sekarang setelah 19 tahun dah jadi pekerja gomen.
| korang carilah aku yang mana ye hehehhe |
| gaya tudung macam cikgu ni juga yang sesuai dengan muka aku |
Assalamualaikum semua,
Tahun ini pejabat meriah jadi boleh paksa budak-budak pejabat untuk hias untuk raya. Setelah 2 tahun takde hiasan cantik.
| Geng wanita |
| Yang ambil kan gambar budak kecik tau |
| Budak kecik tu tau yang tolong ambilkan gambar tadi... cukup korum 5 orang semuanya |
| Ini hiasan dekat pintu belakang |
| cantik lampu ini bila gelap |
| Hiasan pintu depan |
Assalamualaikum semua,
Sekarang dah rutin, asal pagi je tidur lama masa hd. Gambar pun tak banyak dah, maklum la bulan puasa ni gambar makanan je yang banyak. Jom layan cerita bergambar.
| Hari isnin, rabu dan jumaat sampai opis awal kadang sempat lena kejap tapi penakut lampu kat luar biarkan menyala |
| Hari masa gerhana bulan tu, ada budak larikan diri. Ni lepas dia balik rumah kene bebel lah |
| Setiap hantar dia balik rumah pesan, masuk rumah mandi, lepas azan solat tapi bila cek cctv dia tgh dugem lak |
| Buat popia carbonara daging frozen untuk jual kat kedai |
| Terbeli pokok lagi |
| Mahal ni sepokok rm69 huhuhu |
| Boleh diharapkan siram pokok |
Assalamualaikum semua,
Bukan main panjang tajuk kan, biasanya kalau cuti gini ramai yang cuti tapi itulah rasa takde nak buat apa kat rumah. Tak balik kampung jugak jadi kerja jelah. Lagi aman bila pengarah aku cuti rehat jadi kita takde gangguan. Dari minggu lepas banyak kedai sarapan orang Kelantan dah mula cuti. Hari ini kedai puspanita pun cuti jadi kami terfikir nak dapat sarapan kat mana lah. Jadi masak jelah sarapan kat pejabat. Mulanya ingat tak ramai yang kerja jadi ok lah kami masak nasi lemak untuk 10 ke 12 orang makan. Tapi semalam tup-tup ramai yang kerja dalam 20 orang jugak. Aku masak sambal siap-siap kat rumah, kacang dan bilis jugak. Kawan lagi seorang masak telur rebus dan timun dari rumah dia tambah dengan ayam goreng juga.
| Sempena esok CNY kita pakai baju merah hehehe |
| Masak nasi dekat pantry pejabat |
| Dah pukul 7.30 tapi gelap gelita lagi |
Assalamualaikum semua,
Selamat hari khamis kawan-kawan, jom tengok cerita bergambar.
| Bekalan sarapan pagi ini |
| Benda wajib bila hd kene makan dan minum, gula-gula juga |
| Bila tak pakai spek, jelas kedut kat mata |
| Terlindung kedut |
| Bekalan semalam |
| Sedap biskut ni tak manis sangat harum bau stoberi |
| Kalu tak lalu makan aku makan biskut je |
| Pesan kat maktek kalau kat kampung ada mulberi bawak balik, dia tunjuk ada banyak ni je hahahh |
| Bunga minggu ini |
| Gambar maktek masa balik kampung aritu |
| Akhirnya berbunga jugak |
| Melepak kat bilik sambil melayan kudapan |
| Boss lama yang rajin hantar gambar kalau dia kat mana-mana |
Assalamualaikum semua,
Hari khamis tu, ada budak opis tegur, akak memang beli kain baju dengan sarung bantal sofa tu memang 1 kayu ke? Hahahah aahla patut mcm biasa dilihat kan.
Assalamualaikum semua,
Peristiwa ni selalu dapat dilakukan pada hari jumaat je, sebab waktu ni pengarah aku keluar solat dan dia masuk lewat. Kalau hari lain memang tak dan la hahahha. Sebab kalau nak masuk bilik dia kena lalu bilik aku dulu hahaha. Setiap hari bangun pukul 3 pagi, jadi waktu tenghari bila rehat lama memang dapat baring kejap rasa lega badan.
| Tarik bidai tingkap tutup lampu |
| Gelap kan syok baring |
| lampu luar tu kalau nak tutup semua gelap gelita seram pulak hahahah |